Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Latar Belakang
Stesen komputer bekerja mempunyai dua komponen utama - perkakasan dan
perisian. Perkakasan adalah bahagian fizikal sistem. Istilah ini digunakan untuk
hampir semua jenis teknologi yang fizikal dan beroperasi pada tahap elektronik.
Perisian adalah semua program yang dipasang pada sistem dalam usaha kita untuk
bekerja dengannya. Ia adalah sebatian oleh program asas yang dikenali sebagai
sistem operasi dan program-program lain hanya dipanggil program atau dengan
istilah umum - perisian. Kini, setiap sekolah di Malaysia dilengkapi dengan makmal
komputer untuk memudahkan pelajar dan penerapan gaya pembelajaran abad ke21. Sebagai seorang guru, masalah yang sering timbul adalah apabila komputer di
dalam makmal komputer berlaku kerosakan dan patut diatasi segera. Amali
pembaikpulihan komputer sedikit sebanyak melatih guru agar dapat menyelesaikan
masalah tersebut.

Objektif

Mengenal pasti kerosakan sistem komputer di makmal.


Dapat memasang perkakasan komputer dengan betul.
Pelajar dapat memasang komponen komputer dengan betul sehingga ia

berfungsi dengan baik.


Memasukkan perisian sistem(WINDOWS XP) ke dalam sistem komputer.
Memilih aplikasi yang sesuai untuk komputer.

PENULISAN REFLEKTIF

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi dengan izinnya kami dapat


menyiapkan tugasan amali subjek Organisasi Sistem Komputer ini dengan jayanya.
Tugasan ini telah dibimbing oleh Encik Zunaidi Bin Yusoh dan tugasan ini dilakukan
pada 7 September 2015. Alhamdulillah kami dapat menyiapkan tugasan projek pada
masa yang ditetapkan. Semasa menyiapkan tugasan ini kami menghadapi pelbagai
masalah dan cabaran untuk menyiapkan. Melaluinya, kami telah dapat banyak
pengajaran yang kami belajar dan mendapat pengalaman yang baharu.
Tugasan amali ini bertujuan untuk melakukan pembaikpulihan terhadap
sistem komputer yang tersedia di dalam makmal. Kami diberi sebuah komputer yang
siap dipasang dan di minta untuk membuka komputer tersebut dengan mencabut
semua kabel-kabel yang siap dipasang pada komputer tersebut .Setelah siap
membuka kabel-kabel di dalam CPU tersebut. Kami diminta untuk memasang
semula komputer itu dan memasang perisian sistem ke dalam komputer tersebut.
Kami juga dibantu dan diberi tunjuk ajar oleh pensyarah bimbingan semasa
melakukan kerja amali tersebut.
Tugasan ini agak sukar bagi kami

kerana ini merupakan pengalaman

pertama di dalam hidup untuk membuka komputer kerana sebelum ini jika komputer
rosak, kami hanya tahu menghantar ke kedai sahaja untuk membaiki. Tetapi pada
kali ini, kami diberi peluang untuk membaik pulih komputer yang telah rosak.
Tugasan ini amat bermanfaat kepada kami kerana ilmu yang dipelajari ini dapat
diaplikasikan pada masa akan datang jika berlaku kerosakan pada komputer kami.
Selain itu juga, kami diberi sedikit maklumat mengenai komputer semasa melakukan
tugasan tersebut

iaitu memberitahu supaya berhati-hati untuk membeli barang

komputer yang rosak di kedai supaya tidak ditipu oleh penjual. Jika kita tidak
mempunyai ilmu yang cukup, kita mudah ditipu oleh orang lain kerana mereka akan
cuba untuk mengambil kesempatan pada diri kita.

Tugasan yang diberikan amat membantu kami dalam belajar secara


berkumpulan dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain bagi menyiapkan tugasan.
Tugasan ini juga membuatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain
bertambah mantap. Tanpa kerjasama yang diberikan projek ini tidak dapat disiapkan
kerana tugasan ini amat mencabar. Kami juga dapat mempelajari penggunaan masa
yang betul dan efektif dan memberi kami keyakinan dalam menyiapkan sesuatu
tugasan. Justeru , tugasan ini memberi kami pengajaran yang amat berguna dan
ilmu pengetahuan tentang nilai integriti dan cara menyelesaikan masalah apabila
ditimpa sesuatu masalah.
Akhir kata , kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing kami iaitu Encik Zunaidi Bin Yusoh kerana membimbing kami semasa
menyiapkan tugasan ini. Selain itu , kami ingin mengucapkan terima kasih kepada
rakan-rakan kerana membantu kami menyiapkan tugasan yang rumit. Jutaan terima
kasih kepada sesiapa sahaja yang membantu kami secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai