Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG SK SAKILAN DESA BAGI TAHUN

2012-2014

Terima kasih diucapkan kepada pengerusi majlis..


Yang berusaha YDP PIBG En baharuddin bin Genda,
yang berusaha Guru besar Sk sakilan desa Puan Jumani binti Maning...
Yang dihormati barisan penolong kanan,....
ahli jawatankuasa tertinggi Pibg,
ibu bapa, serta hadirin dan hadirat sekalian.. Assalammualaikum
wbt....salam perpaduan...salam satu malaysia dan salam sejahtera.....

Sebagai setiausaha Pibg yang telah diberi kepercayaan oleh tuan tuan dan
hadirin hadirat sekalian bagi sesi 2012-2014 saya akan cuba
membentangkan secara ringkas dan padat semua aktiviti yang telah
dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun 2012 dan 2013...

Untuk makluman hadirin hadirat sekalian, pada mesyuarat pertama yang


bertarikh 19 april 2012 beberapa program telah dirangka dan antaranya
adalah seperti
a) hari keluarga yang masih ditangguhkan, insyallah akan tetap
cuba dilaksanakan bila sampai waktu yang difikirkan sesuai oleh ahli
jawatankuasa PIBG yang bakal dilantik pada sesi 2014-2016.. Antara
objektif Hari keluarga ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan
silaturrahim dan juga ukhuwah diantara guru-guru,murid,ibu bapa dan
seluruh penduduk sekitar sakilan desa..

b)Untuk makluman ydp dan juga hadirin hadirat sekalian, ahli


jawatan kuasa pibg juga telah merancang dan berjaya melaksanakan
program yang telah menambah dana PIBG sedia ada ke satu tahap yang
agak memberangsangkan iaitu Program kutipan
dan larian amal
Jogatahon.. Kami pihak sekolah tidak menyangka kita dapat mengumpul
sejumlah dana yang banyak bagi membantu sekolah menjayakan
sebarang program yang dirancang untuk meningkatkan kualiti akedamik
dan juga kokurikulum murid sk sakilan desa..

c) pada 24 JUn 2012, berlangsunglah acara amal jogathon yang


mendapat sambutan yang agak memberangsangkan daripada ibu bapa
dan juga pihak kilang, ladang, IJM, mahupun IOI sendiri. walaupun
terdapat beberapa kekurangan, larian amal yang membawa tema
'bersukan sambil beramal' ini dapat dijalankan dengan jayanya. InsyaAllah
YDP dan ahli mesyuarat telah bersetuju untuk menjadikan larian amal
jogathon ini sebagai aktiviti tahunan.

d) di kesempatan ini juga, saya selaku setiausaha PIBG ingin


merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa dan
guru-guru yang terlibat dalam membantu menjayakan aktiviti sekolah
seperti Sukan Sekolah, yang mana ibu bapa menawarkan diri secara suka
rela untuk menjadi penjaga lorong, dan juga aktiviti perkhemahan dengan
membantu anak-anak kita menyediakan makanan. tidak lupa juga ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak kilang dan ladang IOI dan
IJM yang telah membantu dalam meningkatkan prasarana sekolah seperti
pembaikan tandas, pembinaan kolam ikan, membaiki pondok rehat
pelajar dan juga papan tanda sekolah yang telah di naikkan di jalan masuk
ke sekolah...

Pihak sekolah juga ada menerima sumbangan daripada pihak pibg


untuk program lawatan sambil belajar ke Kundasang bertujuan untuk
memberi pengalaman baru dan meningkatkan pengetahuan am bagi
mengaplikasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah...

terima kasih daun keladi tahun ini minta bantu lagi.......Kalau besar
bantuan yang dihulurkan mungkin kita boleh bawa anak2 kita melawat ke
tempat yang lebih jauh dan akan memberi banyak pengalaman baru dan
manfaat kepada mereka.....

Dengan penerangan sebentar tadi, saya berharap pada tahun ini kita akan
lebih bermuafakat untuk menjayakan aktiviti PIBG dan sevara tidak
langsung akan meningkatkan kecemerlangan akademik dan sukan SK
Sakilan Desa.

Mohon ampun dan maaf sekiranya ada perkara-perkara yang saya


terlepas pandang untuk dilaporkan. akhir kata dari saya, wabilahitaufik
walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai