Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU KE-2

PENGURUSAN MASA
MASALAH
Pada minggu kedua, saya telah mengalami masalah pengurusan masa yang
tepat sebagaimana yang dirancang. Aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan
kerana tidak cukup masa. Hal ini demikian akan menyebabkan objektif dan hasil
pembelajaran kurang tercapai.
ANALISIS
Masa yang ditetapkan tidak cukup untuk menjalankan aktiviti yang telah
dirancang. Hal ini berlaku kerana bilangan murid dalam satu kelas adalah terlalu ramai
sehingga masa untuk organisasi kelas PJ pun terlebih. Murid-murid juga kurang
menepati masa PJ, ada yang lewat 5 minit menyebabkan kelas tidak dapat dijalankan
dengan lancar.
CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
a) Saya haruslah membaca buku-buku yang berkaitan dengan pengurusan masa
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani supaya masa
dapat diuruskan dengan baik.
b) Saya haruslah menyediakan aktiviti yang senang dan mudah mencapai objektif.
c) Saya haruslah menyediakan aktiviti berkumpulan supaya setiap murid
berpeluang untuk bermain walaupun dalam masa yang singkat.
d) Saya haruslah mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada rakan-rakan,
pensyarah pembimbing dan guru pembimbing supaya dapat menguruskan masa
dengan baik.
TEMPOH MASA
Saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah dalam masa yang paling singkat.
Saya haruslah menguruskan masa dengan baik supaya memudahkan pengajaran saya
pada masa depan. Dengan menyesuaikan diri dengan cepat, pengajaran di sekolah
akan dapat berjalan dengan lancar.

PENILAIAN KEJAYAAN
Perkara ini akan dapat mencapai objektifnya sekiranya guru konsisten dalam
mengikuti cadangan penambahbaikan tersebut. Saya juga akan meminta kerjasama
pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping
meminta pandangan daripada rakan-rakan praktikum.
TINDAKAN SUSULAN
Guru haruslah sentiasa berfikiran positif dalam menyelesaikan masalah supaya
tidak terjejas dengan kerjaya sebagai guru. Sebarang aktiviti yang dapat mengganggu
sesi pengajaran dan pembelajaran haruslah diselesaikan dengan secepat mungkin
supaya masa sentiasa mencukupi untuk menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Guru
juga haruslah yakin dengan diri semasa pengajaran supaya murid-murid dapat menaruh
kepercayaan yang tinggi terhadap guru.

Anda mungkin juga menyukai