Anda di halaman 1dari 7

Beriman Kepada Qada dan Qadar

Mengikut terminologi yang dirumuskan Prof. Dr Mohamad


Rabi Jawhari, pensyarah Kuliah Usuluddin di Universiti AlAzhar, bahawa Qada adalah pengetahuan Allah tentang
perbuatan yang lampau, sedang dan yang akan berlaku telah
ditetapkan-Nya sejak azali dan tertulis di dalam Lauh
Mahfuzh. Adapun Qadar adalah terjadinya suatu perkara yang
baik mahupun buruk sesuai dengan prinsip sifatnya,
ukurannya, dan syarat-syaratnya mengikut aturan dan
kehendak Allah Taala. (Aqidatuna, Juzuk 2)
Beriman dengan Qada dan Qadar termasuk salah satu
daripada kewajiban Rukun Iman, meyakini bahawa seluruh
penciptaan alam semesta mengikut ilmu Allah dan
kebijaksanaan-Nya, sesungguhnya Dia berkuasa ke atas
setiap sesuatu dan berkuasa melakukan perkara yang
dikehendaki-Nya.

Maksudnya : Sesungguhnya Kami menciptakan setiap
sesuatu menurut Qadar (yang telah ditentukan). (alQamar:49)
Sabda Rasulullah s.a.w :
:
:
:

Maksudnya : Sesungguhnya yang pertama diciptakan oleh
Allah adalah Al-Qalam. Allah berfirman kepadanya ;
Tulislah. Al-Qalam pun berkata; Ya Tuhan, apakah yang aku
akan tulis? Allah berfirman; Tulislah akan qadar (ketetapan)
dan segala apa yang terjadi sehingga menjelang
Kiamat. (Riwayat Abi Daud)
Firman Allah :


Maksudnya : Tiada suatu bencana pun yang menimpa di


bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah
tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami
menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah
mudah bagi Allah. (Al-Hadid:22)
Para salaf as-soleh meyakini dengan sepenuh keimanan
bahawa Allah Taala mencipta tiap-tiap sesuatu, mentadbir
dan memilikinya. Allah telah menentukan perkara yang akan
terjadi sebelum menjadikannya. Dia telah menentukan ajal,
rezeki dan kerja yang mereka lakukan. Dia telah menulis
kesudahan mereka sama ada menjadi bertuah atau ditimpa
celaka. Semuanya telah ditulis dalam catatan yang jelas dan
nyata.
Setiap perkara yang Allah kehendaki akan berlaku dan setiap
perkara yang tidak dikehendaki tidak akan berlaku. Allah
mengetahui perkara yang telah lepas, sedang berlaku, akan
datang, waktu dan cara ia berlaku. Allah berkuasa ke atas
setiap sesuatu, memberi petunjuk kepada sesiapa yang
dikehendaki dan menyesatkan orang-orang yang dikehendaki.
Setiap hamba memiliki kehendak dan kuasa untuk melakukan
semua perkara yang ditentukan oleh Allah ke atas mereka

dengan keyakinan bahawa setiap hamba tidak mampu


melakukan sesuatu kecuali dengan kehendak Allah.
Kefahaman inilah yang dapat mendorong manusia untuk
melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan bila ia sedar
bahawa Allah sentiasa mengawasinya serta meminta
pertanggungjawaban.
Firman Allah :

Maksud : Maka barang siapa yang ingin (beriman) hendaklah
ia beriman, dan barang siapa yang ingin (kafir) biarlah ia
kafir. (Al-Kahfi:29)
Sesungguhnya Allah mencipta hamba-hamba-Nya serta
perbuatan mereka dan mereka sendiri pula yang melakukan
semua perbuatan yang mereka lakukan tanpa paksaan. Maka
tidak ada hujjah bagi seorang hamba ke atas Allah sekiranya
dia mahu meninggalkan perkara yang wajib atau melakukan
perkara yang haram (bahawa ini adalah ketentuan Allah),
bahkan Allah mempunyai hujjah yang kuat ke atas hambahamba-Nya.
Seorang hamba Allah yang beriman dengan ajaran Rasul-Nya,
wajiblah menolak taqdir buruk dengan taqdir baik. Di mana
kufur itu dihilangkan dengan iman, kezaliman dengan
keadilan, peperangan dengan perdamaian, maksiat dengan
ketaatan, penyakit dengan ubat, kebodohan dengan
pengetahuan, kekalahan dengan jihad, kemiskinan dengan
bekerja dan begitulah seterusnya.
Keyakinan terhadap Qada dan Qadar Allah memerlukan
seseorang melaksanakan tiga perkara;
Pertama: Hendaklah berdoa kepada Allah agar
mempermudahkan baginya untuk mendapat kesenangan dan
menjauhkannya daripada kesusahan dan segala larangan-Nya
di samping bertawakkal kepada Allah dan meminta
perlindungan daripada-Nya, maka jadilah ia sentiasa
bergantung dengan Allah untuk mendapatkan perkara yang
baik dan meninggalkan kejahatan.
Firman Allah :


Maksud : Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu


(wahai Muhammad) tentang Aku maka (jawablah)
bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan
permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)
Aku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka
selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah:186)
Kedua: Hendaklah berusaha mencapai tujuan akhirat
sebagaimana usaha yang dilakukan untuk mencapai tujuan
dunia. Adalah sangat menghairankan jika dalam urusan
akhirat segala amal usaha ditinggalkan sementara dalam
urusan dunia masing-masing sedar bahawa hanya beristirehat
tanpa usaha dan perancangan adalah salah satu bentuk
amalan menuju pengangguran dan kemiskinan.
Sabda Nabi s.a.w :

Maksudnya : Hendaklah kamu melakukan perkara yang


mendatangkan manfaat kepada kamu, dan mintalah
pertolongan kepada Allah, jangan kamu mudah berasa lemah
(malas). Sekiranya musibah menimpa kamu maka janganlah
kamu berkata; Kalaulah dulu aku lakukan begitu tentu ia akan
jadi begini, tetapi katakanlah, Allah telah menentukan dan
setiap yang dikehendaki-Nya akan dilakukan-Nya. Lantaran
kerana perkataan kalau akan membuka peluang kepada
syaitan. (Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w membimbing umatnya untuk bersemangat
menempuh usaha yang bermanfaat dalam urusan dunia dan
juga akhirat. Perintah Rasulullah s.a.w kepada umatnya untuk
berusaha itu, baginda gabungkan dengan iman kepada taqdir,
ini menunjukkan bahawa beriman kepada taqdir tidak
menafikan keperluan strategi dan usaha untuk mencapai
sesuatu hajat.
Ketiga: Hendaklah bersabar di atas perkara yang telah
ditentukan ke atasnya dan tidak meratap atau menyesal,
setelah dia mengetahui bahawa semua yang terjadi adalah
dengan kehendak Allah maka dia redha dan berserah diri. Dia
seharusnya mengetahui bahawa dia tidak mungkin terlepas
daripada perkara yang ditetapkan untuk menimpanya dan
perkara yang tidak ditetapkan ke atasnya tidak akan
menimpanya.
Firman Allah :

Maksud : Katakanlah (wahai Muhammad); Tidak sekali-kali


akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah
ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang
menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka
kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman
bertawakal. (Taubah:51)
Ketika kekhalifahan Umar al-Khattab r.a, beliau telah
bermusafir bersama beberapa orang sahabat dari Madinah ke
tanah Syam. Peristiwa ini berlaku pada bulan Rabiul Akhir
tahun 18 H, di mana perjalanan Umar adalah untuk melihat
keadaan rakyat dan para gabenurnya. Setelah beberapa hari
menempuh perjalanan, rombongan Umar mendapat berita
bahawa Syam telah dilanda wabak taun Amwas. Umar
kemudiannya bermusyawarah bersama para sahabat di dalam
jemaah rombongan itu dan masing-masing sepakat
memutuskan untuk kembali ke Madinah.
Abu Ubaidah r.a yang ketika itu menjadi gabenur di Syam
berkata mempersoalkan keputusan Umar al-Khattab r.a,
Wahai Amiral Mukminin, mengapa kamu lari daripada taqdir
Tuhan?
Umar r.a lantas menjawab, Ya, aku lari daripada taqdir Allah
kepada taqdir yang lain. Apa pendapatmu wahai Aba Ubaidah
seandainya engkau memiliki seekor unta yang turun di sebuah
lembah yang memiliki dua lereng, salah satunya subur dan
yang keduanya tandus, bukankah jika engkau membiakkannya
di tempat yang subur bererti engkau menggembala untamu itu

dengan taqdir Allah? Begitu pun sebaliknya, jika engkau


membiakkannya di tempat tandus, bukankah engkau
menggembalakannya juga dengan taqdir Allah?
Tiba-tiba datang Abdurrahman bin Auf kerana keperluannya
lalu berkata;




Maksudnya : Sesungguhnya dalam masalah ini aku memiki


ilmunya, aku telah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda; ((Jika engkau mendengar wabak taun di sebuah
negeri maka janganlah kamu memasukinya, dan seandainya
wabak taun terjadi di negeri yang engkau tinggal di dalamnya
janganlah engkau meninggalkan negerimu kerana lari daripada
taun)). (Riwayat Muslim)
Menurut sejarah, taun Amwas yang berlaku pada zaman
kekhalifahan Umar telah mengorbankan sekitar 25000
30000 kaum Muslimin. Di antara mereka yang meninggal
dunia akibat wabak ini adalah Abu Ubaidah Amir bin AlJarrah r.a, salah seorang daripada sepuluh orang sahabat
Nabi yang mendapat jaminan syurga Allah Taala.
Taqdir mengikut pandangan ulamaAhl as-Sunnah wa alJamaah;
Taqdir Mubram: Iaitu taqdir yang muktamad dan ia tertulis di
Lauh Mahfuz. Tidak ada apa-apa pengurangan, penambahan
atau pengubahan kepada taqdir ini. Ia adalah ketentuan Allah
Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh
sesuatu apa pun. Contohnya: Kehidupan dan Kematian.
Taqdir Muallaq: Iaitu taqdir yang tertulis yang boleh tetap
dan boleh berubah dengan kehendak Allah, bergantung kepada
sebab-sebab yang diusahakan oleh manusia. Mu'allaq bererti
tergantung. Ia adalah ketentuan yang tidak semestinya
berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara.
Contohnya: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan
silaturrahim dan amal kebajikan yang lain, seperti dalam
sabda Rasulullah s.a.w :


Maksud : Tidak boleh ditolak ketetapan Allah Taala
melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur
melainkan berbuat baik kepada ibu bapa. (Riwayat Hakim,
Ibnu Hibban dan Tirmizi)
Menurut ulama Ahl as-Sunnah, doa berpengaruh dalam
mengubah apa yang telah tertulis dalam konteks Taqdir
Mu'allaq. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan
merasakan dirinya lemah dan berhajat kepada Allah. Akan
tetapi perubahan yang kita pohon itupun sudah ditetapkan
melalui doa. Janganlah kita menyangka apabila berdoa,
bererti meminta sesuatu yang belum tertulis, bahkan doa kita
telah tertulis dan apa yang terjadi kerananya juga telah
tertulis.
Begitu juga penyakit yang merupakan taqdir Allah boleh
disembuhkan melalui rawatan dan pegharapan yang
bersungguh-sungguh kepada-Nya, ia juga termasuk dalam

Taqdir Muallaq. Rasulullah s.a.w pernah ditanya;





:
Maksud : Ya Rasulallah, bagaimana pandanganmu terhadap
ruqyah-ruqyah yang kami gunakan untuk jampi, ubat-ubatan
yang kami gunakan untuk menyembuh penyakit, perlindunganperlindungan yang kami gunakan untuk menghindari daripada
sesuatu, apakah itu semua boleh menolak taqdir Allah? Jawab
Rasulullah s.a.w; Semua itu adalah (juga) taqdir
Allah. (Riwayat Tirmizi)
Firman Allah :


Maksud : Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada
pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada
pada diri mereka sendiri. (Ar-Radu:11)
Maka, apa yang tercatat dalam Taqdir Muallaq boleh diubah
oleh Allah atas sebab-sebab yang diusahakan oleh manusia
dengan kehendak Allah. Namun perubahan itu tidak terkeluar
daripada apa yang Allah sedia ketahui dan tulis dalam Taqdir
Mubram. Dalil untuk dua jenis taqdir ini ialah firman Allah
Taala :

Maksud : Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki, dan


menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah
terdapat Umm al-Kitab. (Ar-Ra'd:39)
Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan
menetapkan (apa yang Dia kehendaki), ia merujuk kepada
Taqdir Mu'allaq.
Dan di sisi-Nya-lah terdapat Umm al-Kitab, merujuk kepada
Taqdir Mubram.
Ibnu Kathir r.hm menafsirkan Umm al-Kitab tersebut adalah
perkara yang halal dan yang haram. (Mukhtasar Tafsir Ibnu
Kathir)
Allah Taala telah menjadikan kepada ketentuan ini beberapa
sebab yang boleh menolak dan mengangkatnya seperti
berdoa, sedekah jariah, pengetahuan, perubatan, dan
sebagainya. Kerana makna beriman terhadap Qada' dan
Qadar sama sekali tidak menafikan kewajipan kita berusaha
dan berikhtiar melakukan yang terbaik dalam kehidupan ini.
Allah pemilik Zat Yang Maha Adil, tidak akan sesekali
menzalimi hamba-Nya, barangsiapa yang jujur dalam
melaksanakan amal soleh pasti akan dimudahkan jalan
menuju Syurga.
. .

Maksud : Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan
Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang
terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya
jalan yang mudah. (Al-Lail:5-7)
Firman Allah lagi :


Maksudnya : Dan orang-orang yang berusaha dengan

bersungguh-sungguh (kerana memenuhi kehendak agama


Kami), sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalanjalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan)
Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki
amalannya. (Al-Ankabut:69)
Dengarkan pula firman Allah tentang penduduk neraka yang
mereka kekal di dalamnya mengharapkan kembali ke alam
dunia, Allah Maha Mengetahui apa yang akan mereka lakukan
seandainya dikembalikan ke dunia di dalam surah Al-Anam
ayat 27 hingga 28;



Maksud : Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka
dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata; Kiranya kalau
kami dikembalikan (ke dunia) dan tentulah kami tidak
mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orangorang yang beriman (tentulah kamu melihat suatu peristiwa
yang mengharukan).



Maksud : Bahkan (sebenarnya) telah nyata bagi mereka
kejahatan yang mereka dahulu selalu menyembunyikannya.
Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia, tentulah mereka
kembali kepada apa yang mereka telah dilarang
mengerjakannya. Dan sesungguhnya mereka itu adalah
pendusta-pendusta belaka.
Demikianlah ilmu Allah, tidak ada sedikitpun yang terluput
daripada pengetahuan-Nya. Berdasarkan ilmu Yang Maha
Sempurna itu Allah menulis segala sesuatu yang akan terjadi,
yang belum terjadi dan yang sudah terjadi di Lauh Mahfuzh,
50000 tahun sebelum Allah ciptakan langit dan bumi.
Rasulullah s.a.w bersabda;



Maksud : Allah telah mencatatkan taqdir-taqdir sekalian
makhluk-Nya 50000 tahun sebelum diciptakan langit-langit
dan bumi. (Riwayat Muslim)
Firman Allah :

Maksud : Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan


kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan
mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak
atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu. (Ar-Ra'd:11)
Apa yang telah tercatat dalam Lauh Mahfuzh berlaku menurut
kehendak Allah dengan penuh perincian melangkaui akal
manusia, satu-persatu, tiada satupun yang terlepas daripada
ilmu, kehendak dan penciptaan Allah Taala. Tiada sesuatu di
alam ciptaan-Nya ini yang terjadi berlawanan dengan
kehendak-Nya. Kerana Maha Luasnya pengetahuan Allah,
maka tiada siapapun mampu menghitungnya secara tuntas
sehingga hal ini diperhatikan oleh Imam Jaafar as-Sodiq
r.hm, sebagaimana katanya;


Maksud : Orang yang terlalu memikirkan masalah Qadar
ibaratnya seperti orang memandang terik mentari, semakin
kuat ia melihat semakin bertambah ia merasa hairan. (Jami
Bayan al-Ilmi wa Fadhlih, Ibn Abd al-Barr)
Kerana manusia tidak mengetahui Qada dan Qadar-nya,
maka manusia perlu kepada usaha dan doa tanpa berputus
asa. Ambillah pengajaran tentang kesilapan masa lalu, agar
kita tidak mengulanginya pada masa kini. Usah menyalahkan
taqdir kerana semuanya itu mengandungi rahsia Allah yang
tiada siapapun mampu merungkainya. Batasan tersebut
diingatkan Rasulullah s.a.w kepada umatnya:

Maksud : Jika ada yang menyebut perkara taqdir, maka
hentikanlah mereka (membahas taqdir). (Riwayat atTabarani)
Semoga Allah sentiasa mencurahkan rahmat dan inayah-Nya
kepada kita.
Referensi:
1. Syeikh Dr. Sayyid Ahmed al-Musayyar, Fatawa al-Aqidah
al-Islamiyah .
2. Prof Dr. Mohamad Rabi Jawhari, Aqidatuna .
3. Syeikh Abd ar-Rahman Hasan Habnakah al-Maidani, AlWajizatu fi al-Aqidah al-Islamiyah .
4. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Muqaddimah Aqidah
Muslim.

Anda mungkin juga menyukai