Anda di halaman 1dari 5

NOTIS: Mesyuarat Agung Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan Kali Ke-13

akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24 September 2016 (Sabtu)


Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Dewan BTPN (Beserah)

Semua Sar/Kafa dan ahli dijemput hadir. Mesyuarat Agung Persatuan Guru-Guru
KAFA Daerah Kuantan Kali Ke-13 ini merupakan mesyuarat terakhir bagi sesi
2014 - 2016. Mesyuarat kali ini merupa mesyuarat pemilihan AJK baru bagi sesi
2016 - 2018.

Komitmen dan kehadiran para ahli amatlah dihargai kerana ia menjadi penentu
hala tuju persatuan selepas ini.

Jika ada sebarang usul sila hubungi Setiausaha Persatuan iaitu Ustaz Sofian b
Hassan melalui SMS atau Whatsapp secara terus. Tarikh tutup usul pada 9
September 2016.

Luahan Rasa Mesyuarat Agung Persatuan Guru Sar Kafa Negeri Pahang Kali ke-26
5 PERGUKAFA KUANTAN 11 October 2015
Terkilan rasa di hati tika menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Guru Sar Kafa
Negeri Pahang baru-baru ini. Datang dari jauh Kuantan-Lanchang dengan 2 buah
bas dan beberapa buah kereta persendirian.

Mesyuarat Khas AJK Persatuan untuk Mesyuarat Agung pada 24 September 2016
Majlis Pemilihan Bakal-Bakal Calon AJK Tertinggi Persatuan Guru-Guru KAFA
Daerah Kuantan Sesi 2016 - 2018
Mesyuarat AJK Kali Ke-3 2016

Assalamualaikum

Terkilan rasa di hati tika menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Guru Sar Kafa
Negeri Pahang baru-baru ini. Datang dari jauh Kuantan-Lanchang dengan 2 buah
bas dan beberapa buah kereta persendirian. Bahkan ada yang menunggang
motorbike dengan penuh semangat untuk bermesyuarat. Tapi.. apa yang kami
dapat di sana?

KETIDAKPUASHATIAN !!!

1. Nak masuk dewan, dewan dah penuh.

Nak duduk luar, takde kerusi


Nak berdiri, dok ghok
Pembesar suara dengar dalam je...
Berat nanang.jeng krengg

Persoalannya

Mengapa pihak penganjur tidak menyediakan prasarana yang mencukupi dalam


majlis sebesar ini ?
Di manakah hak kami sebagai ahli ?
Mengapakah hak kami sebagai ahli dinafikan ?

2. Perjalanan mesyuarat.

Tidak mengikut prosedur dan tatacara mesyuarat yang sepatutnya.


Pembentangan, Pembubaran, pengesahan, cadangan
Kuca hanyar weiiii..

3. Yang sangat ku rasa terkilan bila tiada ruang untuk agenda "hal-hal lain".

Sepatutnya di ruang inilah ada ahli-ahli yang ingin berbicara, meluahkan yang
tersirat atau memberi cadangan. Banyak sangat yang terset di minda ku untuk
ku luahkan di ruangan itu.

Tapi..

Sekali lagi hak itu dinafikan !

Nak ucap minta maaf jauh sekali....

Apa pun jadikanlah mesyuarat ke-26 ini sebagai iktibar

Peringatan untuk diriku, sahabat-sahabat dan mana-mana organisasi.


Belajarlah dari kesilapan. Rancang dan laksanakanlah sesuatu itu dengan
professional.

Sekian.
Wallahualam
kamr...Ahli Terkilan

Gabungan program gerak gempur UPKK untuk pelajar tahun 5 ini terdiri dari sekolah :
1. Sar Kafa Al-Ikhwan - 15 Orang Pelajar
2. Kafa Masjid Bukit Setongkol - 14 Orang
3. Kauthar Center - 14 Orang

Kem Motivasi dan Seminar Pecutan Akhir


UPKK 2016 Anjuran KAFA Masjid Sultan
Ahmad Shah Tok Sira

UPKK 2016 semakin hampir, maka berbagai program berbentuk motivasi dan sebagainya
dianjurkan oleh Sar/Kafa di sekitar Kuantan. Tidak ketinggalan juga KAFA Al-Fawwaz
Kempadang telah mengadakan Rehlah Minda UPKK 2016 untuk pelajar tahun 5 sekolah
tersebut.
Bertempat di Kempville Kempadang pada 27 - 28 Ogos 2016 seramai 50 orang pelajar UPKK
KAFA tersebut telah mengikuti Rehlah Minda UPKK 2016. Berbagai program pengisian padat
berjaya dilakukan sepanjang program ini berlangsung antaranya ice breaking, outdoor games,
festival kebudayaan islam dan sebagainya. Seawal jam 3.00 pagi (28/8/2016), para peserta telah
diserap dengan nilai roh islam seperti munajat perdana, kuliah subuh program, ruhul jadid,
kendiri dan diakhiri dengan slot motivasi santai jiwa yang turut disertai oleh para ibu bapa
penjaga.

MESYUARAT AGUNG PERS.GURU-GURU AGAMA RAKYAT DAN KAFA NEGERI


PAHANG KE-20.
JEMPUTAN KEPADA SEMUA GURU GURU SAR KAFA NEGERI PAHANG KE
MESYUARAT AGUNG KE-20.

TARIKH ; 03 JUN 2009


TEMPAT ; DEWAN JUBLI PERAK ,DAERAH KUALA LIPIS .PAHANG.
ATURCARA ;

9.30 -10.30 - PENDAFTARAN AHLI .


11.00 PAGI - KETIBAAN PERASMI
- MESYUARAT AGUNG DIMULAKAN.
- UCAPAN ALUAN YDP PERSATUAN.
- MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT
MESYUARAT AGUNG KE-19
- MEMBENTANG LAPORAN TAHUNAN.
- MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN
KEWANGAN.
- MELANTIK AJK SESSI 2009-2011
- MEMBAHAS USUL BERTULIS.
- PENANGGUHAN.
1.00 T.H - JAMUAN MAKAN ./BERSURAI.

Anda mungkin juga menyukai