Anda di halaman 1dari 6

GARIS PANDUAN BANTUAN PAKAIAN SERAGAM UNTUK PASUKAN

BADAN BERUNIFORM
DI SEKOLAH

1. LATAR BELAKANG
Pemberian bantuan pakaian seragam dilaksanakan berdasarkan
ucapan YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2008 pada
28 September 2007. Garis panduan ini digunakan untuk
menentukan sama ada ibubapa atau penjaga itu layak atau tidak
menerima bantuan ini dan juga kaedah bantuan itu disalurkan.
2. KONSEP
Bantuan Pakaian Seragam ( BPS ) untuk Pasukan Badan Beruniform
merupakan satu program kepada murid yang layak di semua
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
3. MATLAMAT
Pada dasarnya matlamat BPS adalah untuk memastikan murid yang
layak dalam kalangan ibubapa atau penjaga yang kurang mampu
(pendapatan di bawah RM1,000.00 sebulan) menerima bantuan
pakaian seragam pasukan badan beruniform.
4. OBJEKTIF
i. Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu memiliki
pakaian seragam supaya bergiat lebih aktif dalam akitiviti pasukan
badan beruniform di sekolah.
ii. Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibubapa atau
penjaga yang kurang mampu.
5. DASAR DAN SYARAT KELAYAKAN
i.
Bantuan ini diberikan kepada murid daripada keluarga yang
pendapatan isi rumah sebulan adalah RM1,000.00 sebulan dan
ke bawah.
Permohonan adalah berdasarkan kelayakan /pendapatan tahun
semasa.
Ibubapa
atau penjaga
perlu
mengisytiharkan
pendapatan mereka bagi memudahkan penentuan samada
mereka
layak atau sebaliknya. Hanya mereka yang
mengisytiharkan pendapatan ( didapati benar ) sahaja yang
layak menerima bantuan ini.
1

ii.

Murid yang layak akan menerima bantuan pakaian seragam


pasukan badan beruniform setahun bernilai tidak lebih RM
100.00 :
a. Sekolah Rendah ( Tahap 2: Tahun 4, 5 dan 6 )
b. Sekolah Menengah ( Peralihan hingga Tingkatan 5 )

6. PAKEJ BANTUAN
Setiap murid yang layak menerima bantuan ini akan dibekalkan
dengan pakaian seragam asas mengikut pasukan badan
beruniform yang mereka anggotai.
7. DASAR AGIHAN
i.
Setiap murid yang layak akan menerima bantuan pakaian
seragam asas pada suku pertama setiap tahun.
ii.
Pengagihan pakaian kepada murid yang layak adalah sekali
setiap dua tahun.
iii.
Murid yang telah menerima bantuan BPS layak menerima
penggantian pakaian seragam sekiranya rosak (kerana banjir,
kebakaran atau bencana alam) atau terlalu ketat walaupun
sebelum tempoh dua (2) tahun.
iv.
Ibubapa atau penjaga yang inginkan bantuan pakaian seragam
perlu mengisi Borang Bantuan Pakaian Seragam Pasukan
Badan Beruniform ( Borang BPS 01 )
v.
Borang penerimaan diedarkan setelah murid menerima
peruntukan pakaian/bantuan sebagai akuan pengesahan
penerimaan.
vi.
Aliran permohonan seperti Lampiran 1.
8. PANEL PEMILIH
Panel pemilihan bagi murid yang layak menerima bantuan ini terdiri
daripada :
Pengerusi :
Pengetua/Guru Besar
Setiausaha :
GPK Kokurikulum
AJK
:
GPK HEM
2 orang guru yang dilantik
YDP PIBG / Wakil
Seorang AJK PIBG yang dilantik
9. PEMILIHAN PEMBEKAL DAN PROSES PEMBAYARAN
Bagi tahun 2008 pihak sekolah diberi kuasa melantik pembekal bagi
pembekalan pakaian seragam. 10 pasukan badan beruniform yang
terlibat terdiri daripada :
a. Pasukan Kadet Pertahanan Awam
2

b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.

Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat


Kor Kadet Polis
Pasukan Kadet Remaja Sekolah
Persekutuan Pengakap Malaysia
Pergerakan Puteri Islam Malaysia
Persatuan Pandu Puteri
St. John Ambulans
Bulan Sabit Merah Malaysia
Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah

Bagi pakaian seragam pasukan pancaragam dan seni bela diri,


peruntukan kewangan secara bantuan diberikan kepada murid
yang terlibat melalui sekolah.
10.
Syarat-syarat pemberian bantuan ini akan dikaji dari masa ke
semasa
Mengikut kesesuaian.
11.
Pemantauan dijalankan secara berkala oleh oleh pegawaipegawai
KPM/JPN/ PPG/ PPD.

LAMPIRAN 1
Jadual Aliran Permohonan Bantuan Pakaian Seragam (BPS)

B
il

Perkara

1.

Mengisi borang permohonan

2.

Pemilihan

3.

Menentukan maklumat pakaian

Tindakan
Murid/Ibubapa/Penjaga
Panel Pemilihan BPS
sekolah
Jawatankuasa Kokurikulum
3

seragam yang diperlukan

sekolah

4.

Terima dan kumpul senarai


permohonan

Jawatankuasa Kokurikulum
sekolah

5.

Menentukan Pembekal

Jawatankuasa Kokurikulum
sekolah

6.

Jawatankuasa Kokurikulum
sekolah

Jawatankuasa Kokurikulum
sekolah

7.

Terima bekalan dan Agihan

Jawatankuasa Kokurikulum
sekolah

8.

Terima pakaian seragam/akuan


penerimaan

Murid

BPS 1/BS-KPM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BORANG KELAYAKAN MURID
BANTUAN PAKAIAN SERAGAM (BPS)
BAGI TAHUN ______________
i.
ii.
iii.
iv.

Borang ini diberikan secara percuma kepada ibu bapa/penjaga warganegara Malaysia
sahaja dan dilengkapkan bagi setiap anak yang bersekolah
Ibu bapa / penjaga dikehendaki mengisi BAHAGIAN I dan BAHAGAIAN ll borang ini.
Ibu bapa atau penjaga hendaklah mengisytiharkan pendapatan mereka.
Hanya borang yang lengkap diisikan sahaja yang akan diproses.

BAHAGIAN I
Maklumat Murid
( diisi oleh ibubapa/penjaga )

Nama Sekolah :________________________________________________________


Nama Murid :________________________________________________________
Tahun/Tingkatan :______________________________________________________
BAHAGIAN II
1. Maklumat Bapa/Penjaga

Nama
:

No. KP
:

Warganegara :

Pekerjaan
:

Nama Majikan:

Pendapatan sebulan :
RM_________________

2. Maklumat Ibu/Penjaga
Nama
:
No. KP
:
Warganegara
:
Pekerjaan :
Nama Majikan:
Pendapatan sebulan :
RM_________________

Jumlah Pendapatan Bersama Sebulan ( Bapa/penjaga dan ibu/isteri


penjaga )
RM ____________________
3. PENGAKUAN IBU/BAPA/PENJAGA
Saya mengaku bahawa segala maklumat diberikan adalah benar.
..
( Tandatangan ibu/bapa/penjaga )
Nama: ____________________
Tarikh
: ____________________
1

BAHAGIAN lll.
( Diisi oleh Panel Pemilih)
4. KELULUSAN PERMOHONAN
*PERMOHONAN INI DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN
JIKA TIDAK DILULUSKAN ( Komen )
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

................................................
Tandatangan Guru Besar/Pengetua
Nama: _______________________
Tarikh: _______________________
____________________

Tandatangan YDP PIBG /


Wakil
Nama: ____________________
Tarikh
:

**Potong mana yang tidak berkenaan

Syarat Tambahan :
i.
Penjaga yang mengambil anak angkat warganegara Malaysia dikehendaki
menyertakan salinan Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran
Negara.
ii. Permohonan ini dibatalkan sekiranya butiran yang diberikan tidak lengkap.
iii. Sebarang pemalsuan maklumat dan dokumen boleh menyebabkan bantuan
pakaian di tarik balik dan ibu bapa / penjaga di dakwa .

Anda mungkin juga menyukai