Anda di halaman 1dari 11

1

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TAMAN KLANG JAYA 2016


DEWAN SATRIA SK TAMAN KLANG JAYA
22 NOVEMBER 2016 / SELASA

BIL

AGENDA

TEKS

1.

Persediaan

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan
serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.
Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan
diingatkan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya
kepada mod senyap.
Hadirin diminta mengurangkan pergerakan keluar masuk dan tidak
membuat bising. Diminta juga kerjasama agar para hadirin bangun
semasa perarakan masuk tetamu kehormat dan kekal berdiri
sehingga selesai nyanyian lagu Negaraku. Segala kerjasama yang
diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

2.

Ketibaan

Mengumumkan ketibaan Datuk Kamaruzzaman bin Johari, Pengerusi

jemputan

Mayang Parlimen Kota Raja, dengan diiringi Puan Suraya bt Ghazali,


Guru Besar SK Taman Klang Jaya, barisan penolong kanan, wakil
PIBG serta para guru masuk ke dalam dewan.

Nyanyian
lagu
Negaraku

Semua hadirin dipersilakan berdiri.


Bagi memulakan acara, sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku
dengan iringan muzik.
Semua hadirin dipersilakan duduk.

3.

Ucapan alu-

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera

aluan

dan salam 1 Malaysia.

Pengerusi
Majlis

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua
Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.
Yang Berbahagia Datuk Kamaruzzaman b Johari,
Pengerusi Mayang Parlimen Kota Raja
Yang Berusaha Pn Suraya bt Ghazali
Guru Besar SK Taman Klang Jaya
Yang Dihormati En Mohamad b Abd Rahman
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Taman Klang
Jaya
Yang Berusaha Pn Rosmawati bt Mior Adlan
Penolong Kanan Pentadbiran
Yang Berusaha Pn Zahrotulaili bt Kosnon
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid
Yang Berusaha Pn Norasikin bt Bawi
Penolong Kanan Kokurikulum
Yang Berusaha En Ku Noraffenddie b Ku Mohd Fozi
Penolong Kanan Petang

Yang Berusaha Pn Siti Wan Nor bt Abdul Rashid


Penolong Kanan Pendidikan Khas
AJK PIBG, para ibu bapa, guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat
yang dirahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SK Taman
Klang Jaya bagi tahun 2016.

4.

Bacaan doa

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh Al Fadil Ustaz Zulkifli b Hammat Zakri..
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(Bacaan doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Al Fadil Ustaz Zulkifli b Hammat Zakri atas bacaan doa itu
tadi.

5.

Persembahan
pembukaan

Dari Kota Setia ke negeri Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,

Semoga hadirin terhibur di hati.


Persembahan
Pendidikan
Khas

Dengan itu pihak majlis mempersilakan murid-murid tahun 2 dengan


persembahan Tarian Sembah Selamat Datang dan murid-murid
Program Pendidikan Khas Integrasi dengan Tarian Hindi. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
(Tarian)
Terima kasih atas persembahan sebentar tadi. Untuk makluman
hadirin sekalian, persembahan Tarian Selamat Datang tadi dibimbing
oleh En Ahmad Azhan manakala Tarian Hindi itu pula dibimbing oleh
Pn Subuletchumy.

6..

Ucapan

Hadirin yang dihormati,

Guru Besar
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan
Suraya bt Ghazali selaku Guru Besar SK Taman Klang Jaya untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
(Ucapan Guru Besar)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Guru besar


atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

7.

Ucapan

Kalau tuan pikat kenari,

Perasmian

Jangan patahkan batang jerami;


Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia Datuk
Kamaruzzaman b Johari, Pengerusi Mayang Parlimen Kota Raja
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis
Anugerah Kecemerlangan SK Taman Klang Jaya 2016. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
(Ucapan Perasmian)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada Yang Berbahagia Datuk, atas ucapan dan perasmian
majlis itu tadi.

8.

Persembahan

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Prasekolah
Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini. Marilah sama-sama kita
saksikan persembahan daripada murid-murid prasekolah dengan
persembahan Tarian Moden Melayu diiringi lagu berjudul Nirmala.
Dipersilakan.
(Tarian Moden Melayu)
Terima kasih di atas persembahan tadi. Kumpulan ini telah dibimbing
oleh guru-guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid
prasekolah.
9.

Penyampaian
Hadiah Murid

Hadirin sekalian,

Kelas Khas

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.
Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput Puan Siti Wan Nor bt
Abdul Rashid, Penolong Kanan Pendidikan Khas naik ke pentas
untuk menyampaikan anugerah.
(Penyampaian hadiah)
Tahniah kepada semua penerima anugerah. Majlis merakamkan
ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada Puan Siti Wan Nor bt
Abdul Rashid atas kesudian beliau menyampaikan anugerah
sebentar tadi.

10.

Penyampaian

Hadirin sekalian,

Hadiah Tahap

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah Tahap 1.

Dengan ini, dijemput En Ku Noraffendie b Ku Mohd Fozi, Penolong


Kanan Petang naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah untuk
penerima anugerah Tahun 1.
(Penyampaian hadiah Tahun 1)
Sekalung penghargaan kepada En Ku Noraffendie b Ku Mohd Fozi
kerana sudi menyampaikan anugerah sebentar tadi dan tahniah
kepada para penerima anugerah.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah bagi


Tahun 2. Dengan ini, dijemput Pn Norasikin bt Bawi, Penolong Kanan

Kokurikulum naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah untuk


penerima anugerah Tahun 2.
(Penyampaian hadiah Tahun 2)
Tahniah kepada semua penerima anugerah dan terima kasih kepada
Pn Norasikin bt Bawi kerana sudi menyampaikan hadiah sebentar
tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah bagi Tahun 3.
Dengan ini, dijemput Pn Zahrotulaili bt Kosnon, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah untuk
penerima anugerah Tahun 3.
(Penyampaian hadiah Tahun 3)
Sekalung penghargaan kepada Pn Zahrotulaili bt Kosnon kerana sudi
menyampaikan anugerah sebentar tadi dan tahniah kepada semua
penerima anugerah.
11

Persembahan

Hadirin sekalian,

Tahap 2
Majlis penyampaian anugerah ditangguhkan buat seketika bagi
melegakan debaran di hati seterusnya menikmati satu persembahan
menarik iaitu Persembahan Tarian Kontemporari daripada muridmurid Tahap 2. Dipersilakan.
(Persembahan)
Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat
persembahan sebentar tadi. Buat makluman para hadirin, kumpulan
ini telah dibimbing oleh Pn. Salina bt Saleh dan Cik Illiana bt Jalik.

12

Penyampaian

Hadirin sekalian,

Hadiah
Kecemerlang
an UPSR
2016

Pada 17 November yang lalu, keputusan Ujian Pencapaian Sekolah


Rendah (UPSR) telah diumumkan. Justeru itu, bagi meraikan
kejayaan murid-murid yang telah mencapai kecemerlangan dalam
UPSR baru-baru ini, majlis menjemput Yang Berbahagia Datuk
Kamaruzzaman b Johari, Pengerusi Mayang Parlimen Kota Raja
diiringi Puan Suraya bt Ghazali, Guru Besar SK Taman Klang Jaya
untuk menyampaikan anugerah.
(Penyampaian hadiah)
Tahniah kepada murid-murid cemerlang SK Taman Klang Jaya.
Seterusnya, anugerah kehadiran penuh bagi murid-murid Tahun 1
hingga Tahun 6.
(Penyampaian Hadiah)
(VIP kekal di atas pentas)

13.

Penyampaian

Hadirin sekalian,

Hadiah
Tokoh-tokoh

Hadiah diatur tampak kemas,


Tetamu hadir senyum sekilas,
Datuk bersedia di atas pentas.
Menyempurnakan penyampaian anugerah khas.
Dengan penuh takzim majlis teruskan lagi dengan penyampaian

anugerah tokoh.
(Penyampaian Hadiah & bacaan biodata penerima)
4 tokoh L/P
Tokoh Kurikulum
Tokoh Kokurikulum
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.
14.

Penyampaian
cenderahati
tetamu

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang


Berbahagia Datuk Kamaruzzaman b Johari atas kesudian beliau
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

kehormat
Oleh itu, dipersilakan Puan Suraya bt Ghazali, Guru Besar SK Taman
Klang Jaya untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang
Berbahagia Datuk Kamruzzaman b Johari, Pengerusi Mayang
Parlimen Kota Raja.
(Penyampaian cenderahati)
Terima kasih sekali kepada Yang Berbahagia Datuk dan Puan
15

Penyampaian

Suraya.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah Tahap 2. Dengan ini,

Hadiah Tahap

majlis menjemput Puan Rosmawati bt Mior Adlan, Penolong Kanan

Pentadbiran bagi menyempurnakan penyampaian anugerah


seterusnya.
(Penyampaian anugerah)
Terima kasih kepada Puan Rosmawati bt Mior Adlan dan tahniah
diucapkan kepada semua penerima anugerah.

10

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah bagi


Tahun 5. Majlis menjemput dan mempersilakan Puan Suraya bt
Ghazali, Guru Besar SK Taman Klang Jaya diiringi Puan Rosmawati
bt Mior Adlan, Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan
anugerah.
(Penyampaian anugerah)
Tahniah kepada para penerima anugerah dan terima kasih kepada
Puan Guru Besar atas kesudian menyampaikan anugerah.
Kini tiba pula giliran untuk penyampaian anugerah bagi murid-murid
Tahun 6. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
Dihormati, Encik Mohamad b Abd Rahman, YDP PIBG SK Taman
Klang Jaya diiringi Puan Suraya bt Ghazali, Guru Besar SK Taman
Klang Jaya untuk menyampaikan anugerah.
(Penyampaian anugerah)
Tahniah kepada semua penerima anugerah dan terima kasih kepada
Encik Mohamad b Abd Rahman atas penyampaian anugerah itu tadi.
16.

Penutup

Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya penyampaian anugerah sebentar tadi, maka
berakhirlah majlis kita pada hari ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua tetamu
jemputan, Ahli Jawatankuasa Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK
Taman Klang Jaya 2016, para ibu-bapa dan mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan malis ini.
Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar bahasa,

11

terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi.


Sesungguhnya, yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang
kurang itu adalah kelemahan kami.
Dian tiga lilin pun tiga,
Tanglung tergantung rumah laksamana,
Diam juga sabar pun juga,
Ada umur tidak ke mana.
Tuan puteri pergi ke rasah,
Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizinkan tuhan bersua lagi.
Sekian, tarima kasih.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Anda mungkin juga menyukai