Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

MEMOHON KELULUSAN
YURAN SUMBANGAN ICT
BAGI PROGRAM I-SIBER

PROGRAM I-SIBER SK TAMAN PUTERI WANGSA

1.0

TUJUAN

1.1
Memohon kelulusan yuran sumbangan ICT bagi menjalankan
program I-SIBER untuk semua murid tahun 1 hingga tahun 6.

2.0
PENGENALAN

Program I-Siber merupakan inisiatif sekolah untuk meningkatkan


pengetahuan semua murid sekolah dalam pembelajaran berbantukan
komputer. Ia juga merupakan anjakan yang ke 7 dalam
Transformasi Sistem Pendidikan iaitu memanfaatkan ICT
bagi meningkat kualiti pembelajaran di Malaysia. Makmal komputer

yang bertindak selaku medium program pembestarian perlulah


memulakan langkah wajar agar semua murid menyedari kepentingan
teknologi sebagai agen pemangkin kecemerlangan institusi pendidikan.
Melalui program ini, murid dapat manfaat dan menghayati kegunaan
teknologi sebagai pemudahcara pembelajaran serta dapat
meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus.

3.0
TEMA

Teknologi ICT Sebagai Pemangkin Gemilang

4.0
OBJEKTIF

4.1
Mewujudkan dan menanam nilai keyakinan diri dalam
kalangan murid terutama dalam penggunaan teknologi ICT.

4.2
Merapatkan hubungan silaturahim antara sesama murid
dan warga pendidik.

4.3

4.4
Memupuk sifat prihatin ibu bapa dalam kepentingan murid
dan sekolah sejajar dengan Sarana Ibu Bapa.

Meningkatkan pembelajaran kendiri melalui pembelajaran


secara talian dalam kalangan murid.

4.5
Melestarikan murid yang berdaya saing dan mampu
menghadapi cabaran pada masa hadapan.

5.0
TARIKH PROGRAM

Sepanjang tahun mengikut jadual yang ditetapkan


6.0
TEMPAT PROGRAM

Makmal komputer / ICT SK Taman Puteri Wangsa

7.0

SASARAN

Murid tahun 1 hingga tahun 6

8.0
JAWATANKUASA PELAKSANA

Unit ICT dan semua guru SK Taman Puteri Wangsa

9.0
ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk lampiran

10.0

PENUTUP

Kelengkapan komputer yang sempurna dan suasana yang kondusif


dalam makmal komputer mampu melonjakkan rasa senang hati
dan perasaan damai untuk murid-murid. Ini mampu menggalakkan

murid rajin dan seronok ke sekolah terutama dalam sesi pembelajaran ICT .

Diharapkan agar program ini disokong dan diluluskan


pelaksanaannya serta dapat dijalankan dengan kadar segera.
Murid yang bertanggungjawab dan komited mampu merealisasikan
aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia secara
mapan dan holistik.

11.0
PENGESAHAN KERTAS KERJA

Disediakan oleh:

..........................................
Guru ICT
SK Taman Puteri Wangsa

============================================

Anda mungkin juga menyukai