Anda di halaman 1dari 2

Bismillah hirrahman nirrahim,

Yang Berbahagia YDP PIBG SK Taman Klang Jaya, En. Syed Faisa,l Yang Berusaha Guru Besar SK
Taman Klang Jaya, Puan Suraya Binti Ghazali, barisan guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-
rakan yang dihormati sekalian.

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam 1 Malaysia, Salam Excellent di Hari


Guru.

Jika hari ini, seorang Perdana Menteri berkuasa,

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,

Jika hari ini seorang ulama yang mulia,

Jika hari ini seorang peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang penulis terkemuka,

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.

Bicara saya dimulakan dengan deklamasi petikan sajak yang saya dapati dari laman maya. Sajak
tersebut kalau direnung-renungkan sememangnya mengenai guru dan jasanya. Dalam konteks yang
mendalam, saya mendapati penyajak ingin mengutarakan bahawa guru merupakan tulang belakang
utama sesebuah negara.

Sesungguhnya tanggal 16 Mei amat penting dan sangat bermakna kerana kita semua mempunyai
guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Inilah waktu terbaik untuk kita luahkan setinggi-tinggi rasa
terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap mereka yang telah banyak berbudi kepada
agama, bangsa dan juga negara.

Pepatah Melayu ada berkata Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain,
menunjukkan pengorbanan seorang guru yang bersusah payah memberi didikan yang sempurna kepada
kita semua. Tanpa guru, takkan ada insan-insan hari ini yang berpangkat menteri, berjawatan besar,
bergelar jutawan dan sebagainya.

Tema hari guru tahun ini, Guru Pembina Negara Bangsa. jika dilihat secara halus, maka nampak
dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar kerana zaman dan keadaan telah berubah maka
guru sebagai agen perubahan iaitu transformasi pendidikan negara perlu memikul semua perancangan
pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan.

Guru jugalah yang menjadi sumber inspirasi anak watan bagi memacu aspirasi negara ke arah
wawasan 2020. Di samping itu, guru juga menjadi wadah penyemai perpaduan. Guru-guru
bertanggungjawab menanam sifat perpaduan dalam jiwa generasi muda kerana melentur buluh biarlah
dari rebungnya.

Rakan-rakan sekalian,
Segala kejayaan yang kita kecapi semalam, hari ini dan esok terletak pada tugas yang digalas oleh
insan yang bergelar guru. Tugas guru merupakan satu tugas yang mulia dan murni. Guru telah mendidik
kita dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu. Maka tidak hairanlah Tema Hari Guru 2015 iaitu "Guru
: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak" dalam pendidikan negara ingin mewujudkan pendidikan
yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Segala pengajaran yang diberikan oleh semua guru amat kami hargai. Akan kami gunakan segala
ilmu yang telah disampaikan untuk membina jati diri. Seterusnya, berbakti kepada agama, bangsa dan
negara tercinta.

Kami sebagai generasi muda, berjanji akan meneruskan legasi kemakmuran dan keharmonian
negara ini.

Cikgu,

Kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu cikgu,

Kalau dalam lautan Atlantik, dalam lagi jasamu cikgu,

Kalau harum bau kasturi, harum lagi pengorbananmu cikgu,

Terima kasih cikgu.

Sebelum saya menutup tirai, saya mewakili semua murid SK LKTP Ulu Penggeli ingin memohon
maaf atas segala kesalahan dan kesilapan kami dan seterusnya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru
2015 kepada semua guru SK LKTP Ulu Penggeli. Segala pengorbanan cikgu akan kami semat dan hargai
selagi hayat dikandung badan.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wasalamualaikum wbkh.

Anda mungkin juga menyukai