Anda di halaman 1dari 7

Peringkat - peringkat Perkembangan Tekanan

Darah Tinggi...
Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap

Apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan


banyak (akibat daripada ubat diuretic) kepekatan darah
akan menjadi semakin meningkat dan ini akan
menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama
dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang
pengaliran darah yang lancar. Rintangan ini akan
memaksa jantung untuk pam lebih kuat lagi yang
menyebabkan tekanan darah menjadi semakin tinggi.

Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan


perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien
ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda
tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda
akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda
turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih
daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan
ngantuk, khasnya pada waktu petang.

Peringkat Ke-3: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk.


Persembahan Tidak Tahan Lama

Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah Tekanan


Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan
pengaliran darah badan anda dan menjejas kualiti
hidup seks anda.
Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kelapa atau Migrain

Ini merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari


darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan
tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin
meningkat.

Peringkat Ke-5: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling


halus, apabila pengaliran darah terjejas. Sel-sel mata
akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak
atau mungkin buta.
Peringkat Ke-6: Masalah Buah Pinggang, Pengerasan
Saluran Darah, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain
Penyakit Sekunder.

Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban


yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu
menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang
banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk
menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada
ubat-ubat yang anda makan itu.
Peringkat Ke-7: Peringkat Terakhir...

Strok & Serangan Sakit Jantung

Apa yang paling menakutkan mengenai Strok dan


Serangan Jantung adalah ia boleh serang pada bila-bila
masa tanpa sebarang tanda-tanda awal. Apabila ia
menyerang, ia mungkin kali pertama, ia juga mungkin
kali terakhir...

Apa itu penyakit darah tinggi ?

Penyakit darah tinggi ialah apabila tekanan darah keatas dinding arteri berlebihan.
Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan berbagai masalah
kesihatan, termasuk masalah jantung dan strok.

Tekanan darah ditentukan oleh jumlah darah yang di pam oleh jantung dan jumlah
rintangan arteri disebabkan arteri yang semakin sempit. Semakin banyak darah dipam
dan semakin sempit arteri, semakin tinggilah tekanan darah sesaorang.

PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI


Hampir 90% pengidap hipertensi, penyebabnya tidak diketahui dan keadaan ini dikenal
sebagai hipertensi esensial atau hipertensi primer. Hipertensi esensial kemungkinan
memiliki banyak penyebab; beberapa perubahan pada jantung dan pembuluh darah
kemungkinan bersama-sama menyebabkan meningkatnya tekanan darah.

Penyebab hipertensi lainnya yang jarang berlaku adalah feokromositoma, iaitu tumor
pada kelenjar adrenal yang menghasilkan hormon epinefrin (adrenalin)
atau norepinefrin(noradrenalin).

Kegemukan (Obesiti), gaya hidup yang tidak aktif (kurang senaman), stres, ketagihan
alkohol atau terlebih garam dalam makanan adalah antara penyumbang terjadinya
hipertensi. Stres juga cenderung menyebabkan kenaikan tekanan darah untuk
sementara waktu, jika stres telah berlalu, maka tekanan darah biasanya akan kembali
normal.

Petua rawat darah tinggi

Post entry kali ni adalah satu usaha alternatif bagi pengidap darah tinggi… boleh la pilih
salah satu dari petua ini… Semoga usaha yang dibuat dapat berhasil dan
menambahkan tahap kesihatan pada diri.

Petua 1
Ambil seikat daun kucai. Tumbuk lumat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum
air tersebut setiap pagi selama sebulan. InsyaAllah penyakit darah tinggi akan reda.
Petua 2
Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minumlah pada waktu
pagi sebelum memakan sesuatu . Buatlah selama seminggu berturut-turut.

Petua 3
Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan dua cawan air
sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minumlah 2 kali sehari.
Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda sudah menurun. InsyaAllah badan
anda akan lebih segar.

Anda mungkin juga menyukai