Anda di halaman 1dari 2

Ybhg.

Dato Bandar
4.5.2014
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
Tingkat 4, No. 88, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
U/p : Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Ibrahim bin Tahar
MBKT PT 1972, Taman Bukit Bayas Indah
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu
Tuan,
MENYEMAK SENARAI NILAIAN
NO.FAIL
: 04/8/BB PT1972
NO.AKAUN :
051104000939205
Merujuk kepada surat tuan bertarikh 15.3.2014 mengenai perkara di atas,
saya ingin mengemukakan bantahan saya terhadap taksiran baru nilai
tahunan atas sebab atau alasan alasan seperti di bawah.
1. Kenaikan kadar cukai premis yang saya diami dari nilai tahunan RM
1,260/- @ 10% = RM 126.00 kepada nilai tahunan baru RM 2,760/- @ 10%
= RM 276.00 ada lah terlalu tinggi dan tidak munasabah. Ini kerana
kenaikan adalah sebanyak RM 150.00 dan kenaikan di atas melebihi kadar
100% (119%). Saya tidak dapat menerima semakan dan perkiraan yang di
buat oleh pihak tuan kerana kenaikan tersebut amat membebankan dan
tambahan pula premis yang didiami tersebut adalah premis kos
sederhana dan bukan premis mewah dan di diami pula oleh pesara seperti
saya dan golongan lain yang berpendapatan sederhana.
2. Menjadi harapan saya, tuan dapat memahami pesara seperti saya
amat merasa keperitan dan kepahitan dalam menjalani kehidupan
seharian kerana kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang
barang keperluan harian dan saya berpendapat kenaikan mestilah
berpatutan dan bertepatan dengan waktu dan masanya. Kenaikan
melehihi 100% di atas amat membebankan saya dan tambahan pula saya
sudah 6 tahun bersara dan mejalani kehidupan seharian dengan
membelanjakan duit dari simpanan KWSP yang bakinya tidak seberapa.
Saya juga masih lagi mempunyai tanggongan dua orang anak yang
sedang belajar di sekolah menengah dan dua orang anak di peringkat
pengajian tinggi.
3. Selain dari membayar cukai premis (MBKT), saya juga mesti
menjelaskan bayaran cukai jalan, cukai tanah premis di dirikan, bayaran
bil bil seperti bil elektrik, bil air, bil telepon dan bil pembentungan. Oleh
yang demikian amat besar harapan saya supaya kenaikan kadar nilaian
baru tidaklah terlalu tinggi dan tidak teramat membebankan saya.

4. Sekian semoga mendapat pertimbangan dari pihak tuan. Terima kasih.


Yang benar,
( Ibrahim bin Tahar)

Anda mungkin juga menyukai