Anda di halaman 1dari 2

DOA PERPISAHAN

Sesungguhnya kami pada pertemuan ini, ingin merafakan setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu
yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Pada saat dan detik yang bersejarah ini kami menghulurkan tangan pengharapan
memohon ehsan dan rahmatmu agar engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah kepada insan-insan yang akan berpisah
dengan kami pada detik ini. Kami sedar bahawa setiap pertemuan itu ada perpisahannya. Namun kami sedar bahawa perpisahan ini
ada hikmah di sebaliknya kerana semuanya adalah ketentuan dan takdir yang telah ditentukan olehMu.
Allahumma ya Munzilar rahmah wa ya fatihal barakah
Kurniakanlahlah ya Allah ganjaran ,syafaat dan keridhaanmu di atas jasa-jasa baik mereka yang telah dicurahkan kepada kami dan
seluruh warga pendidik khususnya di SK SRI Jamil ini. Begitupun jua ya Allah di atas semangat juang mereka yang tidak pernah
mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai pemimpin, pendidik dan pembantu kami yang senantiasa berusaha
menyumbang tenaga, idea, kepakaran demi meningkatkan kualiti kurikulum pelajar-pelajar di sekolah ini.
Mudah-mudahan segala pengorbanan mereka menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai yang masih belum
berkesudahan lagi.
.
Allahumma Ya alim wa ya qadhial hajat
Kami warga SK Sri Subang Jaya amat mengharap agar Engkau kurniakan kepada insan yang diraikan pada hari ini kesihatan yang
sempurna, ketenangan yang bermakna, kelapangan yang mesra, pilihan yang tepat agar mereka dapat menikmati kehidupan dalam
keadaan damai dan sentosa. Akhirnya janganlah Engkau hampakan segala hajat dan impian kami, hanya padaMu, tempat kami
berharap dan hanya Engkau sahaja yang dapat mencukupkan segala permintaan hambaMu.


.











.

.
















.







.

Anda mungkin juga menyukai