Anda di halaman 1dari 3

Masa itu emas

Maksudnya:masa itu berharga


Masa itu emas : Bidalan seperti ini sering diperkatakan semasa kita masih kecil
lagi.Ianya membawa maksud masa itu anugerah amat berharga kepada sesiapa
sahaja.Serlahkanlah penghargaan kita kepada semua makhluk di atas muka bumi ini.Jika tiada
penghargaan diberikan maka sia-sialah kehidupan kita dengan aktiviti-aktiviti yang tidak
berfaedah.
Pepatah melayu ini juga menunjukkan betapa berharganya masa dan tidak layak untuk
disia-siakan, namun emas masih boleh dinilaikan tetapi masa yang ALLAH S.W.T beri
seminit berlalu bermakna seminit hamper ke tarikh untuk bertemuNya.
Ini kerana masa yang sudah lepas tidak boleh diganti lagi.Pepatah melayu mengatakan
patah tumbuh hilang berganti tetapi ia merujuk kepada pemimpin yang telah mati atau barang
yang hilang boleh ditemukan semula atau barang yang hilang boleh diganti tetapi masa tidak
boleh diganti dengan apa-apa.
Namun kita manusia terikat dengan rutin seharian, bekerja, mencari rezeki yang halal dan
mengurus rumah tangga serta menziarahi orang tua.Setiap hari rutin itu memakan masa 24
jam sehari dan 7 hari seminggu.Masa berlalu begitu pantas sekali tanpa disedari, pantasnya
masa berlalu dan betapa dekatnya kita dengan tarikh yang tidak pasti itu.Dengan iman yang
turun naik mengikut suasana.Dengan amal soleh yang tidak lebih dari melakukan yang wajib
sahaja, kita kalah dalam mengurus masa yang telah diberikan oleh ALLAH S.W.T..
Menjadi lumrah dalam diri kita untuk menghargai sesuatu yang tidak ternilai
harganya.Ianya disayangi dan dipelihara dengan sebaik-baiknya seperti menatang minyak
yang penuh.Begitulah sepatutnya yang disifatkan kepada masa.Malah ia perlu diberikan
perhatian yang serius dalam perjalanan hidup kita yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti,
urusan dan lain-lain perkara yang berkenaan.
Islam sendiri amat menitik beratkan kepada pengurusan masa yang terbaik dan cemerlang.
Dalam al-quran ALLAH berfirman dan surah al-asr yang bermaksud:
Demi masa. Sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh
dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran

" " .
.


"
" "
" " "
"

.

.

.
.
.

.
.
.
. .
.

. (
. )
.

" " " "


.
. " "
. .
. .
.
.
.
.
. .
. . "
" " " .

Anda mungkin juga menyukai