Anda di halaman 1dari 3

Hubungan antarabangsa, Malaysia dengan masalah Rohingya

Malaysia wajib menolong pelarian Rohingya, di sini dan sekarang Eric Paulsen
Rakhine, salah sebuah negeri yang paling miskin dan terpinggir di Myanmar merupakan
"tempat tinggal" kepada kira-kira 800,000 orang Rohingya, mereka manusia yang paling
tertindas. Mereka kekal tanpa kerakyatan selama berdekad-dekad lamanya, tanpa tempat
tinggal atau kewarganegaraan.
Mereka hanya muncul dalam kesedaran dunia apabila krisis kemanusiaan meruncing
sebagai mana drama realiti soal hidup dan mati yang sedang berlangsung merentas lautan
Asia Tenggara dengan tongkang-tongkang sarat manusia yang terumbang-ambing dan
terbuang. Ianya selepas Indonesia, Thailand dan Malaysia mengambil langkah-langkah
menghalang mereka daripada mendarat.
Walaupun Malaysia berasa tidak senang dan secara tidak rasmi menjadi tuan rumah
kepada kira-kira 50,000 orang Rohingya, sekali-sekala dan separuh hati menggesa
Myanmar menghentikan penganiayaan terhadap mereka. Namun demikian, segala ikhtiar
ini akan menjadi sia-sia jika kerajaan kita tidak mengambil langkah-langkah dan
membantu tongkang-tongkang sarat orang Rohingya ini daripada ditendang seperti bola
sepak sehinggalah ke semua mereka meninggal dunia di lautan.
Ketiadaan Kerakyatan dan penindasan
Rohingya dinafikan kewarganegaraan Myanmar walaupun mereka sudah tinggal di
Myanmar selama beberapa generasi lamanya. Mereka hanya boleh mendapat status
"penduduk tetap", dengan majoritinya memegang sijil pendaftaran Sementara dan
bukannya kad pengenalan kewarganegaraan yang dikeluarkan kepada rakyat sepenuhnya.
Disebabkan Rohingya terkait dengan Benggali Chittagong, kerajaan Myanmar mendakwa
mereka sebagai etnik Benggali yang berhijrah dari India, tanpa kawalan semasa
pemerintahan British, dan lebih ramai lagi yang tiba baru-baru ini dari Bangladesh.
Orang Rohingya menderitai diskriminasi negara yang serius dan amalan menjatuhkan
maruah yang sukar ditandingi di mana-mana sahaja di dunia.
Ini termasuklah penangkapan dan penahanan sewenang-wenangnya, buruh paksa, dicukai
sembarangan, peras ugut, sekatan-sekatan dalam dokumentasi awam, pelancongan,
perkahwinan dan kelahiran, rampasan harta, serta kekurangan akses terhadap penjagaan
kesihatan, pendidikan dan pekerjaan.
Dalam sejarah mencatatkan, mereka juga merana akibat keganasan negara, terutamanya
pada 1978 dan jangka waktu 1991-1992 yang mana ramai melarikan diri ke Bangladesh.
Selepas rusuhan maut dan pembunuhan kaum pada Jun 2012 di Rakhine yang
mengorbankan beratus-ratus orang, memusnahkan seluruh kampung-kampung dan

mengakibatkan beratus-ratus ribu pelarian itu, kini seramai 40,000 Rohingya hidup dalam
ghetto kaum dan kem-kem yang terkurung, keadaan yang mungkin paling baik
digambarkan sebagai pembunuhan beramai-ramai yang perlahan.
Tidak menghairankan, hari ini ramai orang Rohingya cuba melarikan diri untuk mencari
perlindungan dan kehidupan yang lebih baik di tempat lain, membuat perjalanan
berbahaya ke Thailand, Malaysia atau Indonesia. Pada suku pertama tahun ini, kira-kira
25,000 orang dilaporkan terpaksa melarikan diri dari Myanmar dan Bangladesh.
Rasisme dan Islamfobia
Amat sukar untuk memahami asal-usul permusuhan Myanmar terhadap Rohingya, yang
dianggap Myanmar sebagai lebih rendah daripada golongan Kala (warga asing) berasal
dari India, yang sudahpun menghadapi diskriminasi besar. Penjelasan yang paling mudah
adalah faham perkauman (rasisme) dan Islamfobia, yang diasaskan pada kulit gelap
Rohingya dan identiti umat Islam di sebuah negara majoriti penganut Buddha.
Pengasingan umum Rohingya daripada arus perdana Rakhine dan penduduk majoriti
etnik Bamar juga merupakan faktor penyumbang, tetapi pengasingan itu tidak ketara
berbeza daripada kaum minoriti lain yang mempunyai hubungan buruk dengan kerajaan
Myanmar, namun mereka tidak dilayan dengan tahap prasangka yang sama terhadap
orang Rohingya.
Untuk mengesahkan layanan mereka terhadap orang Rohingya, kerajaan Myanmar
mendakwa, dasar-dasar mereka bertujuan untuk memastikan keselamatan negara dan
mencegah pendatang tanpa izin dari Bangladesh. Tetapi hal ini merupakan penjelasan
yang lemah kerana Rakhine, seperti wilayah-wilayah perbatasan sempadan Myanmar,
didiami di kedua-dua bahagian negara penduduk dari kumpulan etnik yang sama.
Misalnya, etnik Chin dan Naga juga terdapat di India; etnik Kachin, Wa dan Shan di
China; etnik Karen, Mon dan Shan di Thailand. Kebanyakan kumpulan-kumpulan etnik
ini mendapat hubungan dagang, ikatan kekeluargaan dan pergerakan rentas sempadan
yang longgar, di mana kerajaan Myanmar tidak banyak bertindak untuk mengawal.
Selanjutnya, pemberontakan bersenjata orang-orang Islam menjadi tidak penting sejak
1950an dan ia tidak boleh dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan etnik bersenjata
yang diketahui terus beroperasi di negeri-negeri Kachin, Kayin dan Shan.
Tidak nampak penyelesaian
Hal ini sangat penting untuk diberi penekanan: idea krisis Rohingya secara tiba-tiba dapat
diselesaikan di dalam Myanmar tidak boleh diambil serius. Secara umum, kumpulan
Rohingya diasingkan dan dikecualikan daripada perbincangan pelbagai hala, di dalam
Myanmar dan seterusnya.
Mereka mempunyai sedikit atau langsung tiada sokongan orang ramai atau politik

daripada mana-mana kumpulan etnik yang lain atau dari pembangkang dan kumpulan
buangan Myanmar serta pastinya tidak akan ada sokongan daripada etnik majoriti
Rakhine di negeri ini, di mana syak wasangka mendalam dan permusuhan berkekalan.
Aung Sang Suu Kyi dan National League for Democracy (NLD-Liga Kebangsaan bagi
Demokrasi) menjadi kekecewaan besar dengan melakukan tindakan terbaik untuk
mengabaikan penganiayaan Rohingya dan gagal untuk menebus kembali kebaikan dan
kemurahan hati yang diperlihatkan dunia kepada mereka ketika mereka berjuang bagi
demokrasi dan kebebasan di bawah pemerintahan tentera dan penindasan selama
berdekad-dekad dahulu.
Tolong mereka, di sini dan sekarang
Mengapa kerajaan Malaysia tidak membantu lelaki, wanita dan kanak-kanak Rohingya
yang kurus, kebuluran, kekeringan air, uzur kesakitan, yang amat memerlukan bantuan
kecemasan?
Mereka menderita kesusahan yang besar, melakukan suatu perjalanan berbahaya,
mengembara berminggu-minggu atau berbulan-bulan dalam bot tongkang kayu usang dan
penuh sesak, hanya untuk mencari perlindungan dan kehidupan yang lebih baik daripada
kewujudan mereka yang kurang daripada sifar di Myanmar dan Bangladesh. Beratusratus terkorban di laut untuk sampai kepada kita.
Sesungguhnya dasar kebajikan dan bantuan kemanusiaan kerajaan kita tidak boleh
berdasarkan warna kulit Rohingya. Pada masa lalu, kerajaan kita menyambut pelarian
Palestin (dan Bosnia) dengan tangan terbuka dan disokong sebuah flotila bantuan ke
Gaza pada 2011 walaupun mereka tahu Israel tidak akan membenarkan bantuan untuk
sampai ke destinasinya.
Kegagalan untuk membantu orang-orang Rohingya di perairan kita, menghalau mereka
ke tengah lautan adalah sangat tidak berperikemanusiaan dan kejam, serta menunjukkan
kemanusiaan bersama kita yang paling terkutuk. Ianya sama baiknya dengan
menandatangani perintah waran kematian bagi pihak kerajaan Myanmar, membantu dan
bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai mereka, suatu muatan bot kapal pada suatu
masa.
Perkara ini merupakan krisis kemanusiaan yang sangat besar berlaku di hadapan mata
kita dan kegagalan kerajaan kita menelurkan bau tembelang busuk sikap kepura-puraan,
prasangka etnik dan berat sebelah.
Bencana ini akan terus menyala, dan selama-lamanya akan hidup untuk mengingatkan
dan mengejek, setiap kali kerajaan kita berbangga Malaysia sebagai model dan negara
sederhana, serta lupakan sahajalah segala pengakuan yang "Islamik" itu. 19 Mei,
2015.

Anda mungkin juga menyukai