Anda di halaman 1dari 2

4/16/2016 Mengatur Wawancara Dengan Baik

MENGATUR WAWANCARA DENGAN
BAIK
Kejayaan  sesuatu  projek  dokumentasi  bergantung  kepada  sejauhmana  seseorang  itu  berjaya  mendapatkan
kerjasama interviewee. Seseorang itu tidak mungkin mudah untuk meruangkan masa memberi keterangan kepada
orang yang baru dikenali. Apatah lagi sekiranya perkara yang berkaitan merupakan sesuatu yang sensitif. Untuk
mendapatkan  keyakinan  interviewee  bukanlah  suatu  perkara  yang  mudah  sebab  ia  berkaitan  dengan  hubungan
manusia. Pada kebiasaannya keyakinan ini memerlukan proses perhubungan yang agak lama, ia juga bergantung
kepada kekerapan pertemuan antara dua pihak. Tugas interviewer adalah mewujudkan suasana di aman aia dapat
menimbulkan  keyakinan  interviewee  demi  untuk  mendapatkan  kerjasama  sepenuhnya  dalam  jangkamasa  yang
singkat.

Terdapat  beberapa  kaedah  bagi  mendapatkan  kerjasama  interviewee,  cara  mana  yang  sesuai  adalah  terpulang
kepada  kebijaksanaan  dan  pertimbangan  interviewer.  Dari  kajian  yang  dibuat  keyakinan  berkenaan  dapat
diwujudkan melalui seseorang yang dikenali oleh interviewee. Perkenalan melalui orang tengah berkenaan lebih
memudahkan  tugas  seseorang  interviewer.  Dalam  keadaan  tertentu  orang  kedua  ini  merupakan  insuran  kepada
pihak interviewee baginya menaruh kepercayaan. Tidak semua orang mahu memberikan kerjasama mereka untuk
menjadi interviewee namun demikian melalui orang yang dikenalinya itu interviewee akhirnya mahu memberikan
kerjasama  yang  diperlukan.  Maka  itu  dalam  mengatur  pertemuan  dengan  interviewee  sebaiknya  adalah  melalui
seorang  yang  dikenali  mungkin  seorang  kawan  lama,  anggota  keluarganya  atau  melalui  seorang  yang
berpengaruh di dalam kawasan yang berkaitan. Peranan orang kedua itu bukan saja akan menyenangkan tugas
interviewee bahkan antara faktor yang akan menentukan darjah kerjasama yang diperolehi.

Pengalaman  penulis  dalam  beberapa  situasi  yang  berkaitan  menjelaskan  keterangan  berkenaan.  Dalam  situasi
yang  pertama  penulis  adalah  interviewer  dalam  projek  Asian  American  Exprience  in  California  dilaksanakan
dalam  tahuna  1980.  Interviewee  ialah  seorang  lelaki  tua  keturtunan  imigran  Cina.  Interviewee  diminta
mengkisahkan tentang pengalamannya sebagai pendudukan Asian American. Interviewee enggan diwawancara
semasa  dihubungi.  Namun  dengan  kerjasama  seorang  pegawai  perpusatakaan  juga  seorang  anggota  komuniti
Asian American tempatan interviewee akhirnya mahu diwawancara walaupun dengan syarat supaya wawancara
berkenaan tidak dirakamkan.

Dalam  situasi  kedua,  semasa  di  England  penulis  mendapat  kerjasama  sepenuhnya  dari  interviewee  Colonel
Roberts  seorang  bekas  pegawai  Gurkha  Rifes  melalui  seorang  kenalan  lama  interviewee  juga  seorang  bekas
pegawai  tentera  yang  secara  kebetulan  bersama  menuntut  dengan  penulis.  Walaupun  interviewee
berkemungkinan  memberikan  kerjasama  tanpa  melalui  orang  kedua  namun  peranan  orang  kedua  berkenaan
menghasilkan kerjasama yang lebih dari jangkaan.

Situasi ketiga ialah pengalaman dalam Projek Sejarah Lisan Rejimen Kesepuluh Parti Komunis Malaya. Melalui
kenalan  penduduk  tempatan  di  Temerloh  penulis  telah  diperkenalkan  kepada  seorang  bekas  anggota  yang  aktif
yang  kemudiannya  menjadi  penghubung  kepada  interviewee  lain.  Kejayaan  projek  ini  sebahagian  besarnya
adalah  peranan  orang  kedua  yang  membolehkan  interviewer  mendpaat  kerjasama  sebilangan  besar  interviewee
yang terdiri daripada bekas anggota Rejimen berkenaan.

Seandainya tiada perkhidmatan orang kedua yang boleh didapati maka seorang interviewer itu perlu mengadakan
perhubungan secara sendiri. Langkah pertama adalah menghubungi melalui surat rasmi atau melalui telefon atau
juga  mengadakan  pertemuan  terus.  Perlu  dijelaskan  kepadanya  tentang  projek  yang  dikaji,  tentang
kepentingannya dan tentang minat interviewer terhadap kenangan kembali interviewee terhadap peristiwa yang
telah  dilalui  atau  yang  telah  disaksikannya.  Interviewee  hendaklah  juga  menerangkan  kepadanya  bagaimana
dokumentasi  akan  dilakukan  khasnya  tentang  penggunaan  alat  pita  perakam.  Interviewer  harus  jgua  tidak
menjanjikan untuk menghantar salinan soalan wawancara kepada interviewee.

Ada  baiknya  jika  boleh  mengadakan  pra  pertemuan  dengan  interviewee.  Pertemuan  ini  akan  memberikan
maklumat yang berguna dan akan membantu kedua­dua pihak membuat persediaan yang diperlukan. Pertemuan
ini  penting  bagi  membolehkan  interviewer  membuat  pemerhatian  ke  atas  interviewee  serta  melihat  keadaan
suasana supaya mendapat gambaran sesi wawancara yang akan dijalankan. Seperkara yagn perlu diingat semasa
pera  pertemuan  itu  ialah  mengelakkan  dari  mengadakan  perbicangan  tentang  perkara  yang  dikaji.  Lazimnya
interviewee  akan  mula  memberi  penerangan  dengan  panjang  lebar  sekrianya  interviewer  tidak  mengalih
pandangan  interviewee.  Sekiranya  ini  berlaku  interviewee  tidak  akan  mengulangi  lagi  keterangan  berkenaan

http://www.ukm.my/sejarah/teknik/mengaturwawancaradenganbaik.html 1/2
4/16/2016 Mengatur Wawancara Dengan Baik

dengan mendalam semasa sesi rakaman dibuat kerana pada pendapatnya itu suatu ulangan saja. Pra pertemuan
ini  sebaiknya  berlangsung  seminggu  sebelum  sesi  pengdokumentasian  berlaku.  Pentingnya  pra  pertemuan  ini
juga  adalah  untuk  mewujudkan  ‘rapport’  yang  merupakan  kunci  kepada  sejauhmana  kerjasama  yang  akan
diberikan oleh interviewee dalam menjayakan projek dokuentasi sejarah lisan itu. Pada kebiasaannya kerjasama
berkenaan  menjadi  semakin  baik  apabila  perhubungan  semakin  kerap  dan  semakin  erat.  Dari  pengalaman
membimbing  pelajar  membuat  projek  dokumentasi  “Sejarah  Lisan  Peristiwa  Memali”  interviewer  yang  tinggal
beberapa hari bersama anggota masyarakat yagn terlibat dapat menghasilkan dokumen lisan yang jauh lebih baik
dari  interviewer  yang  hanya  berpeluang  bertemu  dengan  interviewee  sepanjang  dua  sesi  wawancara.  Walaupun
banyak  faktor  yang  menentukan  sesuatu  kejayaan  projek  dokumentasi  sejarah  lisan  itu  namun  ‘rapport’  yang
dapat diwujudkan itu adalah pengukuh kepada kerjasama interviewee yang menentukan kejayaan atau kegagalan
sesuatu projek dokumentasi yang dijalankan.

http://www.ukm.my/sejarah/teknik/mengaturwawancaradenganbaik.html 2/2

Anda mungkin juga menyukai