Anda di halaman 1dari 1

PERTANDINGAN KREATIVITI DAN INOVASI

SINOPSIS
E- Games – Alat-alat Kebesaran merupakan alat permainan yang agak unik dari aspek
pembinaan yang canggih dan berlainan daripada rupa bentuk atau kegunaan alat
permainan yang lain. Bahasa yang digunakan dalam aplikasi ini adalah Bahasa
Melayu kerana bahasa ini merupakan bahasa Kebangsaan yang boleh difahami oleh
rakyat Malaysia. Projek inovasi kami iaitu E-Games dicipta menggunakan APP RPG
Maker VX Ace. App ini membolehkan kami dalam menghasilkan satu permainan digital
yang bersifat permainan peran (Role-playing Game). Aplikasi ini boleh diakseskan
sama ada secara online atau secara off-line. Oleh itu, murid-murid, para pendidik dan
orang awam boleh mengakses mengikut kesesuaian masa dan tempat. Kandungan
aktiviti yang terdapat dalam projek inovasi adalah seperti berikut : penerokaan,
pembacaan, penerangan terhadap alat-alat kebesaran dan kuiz berdasarkan alat-alat
kebesaran.

E-Games ini membolehkan murid membelajari topik alat-alat Kebesaran dalam cara
yang lebih menarik. Hal ini kerana projek ini adalah bersifat didik hibur yang
membenarkan murid bermain sambil belajar. Selain itu, E-Games ini juga mewujudkan
pembelajaran sendiri dalam diri murid. Hal ini kerana dalam E-games ini telah
mengandungi maklumat, gambar dan soalan tentang topik Alat-alat Kebesaran. Hal ini
telah menyenangkan murid kerana mereka dapat mengulang kaji dan menguji
kefahaman diri melalui kuiz yang disediakan pada bila-bila masa. Tambahan pula,
dalam E-Games ini murid akan berperanan sebagai seorang murid yang akan
menyertai satu Pertandingan. Untuk memenangi pertandingan tersebut, murid perlu
mengingati 13 alat kebesaran yang ditentukan. Hal ini telah secara tidak langsung
telah meningkatkan motif murid dalam mempelajari topik ini.

Dari segi pendidik pula, E- Games ini amat memudahkan pengajaran guru dalam
menyampaikan topik ini kerana projek ini telah mengandungi maklumat asas tentang
alat-alat kebesaran serta soalan kuiz yang diperlukan oleh guru. Tambahan pula, guru
dapat menyampaikan pembelajaran melalui pedogogi yang berbeza daripada kaedah
tradisional. Dengan ini, guru dapat menarik perhatian murid dan menimbulkan minat
mereka dalam mempelajari topik ini.

Heng Jia Yee 6 PISMP SEJ/PC E-Games Alat-alat Kebesaran

Anda mungkin juga menyukai