Anda di halaman 1dari 38

BAB 1

PENGENALAN

Rangkaian Thin Client adalah suatu persekitaran rangkaian, yang mana client berfungsi
sebagai terminal yang mengakses data dan aplikasi daripada komputer server. Segala
proses dilakukan pada server utama. Dimana server menyediakan aplikasi dan sumber-
sumber lain untuk sejumlah besar terminal (client).

Client hanya perlu menggunakan keyboard, mouse, monitor serta Raspberry Pi bagi
menjalankan pelbagai aplikasi yang dipasang pada server. Selain itu, ia adalah salah
satu langkah alternatif yang dapat digunakan ketika menghadapi masalah
menyelenggara komputer normal yang banyak, seperti di dalam makmal komputer
dimana penggunaan komputer adalah kerap bagi proses pembelajaran.

Kerana itu, tercetulah idea bagi projek Membangunkan Sistem Thin Client
Menggunakan Raspberry Pi agar dapat membantu pihak administrator dalam
menjalankan kerja-kerja penyelenggaran dengan lebih mudah.

1
1.1 Latar belakang projek

Projek yang kami jalankan ini adalah berdasarkan pada penggunaan teknologi
pada masa kini di mana ianya dapat memudahkan lagi urusan-urusan pengguna
dalam menggunakannya. Projek yang kami ingin ketengahkan ini adalah
berdasarkan perkakasan, dimana kami menggabungkan server dan client yang
dapat memudahkan pengurusan administrator dengan hanya mengurus satu
komputer server bagi semua client serta menjimatkan ruang persekitaran kerja
dan mengurangkan kos penyelenggaraan.

Jika dilihat pada masa kini penggunaan komputer zaman sekarang adalah terlalu
memakan kos penyelenggaran. Dengan adanya projek Thin Client ini, ianya
bukan sahaja dapat menjimatkan kos penyelenggaraan malah dapat
membangunkan Sistem Thin Client dengan menggunakan Raspberry Pi sebagai
komputer client. Selain itu, projek ini juga dapat membantu tenaga pengajar
dalam pengawasan perkakasan dan aktiviti pelajar di dalam makmal dengan
hanya memantau pada server.

1.2 Pernyataan masalah

Setiap sekolah atau syarikat, komputer adalah salah satu aset yang amat penting
dimana perlu disediakan pada setiap sekolah, syarikat atau organisasi. Antaranya
di sekolah yang mempunyai makmal komputer untuk proses pembelajaran.
Justeru itu, wujudnya permasalahan komputer mengalami kerosakan atas sebab
cara penggunaan yang salah, dimana sistem operasi corrupt, dan juga
perkakasan mengalami kerosakan. Ini menyebabkan pelajar terpaksa berkongsi
menggunakan komputer, kerana bilangan komputer yang dapat digunakan
terhad. Selain itu, penggunaan user yang banyak pada satu komputer juga
menjadi salah satu punca masalah ini wujud. Dari permasalahan ini, thin client
sesuai digunakan untuk penyelesaian sementara. Kerana ia hanya memerlukan
sebuah server yang lengkap bagi menampung client yang hanya terdiri daripada
sebuah mouse, keyboard dan monitor yang dilengkapi dengan Raspberry Pi.

2
1.3 Objektif projek

Objektif yang ingin dicapai daripada projek ini ialah :

i. Membangunkan Server thin client.


ii. Membangunkan Raspberry Pi sebagai client.
iii. Membangunkan sistem pengurusan dan pemantauan.

1.4 Skop projek

Skop projek adalah spesifikasi fungsi pembangunan sesuatu projek.


Pembangunan Sistem Thin Client ini adalah satu pembangunan projek dimana
projek ini dibangunkan dengan menggunakan Raspberry Pi dan perisian Linux
dimana ia menggabungkan antara mouse, keyboard, monitor dengan Raspberry
Pi dan sistem operasi server. Tujuan projek ini adalah untuk mencipta satu client
yang dapat mengakses data dan aplikasi daripada komputer server.

1.5 Kepentingan projek

a. Individu
Sesuai digunakan oleh semua individu yang ingin menggunakan komputer
hanya untuk melaksanakan kerja-kerja seperti pejabat, paparan imej,
mendengar lagu dan aplikasi lain yang telah tersedia pada server thin client.
b. Masyarakat
Dapat memperkenalkan salah satu cara alternatif yang boleh digunakan jika
menghadapi masalah penyelenggaran komputer yang banyak.
c. Organisasi
Sesuai bagi kawasan kerja yang kecil dimana tidak memerlukan penggunaan
ruang yang besar bagi meletakkan Raspberry Pi.

3
BAB 2

KAJIAN LAPANGAN

Kajian lapangan ini dilaksanakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenalpasti


masalah yang berlaku ketika membangunkan Sistem Thin Client. Hasil dari kajian ini,
kami menemui beberapa kaedah bagi membangunkan projek ini. Dengan ini dapat
difahami secara jelas dan berkesan. Selain dari membuat rujukan bahan seperti forum
Ubuntu dari internet, kami juga telah membuat kajian dengan merujuk dari laman web
ltsp.org, berryterminal.com dan pinet.org.uk bagi mengumpulkan cara-cara membina
thin client yang bakal dimuatkan ke dalam projek.

2.1 Faedah jangkaan


a. Mudah diselenggarakan kerana hanya perlu diselenggara di server sahaja.
b. Menjimatkan kos kerana tidak memerlukan set komputer yang lengkap bagi
client.
c. Menjimatkan masa kerana proses untuk menyelenggara hanya perlu
dijalankan pada server.
d. Memudahkan pemasangan perisian baru kerana perisian hanya di install
pada server dan tidak perlu di install pada client.
e. Dapat mengurangkan kes kecurian perkakasan pada client, kerana
perkakasan yang terdapat pada client adalah terhad.

2.2` Kelebihan projek

a. Mudah dialihkan dari satu tempat ke tempat yang lain.


b. Mudah untuk diselenggara dan menjimatkan ruang untuk meletakkanya.
c. Mudah untuk melakukan proses penyelenggaraan kerana hanya perlu
dilakukan pada administrator.

2.3 Situasi Projek


a. Bahan rujukan yang terhad kerana kebanyakkan rujukan berkaitan thin client
perlu dicari pada laman web.
b. Pemilihan sistem operasi yang tidak sesuai ketika membangunkan Server
thin client menyebabkan proses pemasangan mengambil masa yang agak
lama.
c. Mencampur aduk semua rujukan semasa membangunkan Server thin client
menyebabkan tidak dapat mengenalpasti masalah yang timbul ketika projek
sedang dijalankan.
d. Raspberry Pi tidak dapat membaca imej yang diambil pada server oleh
kerana seni bina yang dipasang pada server tidak sama pada Raspberry Pi.
e. Menggunakan panduan pada laman web PiNet untuk membangunkan Server
thin client dan juga Raspberry Pi sebagai client.

2.4 Kelemahan membangunkan Server thin client


a. Setiap package yang digunakan memerlukan penyambungan internet kerana
perlu memuat-turun daripada server yang menyediakan package tersebut.
b. Tidak semua versi Ubuntu dapat digunakan bagi seni bina ARM yang
digunakan kebanyakkannya dalam peranti mudah alih dan netbook, seperti
LTSP thin client, Ubuntu 16.04 kernel tidak dapat boot pada Raspberry Pi 2
dan 3, dimana Kernel atau vmlinux rosak untuk Raspberry Pi 3 dimana
hanya memaparkan rainbow screen.
c. Setiap kali LTSP gagal membina client, proses tersebut perlu dilakukan
semula dengan membuang terlebih dahulu directory client dan membina
kembali.

2.5 Penambaikan Server thin client


a. Menggunakan package yang telah lengkap bagi membangunkan Server thin
client dan Raspberry Pi seperti PiNet, dimana hanya perlu dilaraskan
sebelum proses memuat-turun package dijalankan.
b. Menggunakan penyambungan internet yang laju untuk mempercepatkan
proses memuat-turun package PiNet.

BAB 3

METODOLOGI PEMBANGUNAN PROJEK


Untuk menghasilkan Projek Tahun Akhir ini, proses rekabentuk projek ini dijalankan
menggunakan aplikasi Edraw bagi merekabentuk menggabungkan monitor dengan
Raspberry Pi. Selain itu, sistem dari server juga perlu diutamakan bagi memperoleh
sebuah sistem yang sistematik. Menggunakan Linux sebagai antaramuka pada server
bagi client mengakses data dan aplikasi.

3.1 Pengenalan Thin Client dan Raspberry Pi

3.1.1 Thin Client

Rajah 1 : Rangkaian thin client.

Rangkaian Thin Client (tanpa cakera pc/ workstation, dumb terminal) adalah
suatu persekitaran rangkaian, yang mana client berfungsi sebagai terminal yang
mengakses data dan aplikasi daripada komputer server. Secara terpusat
pemprosesan data dilakukan oleh server, sedangkan client hanya memproses
input daripada keyboard, mouse, dan keluaran berupa pandangan atau gambar
(display).
Hal ini kerana, segala proses dilakukan oleh server. Server utama menyediakan
aplikasi dan sumber-sumber lain untuk sejumlah besar terminal.Terminal (client)
hanya perlu menggunakan keyboard, mouse dan monitor. Client boleh
menjalankan pelbagai aplikasi yang dipasang pada server.
Thin Client Server Computing (TCSC) merupakan suatu konsep rangkaian
komputer yang menekankan proses pengkomputeran pada thin client yang
berprestasi seminimal mungkin.
Dalam konsep TCSC yang terdiri dari server dan thin client kerana dapat
menjalankan pelbagai aplikasi yang dipasang pada server dengan spesifikasi di
bawah standard thin client.
Pada generasi pertama rangkaian komputer, konsep Thin Client Server
Computing (TCSC) juga sudah digunakan dan lebih dikenali dengan istilah
dumb terminal, iaitu client hanya digunakan untuk memberi input dan melihat
hasil dari server melalui pandangan.
Penyelesaian thin client adalah untuk memperkasakan beberapa perkakas dengan
spesifikasi rendah dan sebuah komputer utama dengan spesifikasi tinggi untuk
menjalankan proses pengkomputeran dengan memanfaatkan kemampuan
software untuk membuat beberapa virtual client yang boleh dioperasi secara
serentak.
Sebahagian besar proses pengiraan dilakukan oleh Komputer Pusat, komputer
client hanya memaparkan sahaja. Thin client tidak direka untuk memenuhi
keperluan multimedia dan permainan. Thin client direka untuk kecekapan dan
penggunaan penuh keupayaan pengkomputeran dari komputer server yang
ketika ini lebih dari cukup untuk memenuhi keperluan pengkomputeran normal
dan dapat mengurangkan kos pengguna, penjagaan dan penggantian peranti
secara keseluruhan berbanding komputer normal.
Kesimpulan bagi thin client ini sesuai untuk sebuah sistem yang hanya
menggunakan aplikasi seperti browser internet, Office, dan image processing
berskala kecil.

3.1.2 Raspberry Pi
Rajah 2: Raspberry Pi 3 model b.

Raspberry Pi secara ringkasnya boleh dikatakan sebagai sebuah komputer


bersaiz mini dengan beberapa fungsi asas melaluinya. Raspberry Pi hadir dalam
saiz sebesar lebih kurang kad pengenalan, dimana beberapa komponen utama
disertakan bersama-sama dengannya. Boleh dikatakan ia dibangunkan dalam
memudahkan lebih ramai mempelajari pelbagai perkara berkaitan
pengkomputeran menggunakannya tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.
Ia hadir dengan beberapa port terbina seperti HDMI (untuk dihubungkan ke
monitor atau televisyen), port USB (untuk mouse dan keyboard), dan juga port
micro-SD (untuk ruangan sistem dan fail). Ia hadir dalam dua variasi, iaitu set A
dan juga set B. Membezakannya, set B untuk Raspberry Pi turut hadir dengan
sokongan port Ethernet yang membolehkan pengguna menghubungkan talian
internet melaluinya.
Untuk sokongan kuasa, ia menggunakan kabel mikro-USB yang sedia digunakan
pada pelbagai peranti mudah-alih hari ini.

Rajah 3: Raspberry Pi model A.


Rajah 4 : Sistem operasi yang telah disediakan.

Raspberry Pi menyokong beberapa sistem operasi yang dioptimasikan untuknya.


Salah satu yang popular adalah Raspbian yang mana merupakan versi Debian
untuk Raspberry Pi.
Pihak Raspberry sendiri menyediakan sebuah halaman muat-turun khas untuk
beberapa koleksi sistem operasi mereka. Pengguna juga boleh memuat-turun
NOOBS yang menyediakan pemasangan mudah untuk pengguna umum.

3.2 Kaedah projek

Didalam membangunkan projek ini, perkara yang paling penting dan perlu
diambil berat adalah mengenalpasti kaedah atau teknik yang digunakan.
Sepanjang projek ini dijalankan kami menemui beberapa kaedah yang dapat
diguna pakai bagi membangunkan Sistem Thin Client, antaranya adalah:
3.2.1 LTSP Thin Client

Rajah 5 : Screen login LTSP Thin Client menggunakan distribution


Ubuntu.

Linux Terminal Server Project menambah sokongan thin client ke Linux Server.
LTSP adalah penyelesaian kos yang efektif dan fleksibal dimana dapat memberi
kemudahan kepada satu organisasi yang besar diseluruh dunia kerana ia mudah
dipasang dan menggunakan thin client.

LTSP bukan sahaja meningkatkan jumlah kos pemilikan tetapi yang lebih
penting, memberikan nilai peningkatan bagi menyelesaikan masalah
pengkomputeran lama. Selain itu, stesen kerja LTSP boleh menjalankan aplikasi
dari Linux dan Windows Server. Thin client telah terbukti amat berguna. Manfaat
utama LTSP Thin Client kepada sesebuah organisasi antaranya:

10

a) Mengurangkan kos

Semua software bagi workstation berada pada LTSP Server. Sama ada
mengguna pakai semula PC desktop lama atau menggerakkan peranti thin
client baru.
b) Tiada bayaran pelesenan
LTSP adalah open source software, yang dikeluarkan di bawah lesen GPLv2.
Tiada kos yang dikenakan bagi memuat turun dan menggunakan LTSP.

c) Kurang penyelenggaraan diperlukan


LTSP membolehkan anda untuk mengekalkan rangkaian komputer
keseluruhan dari satu titik kawalan; dari imej sistem operasi kepada thin
client melalui pengesahan pengguna dan penyimpanan fail. Dengan
mengurangkan jejak software dengan LTSP, penyelenggaran dan sokongan
kewajipan dikurangkan berbanding penyelesaian PC desktop biasa.
d) Selamat
Keselamatan menjadi cabaran utama bagi administrator. LTSP Thin Client
diperolehi menerusi sambungan SSH dan terhad kepada LAN, bagi
memastikan anda beroperasi di sebuah persekitaran yang terkawal dan
selamat.
e) Komuniti

LTSP community telah aktif sejak Tahun 1999. Didorong oleh penyertaan
dan percubaan, pengguna LTSP telah menggunakan LTSP dalam setiap
senario yang dapat dibayangkan.

Anda tidak perlu memuat turun dari mana-mana laman web jika ingin
menggunakan LTSP, kerana LTSP telah tersedia di dalam distribution Linux.
Anda boleh menggunakan package manager pada Linux kegemaran untuk
memuat turun LTSP.

11

Di luar negara LTSP sangat popular berbanding di Malaysia. Statistik


penggunaan LTSP di Greece adalah 58.1% dan distribution yang digunakan
adalah Ubuntu.
Rajah 6 : Statistik penggunaan LTSP mengikut negara.

12

3.2.2 BerryTerminal
Rajah 7 : Proses thin client mengakses data dan aplikasi pada server.

BerryTerminal adalah distribution Linux minimum, direka untuk menjadikan


Raspberry Pi sebagai komputer mini dalam thin client kos rendah. Ia
membolehkan pengguna untuk login ke Edubuntu pusat atau LTSP Server lain,
dan menjalankan aplikasi pada central server.

BerryTerminal boleh dipasang melalui BerryBoot.

Rajah 8 : BerryTerminal sedia untuk digunakan.

13

3.2.2.1 BerryBoot
Rajah 9 : Paparan BerryBoot menu.

BerryBoot adalah skrin pilihan boot mudah bagi komputer ARM seperti
Raspberry Pi, yang membolehkan administrator untuk meletakkan
beberapa distribution Linux pada SD card tunggal.

Selain itu, ia membolehkan administrator untuk meletakkan fail-fail


sistem operasi pada external USB berbanding pada SD card itu sendiri.

3.2.2.2 Edubuntu LTSP

Menubuhkan Edubuntu sebagai LTSP terminal server adalah mudah.


Semua yang administrator perlukan sebuah komputer standard dengan
network card, untuk disambungkan kepada switch client. Perlu diambil
perhatian bahawa semua aplikasi yang digunakan oleh client dijalankan
pada central server, administrator perlu memastikan mempunyai
memori yang mencukupi (8 GB sudah berpatutan pada masa kini).

Rajah 10 : Edubuntu 12.04 LTSP login Thin Client.

3.2.3 PiNet
PiNet adalah projek sumber bebas dan terbuka untuk membantu sekolah
menubuhkan dan menguruskan sebuah kelas Raspberry Pi. Ia telah dibangunkan
bersama guru dengan maklum balas daripada lebih 15 buah negara di seluruh
dunia.

Ciri-ciri utamanya:

a) Rangkaian berdasarkan akaun pengguna.

Mana-mana pelajar boleh duduk di mana-mana Raspberry Pi dan login.

b) Rangkaian berasaskan sistem operasi.

Semua Raspberry Pi boot adalah single master sistem operasi Raspbian.

c) Shared Folder.

Mudah untuk menggunakan sistem shared folder untuk guru-guru dan


pelajar.

d) Sistem pengumpulan kerja.

Sistem pengumpulan kerja atau penyerahan untuk membenarkan para


pelajar menyerahkan kerja.

e) Automated backup.

Secara automatik backup semua kerja pelajar pada external drive secara
berkala.

15

Banyak lagi ciri-ciri kecil yang lain seperti import kumpulan pengguna, kelas
integrasi perisian pengurusan dan lain-lain.
Rajah 11 : PiNet login Thin Client.

Perisian server dipasang pada komputer yang menjalankan Ubuntu Linux 14.04
atau 16.04 (disyorkan). Ubuntu adalah perisian percuma. Administrator perlu
menyambung server dan Raspberry Pi bersama-sama dengan menggunakan
rangkaian berwayar.

16
3.3 Pemasangan sistem.

Kami melakukan tiga (3) kaedah pemasangan thin client bagi memilih jenis
sistem operasi pada server yang dapat diselaraskan pada Raspberry Pi.
Pemasangan ini bagi mengenalpasti kesesuaian sistem thin client pada
Raspberry Pi.

3.3.1 LTSP Thin Client

Rajah 12 : Edit Network Connections untuk tukar kepada static IP.

Rajah 13 : IP yang akan digunakan pada LTSP Server.

17
a) Kekalkan IP pada terminal bagi memastikan DHCP server berjalan
dengan lancar.

sudo gedit /etc/network/interface

Rajah 14 : IP LTSP server.

b) Ubah Network Manager config file bagi membenarkan administrator


mengawal network dengan IP yang telah diubah.

sudo gedit /etc/NetworkManager/NetworkManager.conf

Rajah 15 : Menukar managed=false ke manage=true.

18
c) Install LTSP Server.

sudo apt-get install ltsp-server-standalone openssh-server

d) Edit konfigurasi DHCP bagi LTSP Server dan samakan IP yang


digunakan.

sudo gedit /etc/ltsp/dhcpd.conf

Rajah 16 : Konfigurasi DHCP yang telah diubah.

e) Pilih network interface bagi DHCP Server.

sudo gedit /etc/default/isc-dhcp-server

Rajah 17 : Masukkan sekali eth0, INTERFACE=eth0.

19
f) Restart DHCP Server

sudo /etc/init.d/isc-dhcp-server restart

g) Optional step bagi konfigure Fat Client sebelum membina Thin


Client.
sudo gedit /etc/ltsp/ltsp-build-client.conf

# ltsp-build-client.conf many other oprions available


# The chroot architecture.
ARCH=i386

# ubuntu-desktop and edubuntu-desktop are tested.


# Ubuntu 14.04 LTS
FAT_CLIENT_DESKTOPS=Ubuntu-desktop
h) Disable NBD compression
sudo gedit /etc/ltsp-update-image.conf
# Configuration file for ltsp-update-image
# Do not compress the client image. Comment out the line below
to enable again.
NO_COMP=-noF noD noI no-exports
i) Bina LTSP Thin Client
sudo ltsp-build-client arch i386
j) Reboot LTSP Server baru bagi menyempurnakan LTSP Server yang
dipasang.
init 6
k) Semak status DHCP untuk memastikan DHCP berfungsi.
sudo /etc/init.d/isc-dhcp-server status
l) Setup Thin Client Admin User.
sudo -s -H
chroot /opt/ltsp/i386
useradd -m pta5 -G sudo
passwd pta5
exit
exit

m) Lock katalaluan akaun Admin.


sudo chroot /opt/ltsp/i386 passwd -l pta5
n) Update Client Image.
sudo ltsp-update-image --arch i386
o) Setup akaun user Thin Client.
sudo apt-get install gnome-system-tools
p) Open Users and Groups.
Rajah 18 : Gnome system tools yang telah berjaya dipasang.

q) Tambah akaun user baru.

Rajah 19 : Keterangan bagi akaun User pc2.

21

r) Masukkan katalaluan bagi user baru.


Rajah 20 : Katalaluan bagi User pc2.

s) Berikan kebenaran kepada user dengan menukar pada User


Privileges.

Rajah 21 : Tandakan kebenaran yang ingin diberikan kepada User


pc2.

t) Boot Thin Client daripada Ubuntu LTSP Server.


i. Sambungkan komputer Thin Client pada switch rangkaian
LTSP.
ii. Ubah Thin Client BIOS Boot setting kepada rangkaian
iii. Jika semua yang diatur adalah benar, Ubuntu LDM login
screen akan terpapar pada Thin Client.
iv. Masukkan Username dan Password Thin Client.

22
Rajah 22 : Paparan Ubuntu LDM login pada Thin Client.

3.3.2 BerryTerminal

a) Setting Edubuntu sebagai LTSP terminal server.

Rajah 23 : Install Edubuntu LTSP.

b) Extract kandungan berryboot .zip file ke dalam SD card (format


FAT) dan pasang pada Raspberry Pi.

c) Sambungkan internet pada Raspberry Pi dan set timezone.

23
Rajah 24 : Welcome to BeryBoot installation akan dipaparkan.

d) Lokasi file sistem operasi akan disimpan.

Rajah 25 : Jenis drive yang akan menyimpan sistem operasi.

e) Download dan Install LTSP Thin Client.

Rajah 26 : Senarai sistem operasi yang disediakan untuk dimuat


turun.
f) Pada BerryBoot menu editor, administrator boleh memasang
lebih dari satu sistem operasi.

Rajah 27 : Menu editor bagi menambah, edit, clone, delete


export dan lain-lain editor bagi sistem operasi.

g) Restart DHCP pada Edubuntu LTSP terminal server.

sudo /etc/init.d/isc-dhcp-server restart

h) Setting IP Server pada cmdline.txt di Raspberry Pi.

server=192.168.1.1

25
3.3.3 PiNet

PiNet dipasang pada Ubuntu yang baru tanpa ada perkhidmatan lain.

a) wget --content-disposition http://bit.ly/pinetbeta dimasukkan ke


dalam terminal User pta5.

Rajah 28 : Proses penyambungan pada server PiNet.

b) Untuk melancarkan PiNet, arahan sudo bash pinet digunakan.

Rajah 29 : Katalaluan dari administrator perlu dimasukkan untuk


membenarkan arahan yang diminta.

c) Pilih Yes, bagi menerima tawaran daripada PiNet untuk


memulakan pemasangan.

Rajah 30 : Dialog Welcome dipaparkan.

26
d) Pilih No, kerana tidak mengimport data pengguna dari PiNet
server yang lebih tua.

Rajah 31 : Pemberitahuan jika mempunyai data user pada PiNet


sebelumnya.

e) Saluran keluaran Stable dipilih kerana hanya menggunakan


dalam persekitaran pengeluaran.

Rajah 32 : Saluran Stable lebih sesuai bagi kegunaan di


makmal.

f) Extra software yang akan dipasang pada server ialah LibreOffice,


Scratch-gpio, Epoptes dan Custom package.

Rajah 33 : Senarai software yang disediakan.

27
g) Pilih Ok bagi memulakan pemasangan dan proses ini
mengambil masa 1-2 jam bergantung kepada kelajuan internet.

Rajah 34 : Proses install yang mengambil masa 4-5 jam.

h) Pilih Yes, jika memerlukan pelajar bagi mengakses sudo pada


Raspberry Pi atau tidak pasti untuk menghidupkan atau
mematikan sudo.

Rajah 35 : Peringatan penting bagi mengaktifkan sudo kepada pelajar.

i) Pilh Yes, jika administrator hanya menggunakan 1 network


interface.

Rajah 36 : IP address server akan dipaparkan jika ada penyambungan


internet.

28
j) Sistem operasi akan compressed. Proses recompressed
mengambil masa kira-kira 5 minit, pilih Ok.

Rajah 37 : Proses compress sedang berjalan.

k) Dialog Main Installation Complete akan terpapar selepas server


menghasilkan imej SD card yang berada di /home/pta5/PiBoot.

Rajah 38 : Setelah selesai palam pada Raspberry Pi.

Salin file boot ke dalam SD card pada Ubuntu.

a) Plug in SD card pada Ubuntu menggunakan USB reader.

b) Buka file PiBoot dan pilih semua file.

c) Right click, pilih Copy To...

29
Rajah 39 : Menyalin file pada PiBoot folder.

d) Klik SD card pada side bar. Tekan select.

e) Eject SD card daripada Ubuntu dan plug in pada Raspberry Pi.

30
3.4 Perancangan kerja (Gantt Chart)

Perlaksanaan
Perancangan
Rajah 40 : Pelaksanaan kerja yang telah dilakukan.
3.5 Rekabentuk projek

MONITOR

Rajah 41 : Pandangan dari sisi kanan.

Rajah 42 : Pandangan dari sisi kiri.

Rajah 43 : Dari pandangan belakang.

LTSP Server dan Client mengakses data


aplikasi yang dan aplikasi yang
dipasang di PC berada di Server
Server

Rajah 44 : Proses data dari server.


3.6 Carta alir
Mula

Hidupkan Server Raspi-LTSP

IP address Server

Mengambil image daripada


server

Login thin client tidak

ya

Tamat

33
BAB 4

HASIL DAN PEMBINCANGAN

Merujuk kepada kitaran PDCA setiap perancangan telah disemak dan diuji untuk
memastikan projek yang dihasilkan benar-bena berkualiti dan berfungsi dengan baik.
Sebarang permasalah yang ditemui semasa menjalankan projek dan analisa untuk
mengenalpasti punca sebenar kerosakan.

TINDAKAN MERANCANG

Client dapat Login Bangunkan server thin client


menggunakan sistem thin client Bangunkan Raspberry Pi client
Mencatat laporan bagi proses Bangunkan sistem pengurusan dan
projek pemantauan

MENGUJI MELAKSANA

Hidupkan servis DHCP untuk Pasang server thin client pada


memberi IP address pada client linux.
Client dapat ping ke IP address Bina client bagi Raspberry Pi
server thin client Pasang sistem pengurusan dan
pemantauan pada server

Rajah 45 : kitaran PDCA

34

4.1 Keselamatan dalam pengujian


Langkah-langkah keselamatan diri :
a. Tidak memakai cincin, gelang tangan, jam tangan dan rantai.
b. Memakai kasut bertapak tebal dan kasut yang tahan lasak.
c. Sentiasa mematuhi arahan yang diberikan oleh penyelia.
d. Tidak makan dan minum, bergurau senda atau berkejar-kejaran semasa
sedang bekerja.
e. Memastikan tempat kerja dibersihkan terlebih dahulu sebelum
meninggalkan kawasan kerja.

Keselamatan sewaktu menggunakan alat :


a. Menggunakan alat atau mesin tanpa izin daripada penyelia.
b. Menyimpan peralatan kerja ditempatnya semula.
c. Setelah menggunakan alat-alat it, ia hendaklah dibersihkan.
d. Mematuhi peraturan penggunaan sesuatu peralatan dan mesin.

Langkah keselamatan semasa membuat kerja :


a. Lantai tempat bekerja mestilah bersih dari minyak dan air.
b. Peralatan yang digunakan mestilah berada dalam keadaan baik dan
sempurna.
c. Peralatan harus disimpan ditempat yang betul dan selamat supaya mudah
dicari bila diperlukan, lebih-lebih lagi diwaktu kecemasan.
d. Semua bekalan elektrik harus dimatikan selepas kerja atau semasa
hendaklah meninggalkan makmal.

35

BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan

Kesimpulan yang kami dapat daripada Projek Tahun Akhir yang dijalankan ini amat
memuaskan dimana kami berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Disamping
itu, segala cabaran dan pemasalahan sepanjang membangunkan projek ini adalah
sesuatu cabaran yang besar bagi kami dalam mengikut segala perancangan yang telah
dirancang daripada awal pembangunan projek ini sehinggalah kepada penamatnya. Oleh
itu dengan bangunnya projek sistem Thin Client menggunakan Raspberry Pi ini dapat
membantu pengguna menggunakannya dengan sebaik mungkin. Projek ini juga dapat
memaksimakan ruangan persekitaran kerja dan juga dilengkapi dengan tambahan ciri-
ciri penjimatan kos. Justeru itu, projek ini dapat memenuhi kehendak pengguna dari
semasa ke semasa.

5.2 Cadangan

Cadangan pembangunan Sistem Thin Client ini berkesan untuk digunakan, dan lebih
efektif sekiranya client dapat menggunakan image sistem operasi Windows, kerana
kebanyakkan pengguna komputer di Malaysia lebih mengenali sistem operasi Windows
berbanding Linux, dimana ia masih asing bagi end-user walaupun linux juga
menyediakan aplikasi bagi kerja-kerja pejabat.

36

Rujukan
1. Thomas Corwin, Sayantan Das, Patrick Dickey, Mehmet Kani, Sam Klein,
Eric Ponvelle (2014), Getting Started with Ubuntu 14.04, Creative Commons,
San Francisco/California USA: mukasurat 9-17.
2. Provin Dhayfule, Hannie Dumoleyn, Sylvie Gallet, Kevin Godby, Eric Marsh,
Miles Robinson, Tiffany Tisler (2016), Getting Started with Ubuntu 16.04,
Creative Commons, San Francisco/California USA: mukasurat 9-17.
3. Janos TechUK (Feb 15,2013), Full Tutorial Install and Configure LTSP
server and clients (Ubuntu,ltsp,howto) PART 1,JANOSTECH.NET,
http://www.janostech.net. Dicapai pada 10 Ogos 2016, daripada
https://www.youtube.com/watch?v=sIcguYm23-c
4. Rafael Brito (Nov 24, 2014), Tutorial LTSP Ubuntu 14.04. Dicapai pada 5
September 2016, daripada https://www.youtube.com/watch?v=u0IW2ePynas
5. Vlad von Nares (May 27, 2013), Edubuntu LTSP. Dicapai pada 21 Oktober
2016, daripada https://www.youtube.com/watch?v=2LtiT_SOnvk
6. Stephen Cook (Jun 2, 2015), Ubuntu mate 14.04.2 lts 32 bit ltsp server.
Dicapai pada 24 Oktober 2016, daripada https://www.youtube.com/watch?
v=H0nQoum8sE
7. Michael Amadio (Aug 24, 2012), Raspberry Pi and LTSP on Edubuntu.
Dicapai pada 28 Oktober 2016, daripada https://www.youtube.com/watch?
v=xcq5rWEeDko
8. Harry Lavender (September 10, 2014), Running Raspberry Pis as Thin
Clients with Ubuntu 14.04 LTS, uzERP LLP. Dicapai pada 28 Julai 2016,
daripada http://www.uzerp.com/blog/running-raspberry-pis-as-thin-clients-
with-ubuntu-14-04-lts/
9. Have The Know How (2016), How to install LTSP (Linux Terminal Server
Project) on Ubuntu Server, Copyright 2016 www.HaveToKnowHow.com
All rights reserved. Dicapai pada 2 Ogos 2016, daripada
http://www.havetheknowhow.com/Configure-the-server/Install-LTSP.html
10. LTSP, Introduction to LTSP, LTSP is a registered trademark of
DisklessWorkstation.com. Dicapai pada 17 Ogos 2016, daripada
http://www.ltsp.org/
11. The Fan Club (2011), How to create a Ubuntu 12.04 x64 LTSP server with 32
bit thin clients, The Fan Club 2001-2016. Dicapai pada 26 Ogos 2016,
daripada https://www.thefanclub.co.za/how-to/how-create-ubuntu-1104-x64-
ltsp-server-32bit-thin-clients/
12. ACNODES (2015), The Types of Thin Client and HMI Visualization
Application, INFO@ACNODES.COM. Dicapai pada 8 September 2016,
daripada http://www.acnodes.com/blog/the-types-of-thin-client-and-hmi-
visualization-application/
13. Max (2015), BerryTerminal, Based on the LDM Source code from LTSP
project http://www.ltsp.org/, Build with Buildroot. Dicapai pada 14 September
2016, daripada www.berryterminal.com/doku.php/
14. Projectzme in guides, howto, Linux, Tablets, Ubuntu and tagged client server
model, computer, dhcp, diskless workstation, educational infrastructure, linux,
linux terminal server, linux terminal server project, low cost computing, ltsp,
mainframe, networking, operating system, pxe, pxeboot, software, technology,
terminal server, thin client, thin client computing, Ubuntu (2013), Setting up
an Ubuntu Thin Client Server, blog at WordPress.com. Dicapai pada 21
September 2016, daripada
https://projectzme.wordpress.com/2013/01/06/setting-up-an-ubuntu-thin-
client-server/
15. Alksig (2016), UbuntuLTSP/ltsp-pnp. Dicapai pada 26 September 2016,
daripada https://help.ubuntu.com/community/UbuntuLTSP/ltsp-
pnp#Generating_the_client_image/
16. FoObar (2016), Raspberry Pi. Dicapai pada 29 September 2016, daripada
https://wiki.ubuntu.com/ARM/RaspberryPi/
17. Alkisg (2016), UbuntuLTSP/RaspberryPi. Dicapai pada 4 Oktober 2016,
daripada https://help.ubuntu.com/community/UbuntuLTSP/RaspberryPi/
18. Gbaman (2014), Raspi-LTSP Networked classroom system. Dicapai pada 13
Oktober 2016, daripada https://www.raspberrypi.org/forums/viewtopic.php?
f=48&t=76862/
19. Andy Hunt, Installing PiNet, released under Creative Commons. Dicapai pada
17 Oktober 2016, daripada pinet.org.uk/articles/installing-PiNet.html

Anda mungkin juga menyukai