Anda di halaman 1dari 9

KAJIAN TINDAKAN :

KES PEMBUANGAN BAYI DI KALANGAN REMAJA. PUNCA DAN PERANAN IBU


BAPA DALAM MENANGANINYA
BOTIRIA NEWS & SABARIAH BT. JAMALUDDIN
FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

ABSTRAK

Kajian ini akan membincangkan mengenai peranan ibu bapa yang mempengaruhi gejala
pembuangan bayi di kalangan remaja. Masalah ini semakin menular di kalangan masyarakat kita
dan ini amat membimbangkan semua pihak. Ibu bapa memikul tugas yang sangat berat dalam
mendidik dan membimbing anak-anak mereka menjadi insan yang berguna. Ibu bapa perlu
memberi keperluan rohani anak-anak mereka. Remaja yang hilang pegangan agama tidak
teragak-agak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan. Lebih teruk
lagi, ada segelintir remaja membunuh dan membakar bayi yang mereka lahirkan semata-mata
mahu menghilangkan bukti hasil hubungan sulit mereka. Oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab
memberikan pendidikan agama, iman dan akhlak kepada anak-anak mereka supaya tidak mudah
terpengaruh dengan gejala social yang boleh memusnahkan hidup mereka di masa depan.

ABSTRACT

This study will be discussing the role that parents affect the symptoms of baby dumping among
teenagers. This problem is more contagious among our community.Parents should know that
they have very heavy task in educating and guiding their children become useful people. Parents
need to give the spiritual needs of their children. Teenagers who lost grip of religion did not mind
to dump their children and leave after the birth. Even, there are some of teenagers willing to kill
and burning babies because they wanted to eliminate evidence of their mistake. Thus, parents are
responsible for giving religious education, faith and morals to their children so that is not easily
affected by social symptoms can destroy their lives in the future.

1
BAB 1 PENGENALAN

Kajian yang dijalankan ini adalah berkaitan dengan kes pembuangan bayi di Malaysia. Kajian ini
dijalankan bagi melihat peranan ibu bapa yang merupakan salah satu punca yang menyebabkan
masalah ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Selain itu, kajian ini juga akan
mengenalpasti langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menangani
permasalahan ini yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan norma kemanusiaan
sejagat. Tajuk kajian ini adalah Kes Pembuangan Bayi di Malaysia, Punca dan Peranan Ibu Bapa
Menanganinya.

Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208 definisi pembuangan bayi ini adalah
perkataan buang membawa maksud iaitu mencampakkan, melemparkan, menghapuskan dan
menghilangkan. Perkataan bayi bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu. Manakala
maksud pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak
kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil
turut bekerja keras untuk mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja
ini. Beliau telah mengarahkan semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia 24
jam untuk memberikan bantuan dalam usaha menangani kes pembuangan bayi yang berleluasa
akhir-akhir ini sebagai satu langkah kawal selia yang bestari.

Dalam masa yang sama beberapa NGO turut membantu mengenalpasti, mengumpul data,
mendidik dan mengadakan kempen yang berterusan untuk menyedarkan masyarakat agar
bersama-sama menangani masalah pembuangan bayi dan merangka pelan tindakan secara
bersama untuk mencegah amalan ini daripada terus berleluasa dalam masyarakat.

2
Objektif umum
Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenalpasti salah satu punca iaitu peranan ibu bapa yang menyebabkan
berlakunya masalah pembuangan bayi yang semakin berleluasa pada masa sekarang.

Objektif khusus
Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti punca iaitu peranan ibu bapa yang menyebabkan berlakunya gejala pembuangan
bayi.
ii. Mengenalpasti langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengatasi masalah pembuangan
bayi ini.

Soalan kajian
Persoalan kajian ini adalah seperti berikut :
1. Adakah kurangnya peranan ibu bapa menyumbang kepada berlakunya kes pembuangan
bayi?
2. Apakah langkah-langkahyang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menangani
permasalahan ini?

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

3
Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208 definisi pembuangan bayi ini adalah perkataan
buang membawa maksud iaitu mencampakkan, melemparkan, menghapuskan dan
menghilangkan. Perkataan bayi bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu. Manakala
maksud pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak
kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan.

Hafizi Ghazali dalam kajiannya, ada menyatakan faktor utama berlakunya kes
pembuangan bayi di kalangan remaja adalah berpunca daripada kurangnya didikan dan
kefahaman agama. Peranan ibu bapa sebagai pencorak kehidupan anak-anak adalah amat perlu
dalam zaman teknologi tanpa sepadan ini. Anak-anak yang sering tidak diberi perhatian akan
hilang haluan dan mudah terjebak dalam gejala negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya.
Hal ini akan memyumbang kepada berlakunya sumbang mahram dan membawa kepada remaja
perempuan mengandung sebelum adanya ikatan yang sah. Oleh itu, remaja yang hilang pegangan
agama ini tidak teragak-agak untuk membuang dan meninggalkan bayi mereka di tempat-tempat
yang tidak sepatutnya.

Azizi Yahaya dan Gan Lui Nam pula menyatakan peranan ibu bapa dalam memberikan
keperluan rohani kepada anak-anak dalam membendung gejala lepak di kalangan remaja.
Remaja yang sering melepak akan sentiasa cenderung untuk bergaul bebas di kalangan berlainan
jantina. Pergaulan yang bebas ini akan membawa kepada hubungan intim dan berlakunya
kehamilan di kalangan remaja perempuan yang belum matang dan tidak dapat menilai erti
sebuah kehidupan. Seterusnya remaja ini cenderung untuk membuang bayi tersebut untuk
menutup malu dan di marahi oleh ibu bapa mereka.

Sebagai rumusannya, peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam menangani masalah
pembuangan bayi di Malaysia. Ibu bapa sememangnya mempunyai tanggungjawab berat dalam
medidik anak-anak semenjak kecil lagi. Semenjak dari dalam kandungan lagi seorang ibu dan
ayah perlulah memberi perhatian dari segi mental dan fizikal anak-anak supaya sentiasa
berkembang dengan baik dan terarah. Pegangan agama yang kukuh haruslah di terapkan kepada
anak-anak supaya mereka tidak cepat tersasar daripada landasan hidup yang sebenar.
BAB 3 METODOLOGI

4
Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah resensi perpustakaan. Kaedah resensi perpustakaan
merupakan satu kaedah yang merangkumi penyelidikan yang dilakukan berdasarkan pencarian di
perpustakaan dan pusat sumber sama ada dalam bentuk data serta bahan sekunder atau primer
seperti buku, artikel, jurnal, sumber internet dan sebagainya.

Selain itu, temu bual juga digunakan sebagai instrumen untuk mengenalpasti punca yang
disebabkan oleh peranan ibu bapa yang menyumbang kepada kes pembuangan bayi. Temu bual
dijalankan dengan remaja di rumah pengasih yang telah ditangkap kerana membuang bayinya.
Kini bayinya dijaga di rumah kebajikan. Remaja ini mengatakan dia terjebak dengan gejala
social kerana kurangnya perhatian daripada ibu dan bapanya yang sibuk bekerja. Remaja ini
merupakan anak tunggal dan selalu ditinggalkan dengan orang gaji di rumah.

BAB 4 DAPATAN

5
Persoalan Kajian Pertama : Adakah kurangnya peranan ibu bapa menyumbang kepada
berlakunya kes pembuangan bayi? Hasil analisis kajian resensi dan temu bual yang dijalankan
telah mengenalpasti bahawa peranan ibu bapa yang telah mengabaikan tanggungjawab mereka
terhadap anak-anak telah menyumbang kepada berlakunya kes pembuangan bayi.

Ibu bapa yang berada jauh daripada anak-anak kurang memberi tumpuan dan perhatian
terhadap anak-anak mereka. Anak-anak yang dibiarkan ini mencari rakan sebaya untuk dijadikan
teman rapat. Remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini menjadi
bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral.
Rakan-rakan yang negatif ini tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-
perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan, menghisap
dadah, melepak, melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya.
Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut, tanpa segan silu melakukan
hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya
mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuang bayi mereka demi
mengelakkan maruah diri dan keluarga tercemar.

Persoalan kajian kedua : Apakah langkah-langkahyang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk
menangani permasalahan ini? Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa
seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak
mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja.

Ini bertepatan dengan teori motivasi Maslow (1954) yang menyatakan teori motivasi
melalui hirarki keperluan. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan
hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu
keperluan keselamatan. Seterusnya, keperluan kasih sayang dan diikuti pada peringkat
berikutnya, keperluan peringkat kendiri.

Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri. Berdasarkan teori ini kasih sayang
diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa penghargaan dan kasih

6
sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi diperingkat remaja. Ini termasuklah
keinginan kasih sayang dari ibu bapa atau rakan sebaya dalam kumpulannya. Sekiranya ibu bapa
kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih
sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa mestilah memainkan
peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjerumus
ke lembah maksiat seperti seks rambang, pergaulan bebas, dan sebagainya.

BAB 5 KESIMPULAN

7
Isu dan gejala pembuangan bayi yang melanda remaja pada hari ini sememangnya amat
mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak
supaya gejala ini tidak menular dengan lebih serius.

Remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara.
Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik,
ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan
remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang merugikan
negara dalam jangka masa panjang.

Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan juga perlu lebih peka dan
menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih
informasi tentang gejala ini dan sedar mengenai kesan dan bahaya daripada perbuatan tidak
bermoral itu. Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit
sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di
negara Malaysia ini. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada
kita adalah merupakan ahli masyarakat.

BAB 6 RUJUKAN

8
1. Azran Fitri Rahim.2010. Koleksi Berita Buang Bayi: Bayi Lelaki Ditemui Rentung
Dalam Tong Sampah. Utusan Malaysia.
2. Ilah Hafiz Aziz. 2011. Koleksi Berita Buang Bayi: Remaja Campak Bayi Baru Lahir
Dari Flat.Utusan Malaysia.
3. Sopi Samaile. 2010. Koleksi Berita Buang Bayi: Bayi Maut dicampak dari kenderaan
bergerak. Utusan Malaysia.
4. Kamus Dewan Edisi 4, 2005. Edisi baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Amran Kasimin (1993). Masalah Sosial dan Hubungannya Dengan Didikan Agama.
Kuala Lumpur: Dinie Publishers.
6. Michael H.Burnstein, MD.1981.Child Abandonment: Historical, Sociological
Perspectives.
7. Mohd Izzuddin B. Mohd Romli. 2011. Kaedah Penyelesaian Isu Pembuangan Bayi:
Kajian Di Johor Bahru.
8. Mustafa Hj. Daud. 1997. Institusi Kekeluargaan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur.
9. Razali Che Mat.1994. Remaja Lepak Semua Pihak Perlu Campur Tangan. Dewan Siswa,
April,hlm.30-43.

Anda mungkin juga menyukai