Anda di halaman 1dari 2

Rujukan Tuan :

Rujukan Kami :
Tarikh :
Encik Ajmain Bin Judi,
SMK Tun Ismail,
Parit Raja,
Batu Pahat,
Johor.

Melalui dan salinan:

Pengetua,
SMK Tun Ismail,
Parit Raja,
Batu Pahat,
Johor.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-19


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT JOHOR,
TAHUN 2012

Adalah saya dengan rasa penuh hormat dan takzimnya ingin menarik perhatian tuan mengenai
perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat
Johor menjemput dan melantik tuan sebagai pelepas bagi Kejohanan Trek dan Padang kali Ke-
19 IPG Kampus Tun Hussein Onn.

3. Sehubungan itu , majlis akan berlangsung mengikut butiran berikut :

Tarikh : 28, 29 Februari dan 01 Mac 2012


Hari : Selasa, Rabu dan Khamis
Masa : 8.00 pagi (SELASA), 8.30 pagi (RABU), 8.00 pagi
(KHAMIS)
Tempat : Padang IPG Kampus Tun Hussein Onn
Semoga dengan kehadiran tuan akan dapat melancarkan dan menyerikan lagi majlis ini.

Sekian, terima kasih.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( HAJAH ZALEHA BINTI ONN)

Pengarah
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Anda mungkin juga menyukai