Anda di halaman 1dari 16

Ruj: Bil ( 22 ) dlm KKM-55/BPF/208/001/01 Jld 3

GARIS PANDUAN PEMBANCUHAN (COMPOUNDING)

SEDIAAN EKSTEMPORANUS

Bahagian Perkhidmatan Farmasi


Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti,
46350, Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-78413200
Faks: 03-79682251
Laman web: http://www.pharmacy.gov.my

Tarikh pemakaian: 1 JUN 2015

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi 2015


ISI KANDUNGAN:

Tajuk: Muka surat

1. Pengenalan 3

2. Objektif 3

3. Skop 3

4. Definisi 4

5. Kriteria Pembancuhan Sediaan Ekstemporanus 5

6. Keperluan bagi Pembancuhan Sediaan Ekstemporanus 5

7. Perkara-Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Semasa 9

Menyediakan Sediaan Ekstemporanus

Lampiran:

Kertas Kerja Pembancuhan Sediaan Ekstemporanus 10


(Lampiran 1)
Contoh Pengisian Kertas Kerja Penyediaan Sediaan 12
Ekstemporanus (Lampiran 2)
Contoh Label Sediaan Untuk Topikal 14

Senarai Semak Pembancuhan Sediaan Ekstemporanus 15


(Lampiran 3)

2|Muka surat
GARIS PANDUAN PEMBANCUHAN (COMPOUNDING)

SEDIAAN EKSTEMPORANEUS

1. Pengenalan

Semua ubat yang digunakan untuk tujuan perubatan perlu berdaftar.


Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu antaranya disebabkan
ketiadaan ubat berdaftar yang sesuai di pasaran, persediaan
ekstemporaneus perlu disediakan oleh ahli farmasi berlesen berdasarkan
preskripsi yang diterima (Racun Kumpulan B) atau atas keperluan pesakit
(Racun Kumpulan C).

Aktiviti pembancuhan ini hendaklah dilakukan pada masa preskripsi


diterima atau atas keperluan pesakit dan disediakan untuk rawatan
perubatan pesakit berkenaan sahaja.

2. Objektif

Garis panduan ini menerangkan tatacara pelaksanaan yang perlu dipatuhi


oleh Ahli Farmasi berlesen di premis farmasi runcit untuk menjalankan
aktiviti pembancuhan sediaan ekstemporaneus untuk pesakit tertentu.

3. Skop

Pembancuhan sediaan ekstemporaneus merupakan sebahagian daripada


perkhidmatan yang ditawarkan oleh Ahli Farmasi berlesen di premis
farmasi runcit.

3|Muka surat
Sediaan ubat ekstemporanus yang dibenarkan adalah terhad kepada
sediaan yang didispens untuk kegunaan secara oral dan topikal.

Pembancuhan secara ekstemporaneus tidak dibenarkan bagi sediaan


berikut:
a. Racun Kumpulan A
b. Sediaan steril (eg. parenteral, oftalmik)
c. Sediaan kompleks dalam bentuk extended release preparation,
transdermal patch, metered dose inhaler, supositori dan pessari.

4. Definisi

4.1 Pembancuhan (Compounding) merujuk kepada penyediaan,


penimbangan, pengukuran, dan percampuran ubat-ubatan dan
bahan kimia untuk tujuan rawatan penyakit.
4.2 Dispens - Menyedia dan membekalkan ubat kepada pesakit dengan
arahan dan nasihat penggunaan yang betul.
4.3 Sediaan ekstemporaneus Ubat yang didispen terus kepada
pesakit selepas pembancuhan dan tidak disimpan sebagai stok.
4.4 Racun Kumpulan A merujuk kepada racun-racun yang disenarai
sebagai kumpulan A di dalam Jadual Pertama Senarai Racun di
bawah Akta Racun 1952
4.5 Racun kumpulan B - merujuk kepada racun-racun yang disenarai
sebagai kumpulan B di dalam Jadual Pertama Senarai Racun di
bawah Akta Racun 1952.
4.6 Racun Kumpulan C merujuk kepada racun-racun yang disenarai
sebagai kumpulan C di dalam Jadual Pertama Senarai Racun di
bawah Akta Racun 1952.
4.7 PBKD -Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, suatu badan yang dibentuk
dibawah Seksyen 3 Akta Racun 1952.

4|Muka surat
4.8 Bahan Aktif Farmaseutikal Sebarang substan atau campuran
substan bertujuan untuk digunakan di dalam pengilangan bentuk
dosej farmaseutikal, dan bila digunakan menjadi bahan aktif dalam
bentuk dosej farmaseutikal tersebut. Substan berkenaan bertujuan
memberi kesan aktiviti farmakologi atau memberi kesan secara
langsung di dalam diagnosis, penyembuhan, pengurangan, perawatan
dan pencegahan penyakit atau memberi kesan ke atas struktur dan
fungsi badan.

5. Kriteria pembancuhan sediaan ekstemporaneus

Pembancuhan sediaan ekstemporaneus adalah berdasarkan kriteria-kriteria


berikut:

5.1 Sediaan tersebut tidak terdapat di pasaran secara komersial.


5.2 Pembancuhan sediaan ekstemporaneus hendaklah dilakukan dalam
premis yang mematuhi Garis Panduan Penanda Aras Farmasi
Komuniti.
5.3 Pembancuhan sediaan ekstemporaneus adalah pilihan terakhir
setelah ahli farmasi berlesen mempertimbangkan faedah
keberkesanan klinikal adalah melebihi risikonya.
5.4 Sediaan ekstemporaneus secara pukal dan dibuat lebih awal adalah
tidak dibenarkan.

6. Keperluan bagi Pembancuhan Sediaan Ekstemporaneus

6.1 Bahan Asas

6.1.1 Bahan asas yang merupakan bahan aktif farmaseutikal hendaklah


mengikut piawaian farmakopoeia seperti BP, USP, EP atau yang

5|Muka surat
setaraf dengannya atau produk berdaftar di bawah Peraturan-
Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
6.1.2 Ahli farmasi berlesen hendaklah memastikan bahan asas yang
digunakan belum tamat tarikh luput.

6.2 Personel

6.2.1 Sediaan disediakan oleh Ahli Farmasi berlesen/ personel di bawah


kawalselia secara langsung oleh Ahli Farmasi berkenaan.
6.2.2 Personel yang menjalankan pembancuhan mestilah memakai pakaian
yang sesuai dan bersih.
6.2.3 Langkah-langkah bagi mengelakkan sebarang kontaminasi ke atas
sediaan yang disediakan perlu diberi perhatian. Contohnya
menggunakan sarung tangan, bahan sanitasi dan lain-lain.

6.3 Fasiliti

6.3.1 Mematuhi Garis Panduan Penanda Aras Farmasi Komuniti.

6.4. Pelabelan Sediaan Ekstemporanus

Semua sediaan ekstemporanus, yang disediakan mesti dilabel dengan


maklumat berikut:
6.4.1 Nama dan alamat pembekal (iaitu nama dan alamat Farmasi yang
membekal sediaan ekstemporanus tersebut).
6.4.2 Nama pesakit.
6.4.3 Nama ubat/ bahan aktif.
6.4.4 Arahan yang jelas tentang cara menggunakan ubat tersebut.
6.4.5 Tarikh ubat berkenaan dibekal.

6|Muka surat
6.4.6 Rujukan kepada no. siri Kertas Kerja Pembancuhan Sediaan
Ekstemporaneus dan entri dalam Buku Preskripsi.
6.4.7 Tarikh luput
6.4.8 Sediaan hendaklah dilabel dengan perkataan :-
- Ubat Terkawal (Jika mengandungi Racun)
- Ini adalah sediaan ekstemporanus
- Tidak boleh dimakan atau Untuk Kegunaan Luaran Sahaja
sekiranya melibatkan ubat untuk kegunaan luar
- Bukan untuk dijual semula / Not for resale

6.5 Dokumentasi

6.5.1 Preskripsi

Preskripsi yang diterima hendaklah mematuhi keperluan Seksyen 21 Akta


Racun 1952 dan hendaklah disimpan selama dua (2) tahun.

Ahli Farmasi berlesen juga hendaklah merekod pembekalan racun dalam


Buku Preskripsi menurut Seksyen 24 Akta Racun 1952 pada hari yang
sama mengikut keperluan iaitu:

6.5.1.1 Tarikh sediaan ekstemporanus berkenaan dibekalkan.


6.5.1.2 Nombor rujukan preskripsi (Racun kumpulan B).
6.5.1.3 Nama dan kekuatan sediaan ekstemporanus yang
disediakan serta kuantiti dibekalkan.
6.5.1.4 Nama dan alamat pesakit.

Bagi sediaan ektemporanus yang mengandungi bahan psikotropik atau


dadah berbahaya, Ahli Farmasi berlesen hendaklah merekod sebagaimana
yang dikehendaki di bawah Akta dan peraturan yang berkaitan.

7|Muka surat
6.6 Kertas Kerja Pembancuhan Sediaan Ekstemporaneus

Ahli farmasi berlesen hendaklah merekod butir-butir penyediaan ke dalam


Kertas Kerja Pembancuhan Sediaan Ekstemporaneus bagi semua sediaan
ekstemporanus yang disediakan.

Kertas Kerja Pembancuhan Sediaan Ekstemporanus seperti di Lampiran 1


hendaklah diisi dengan jelas dan lengkap. Ia hendaklah disimpan untuk
tempoh selama dua (2) tahun daripada tarikh penyediaan/bancuhan dan
boleh diperiksa serta diaudit oleh Pegawai Penguatkuasaan Farmasi pada
bila-bila masa.

6.7 Dokumen lain

Semua dokumen pembelian bahan asas, bahan mentah atau produk


berdaftar untuk kegunaan sediaan ekstemporanus hendaklah disimpan di
premis selama dua (2) tahun daripada tarikh pembelian.

6.8. Pembungkusan

Semua sediaan ekstemporanus mesti dibungkus menggunakan bekas yang


bersesuaian yang boleh menjamin kestabilan sediaan yang disediakan.

6.9 Pendispensan sediaan ekstemporaneus

Sediaan ekstemporanus yang telah siap perlu didispens terus kepada


pesakit oleh Ahli Farmasi berlesen di premis farmasi runcit berkenaan.
Pembekalan secara borong kepada farmasi, klinik, hospital atau institusi
lain tidak dibenarkan.

8|Muka surat
6.10 Senarai Semak

Senarai semak seperti di Lampiran 3 perlu diisi dengan lengkap dan dikepil
bersama Kertas Kerja Pembancuhan Sediaan Ekstemporaneus bagi setiap
pembancuhan.

7. Perkara-Perkara Lain Yang Perlu Diberi Perhatian Semasa


Menyediakan Sediaan Ekstemporanus

7.1 Langkah-langkah sewajarnya hendaklah diambil untuk memastikan


sediaan adalah selamat dan berkualiti bagi kegunaan yang
dimaksudkan.
7.2 Ahli Farmasi hendaklah melaporkan kepada Malaysian Adverse Drug
Reaction Advisory Committee (MADRAC) dalam tempoh empat puluh
lapan (48) jam sekiranya ada berlaku sebarang kesan sampingan
akibat penggunaan sediaan berkaitan dan satu salinan laporan
disimpan di premis.

9|Muka surat
Lampiran 1:
KERTAS KERJA PEMBANCUHAN SEDIAAN EKSTEMPORANUS
(Nama dan Alamat Premis Farmasi)
Nama Sediaan & kekuatan:
Dos yang di preskrib: Tempoh sediaan diperlukan:
Saiz pek:
Tarikh disediakan: Tarikh luput Sediaan*:
No siri preskripsi: No Rujukan Sediaan :
Nama pesakit: No KP/Pendaftaran Pesakit:
Nama doktor:
Nama & alamat klinik:
Indikasi:
Sebab sediaan ekstemporaneus disediakan:
Tiada ubat berdaftar
Alergi
Lain-lain (sila nyatakan):..

Formulasi Bancuhan :
Bil Nama bahan No. Pendaftaran No kelompok Tarikh Kuantiti
produk ** luput
(sekiranya ada)

Disediakan oleh : ..............................................


(Nama & t.t. Ahli Farmasi)

Prosedur Penyediaan:
1.Cth: mengikut BP m/sedition dan sertakan salinan bahan rujukan.
2.
3.
4.
5
6.

10 | M u k a s u r a t
Bahan rujukan digunakan:
Bil Rujukan

Label (Sila lekat atau sertakan satu salinan label disini):

Catatan:

* Tarikh luput mengikut rujukan-rujukan yang sesuai

** No.pendaftaran bagi bahan permulaan yang merupakan produk berdaftar

11 | M u k a s u r a t
Lampiran 2:

CONTOH PENGISIAN KERTAS KERJA PEMBANCUHAN SEDIAAN EKSTEMPORANUS


Farmasi ABC, No 1, Jalan 2, Wisma XYZ, Setapak, 50000 Kuala Lumpur

Nama Sediaan & kekuatan: Syrup Captopril 1mg/ml


Dos yang di preskrib: 0.3mg tds x 1/52 Tempoh sediaan diperlukan: 7 hari
Saiz pek: 50 ml
Tarikh disediakan: 12.3.2013 Tarikh luput Sediaan*:12.4.2013
No siri preskripsi: 12345 No Rujukan Sediaan : S13/2013
Nama pesakit: Mary Chong No KP/Pendaftaran Pesakit: 130101-07-5088
Nama doktor: Dr. Jegan Muthu
Nama & alamat klinik: 23, Jalan Ubi, Taman Sepakat, Setapak, 50000, Kuala Lumpur
Indikasi: Heart Failure
Sebab sediaan ekstemporaneus disediakan:
X Tiada ubat berdaftar
Alergi
Lain-lain (sila nyatakan):

Formula Compounding :

Bil Nama bahan No. Pendaftaran No Tarikh luput Kuantiti


Produk kelompok
(sekiranya ada)
1 Captopril tablet 25mg MAL20001234A BN49711 11/2014 2 tablets
2 Syrup symplex - L1209001 09/2014 To 50 ml

Disediakan oleh : Siti Aminah

(Siti Aminah)

Prosedur Penyediaan

1. Crush tablets in a mortar to a fine powder.


2. Levigate the powder with simple syrup until a smooth paste is formed.
3. Add more simple syrup to the paste until a liquid is formed and transfer the liquid into a
container.
4. Use additional vehicle to rinse the remaining dru from the mortar and pour into the
container.

12 | M u k a s u r a t
5. Make up the final volume with vehicle.
6. Shake well and label.

Bahan rujukan:

Bil Rujukan
1 Pharmacy Compounding Manual, Alberta Health Region 2008

Label (Sila lekat atau sertakan satu salinan label disini):

Contoh label sediaan untuk oral:


Farmasi ABC, No 1, Jalan 2, Wisma XYZ,
Setapak, 50000 Kuala Lumpur
Tel: 03-41059632
Syrup Captopril 1mg/ml
Nama: Mary Chong No. Rujukan
Sediaan:S13/2013
Tarikh: 12.3.2013 No. Siri: 12345
Ambil ( 0.3 ml), (3) kali sehari selepas makan
(Tarikh luput: 12.4.2013)

Ini adalah sediaan ekstemporaneus


[Bukan untuk dijual semula]

Ubat Terkawal

13 | M u k a s u r a t
Lampiran 3

CONTOH LABEL SEDIAAN UNTUK TOPIKAL

Farmasi ABC, No 1, Jalan 2, Wisma XYZ,


Setapak, 50000 Kuala Lumpur
Tel: 03-41059632
Cream Miconazol & Hydrocort
Nama: Mary No. Rujukan Sediaan:S13/2013
Tarikh: 12.3.2013 No. Siri: 12345
Sapu (3) kali sehari
(Tarikh luput: 12.4.2013)

Untuk Kegunaan Luar Sahaja


Ini adalah sediaan ekstemporaneus
[Bukan untuk dijual semula]

Ubat Terkawal

14 | M u k a s u r a t
Lampiran 4

Senarai Semak Pembancuhan Sediaan Ekstemporaneus

Nama Sediaan :
Eksetemporaneus
Tarikh Sediaan :
Disediakan oleh :

1. Terima Dan Semak Preskripsi

2. Semak sama ada produk berdaftar berada di pasaran

3. Bincang Dengan Pengamal Perubatan Tentang Produk Alternatif Yang


Berdaftar Di Pasaran (jika perlu)

4. Semak Rujukan Yang Diiktiraf Untuk Formula Yang Digunapakai

5. Lengkapkan Kertas Kerja Pembancuhan Sediaan Ekstemporaneus

6. Bancuh Sediaan Ekstemporaneus Berkaitan

7. Rekod Dalam Buku Preskripsi (Bagi Sediaan Yang Mengandungi Racun


Sahaja) dan rekod berkaitan
8. Sediakan Label

9. Dispens Kepada Pesakit

15 | M u k a s u r a t
Rujukan:

1. Akta Racun 1952 dan Peraturannya.


2. Peraturan Kawalan dadah dan Kosmetik 1984.
3. Garispanduan Penanda Aras Farmasi Komuniti
4. WHO Technical Report Series No.970, 2012.
5. Pharmaceutical Practice, 4th Edition (A.J. Winfield, J.A. Rees, I.
Smith), Churchill Livingstone, 2009.
6. Guidelines for Dispensing of Medicines. Pharmacy Board of Australia.
7. Medicines, Ethics & Practice. A Guide for Pharmacists & Pharmacy
Technicians. 32nd Edition, Royal Pharmaceutical Society of Great
Britain, July 2008.
8. Guidelines to Pharmacy Compounding, National Association of
Pharmacy Regulatory Authorities (NAPRA), October 2006.
9. Guidance for FDA Staff and Industry. Compliance Policy Guides
Manual. Sec 460.200. Pharmacy Compounding, USFDA, May 2002.
10. Istilah Farmasi (Jilid 2). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur,
2005.

16 | M u k a s u r a t

Anda mungkin juga menyukai