Anda di halaman 1dari 2

SYARAT PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLING TENPIN PERINGKAT MSSDPD 2017

1. Kronologi Pertandingan

Pertandingan boling tenpin akan dijalankan di Ole-Ole Mydin Seremban 2. Kronologi pertandingan
adalah seperti berikut :

OLE-OLE MYDIN SEREMBAN 2:

Tarikh :
2 Mei 2017 (Selasa) Bawah 15 (L/P)
3 Mei 2017 (Rabu) Bawah 12 (L/P)
4 Mei 2017 (Khamis) Bawah 18 (L/P)

Masa:
9.00 pagi Pendaftaran
10.00 pagi Taklimat Kejohanan
10.15 pagi Pertandingan dijalankan

2. Peraturan Pertandingan

i. Had umur bagi peserta lelaki dan perempuan individu, beregu dan berpasukan adalah seperti
berikut:
12 tahun ke bawah (L/P) sekolah rendah
15 tahun ke bawah (L/P) sekolah menengah
18 tahun ke bawah (L/P) sekolah menengah
Kiraan umur 12,15 dan 18 tahun ke bawah adalah pada 1 Januari tahun
pertandingan.

ii. Setiap sekolah boleh menghantar MAKSIMUM 12 orang (3 pasukan) bagi setiap kategori.
iii. Setiap nama peserta yang mengambil bahagian hendaklah ditandatangani oleh Pengurus
Pasukan.
iv. Pendaftaran menggunakan borang yang telah disediakan. Borang penyertaan hendaklah
diemelkan ke sklinggi@yahoo.com
v. Tarikh tutup penghantaran borang penyertaan ialah pada 3 April 2017
vi. Borang hendaklah dibawa semasa hari kejohanan bagi pengesahan pendaftaran.
vii. Hanya 4 orang pemain terbaik lelaki dan perempuan bagi setiap kategori akan dipilih untuk
mewakili daerah ke peringkat negeri.
viii. Setiap pemain akan bermain 4 permainan bagi kategori bawah 12 tahun dan 6 permainan
bagi kategori bawah 15 dan 18 tahun.
ix. Jumlah jatuhan pin daripada permainan tersebut akan menentukan pemenang bagi acara
yang dipertandingkan. Sekiranya seri, keputusan akan ditentukan berdasarkan jumlah
jatuhan pin permainan permainan terakhir. Jika masih seri jumlah permainan kedua terakhir
diambil kira dan seterusnya.
x. Jumlah keseluruhan jatuhan pin bagi empat (4) permainan bagi kategori bawah 12 tahun
dan enam (6) permainan bagi kategori bawah 15 dan 16 tahun akan menentukan pemenang
bagi acara individu bagi Kategori Lelaki dan Perempuan
xi. Pemenang acara beregu ditentukan berdasarkan jumlah jatuhan pin keseluruhan 2 pemain
individu yang telah ditetapkan pengurus pasukan atau jurulatih. Penukaran nama pemain
untuk acara beregu adalah tidak dibenarkan semasa hari pertandingan.
xii. Kategori berpasukan terdiri daripada empat orang sepasukan yang terdiri daripada lelaki
sahaja atau perempuan sahaja. Pemenang acara berpasukan ditentukan berdasarkan
jumlah jatuhan pin keseluruhan 4 pemain individu yang telah ditetapkan pengurus pasukan
atau jurulatih. Penukaran nama pemain untuk acara berpasukan adalah tidak dibenarkan
semasa hari pertandingan.
xiii. Sebarang penukaran nama pemain perlu dimaklumkan sehari sebelum pertandingan
dijalankan.
xiv. Bagi sekolah yang tidak mencukupi pemain untuk satu pasukan hanya akan bermain dalam
kategori individu atau beregu sahaja.
xv. Lorong akan ditetapkan oleh pihak pengelola.
xvi. Semua peserta mesti melapor diri selewat-lewatnya 30 minit sebelum acara bermula.
xvii. Seorang pemain perlu memberi laluan kepada pemain di sebelah kanan terlebih dahulu bagi
mengelakkan gangguan jika bermain serentak.
xviii. Pemain akan bermain secara cross lane.
xix. Pemain akan bertukar lorong ke kanan setelah selesai 2 permainan
xx. Sekiranya berlaku black out dalam tv monitor di mana skor permainan itu hilang maka
pemain itu akan bermain semula tetapi jika skor dicatat maka permainan itu akan
bersambung dari frame dimana permainan tersebut diberhentikan.
xxi. Pemain adalah dilarang merokok, minum minuman keras atau di bawah pengaruh alkohol
atau dadah.
xxii. Semua peserta mesti memakai baju T sekolah masing-masing dan seluar panjang. Peserta
lelaki perlu memakai baju T berkolar dan tuck in. Manakala bagi perempuan dibenarkan
memakai seluar trek hitam. Baju dan seluar sesuatu pasukan haruslah mempunyai warna
yang seragam.
xxiii. Sebarang bantahan bertulis hendaklah dibuat dalam tempoh 45 minit selepas sesuatu
kategori selesai dipertandingkan.

3. Kewangan
i. Bayaran lane tidak termasuk bayaran pengelolan bagi seorang pemain adalah seperti
berikut:

OLE-OLE MYDIN SEREMBAN 2


RM 18.00 4 game (termasuk RM 2.00 untuk sewaan kasut)
RM 26.00 6 game(termasuk RM2.00 untuk sewaan kasut).
ii. Makan dan minum peserta adalah dibawah tanggungan pihak sekolah
iii. Bayaran untuk pertandingan adalah mengikut prosuder kewangan yang sedang
berkuat kuasa. Bayaran mesti menggunakan cek atau bank draft sahaja. Bayaran
secara tunai adalah tidak terima. Bayaran perlu dibuat atas nama GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN LINGGI.
iv. Bayaran hendaklah dibuat 7 hari sebelum hari pertama kejohanan.
v. Jumlah bayaran yang perlu dibayar akan dimaklumkan sehari selepas tarikh tutup
borang penyertaan.

4. Hadiah dan Sijil Penghargaan

i. Sijil penyertaan untuk pemain, pengurus pasukan dan jurulatih bagi setiap sekolah peringkat
daerah akan disediakan oleh sekolah pengelola.
ii. Pemain kategori individu akan menerima medal dan sijil pencapaian manakala bagi pemain
kategori beregu dan berpasukan hanya menerima sijil pencapaian sahaja.
iii. Medal bagi acara individu akan diberi kepada pemenang tempat pertama hingga ke sepuluh.
iv. Sijil pencapaian bagi kategori beregu dan berpasukan akan diberi kepada pemenang tempat
pertama hingga keempat.

Disediakan oleh :

..
(MOHD NASIR BIN ABD AZIZ)
PT BOLING TENPIN MSSDPD 2017

Anda mungkin juga menyukai