Anda di halaman 1dari 4

KEJOHANAN BOLA TAMPAR KAVA/MSSK

BAWAH 11 TAHUN DAN BAWAH 16 TAHUN KELANTAN 2023

1. Nama Kejohanan
 Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Bola Tampar Bawah 11 Tahun dan Bawah
16 Tahun Persatuan Bola Tampar Kelantan dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Kelantan 2023.

2. Pengelola
 Kejohanan ini dikelolakan oleh Persatuan Bola Tampar Kelantan (KAVA) dengan
kerjasama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Kelantan.

3. Tarikh dan Venue Pertandingan


 Tarikh : 24 dan 25 November 2023 – Kategori Bawah 11 Tahun Perempuan.
26 dan 27 November 2023 – Kategori Bawah 11 Tahun Lelaki.
3 dan 4 Disember 2023 – Kategori Bawah 16 Tahun Perempuan.
5 dan 6 Disember 2023 – Kategori Bawah 16 Tahun Lelaki.
 Masa : 8.00 pagi hingga 7.00 petang
 Venue : Gelanggang Bola Tampar Berbumbung SMK Padang Kala, Kota Bharu

4. Syarat Pertandingan
 Kejohanan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah di negeri Kelantan yang
berumur 11 tahun ke bawah (lahir tahun 2012 dan selepasnya) dan 16 tahun ke
bawah (lahir tahun 2007 dan selepasnya).
Pemain hendaklah bermain untuk satu pasukan sahaja. Jika didapati pemain
tersebut berdaftar dengan lebih darpada satu pasukan, pemain tersebut akan
disingkirkan daripada kejohanan.

5. Undang-undang pertandingan
 Undang-undang permainan Bola Tampar Antarabangsa FIVB akan menjadi
undang-undang rasmi kejohanan ini.
 Ketinggian jaring
 Bawah 11 Tahun - 2.10m
 Bawah 16 Tahun perempuan - 2.20m
 Bawah 16 tahun lelaki - 2.35m
6. Sistem Pertandingan
 Pertandingan dimainkan secara volleython dengan mata 30 tanpa tambahan
mata.
 Pertandingan pusingan awal akan dijalankan secara liga dalam kumpulan.
 Pasukan johan dan naib johan kumpulan akan ke pusingan kedua yang akan
dijalankan secara kalah singkir.
 Kedudukan pasukan untuk pusingan kedua akan ditentukan secara undian
setelah pusingan pertama berakhir.

7. Klasifikasi Pasukan
 Mata kemenangan yang akan diberikan kepada pasukan pada setiap
perlawananan dan mata tersebut akan diambil kira dalam menentukan ranking
pasukan untuk ke pusingan kalah singkir.
Menang Kalah Lucut
Teknikal
3 mata 0 mata 0 mata
(30-0)
 Jika terdapat pasukan yang mempunyai jumlah mata yang sama, ranking akan
ditentukan dengan kaedah yang berikut mengikut urutan :
I. Jumlah kemenangan tertinggi,
II. Nisbah point tertinggi
III. Pasukan yang menang ke atas pasukan lawan
IV. Lambungan siling akan dilaksanakan jika semua urutan tidak dapat
menentukan kedudukan ranking.

8. Jersi
 Pemain hanya dibenarkan memakai jersi yang bernombor.
 Saiz nombor hendaklah mengikut paiwaian yang ditetapkan oleh FIVB.
 Nombor jersi mestilah di hadapan dan di belakang.

9. Yuran
 Setipa pasukan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM 50.00 (Lima Puluh
Ringgit).
 Bayaran hendaklah dibuat ke akaun Persatuan Bola Tampar Kelantan
(003015206108 - Maybank) selewat-lewatnya pada 23 November 2023.
 Slip bayaran perlu dihantar kepada En Mahadi B Mustapha di talian 014-3397667
untuk pengesahan.
10. Bantahan dan Rayuan
 Segala bantahan mestilah mengikut peraturan FIVB.
 Setiap bantahan perlu dihantar secara bertulis kepada penganjur bersama Wang
Bantahan sebanyak RM100 dalam masa setengah jam selepas perlawanan. Wang
Bantahan tidak akan dikembalikan jika bantahan ditolak.
 Juri Bantahan dan Rayuan yang akan bersidang terdiri daripada :
I. Presiden KAVA
II. Wakil dari Unit Sukan JPN Kelantan
III. Setiausaha Agung KAVA
IV. 2 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan/rayuan.
11. Hadiah
 Johan - RM 300 dan Sijil
 Naib johan - RM 200 dan Sijil
 Ketiga - RM 100 dan Sijil
 Keempat - RM 100 dan Sijil

12. Pendaftaran pasukan


 Pendaftaran pasukan boleh dibuat melalui borang pendaftaran yang disediakan
dan hantar kepada Pengerusi Pertandingan En Mohammad Fadzil B Mat Il di
talian 013-7364773
 Borang pendaftaran juga boleh dihantar kepada Urusetia sebelum kejohanan
bermula.
KEJOHANAN BOLA TAMPAR KAVA/MSSK
BAWAH 11 TAHUN DAN BAWAH 16 TAHUN KELANTAN 2023
BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA PASUKAN

NAMA PENGURUS

NO TELEFON

KATEGORI LELAKI WANITA

PERINGKAT UMUR 11 TAHUN 16 TAHUN

NO NAMA PEMAIN NO K.P.


JERSI

____________________________________
Tandatangan Pengurus Pasukan

Anda mungkin juga menyukai