Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN OBJEKTIF

1. Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan tunai?


A Satu sistem yang mengandungi prosedur untuk mengawal penerimaan dan
pembayaran tunai
B Satu penyata yang digunakan untuk merekod urus niaga penerimaan dan
pembayaran tunai
C Satu penyata yang disediakan untuk memastikan tunai perniagaan sentiasa
mencukupi
D Satu anggaran penerimaan dan pembayaran tunai dalam sesuatu tempoh tertentu
(SPM 2009)

2 Butiran manakah yang diambil kira dalam penyediaan belanjawan tunai?


I Pinjaman bank III Peruntukan hutang ragu
II Kadar bayaran IV Susut nilai alatan pejabat

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV (SPM 2009)

3. Apakah fungsi belanjawan tunai kepada peniaga?


A Menunjukkan keadaan sebenar kewangan perniagaan
B Menunjukkan kedudukan anggaran tunai pada masa hadapan
C Menjadi panduan kepada pemiutang untuk menuntut hutang
D Membantu peniaga menghadkan perbelanjaan semasa

4. Antara butir berikut, yang manakah tidak dicatatkan dalam belanjawan tunai?
A Susut nilai set bukan semasa
B Pembayaran cukai pendapatan
C Pembayaran kos pengangkutan
D Dividen tunai daripada pelaburan

5. Antara butir berikut, yang manakah dicatat dalam belanjawan tunai?


A Hutang Lapuk
B Kadar bayaran
C Susut nilai perabot
D Peruntukan hutang ragu

6. Butiran manakah direkod sebagai penerimaan dalam belanjawan tunai?


A Insurans
B Pemiutang
C Belian tunai
D Penghutang

7. Butiran manakah yang diambil dalam penyediaan belanjawan tunai?


I Hutang Lapuk
II Pinjaman Bank
III Sewa diterima
IV Susut nilai mesin

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
8. Data 1 menunjukkan belanjawan tunai Kedai Mira bagi bulan Mac 2004

RM

Baki awal 12060


Penerimaan:
Penghutang 20000
Pembayaran:
Pemiutang 19000
Upah 1200
Sewa 400
Belanja serahan 300
Elektrik dan telefon 250
Belanja am 320
Data 1

Hitungkan baki akfiir tunai kedai itu.

A Lebihan RM 1 470
B Lebihan RM 10 590
C Kurangan RM 1 470
D Kurangan RM 13 530 (SPM 2004)

9. Encik Rafi bercadang hendak memulakan peniagaan Bengkel Basikal Alang di Kuantan
pada 1 Julai 2006

Data berikut menunjukkan petikan belanjawan tunai Encik Rafi.

Perkara Julai Ogos September


Baki b/b X
Penerimaan:
Modal 15 000
Pinjaman 30 000
Jualan 1 500 7450 8 195
Jumlah Penerimaan Y Z
Pembayaran:
Belian 18 500 1 340 1 608
Upah 1 200 1 200 1 200
Jumlah pembayaran 19 700 2 540 2 808
Baki h/b Q

Berapakah nilai X ?

A RM 4910
B RM 5387
C RM 26800
D RM 31710 SPM 2006)
10. Maklumat berikut diperoleh daripada sebuah perniagaan.

Zaman ingin menyediakan Belanjawan Tunai perniagaannya untuk tempoh tiga bulan berakhir 31
Disember 2008. Jualan dianggarkan berjumlah RM20000 setiap bulan di mana 40 % daripadanya
diberi tempoh kredit.

Berapakah anggaran jualan tunai pada bulan November?

A RM28000 B RM20000
C RM12000 D RM8000 (SPM 2008)

11. Apakah kepentingan sistem kawalan tunai bagi sesebuah perniagaan?

A Untuk mengelakkan risiko kecurian


B Untuk memastikan untung yang lebih tinggi
C Untuk memudahkan urus niaga jual beli tunai
D Untuk mengelakkan berlakunya hutang lapuk

12. Jadual di bawah menunjukkan Belanjawan Tunai Kedai Adli bagi bulan Jun 2007.

Perkara RM
Baki awal 15 160

Penerimaan:
Jualan 800

Pembayaran:
Pemiutang 500
Upah 130
Kadar bayaran 450
Ansuran pinjaman 350

Hitungkan baki awal tunai Kedai Adli pada bulan Julai 2007.
A Kurangan RM 630
B Lebihan RM 14 530
C Kurangan RM 15 160
D Lebihan RM 15 790

13. Kilang Keropok Reeka telah menyediakan anggaran kewangan bagi 3 bulan berakhir 31
Mac 2006.Jualan tunai bagi bulan Januari berjumlah RM20 000 dan akan bertambah pada
setiap bulan sebanyak 10% daripada jualan bulan sebelumnya.
Hitungkan jualan bulan Mac 2006

A RM22 000
B RM24 000
C RM24 200
D RM26 620
14. Maklumat berikut menunjukkan Belanjawan Tunai Kedai Liyana bagi bulan Julai 2006.

RM
Baki awal 1 240

Penerimaan :
Jualan 5 600
Penghutang 850

Pembayaran :
Belian 3200
Pemiutang 1 100
Sewa 450
Kadar bayaran 250

Baki akhir ?

Berdasarkan Belanjawan Tunai di atas, hitungkan baki akhir tunai pada bulan Julai 2006.

A RM 1 450
B RM 2 010
C RM 2 550
D RM 2 690
15. Yang manakah antara berikut tidak benar tentang tujuan kawalan tunai?

A. Mengelakkan berlakunya kehilangan tunai


B. Mengelakkan berlakunya kehilangan hasil akibat tunai yang terbiar
C. Memastikan ketepatan catatan dan kesahihan rekod dalam buku tunai
D. Memastikan terdapat tunai yang cukup untuk belanja operasi perniagaan

LATIHAN SUBJEKTIF

1. Maklumat berikut diperoleh daripada Belanjawan Tunai Perniagaan Bakti bagi bulan Januari
2012

RM
Baki Awal 6 500
Jumlah penerimaan 29 500
Jumlah pembayaran 18 600
Hitungkan
i. Lebihan
ii. Baki akhir [2markah]
2.

Anggaran Belian RM25 000

Belian sebenar RM20 000

Hitungkan varian. Berikan kesan varian tersebut terhadap perniagaan [2 markah]

3. . Maklumat berikut diperoleh daripada sebuah perniagaan.

Azizah ingin menyediakan Belanjawan Tunai perniagaannya untuk tempoh tiga bulan berakhir 31 Disember 2008. Jualan
dianggarkan berjumlah RM50 000 setiap bulan di mana 30 % daripadanya diberi tempoh kredit.

Berapakah anggaran jualan tunai pada bulan November dan Disember?

4. Maklumat berikut diperolehi daripada sebuah perniagaan.

Anggaran jualan bagi tiga bulan pertama ialah:


RM
Mac 5 200
April 6 300
Mei 7 400

Harga belian ialah 50% daripada harja jualan dan semua belian adalah dibuat secara kredit
untuk tempoh 30 hari.

Berapakah anggaran belian bagi bulan April dan Mei?


5. Maklumat berikut diperolehi daripada sebuah perniagaan.

Jumlah jualan bagi bulan April bernilai RM10,000 dan akan bertambah setiap bulan
sebanyak 15% daripada jualan bulan sebelumnya. 80% daripada jualan merupakan jualan tunai
dan bakinya akan diberi tempoh kredit sebulan.

Berapakah anggaran penerimaan daripada penghutang bagi bulan Mei dan Jun?

Anda mungkin juga menyukai