Anda di halaman 1dari 1

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

selawat dan salam ke atas junjungan


nabi muhammad S.A.W ahli keluarganya dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, sesungguhnya kami bersyukur kepadamu kerana memberi nikmat


kejayaan dan kecemerlangan yang kami nikmati pada hari ini.

Ya allah, kekalkanlah usaha-usaha yang kami laksanakan samaada yang berbentuk


material ataupun spiritual.Martabatkanlah syarikat kami dan seluruh kakitangannya
dengan martabat yang tinggi disisimu. Ya Allah ya zaljala liwalikram

Ya Allah , sempena Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records kepada


Konsortium ABASS pada hari ini. Kami pohon ehsanmu , agar engkau kurniakan
kepada kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, lindungilah
kami dari segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan.peliharalah kami dari
segala bencana.anugerahkanlah kami dengan kesihatan agar kami dapat berbakti
kepada agama, keluarga dan syarikat tercinta ini.

Ya Allah Tuhan yang menguasai sekalian alam,

Engkau peliharalah syarikat kami yang kami cintai ini. Engkau peliharalah
perpaduan diantara kami demi kepentingan syarikat yang kami kasihi.kami
bersyukur kepadamu kerana dapat hidup dalam keadaan aman damai, harmoni,
percaya mempercayai, saling hormat menghormati serta tolong menolong yang
menjadi tunjang kepada kemakmuran syarikat kami sehingga hari ini.

Ya Allah ya tuhan yang maha pengasih dan maha penyayang.

Kami memohon restu darimu,engkau anugerahkanlah syarikat kami ini menjadi


syarikat yang standing dengan syarikat-syarikat besar dan bertapak kukuh di rantau
ini.

Anda mungkin juga menyukai