Anda di halaman 1dari 24

PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA (A)

Allah s.w.t. mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang rasul untuk seluruh
alam. Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran (Surah Al-Anbiyaa, 21: ayat 107) yang
bermaksud:
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk
menjadi rahmat bagi sekalian alam.
Justeru, Nabi Muhammad s.a.w diutuskan bukan hanya kepada orang-orang Arab badwi
di zamannya, tetapi juga untuk para saintis hari ini yang sedang mengkaji di dalam
makmal masing-masing. Baginda s.a.w. ialah rasul untuk semua manusia dari
zamannya hingga hari kiamat. Sebelum itu, seorang rasul hanya diutuskan khas untuk
kaumnya sahaja sebagaimana yang dinyatakan Allah s.w.t. (Al-Quran, Surah Ar-Rad,
13: Ayat 7) bermaksud:

Dan berkatalah otang-orang kafir: Mengapa tidak diturunkan kepada


(Muhammad) sesuatu mukjizat dari Tuhannya? Sesungguhnya engkau (wahai
Muhammad) hanyalah seorang Rasul pemberi amaran (kepada orang-orang yang
ingkar), dan tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke jalan
yang benar.
Dakwah Nabi Muhammad s.a.w. adalah untuk semua manusia. Oleh itu Allah s.w.t. telah
membekalkan tanda-tanda dan bukti-bukti yang berupaya mengesahkan kebenaran
baginda s.a.w.. Bukti-bukti baginda s.a.w. tidak sama dengan bukti-bukti nabi-nabi yang
lalu yang hanya dapat dilihat oleh umat semasa itu sahaja dan mungkin oleh umat betulbetul selepas itu. Kemudian Allah s.w.t. akan menghantar seorang rasul yang lain
berbekalkan mukjizat-mukjizat baru untuk menjernihkan dan menghidupkan semula
keimanan manusia. Oleh kerana Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk seluruh
manusia hingga hari kiamat, Allah s.w.t. memberikanya mukjizat yang boleh disaksikan
buat selama-lamanya sebagai tanda-tanda yang dapat mengesahkan kebenaran risalah
baginda s.a.w..

Jika kita meminta seorang Yahudi atau Kristian menunjukkan mukjizat Nabi Musa a.w.
atau Nabi Isa a.s.. mereka akan memberitahu kita tidak mungkin dapat ditunjukkan
semula mukjizat-mukjizat nabi-nabi itu. Contohnya tongkat Nabi Musa a.s. tidak mungkin
dapat diadakan semula. Begitu juga keupayaan Nabi Isa a.s. menyuruh orang mati
bangkit semula. Itu juga tidak mungkin dapat ditunjukkan sekali lagi. Bagi kita hari ini,
mukijizat-mukjizat itu tinggal di dalam lipatan sejarah. Sebaliknya jika seorang Islam
ditanya tentang mukjizat terhebat Nabi Muhammad s.a.w., dia boleh , menunjukkan alQuran. Ini ialah kerana al-Quran merupakan mukjizat yang berada dalam tangan kita.
Ianya satu buku yang boleh dikaji oleh sesiapa sahaja yang sudi membukanya.
Allah s.w.t berfirman (Surah Al-Anaam, 6: Ayat 19) bermaksud:
Bertanyalah (wahai Muhammad): Apakah sesuatu yang lebih besar
persaksiannya? (Bagi menjawabnya) katakanlah: Allah menjadi Saksi antaraku
dengan kamu, dan diwahikan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran
dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya
seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada
beberapa tuhan yang lain selain Allah? Katakanlah lagi: Hanyasanya Dialah
sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah terlepas diri dari apa
yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza wa jalla).
Ciri kemukjizatan Al-Quran ada di dalam ilmu yang dibawanya. Allah s.w.t. berfirman:
(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan Allah
kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran
Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan
ilmuNya, dan malaikat juga turut menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi
(akan kebenaran Al-Quran ini). (Al-Quran Surah An-Nisaa, 4: Ayat 166).
Berhubung dengan itu, para ahli sains dan para pakar ilmu- professor dari banyak
universiti-universiti- telah berkesempatan mengkaji ilmu-ilmu yang dibentangkan AlQuran itu. Dewasa ini, para ahli sains telah cemerlang dalam kajian mengenai
angkasaraya, walaupun Al-Quran telah pun membincangkan persoalan angkasaraya
dan manusia sejak dahulu lagi. Jadi, apakah hasilnya?
Kami perkenalkan Profesor Emeritus Keith Moore, salah seorang saintis terkenal di
bidang kajian tubuh manusia (anatomy) dan kajian embrio (embryology). Kami
meminta Profesor Moore membentangkan analisa saintifiknya mengenai beberapa ayatayat Al-Quran dan Hadis-hadis terutama yang berkaitan dengan bidang kepakaran
beliau.
Profesor Moore ialah penulis buku bertajuk The Developing Human (Makna: Manusia
Yang Sentiasa Berkembang). Beliau ialah seorang Profesor Emeritus di bidang kajian
tubuh manusia dan biologi sel (Anatomy and Cell Biology) di Univeristy of Toronto,
Kanada. Disitu, dia juga pernah berkhidmat sebagai Dekan Madya di Jabatan Sains
Asas, Fakulti Perubatan dan pernah menjadi Pengerusi di Jabatan Kajian Tubuhmanusia untuk 8 tahun. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di University of
Winnipeg, Kanada selama 11 tahun. Beliau pernah mengetuai banyak persatuanpersatuan pakar-pakar kajian tubuh-manusia antarabangsa, terpilih untuk menganggotai
Persatuan Perubatan Diraja Kanada, Akademi Antarabangsa Cytology, Persekutuan

Pakar Tubuh-manusia Amerika, dan Persekutuan Pakar Tubuh-manusia Amerika Utara


dan Selatan. Pada tahun 1984, Profesor Moore telah menerima pingat paling dihormati
di bidang kajian tubuh-manusia di Kanada, iaitu pingat J.C.B Grant Award daripada
Persatuan Pakar Tubuh-manusia Kanada.
Beliau telah menulis banyak buku-buku berkenaan kajian tubuh-manusia klinikal dan
kajian embrio. Lapan daripadanya diguna-pakai di sekolah-sekolah perubatan dan telah
diterjemahkan kepada enam bahasa.
Apabila diminta memberikan analisa mengenai ayat-ayat Al-Quran dan Hadis, Profesor
Moore merasa takjub. Beliau tidak mengerti bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. yang
hidup 14 abad yang lalu, berupaya menerangkan mengenai embrio dan
perkembangannya dengan terperinci dan tepat sekali tentang fakta-fakta yang diketahui
ahli-ahli sains hanya sejak 30 tahun yang lalu. Perasaan takjubnya bertukar kepada
hormat kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis itu. Beliau memperkenalkan pula perkara
itu kepada para ahli ilmu dan ahli sains lain. Malahan beliau telah memberikan satu
ceramah khusus mengenai keserasian di antara kajian embrio moden dan Al-Quran dan
Hadis dimana beliau berkata:
Saya merasa amat sukacita kerana diberi peluang membantu menerangkan ayat-ayat
Al-Quran berkenaan pembentukan manusia. Bagi saya ianya suatu yang amat nyata
bahwa ayat-ayat ini telah diwahyukan kepada Muhammad (sallallahu'alaihiwassalampent) oleh Allah, atau Tuhan, kerana kebanyakan dari fakta-fakta ini tidak ditemui
melainkan selepas beberapa kurun selepas itu (selepas riwayat hidup Rasulullah s.a.w.pen). Ini membuktikan kepada saya bahawa Muhammad ialah seorang Rasul Allah.
Tengoklah apa pakar kajian embrio terkenal itu telah katakan selepas mengkaji ayatayat Al-Quran yang berkaitan bidang kepakarannya, dan tengoklah kesimpulan beliau
bahawa Nabi Muhammad s.a.w. ialah seorang Rasul utusan Allah s.w.t..
Allah berfirman (Surah Al-Muminun, 23: Ayat 12-14) bermaksud:
Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari
tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada tempat penetapan
yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku;
lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami
ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang
itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi
makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian
Allah sebaik-baik Pencipta.
Perkataan Arab alaqah mempunyai tiga makna. Yang pertama ialah lintah. Yang kedua
ialah sesuatu yang tergantung. Yang ketiga ialah seketul darah beku.
Bila membandingkan di antara lintah (air-tawar) dengan embrio ketika peringkat alagah,
Professor Moore mendapati satu persamaan yang tepat diantara kedua-duanya. Beliau
membuat kesimpulan bahawa embrio di peringkat alaqah berbentuk sama dengan
bentuk lintah. Profesor Moore meletakkan gambar embrio berdekatan dengan gambar
lintah (Lihat gambarajah 3.1). Beliau membentangkan gambar-gambar ini kepada ahliahli sains apabila di dalam pertemuan-pertemuan.

Gambarajah 3.1
Makna kedua perkataan alaqah ialah sesuatu yang tergantung, dan inilah yang boleh
kita saksikan- iaitu embrio memang tergantung di rahim ibunya (uterus or womb) ketika
peringkat alaqah. Makna ketiga perkataan alaqah ialah seketul daging yang beku.
Profesor Moore menerangkan ketika peringkat alaqah, embrio melalui beberapa
kejadian. Contohnya pembentukan darah di dalam satu tempat tertutup (closd vessel)
sehinggalah pusingan metabolik telah sempurna melalui placenta. Ketika peringkat
alaqah, darah terpencil di dalam satu tempat yang tertutup. Justeru, embrio berbentuk
seperti seketul darah beku disamping seperti lintah. Kedua-dua bentuk itu dinyatakan
oleh satu perkataan Al-Quran berbunyi alaqah.
Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. berupaya mengetahui kesemua itu? Profesor Moore
juga mengkaji embrio ketika peringkat mudghah (sesuatu yang dimamah). Beliau
megambil secebis clay dan memamahnya. Kemudian beliau membandingkannya
dengan gambar embrio ketika peringkat mudghah. Profesor Keith Moore
berkesimpulan bahawa embrio di peringkat mudghah berbentuk seperti sesuatu yang
dimamah. Beberapa penerbitan Kanada telah menyiarkan kenyataan Profesor Moore.
Selain itu, beliau juga mempersembahkan tiga program televisyen dimana beliau
membicarakan keserasian di antara sains moden dan ayat-ayat Al-Quran yang telah
diturunkan 1400 tahun dahulu.
Kemudiannya beliau ditanya satu soalan: Adakah ini bermakna anda percaya Al-Quran
ialah wahyu Allah?.
Beliau menjawab: Tidak sukar untuk saya mempercayainya.
Beliau juga ditanya: Bagaimana anda boleh mempercayai kerasulan Muhammad
sedangkan pada masa yang sama anda mepercayai Isa?.
Beliau menjawab: Saya yakin mereka berdua datang dari sumber yang sama.

Justeru ahli sains moden seluruh dunia hari ini boleh mengetahui bahwa Al-Quran ialah
wahyu Allah s.w.t. Itulah yang Allah s.w.t. firmankan di dalam Al-Quran (Surah 4:166)
bermaksud;
. . . Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah
diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya . . . . (Al-Quran
Surah An-Nisaa, 4: Ayat 166). * Terjemahan penuh- sila lihat di atas.
Oleh itu, tidak sukar untuk ahli-ahli sains moden menerima hakikat bahwa Nabi
Muhammad s.a.w. ialah seorang rasul Allah s.a.w.

PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA (B)


Buku The Developing Human (Makna: Manusia Yang Berkembang-pent.) ditulis oleh
Profesor Keith Moore telah diterjemahkan ke lapan bahasa. Buku ini dianggap sebagai
satu rujukan saintifik dan dipilih oleh satu jawatankuasa khas di Amerika Utara sebagai
buku terbaik yang ditulis seorang penulis. Kami bertemu dengan penulisnya dan
membentangkan kepadanya beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang berkaitan
dengan bidang kepakaraannya dalam kajian embrio.
Profesor Moore yakin dengan bukti-bukti yang kami tunjukkan. Justeru, kami
tanyakannya soalan berikut: Tuan menyatakan di dalam buku tuan bahawa ketika
Zaman Pertengahan (Middle Ages) tiada perkembangan di dalam pengkajian sains
embrio dan hanya sedikit ilmu tentangnya ujud ketika itu. Pada masa itulah Al-Quran
diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda s.a.w. memimpin manusia
berdasarkan apa yang Allah s.w.t wahyukan kepadanya. Terdapat di dalam Al-Quran
penerangan terperinci mengenai penciptaan manusia dan peringkat-peringkat
perkembangan manusia. Tuan seorang ahli sains yang terkenal di seluruh dunia. Jadi
mengapa tuan tidak berlaku adil dan menyatakan kebenaran ini di dalam buku tuan?

Beliau menjawab: Anda ada buktinya dan saya tiada. Jadi, mengapa anda tidak
mebentangkan bukti-bukti itu kepada kami?
Kami bentangkan kepadanya fakta-fakta (dari Al-Quran dan Hadis) itu dan Profesor
Moore terbukti sebagai seorang ahli ilmu yang hebat. Di dalam edisi ketiga bukunya,
beliau membuat beberapa perubahan. Buku ini telah diterjemahkan ke lapan bahasa,
termasuklah Bahasa Rusia, Cina, Jepun, Jerman, Itali, Pertugis, dan Yoguslavia. Buku
ini telah diedarkan keseluruh dunia dan dibaca oleh kebanyakan ahli-ahli sains
terkemuka dunia.
Profesor Moore menulis di dalam bukunya mengenai Zaman Pertengahan:
Perkembangan sains amat perlahan ketika Zaman Pertengahan, dan ada beberapa
kajian penting mengenai embrio dibuat di zaman itu yang kita ketahui. Ada disebut di
dalam Al-Quran, kitab suci orang Islam, bahawa manusia terbentuk hasil dari
percantuman antara air benih lelaki dan wanita. Beberapa ayat memperkatakan tentang
penciptaan manusia dari setitik air mani, dan ada juga ayat yang menyatakan bahawa
makhluk yang tehasil dari percantuman itu akan hidup seperti benih di dalam tubuh
wanita enam hari selepas kemudian. (Blastocyst manusia mula hidup selepas 6 hari
percantuman antara benih lelaki dan telur wanita. Rujuk Gambarajah 4.1)

Gambarajah 4.1
Al-Quran juga menyebut bahawa air mani bertukar menjadi seketul darah beku.
(Blastocyst yang hidup atau yang keguguran berbentuk seperti darah beku). Selain dari
itu, menurut Al-Quran embrio juga dinyatakan berbentuk seperti lintah. Embrio
sememangnya berbentuk seperti seekor lintah. Embrio juga disamakan bentuknya
dengan sesuatu yang dimamah- seperti gum atau kayu. (Somites memang nampak
seolah-olah sesuatu yang ada kesan gigi akibat dimamah- Tengok gambarajah 4.2).

Gambarajah 4.2
Embrio yang sedang membesar disifatkan sebagai manusia ketika berumur 40 hingga
42 hari. Ketika itu embrio manusia tidak lagi berbentuk seperti embrio binatang. (Rujuk
Gambarajah 4.3) (Embrio manusia mula mempunyai ciri-ciri kemanusiaan pada
peringkat ini). Al-Quran juga menyatakan bahawa embrio membesar di dalam tiga
keadaan atau dinding yang gelap. Ini mungkin merujuk kepada (1) dinding perut ibu (2)
dinding uterine, dan (3) amniochorionic membrane (rujuk Gambarajah 4.4.). Ruangan
yang terhad tidak membenarkan perbincangan lanjut mengenai banyak lagi ayat-ayat AlQuran yang memperkatakan tentang perkembangan bayi di dalam kandungan.

Gambarajah 4.3
Itulah kenyataan Dr. Moore di dalam bukunya yang telahpun didearkan ke seluruh dunia,
segala puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t.. Penemuan sains telah menyebabkan
Profesor Moore merasa bertanggungjawab untuk menulis perkara-perkara tersebut di
dalam bukunya. Beliau kemudiannya berkesimpulan bahawa pengkelasan moden
mengenai peringkat-peringkat perkembangan embrio, yang dipakai di seluruh dunia,
susah untuk digunakan dan tidak lengkap. Ia tidak menyumbang kearah usaha
memahami peringkat-peringkat perkembangan embrio kerana ianya dikelaskan
berdasarkan nombor, iaitu peringkat 1, 2, 3, dan seterusnya. Pengkelasan yang AlQuran nyatakan pula tidak bergantung kepada system nombor. Sebaliknya ianya
berdasarkan kepada keadaan embrio yang senang dicamkan atau bentuk embrio ketika
itu.
Al-Quran mengenalpasti peringkat-peringkat perkembangan kandungan seperti
berikut: Nutfah yang bermakna satu titisan atau sedikit jumlah air; alaqah
yang bermaksud satu makhluk yang berbentuk seperti lintah; mudghah yang
bermakna sesuatu yang kelihatan seperti dimamah; idhaam yang bermakna
tulang atau skeleton; kisaa ul idham bil-laham yang bermakna pembungkusan
tulang dengan daging atau otot, dan al-nasha yang bermakna pembentukan
janin yang boleh dicamkan. Profesor Mooree menyedari bahawa pengkelasan
oleh Al-Quran ini berdasarkan kepada peringkat-peringkat kandungan bayi yang
berbeza. Beliau mengakui bahawa cara pengkelasan ini memberikan satu
pengenalan saintifk yang canggih dan ianya lengkap dan senang digunakan.
Di dalam satu persidangan yang dihadirinya, Profesor Moore berkata begini:
Embrio berkembang di dalam rahim ibu atau uterus dengan dilindungi oleh tiga lapisan
pelindung seperti yang ditunjukkan di dalam slide yang berikutnya [Slide tidak
ditunjukkan-pent] (A) ialah dinding perut anterior (B) dinding uterine dan (C)
amniochorionic membrane (Rujuk Gambarajah 4.5) Perubahan proses yang berterusan
menyebabkan pemeringkatan embrio manusia amat kompleks. Justeru, dicadangkan

satu sistem pengkelasan yang baru diperkenalkan dengan menggunakan perkataanperkataan yang digunakan di dalam Al-Quran dan Hadis. Sistem yang dicadangkan ini
amat mudah, menyeluruh, dan menepati fakta-fakta terkini mengenai kajian embrio.

Gambarajah 4.4
Kajian mendalam mengenai Al-Quran dan Hadis sejak empat tahun yang lalu telah
memberitahu kita tentang satu sistem untuk mengkelaskan embrio manusia yang amat
menakjubkan disebabkan ianya dicatatkan pada abad ke-7 Masehi. Walaupun Aristotle,
pengasas kajian sains embrio, menyedari tentang embrio ayam yang berkembang
berperingkat-peringkat melalui kajiannya terhadap telur ayam pada abad ke-4 SebelumMasehi, dia tidak mencatatkan dengan terperinci mengenai peringkat-peringkat
perkembangan itu. Justeru, tidak munasabah untuk dikatakan huraian Al-Quran
mengenai embrio manusia berdasarkan kajian sains ketika abad ke-7 itu. Apa yang
munasabah hanyalah hakikat bahawa penerangan itu diwahyukan kepada sendiri oleh
Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda tidak mungkin tahu mengenai
fakta-fakta itu kerana baginda seorang yang tidak tahu membaca dan tidak pernah
mengikuti sebarang kursus berkaitan sains.
Kami memberitahu Dr. Moore, Apa yang tuan kata itu benar, tetapi ia masih pincang
berbanding banyak lagi ayat-ayat berkaitan kajian embrio dari Al-Quran dan Hadis yang
telah kami bentangkan kepada tuan itu. Jadi, mengapa tuan tidak berlaku adil dan
bentangkan keseluruhan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang membincangkan bidang
kepakaran tuan itu?.
Profesor Moore menegaskan beliau telah pun memasukkan rujukan yang sesuai di
dalam buku saintifik yang khusus. Walaubagaimanapun, beliau mengajak kami
menambah di dalam bukunya mana-mana ayat Al-Quran dan Hadis yang berkenaan,

dan menerangkan tentang aspek keajaiban ayat-ayat itu. Kami lakukan yang demikian
dan kemudiannya Profesor Moore menulis mukadimah kepada tambahan bercorak
Islamik ini dan hasilnya seperti yang anda saksikan sekarang. Di setiap mukasurat yang
mengandungi fakta mengenai kajian sains embrio, kami catatkan juga ayat-ayat AlQuran dan hadis yang berkaitan. Apa yang kita saksikan hari ini ialah Islam sedang
mara ke dunia baru di dalam satu kelompok manusia yang adil dan berfikran terbuka.

Gambarajah 4.5

PERINGKAT PERKEMBANGAN JANIN MANUSIA


Kami perkenalkan kepada anda Dr. G.C. Georinger, Pengarah Kursus dan Profesor
Madya dalam Kajian Embrio Perubatan di Jabatan Sains-hayat Sel, Fakulti Perubatan,
Georgetown University, Washington, D.C.. Kami bertemu
dengannya dan bertanya jika dalam sejarah kajian
embrio ada disebut mengenai peringkat-peringkat
perkembangan embrio dan jika ada apa-apa buku
mengenai kajian embrio pada zaman Nabi Muhammad
(sallahu alaihi wa sallam); atau jika ada dibincangkan
tentang perkara itu di kurun selepas baginda; atau jika
pengkelasan peringkat-peringkat yang berbeza itu hanya
diketahui pada pertengahan kurun ke-9.
Beliau berkata orang-orang Greek purba memang
memberi perhatian kepada kajian embrio dan ramai
daripada mereka yang telah cuba menerangkan apa
yang terjadi kepada janin dan bagaimana ia berkembang
dan membesar. Kami bersetuju dengannya bahawa
Aristotle, salah satu daripada yang lain-lain, cuba

mengemukakan teori-teori mengenai kajian embrio, tetapi adakah disebut mengenai


peringkat-peringkat perkembangan embrio itu?
Kami memang tahu bahawa pengetahuan mengenai peringkat-peringkat perkembangan
embrio ini hanya diketahui pada pertengahan kurun ke-9 dan tidak pernah terbukti
kesahihannha hinggalah pada permulaan kurun ke-20. Selepas perbincangan yang
panjang, Profesor Georinger bersetuju bahawa tidak tercatat dimana-mana pun
mengenai peringkat-peringkat berkenaan. Justeru, kami bertanya beliau jika ada
panggilan khusus kepada peringkat-peringkat itu sebagaimana yang boleh ditemui di
dalam Al-Quran. Beliau menjawab tiada. Kami bertanya lagi: Apa pendapat tuan
mengenai nama-nama yang Al-Quran gunakan untuk menerangkan tentang peringkatperingkat perkembangan yang dilalui janin? Selepas perbincangan yang agak panjang,
beliau bentangkan tentang satu kaji-selidik di Persidangan Perubatan Saudi ke-8. Dari
kaji-selidik itu, beliau memberitahu tentang kejahilan manusia tentang peringkatperingkat yang disebut Al-Quran itu. Beliau juga membincangkan betapa lengkap dan
tepatnya nama-nama yag digunakan Al-Quran untuk menerangkan tentang
perkembangan janin sekailigus memberikan gambaran yang lebih jelas. Mari kita dengar
bagaimana pendapat Profesor Georinger:
Dalam hanya beberapa Aayah (ayat-ayat Al-Quran) terdapat satu keterangan yang amat
lengkap terntang perkembangan manusia (janin) mulai dari ketika percantuman
gametes hinggalah peringkat organonenesis. Tidak pernah ditemui satu rekod
selengkap itu mengenai perkembangan manusia (janin), seperti pengkelasan,
penamaan, dan penerangan mengenainya. Jika tidak kesemuanya pun, kebanyakan
daripada penerangan itu mendahului (bebrapa kurun) rekod-rekod saintifik mengenai
perkembangan embrio manusia dan janin yang boleh ditemui dalam kajian sains biasa.
Perbincangan dengan Profesor Georinger mendorong kami untuk berbual mengenai
satu fakta yang baharu sahaja ditemui dan boleh menamatkan apa-apa kontroversi.
Walaupun kelahiran-tanpa-bapa Nabi Isa alaihissalam ialah satu kepercayaan Kristian,
ramai dari orang-orang Kristian yang tidak bersetuju dan menegaskan bahawa Nabi Isa
mesti berbapa kerana kelahiran-tanpa-bapa suatu yang tidak logic dari sudut sains.
Mereka berhujah sedemikian,. Mungkin mereka tidak sedar boleh berlaku penciptaan
manusia tanpa bapa. Allah subhanahu wata ala berfirman bermaksud:
Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama
seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptanya dari tanah lalu berfirman
kepadanya: Jadilah engkau! maka menjadilah ia. (Surau A-Li-Imraan, 3: Ayat
59).
Terdapat tiga jenis penciptaan manusia (yang luarbiasa-pent):
1.Nabi Adam, yang diciptakan tanpa ibu dan tanpa bapa
2.Hawa, yang diciptakan tanpa ibu
3.Nabi Isa, yang diciptakan tanpa bapa.
Justeru, Dia yang berkuasa mencipta Nabi Adam alaihissalam tanpa bapa mahupun ibu
sudah tentu berkuasa pula menicpta Nabi Isa alaihissalam tanpa bapa. Walaupun
dengan bukti sedemikian, orang-orang Kristian masih terus bertelagah walaupun Allah

subhanahu wata ala telah menunjukkan pelbagai bukti. Bila ditanya megapa mereka
masih meneruskan kontroversi itu, mereka menegaskan bahawa mereka tidak pernah
melihat seseorang yang dicipta tanpa bapa dan tanpa ibu. Bersalahan dengan pendapat
itu, sains moden telah membuktikan banyak binatang dan kehidupan lain yang dilahirkan
dan membiak tanpa adanya pihak jantan (bapa) di dalam kelompok mereka.
Contohnya, lebah jantan lahir daripada telur yang tidak disenyawakan oleh pihak jantan.
Sedangkan telur yang disenyawakan oleh lebah jantan pula akan lahir sebagai lebah
betina. Maknanya lebah jantan dilahirkan daripada telur lebah permaisuri tanpa
disenyawakan oleh lebah jantan. Hari ini, kita mempunyai peralatan sains untuk
mensenyawakan telur (dari pihak betina) beberapa mahkluk supaya telur itu
berkembang tanpa persenyawaan dari pihak jantan.
Mari kita baca kenyataan Profesor Goeringer:
Dalam satu pendekatan yang lain, telur yang tidak disenyawakan dalam beberapa
species amfibia dan mamalia bawahan boleh diperkembangkan dengan cara mekanik
(seperti dengan menggunakan jarum), cara fizikal (seperi kejutan suhu) atau cara kimia
dengan menggunakan beberapa bahan kimia, dan boleh berkembang kepada peringkatperingkat perkembangannya. Dalam beberapa spesis kehidupan, cara pembiakan
sebegini (parthenogenetic) merupakan satu perkara biasa.
Allah subhanahu wata ala telah memberikan jawapan yang pasti dan menggunakan
Nabi Adam alaihissalam, nabi yang juga diimani Kristian, sebagai satu contoh seorang
manusia yang tiada bapa mahupun ibu. Orang-orang Kristian menanggap satu perkara
yang tidak lojik jika manusia boleh dilahirkan tanpa bapa. Justeru, Allah subhanahu
wataala telah menunjukkan kepada mereka satu perbandingan dengan seorang
manusia tanpa ibu dan tanpa ibu, iaitu Nabi Adam alaihissalam. Al-Quran menyebut
(Surau A-Li-Imraan, 3: Ayat 59) yang bermaksud:
Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama
seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptanya dari tanah lalu berfirman
kepadanya: Jadilah engkau! maka menjadilah ia.
Allah subhanahu wata ala telah mentakdirkan akan berlakunya perkembangan dan
penemuan-penemuan sains yang pesat yang akan menunjukkan bukti demi bukti
kebenaran ayat-ayat Al-Quran. Inilah caranya Al-Quran dipernyatakan kepada manusia
sepanjang masa. Ayat-ayatnya diketahui oleh ahli-ahli ilmu dan ahli-ahli sains terkemuka
Islam kini dan akan dating. Sains tidak akan dapat menandingi keluarbisaan Al-Quran.
Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin,
bahawa keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu
(mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta memimpin ke jalan
Allah Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Terpuji (Maksud al-Quran Surah Saba, 34:
Ayat 6)
Allah Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Agung berfirman (Surah Saad, 38: Ayat 88)
bermaksud:
Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kebenaran perkara-perkara
yang diterangkannya, tidak lama lagi.

FirmanNya lagi (Surah Fussilat, 41: ayat 53) bermaksud:


Dan akan diperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di meratarata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri,
sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah
ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa
Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

Gambarajah 5.1 Telur (Ovum)

Gambarajah 5.2 Benih Lelaki (Air Mani)

Gambarajah 5.3 Zaigot (Hasil percantuman 2 benih di atas)

KETERANGAN
AL-QURAN
RUPABENTUK JANIN
(LUARAN DAN DALAMAN)

MENGENAI

Kami perkenalkan kepada anda Dr. Marshall Johnson, Profesor Emeritus di bahagian
Kajian Tubuh-manusia (Anatomy) dan Kajihayat Perkembangan Manusia di Thomas
Jefferson University Philadelphia, Pennsylvania, U.S.A.. Beliau bertugas di situ sejak 22
tahun yang lalu sebagai Profesor bahagian Kajian Tubuh-manusia, Pengerusi Jabatan
Kajian Tubuh-manusia, dan Pengarah Institut Daniel Baugh.
Beliau juga ialah Presiden Persatuan Teratology. Beliau telah menulis 200 buah buku.
Kami bertemu dengan Profesor Johnson buat pertama kali di Persidangan Perubatan
Saudi ke-7 dimana satu jawatankuasa khas telah dibentuk untuk mengkaji bukti-bukti
saintifik yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis.
Ketika kami dan jawatankuasa tersebut bertemu beliau, Profesor Johnson bertanya
tentang peranan jawatankuasa ini. Kami menjelaskan bahawa tujuan kajian kami ialah
mencari hubungan di antara fakta-fakta sains moden dan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis.
Beliau bertanya: Contohnya? Kami memberitahu beliau: Contohnya, sains moden
telah memberitahu kita bahawa perkembangan manusian di dalam kandungan melalui
beberapa peringkat. Sedangkan Al-Quran telah menyatakan perkara yang sama sejak
1400 tahun yang lalu.
Profesor Johnson nampak pelik dengan penerangan kami lalu berkata:
Tak mungkin , tak mungkin, tak mungkin! Apa yang anda cakapkan ni?
Kami memahami reaksi beliau itu. Kami tahu beliau merupakan seorang ahli sains
terkemuka di Amerika Syarikat. Beliau sememangnya tahu bahawa selepas penciptaan
mikroskop di kurun ke-16, para doktor kurun ke-17 mempercayai bahawa manusia
terbentuk semata-mata daripada air mani lelaki sahaja, khasnya sperma lelaki. Teori ini
dipakai oleh ahli-ahli sains kurun ke-17 dan sebahagian daripada kurun ke-18 untuk
menegakkan kepercayaan mereka bahawa manusia terbentuk semata-mata daripada
sperma lelaki sahaja. Tetapi, apabila di kurun ke-18b penemuan sains menunjukkan
telur wanita (ovum ) jauh lebih besar daripada sperma, mereka terus melupakan
peranan lelaki (dalam pembentukan manusia) sebagaimana mereka melupakan
peranan wanita di kurun ke-17.
Penemuan fakta bahawa perkembangan embrio manusia melalui beberapa peringkat
hanya ditemui di pertengahan kurun ke-19. Oleh sebab itulah, apabila Profesor Johnson
diberitahu bahawa fakta ini telahpun ada di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu,
beliau terus bangun dan berteriak: Tak mungkin, tak mungkin!. Justeru kami
hulurkannya senaskah Al-Quran dan kami tunjjukan beliau ayat-ayat ini yang tekahpun
diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris:
Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan
kekuasaanNya), Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan
kejadian yang berperingkat-peringkat? (Maksud Al-Quran Surah Nuh, 71: Ayat 1314)
Kemudian kami tunjukkan kepadanya ayat ini (maksud):
. . . Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat)
dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita . . .
(Maksud Al-Quran Surah Az-Zumar, 39: Ayat 6- untuk makna penuh, sila lihat
dibawah)

Pada keseluruhannya kami bentangkan kepadanya 25 ayat. Kemudian kami bertanya:


Mungkinkah ayat-ayat ini dinyatrakan secara kebetulan? Lebih-lebih lagi Al-Quran
telah menamakan setiap peringkat itu; pertama ialah nutfah, atau setitik air; yang kedua
ialah alaqah, sesuatu yang menyerupai lintah; yang ketiga ialah mudghah, atau
sesuatu seperti dimamah; dan keempat ialah peringkat tulang, dan pembungkusan
tulang dengan daging. Justeru, adakah ini semua kebetulan sahaja?
Beliau menjawab dengan tegas: Tidak.
Kemudiannya kami bertanya beliau: Jadi, apa lagi kesimpulan lain?.
Jawab beliau: Kemungkinan yang lain ialah Muhammad (sallallahualaihiwasallam-pent)
mempunyai sebuah mikroskop yang berkuasa tinggi.
Kami berkata: Tuan tahu bahawa pengetahuan yang amat khusus dan terperinci yang
terdapat di dalam Al-Quran ini hanya boleh ditemui dengan menggunakan mikroskop
berkuasa tinggi. Dan sesiapa yang ada teleskop sedemikian mesti juga ada teknoloji
tinggi yang sepatutnya terserlah dalam cara kehidupan hariannya, rumahnya,
makanannya, kawalan dan pengurusan peperangannya dan seruan damainya, dan lainlain. Dan tuan juga tahu perkembangan teknoloji ialah satu proses yang bertalian dari
satu generasi ke generasi.
Profesor Johnson ketawa sambil berkata: Sebetulnya saya pernah lihat mikroskop
pertama yang dicipta. Ia hanya dapat membesarkan hanya setakat sepuluh kali ganda
sahaja dan gambarnya juga tidak begitu jelas..
Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam tidak pernah memiliki peralatan sains
mahupun mikroskop. Kesimpulan yang masuk akal hanyalah hakikat bahawa baginda
sallahualaihiwasallam ialah seorang rasul Allah subhanahuwataala. Selepas daripada
perbincangan itu, Profesor Johnson menunjukkan minat untuk mempelajari bukti-bukti
sains di dalam Al-Quran dengan menumpukan kepada penyelidikan beliau dalam
peringkat-peringkat perkembangan embrio. Jika Dr. Moore dan saintis-saintis lain
membincangkan tentang bentuk luaran janin, Profesor Johnson menumpukan
syarahannya mengenai huraian terperinci Al-Quran perihal bentuk luaran dan dalaman
janin.

Profesor Johnson: Ringkasnya, Al-Quran menerangkan bukan sahaja perkembangan


luaran janin, malahan juga peringkat-peringkat perkembangan dalam janin,
pembentukan dan perkembangannya, menekankan peristiwa penting yang dibincangkan
oleh sains terkini.

Gambarajah 6.1 'Mudghah'


Contohnya, gambarajah mudghah seperti sesuatu yang dimamah(Gambarajah 6.1),
ialah satu daripada bukti yang Profesor Johnson gunakan.
Gambarajah mudghah menunjukkan bentuk luaran embrio dengan strukturnya yang
melengkung, dan dengan bentuk yang menyerupai bekas-bekas gigitan gigi. kita
nampak permukaan yang tidak rata yang memberikan bentuk yang sudah boleh
dicamkan walaupun pada masa ini ianya hanya satu sentimeter panjang.
Jika kita membelah embrio itu dan ambil organ dalamnya, kita akan dapati kebanyakan
daripada organ-organnya sudahpun terbentuk sebagaimana yang dapat kita perhatikan
di sini. Daripada gambarajah itu, didapati sebahagian daripada sel-sel juga sudahpun
dibentuk, sementara sebahagian yang lain belum lagi.
Jadi, bagaimana kita boleh terangkan mengenai embrio? Apa yang patut kita
perkatakan? Bolehkah kita anggap ia sebagai makhluk yang sudah pun lengkap?
Maknanya kita memperkatakan tentang suatu makhluk yang sudah siap dibentuk, dan
jika kita anggap ianya suatu makhluk yang belum lengkap, maknanya kita
membincangkan tentang makhluk yang belum lagi dibentuk, persoalannya: Adakah
embrio suatu makhluk lengkap atau belum lengkap? Tiada huraian yang lebih baik
mengenai peringkat perkembangan embrio ini selain daripada ayat Al-Quran yang
bermaksud:
. . . . mudghah (sesuatu yang seperti dimamah) seketul daging yang
disempurnakan dan yang tidak disempurnakan . . . (Maksud Al-Quran, Surah AlHajj: Ayat 5) Sila lihat dibawah untuk makna keseluruhan ayat ini.
Inilah kesimpulan Profesor Marshall Johnson mengenai kajiannya:
Sebagai seorang ahi sains, saya hanya mengambil kira sesuaru yang saya boleh
nampak. Saya memahami ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan kepada saya.
Sebagaimana contoh yang saya berikan sebnelum ini, jika saya bayangkan saya hidup
di zaman itu (zaman nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam-pent), saya tidak akan
berupaya untuk menerangkan apa yang telah diterangkan (oleh Al-Quran-pent). Saya

tiada apa-apa alasan untuk menafikan bahawa Muhammad (sallallahualaihiwasallampent) telah memperolehi maklumat ini daripada sesuatu sumber. Saya tidak alasan
untuk menafikan bahawa terdapat satu camputangan kuasa Tuhan di dalam apa yang
dia (sallallahualaihiwasallam-pent) telah tuliskan. (Nota- sebenarnya Nabi Muhammad
sallallahualahiwasallam tidak menulis Al-Quran kerana baginda seorang yang tidak tahu
menulis. Sebaliknya ia disalin oleh sahabat-sahabat baginda sallallahualaihiwasalllam
selepas baginda mendapat wahyu-pent)
Benar, Al-Quran ialah Wahyu Illahi. Pilihan yang ada untuk seluruh manusia ialah untuk
menurut tauladan yang telah ditunjukkan oleh ahli-ahli sains terkemuka ini yang telah
pun mengaku Allah subhanahuwataala telah mewahyukan kepada nabi Muhammad
sallallahualaihiwasallam, satu kitab yang dipenuhi oleh Ilmu-Ilmu Allah
subhanahuwataala. Allah subhanahuwataala juga telah berjanji bahawa manusia akan
menemui tanda-tanda kekuaasaannya yang akan membuktikan bahwa Al-Quran itu
ialah kitab yang diwahyukan oleh Allah subhanahu wataala.
Allah Yang Maha Kuasa Lagi Maha teerpuji berfirman (Surah 38: Ayat 88) bermaksud:
Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kebenaran perkara-perkara
yang diterangkannya, tidak lama lagi.
Allah subhanahuwataala juga berfirman bermaksud:
Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannuya (yang
membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya. (Al-Quran
Surah Al-Anam, 6: Ayat 67).
FirmanNya lagi:
Dan akan diperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di meratarata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri,
sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah
ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa
Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Al-Quran, 41: 53)

Gambarajah 6.2

PENYAKIT BARU AKIBAT MAKSIAT

Profesor T.V.N. Persaud: Saya tiada masalah untuk menerima hakikat bahawa ini ialah
satu ilham dari Tuhan atau wahyu yang membuatkan dia (baginda
sallallahualaihiwasallam- pent) menyatakan sesuatu.
Kami perkenalkan kepada anda Dr. T.V.N. Persuad, Profesor Kajian Tubuh-manusia,
Profesor Kesihatan Kanak-kanak, dan Profesor bahagian Obstetrics, Gynecology, and
Reproductive Science (Kajian sakit-puan dan sains pembiakan) di University of
Manitoba, Winnipeg, Manitoba, Kanada. Di institusi itu beliau memegang jawatan
sebagai Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh-manusia sejak 16 tahun yang lalu. Profesor
Keith Moore yang telah memperkenalkannya kepada kami kerana dia percaya ada ahliahli sains yang berfikiran terbuka dan sedang mencari kebenaran. Profesor Persaud
ialah salah seorang dari mereka. Beliau amat terkenal di bidangnya dan sudah menulis
atau menyunting 22 buah buku teks dan telah menulis lebih daripada 181 penulisan
saintifik. Pada tahun 1991, beliau telah menerima anugerah J.C.B. Award daripada
Persatuan Pengkaji Tubuh-manusia (Anatomist) Kanada. Di dalam buku-bukunya,
beliau telah memasukkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang beliau telah bincangkan di
beberapa persidangan. Berikut ialah salah satu daripada Hadis yang dikaji beliau:
Selepas 42 malam daripada (nutfah-air mani), Allah menghantar malaikatnya
yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang. Kemudian
malaikat akan bertanya, Ya Allah, adakah ia lelaki atau perempuan? dan Allah
akan menentukan jantinanya sebagaimana yang Dia kehendaki (Sahih MuslimKitab Al-Qadar).
Gambarajah ini menunjukkan janin ketika berumur 35 hari (Tidak ditunjukkan- peng),
yang tidak menyerupai manusia. Gambarajah seterusnya menunjukkan janin yang sama
ketika 42 hari. Setakat ini, kata Dr. Persaud, kita tidak dapat camkan bentuk manusia.
Kita boleh lihat gambarajah ini, diambil dengan menggunakan CIBA, menunjukkan janin
di hari ke-42 (Rujuk gambarajah 7.1). Seminggu kemudian, ketika minggu ke-7, sejurus
selepas 42 hari, bentuknya bertukar secara mendadak seperti yang dapat kita lihat
(rujuk gambarajah 7.2). Hadis Nabi sallallahualaihiwasallam berbunyi (maksud):
Selepas 42 malam daripada (nutfah-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang
akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang . . .

Gambarajah 7.1: Janin Umur 1 minggu

Gambarajah 7.2: Perkembangan muka manusia (hari).


Dr. Persaud telah memberikan banyak ceramah mengenai kaitan di antara Al-Quran dan
Hadis dengan sains moden. Berikut ialah satu lagi Hadis yang telah dikaji oleh Profesor
Persaud dan beliau telah menjadikannya sebagai satu daripada bahan ceramahnya:
Jika amalan-amalan lucah berlaku di kalangan manusia dan kemudiannya
menjadi satu amalan biasa dan terbuka, wabak dan penyakit-penyakit baru yang
tidak pernah ada sebelum ini akan merebak di kalangan mereka (Ibn. Maajah, AlHakim)
Mari kita dengar huraian Profesor Persaud mengenai Hadis ini:
Memang diterima umum bahawa penyakit yang berlaku dalam uterus cervix (rahim)
berhubung-kait dengan umur wanita, kekerapan hubungan kelamin, dan bilangan
pasangan seksnya. Beberapa kajian mengenai wabak penyakit telah menunjukkan
hubung-kait yang nyata di antara bilangan pasangan seks dan berlakunya masalah
penyakit rahim cervical carcinoma. Akibat dan bahaya hubungan seks rambang dan
hubungan seks di luar tabii telah dinayatakan di dalam Hadis ini sejak 1400 tahun
dahulu. Perkataan amalan lucah ini mencakupi perzinaan, hubungan seks rambang,
dan saya diberitahu: hubungan sejenis, hubungan dengan binatang, dan lain-lain
hubungan seks diluar tabii, dan penyakit-peyakit seperti Herpes dan IADS ialah contohcontoh penyakit-penyakit baru yang tiada penawarnya.
Kini baru kita benar-benar faham apa yang dimaksudkan oleh Hadis tersebut kerana
hubungan sejenis, pelacuran dan amalan-amalan lucah telah berkembang dan menjadi
satu amalan yang dibenarkan di negara-negara barat. Hanya beberapa tahun selepas
revolusi seklah penyakit-peyakit yang dinyatakan Profesor Persaud merebak dan
sesetengah daripadanya, seperti AIDS, mendatangkan bahaya kesihatan yang teruk
dewasa ini. Sabda Nabi sallallahualaihiwasallam amat tepat sekali. AIDS (Rujuk
gambarajah 7.3) ialah satu contoh yang amat baik untuk mengambarkan penyakit yang

tidak ujud sebelum sebelum ini, tetapi telah timbul dan ramai manusia yang risau kalaukalau mereka telah dijangkiti virusnya.

Gambarajah 7.3: Virus HIV


Kepada Profesor Persaud, kami mengucapkan terimakasih diatas usaha beliau. Apabila
kami bertanya pendapat beliau mengenai satu fenomena yang beliau sendiri amat arif
mengenainya dan pernah mengkajinya, beliau berkata:
Bagi saya, Muhammad (sallallahu'alaihiwasallam-pent) ialah seorang manusia biasa.
Baginda tidak boleh membaca mahupun menulis. Malahan beliau seorang yang butahuruf. Kita bercakap mengenai zaman 1400 tahun yang lalu, dan terdapat seorang
manusia yang buta-huruf tetapi memperkatakan (sabda-pent) sesuatu yang amat
bertepatan dengan sains. Secara individu, saya tidak nampak ini satu kebetulan, kerana
terlalu banyak perkara yang tepat, dan seperti Dr. Moore, tidak sukar untuk saya
menerima bahawa ini (Hadis) ialah sesuatu yang diilhamkan Tuhan ataupun suatu
wahyu yang membuatkan baginda sallallahualaihiwasallam berkata (sabda-pent)
sedemikian..
Daripada ilmuNya, wahyu-wahyu itu telah Allah subhanahuwataala turunkan kepada
Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam. Allah subhanahuwataala berfirman
bermaksud (Surah An-Nisaa, 4: Ayat 166):
. . . tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah
diturunkanNya kepadamu, Allah menurunkannya dengan ilmuNya, . . . . (Makna
penuh: Sila lihat di bawah)
Kitab ini, Al-Quran, ialah satu Petunjuk, Bukti, satu Kebenaran yang terbukti dan akan
kekal dengan manusia hingga Hari Kiamat.
Makna Ayat Sepenuhnya....
(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan kepadamu
wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran
yang telah diturunkanNya kepadamu, Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan
malaikat juga menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran
Al-Quran ini) (Maksud Al-Quran Surah An-Nisaa, 4: Ayat 166).

KEUPAYAAN KULIT: DERIA RASA

.
Dr. Tagata Tejasen: Laa Ilaaha Illallah Muhammad
Rasool Allah!
Orang ini sedang melafazkan kalimah syahadah,
sekaligus mengesahkan bahawa dia seorang
Muslim. Perkara ini berlaku ketika Persidangan
Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh.
Orang yang dimaksudkan ialah Profesor Tejatat
Tejasen, Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh-manusia
(Anatomy) di Universiti Chiang Mai, Thailand.
Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai
Dekan Fakulti Perubatan di universiti yang sama.
Kami bentangkan kepada Profesor Tejasen
beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang ada kaitan dengan fakta-fakta kajian
tubuh-manusia. Beliau memaklumkan bahawa di dalam kitab ugama Buddha juga ada
penerangan terperinci mengenai perkembangan embrio. Kami menyatakan kepadanya
minat kami untuk melihat penerangan tersebut dan mengenali kitab berkenaan.
Setahun kemudian, Profesor Tejasen kembali ke Universiti Raja Abdul Aziz untuk satu
tugasan sebagai pemeriksa luar. Kami mengingatkan beliau mengenai kenyataannya
setahun yang lalu. Beliau meminta maaf dan menjelaskan bahawa beliau membuat
kenyataan tesebut tanpa satu kepastian. Setelah memeriksa kitab-kitab agama Buddha,
beliau tidak terjumpa sebarang keterangan mengenai perkembangan embrio itu.
Kemudian kami berikan kepadanya artikel ceramah yang ditulis oleh Profesor Keith
Moore mengenai keserasian di antara fakta-fakta kajian embrio moden dan kenyataan
ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. Kami bertanya jika beliau mengenali Profesor Keith
Moore. Beliau menjawab sudah tentu beliau mengenalinya oleh kerana Profesor Moore
ialah salah seorang daripada ahli sains terkemuka di bidang itu.
Selepas mengkaji artikel itu, Profesor Tejasen merasa begitu takjub sekali. Kami
bertanya kepadanya beberapa soalan yang berkaitan dengan bidang yang dipakarinya.
Satu daripadanya ialah mengenai penemuan mutakhir di dalam kajian kulit
(dermatology)- mengenai deria mengesan/merasa yang dimiliki oleh kulit.
Beliau menjawab; Ya, jika kebakaran kulit terlalu parah.
Kami beritahu Dr. Tejasen: Tuan tentu berminat untuk mengetahui bahawa di dalam
kitab ini, kitab suci Al-Quran, terdapat rujukan sejak 1400 tahun dahulu yang
membicarakan tentang hukuman keatas orang-orang yang tidak beriman di dalam api
neraka; dan ayat itu mengatakan selepas kulit mereka telah musnah sama sekali, Allah
subhanahuwataala akan menciptakan untuk mereka kulit yang baru supaya mereka
boleh terus merasai azab api neraka, menandakan pengetahuan bahawa saraf di dalam
kulit ada penghujungnya. Ayat itu berbunyi (maksud):
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan
Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka
masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat

merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa,
Lagi Maha Bijaksana. (Surah An-Nisaa, 4: Ayat 56)
Kami bertanya: Adakah tuan setuju bahawa sejak 1400 tahun dahulu ayat ini merujuk
kepada keujudan penghujung saraf di dalam kulit? Dr. Tejasen menjawab: Benar, saya
setuju.
Pengethuan mengenai ciri deria-merasa ini sudah diketahui sejak lama dahulu, seperti
yang dinyatakan ayat itu bahawa jika seseorang itu membuat dosa, dia akan diazabkan
dengan dibakar kulitnya, kemudian Allah subhanahuwataala akan menggantikan kulit
yang baru untuknya supaya dia boleh terus merasai keazaban itu. Ini bermakna mereka
tahu sejak lama dahulu bahawa penerima deria rasa sakit berada di dalam kulit, justeru,
mereka menggantikan kulit yang baru.
Kulit (rujuk gambarajah 8.1) ialah pusat kepada deria merasai bahang kebakaran.
Justeru, jika kulit telah hangus terbakar secara keseluruhanntya, ia akan kehilangan
deria rasanya. Oleh kerana itulah, Allah subhanahuwataala akan menyiksa mereka
yang tidak beriman di Hari Pembalasan dengan memberikan kulit yang baru kepada
mereka setiap kali kulit sebelumnya telah habis hangus, sebagaimana firmanNya Yang
Maha Kuasa bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan
Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka
masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat
merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa,
Lagi Maha Bijaksana. (Surah An-Nisaa, 4: Ayat 56)
Kami menyoal Profesor Tejasen: Adakah munasabah ayat-ayat ini datang kepada nabi
Muhammad sallallahualaihiwasallam bersumberkan seorang manusia? Profesor
Tejasen bersetuju bahawa ayat-ayat tersebut tidak mungkin bersumberkan manusia.
Jadi beliau bertanya sumber ayat tersebut dan daripada mana Nabi Muhammad
sallallahualaihiwasallam menerimanya? Kami menjawab, Daripada Allah, Yang Maha
Agung lagi Maha Kuasa. Beliau lantas bertanya lagi: Siapa Allah itu
Kami menegaskan: Dia ialah Pencipta kesemua makhluk-makhluk. Jika tuan menemui
satu ciri kebijaksanaan, ianya kerana ianya datang daripadaNya Yang Maha Bijaksana.
Jikab tuan menemui pengetahuan mengenai kejadian cakrawala ini, ianya kerana
cakrawala ini dicipta olehNya yang memiliki segala ilmu-ilmu. Jika tuan nampak
kesempurnaan makhluk ciptaanNya, itu membuktikan Dia Pencipta Yang Maha
Mengetahui, dan jika tuan bertemu sifat pemurah, ini membuktikan bahawa makhluk ini
ialah ciptaanNya Yang Maha Pemurah. Selain itu, jika tuan melihat alam ini sebagai
suatu yang teratur rapi, itu membuktikan bahawa alam ini dicipta oleh Dia satu-satunya
Pencipta Yang Maha Pencipta, Yang Maha Terpuji Lagi Maha Kuasa.

Gambarajah 8.1
Profesor Tejasen bersetuju dengan penjelasan kami. Beliau kembali ke negaranya dan
memberikan beberapa ceramah tentang pengetahuan dan penemuan barunya itu. Kami
dimaklumkan bahawa lima daripada pelajar-pelajarnya telah memeluk Islam disebabkan
ceramah-ceramah beliau. Di Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di
Riyadh, Profesor Tejasen menghadiri beberapa ceramah berkenaan tanda-tanda kajian
perubatan di dalam Al-Quran dan hadis.
Profesor Tejasen menghabiskan empat hari bersama-sama beberapa ahli ilmu, Muslim
dan bukan-Muslim, berbincang mengenai fenomena sains di dalam Al-Quran dan Hadis.
Di akhir perbincangan-perbincangan itu, Profesor Tejasen bangun dan berkata:
Sejak tiga tahun lalu saya telah mulai berminat mengenai Al-Quran yang telah diberikan
oleh Sheikh AbdulMajeed Az-Zindani. Tahun lepas saya telah memperolehi artikel oleh
Profesor Keith Moore yang diberikan oleh Sheik ini. Beliau meminta agar saya
terjemahkannya ke Bahasa Thai dan memberikan beberapa ceramah kepada umat
Islam di Thailand. Saya telah menyempurnakan permintaan beliau. Tuan-puan boleh
lihat buktinya di dalam video yang telah saya hadiahkan kepada Sheik. Daripada kajian
dan daripada apa yang saya pelajari sepanjang persidangan ini, saya yakin bahawa
kesemua yang dicatatkan di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu adalah suatu
kebenaran yang boleh dibuktikan secara saintifik. Oleh kerana
Muhammad
(sallallahualaihiwasallam-pent) tidak boleh membaca mahupun menulis, maka
Muhammad (sallallahualaihiwasallam-pent)
mestilah seorang rasul yang
menyampaikan kebenaran sebagaimana diwahyukan kepadanya oleh Dia Yang Maha
Pencipta. Pencipta ini mestilah Allah, atau Tuhan. Justeru, saya fikir sudah sampai
masanya untuk saya melafazkan Laa ilaaha illallah, bahawa tiada tuhan yang berhak
disembah selain Allah, Muhammad Rasool Allah, Muhammad ialah seorang Rasul
Allah
Daripada persidangan ini, saya bukan hanya dapat belajar tentang ilmu-ilmu sains,
tetapi juga saya dapat bertemu ramai ahli-ahli sains baru dan menemui ramai kawankawan baru. Perkara yang paling berharga yang saya dapat daripada persidangan ini
ialah La ilaaha illallah, Muhammad Rasool Allah dan kesempatan menjadi seorang
Muslim.

Kebenaran sememangnya dating daripada Allah subhanahuwataala sebagaimana


firmannya bermaksud:
Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin,
bahawa keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu
(mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta memimpin ke jalan
Allah Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Terpuji (Surah Saba, 34: Ayat 6)

Anda mungkin juga menyukai