Anda di halaman 1dari 53

CTU 087

14 abad lalu, Allah SWT telah


menurunkan kitab suci Al-Qur'an kepada
umat manusia sebagai satu kitab
panduan.

Banyak fakta saintifik yang dinyatakan


secara jelas dalam surahnya hanya
mampu disingkap melalui kecanggihan
teknologi abad ini.
ZOOLOGI
Al-Quran menyebut kewujudan bahan ini dalam ayat:

“Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala


yang ada di antara keduanya…” (Surah Al-Furqaan: 59)

Amat tidak logik sekali untuk sesiapa pun membayangkan


kewujudan bahan di antara galaksi telah diketahui 1400
tahun dahulu.
Ruang di luar sistem astronomi yang
tersusun dikatakan tidak mempunyai apa-
apa bahan dan vakum sahaja.
Ahli astro-fizik kemudiannya menemui
kewujudan bahan-bahan yang dipanggil
plasma dan ianya terdiri daripada gas yang
diionkan sepenuhnya dan mengandungi
jumlah elektron bebas dan ion positif yang
sama.
Ia juga kadang-kadang dipanggil keadaan
bahan yang keempat (selain daripada tiga
keadaan yang diketahui- pepejal, cecair,
dan gas).
Inilah yang al-Quran katakan mengenai sifat alam semesta
ini:

“Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami


(dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) Dan sesungguhnya
Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak
terhingga.” (Surah Dzaariyaat: 47)

Perkataan Arab ´musi´u´n diterjemahkan dengan betul


kepada ´mengembangkannya´, dan ia merujuk kepada
penciptaan alam semesta yang amat besar dan sedang
mengembang.
Pada tahun 1925, ahli astronomi Amerika yang
bernama Edwin Hubble,
membentangkan bukti hasil kajiannya bahawa
semua galaksi semakin menjauhi antara satu
sama lain,
yang membayangkan alam semesta ini sedang
mengembang.
Pengembangan alam semesta kini diiktiraf
sebagai fakta sains.
Dalam surah Al-Anbiya ayat 21: 30, Allah s.w.t
berfirman yang bermaksud:

“Apakah orang-orang kafir tidak melihat


bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada
asalnya adalah bercantum sebagai satu,
kemudian Kami pisahkan keduanya…”
Di dalam Al Jamik li Ahkamil Quran Jilid
5 halaman 4323, Imam Qartubi telah
meriwayatkan perkataan-perkataan Ibn
Abbas, Al-Hasan, ´Atha, Ad-Dahhak dan
Qatadah:

“Ia bermaksud bahawa kedua langit dan


bumi pada asalnya adalah satu yang
melekat lagi bercantum, kemudian Allah
s.w.t pisahkan di antara kedua-duanya
dan dijadikan di antara kedua-duanya
udara.”
TEORI BIG BANG

Satu teori yang telah diterima umum tentang


asal kejadian alam ialah teori Big Bang.
Ia mengatakan bahawa alam ini
pada asalnya adalah bercantum, kemudiannya
berlakulah satu letupan yang kuat
(cosmic explosion)
10 ke 20 billion tahun dahulu,
yang dinamakan sebagai Big Bang.
Bermula dari situ berlakulah pengembangan
dan penyejukan (expanding and cooling)
yang melahirkan bintang-bintang,
galaksi dan yang seumpamanya.
Pada tahun 1929, tokoh astronomi dari
Amerika, Edwin Hubble, telah menemui
bukti-bukti kukuh yang menyokong teori
Big Bang.

Penyelidikan berhubung dengan tahap


radiasi dan tentang gas helium yang
tersebar secara seimbang di angkasa,
adalah selari dengan teori Big Bang.

Kajian tentang tahap radiasi di angkasa


raya telah dilakukan oleh pakar
astrofizik dari Amerika, Arno Penzias
and Robert Wilson, pada tahun 1965.
Kajian-kajian terkini dari makmal ini telah
mengukuhkan lagi teori Big Bang.

Pada tahun 1928, Thomas Gold dan Hermann Bondi


telah mengutarakan satu teori yang berlawanan
dengan Big Bang, iaitu, Teori ´Steady State´ yang
mengatakan bahawa alam ini tidak ada permulaan,
malah berkeadaan sama sejak dahulu hinggalah
sekarang.
Pada tahun 1964, dengan penemuan gelombang-
gelombang tertentu di udara yang mengesahkan
tentang kewujudan Big Bang, teori ini terus ditolak.

Semua ini mengesahkan bahawa langit dan bumi


pada suatu ketika dahulu adalah bercantum padu,
kemudiannya dipisahkan. Kesemuanya telah
disebutkan oleh al-Quran.
1. MANUSIA DIJADIKAN DARI SATU TITISAN
YANG DIKELUARKAN DARI BAHAGIAN
ANTARA TULANG BELAKANG DAN TULANG
DADA
• ‫ج ِمن بَ ْي ِن‬ ُ ‫ يَ ْخ ُر‬. ‫ق‬ َ ‫ ُخ ِل‬. ‫ق‬
ٍ ِ‫ق ِمن َّماء دَاف‬ َ ‫ان ِم َّم ُخ ِل‬
ُ ‫س‬َ ‫اْلن‬ ُ ‫فَ ْليَن‬
ِ ْ ‫ظ ِر‬
ِ ِ‫ب َوالت َّ َرائ‬
‫ب‬ ِ ‫ص ْل‬
ُّ ‫ال‬
Maka hendaknya memerhatikan (oleh)
manusia dari apa dia diciptakan. Dia
diciptakan dari air (mani) yang terpancar.
Ia keluar dari antara tulang sulbi (tulang
belakang) dan tulang dada.
(Ath-Thaariq : 5-7)
Pada peringkat embrio, organ-organ
pembiakan lelaki dan perempuan, iaitu
testis dan ovarium, pertumbuhannya
bermula berhampiran buah pinggang di
antara tulang belakang dan tulang dada
ke-11 dan ke-12
Qur’an Al-Karim menyatakan tidak kurang dari
sebelas kali bahawa manusia dicipta dari nutfah,
yang mana bermaksud kuantiti cecair yang
sangat sedikit atau satu titisan cecair yang
tertinggal selepas sebuah cawan dikosongkan.

Perkara ini dinyatakan dalam beberapa ayat Al-


Qur’an termasuk Al-Hajj : 5 dan Al-Mu’minuun :
13, (juga pada ayat An-Nahl : 4, Al-Kahf : 37,
Faathir : 11, Yaasiin : 77, Al-Mu’min : 67, An-
Najm : 46, Al-Qiyaamah : 37, Al-Insaan : 2, dan
‘Abassa : 19 ).
Ilmu sains masa kini telah membuktikan
bahawa hanya satu sahaja daripada
purata tiga juta sperma diperlukan untuk
menyuburkan ovum.
3. MANUSIA DIJADIKAN DARI SULALAH
( SARIPATI CECAIR)

ٍ ‫س ََللَ ٍة ِ ِّمن َّماء َّم ِِه‬


• ‫ين‬ ْ َ‫ث ُ َّم َجعَ َل ن‬
ُ ‫سلَهُ ِمن‬

Kemudian Dia menjadikan keturunannya


dari saripati dari air yang hina.
( As-Sajdah : 8 )
Perkataan Arab sulaalah bermaksud
saripati atau bahagian yang terbaik antara
kesemuanya. Kini kita semua mengetahui
bahawa hanya satu sahaja spermatozoon
dari berjuta yang dikeluarkan oleh seorang
lelaki yang dapat menembusi ovum bagi
tujuan penyuburan. Satu spermatozoon
dari bilangan berjuta ini dinyatakan dalam
Al-Qur’an sebagai sulaalah. Cecair ini
adalah cecair germinal bagi lelaki dan
perempuan yang mengandungi gamet.
4. MANUSIA DIJADIKAN DARI NUTFATUN
AMSHAAJ
(CECAIR YANG BERCAMPUR )

• ٍ‫ان ِمن نُّ ْطفَ ٍة أ َ ْمشَاج‬


َ ‫س‬ ِ ْ ‫ِإنَّا َخلَ ْقنَا‬
َ ‫اْلن‬

“Sesungguhnya Kami telah ciptakan


manusia dari (setitis) mani (yang)
bercampur-campur..”
( Al-Insaan : 2 )
Perkataan Arab nutfatin
amshaajin bermaksud cecair-
cecair yang bercampur.

Cecair-cecair yang bercampur


ini adalah agen atau cecair dari
lelaki dan perempuan. Selepas
percampuran gamet dan gamet
perempuan, zigot yang terhasil
masih tetap sebagai nutfah.
5. MANUSIA DIJADIKAN DARI ALAQ-
BAHAN SEPERTI PACAT

َ ‫سأَلُواْ أ َ ْه َل ال ِذِّ ْك ِر ِإن كُنت ُ ْم الَ ت َ ْعلَ ُم‬


• ‫ون‬ ْ ‫فَا‬

“Maka kamu tanyakan (kepada) ahli ilmu


jika kamu tidak mengetahui”
( An-Nahl : 43 & Al-Anbiyaa’ : 7 )
Prof.(Dr) Keith Moore, seorang profesor
embriologi dan Pengerusi Jabatan Anatomi
Universiti Toronto di Kanada. Pada masa
kini beliau adalah salah seorang pakar
rujuk tersohor dalam bidang embriologi.
Beliau telah diminta memberikan
pandangan mengenai maklumat yang
terdapat dalam Al-Qur’an berkaitan bidang
embriologi.

Setelah mengkaji dengan teliti terjemahan


ayat-ayat Al-Qur’an yang telah dibentang
kepadanya, Dr. Moore menyatakan bahawa
sebahagian besar maklumat mengenai
embriologi yang terdapat dalam Al-Qur’an
adalah menepati penemuan-penemuan
moden dalam bidang embriologi dan tidak
ada percanggahan langsung.
Perkataan ‘alaq’ yang bermaksud
segumpal darah, juga mempunyai
maksud sesuatu yang
menyangkut, menyerupai seekor pacat.

Dr. Keith Moore telah memperolehi lebih


banyak maklumat mengenai embriologi
yang tidak pernah beliau ketahui
sebelum ini, daripada Al-Qur’an.
ٍ َ ‫َل‬
• ‫ق‬ َ ‫ان ِم ْن‬
َ ‫س‬ ِْ ‫ق‬
َ ‫اْلن‬ َ َ‫ َخل‬. ‫ق‬ ْ ‫ْاق َرأْ ِبا‬
َ َ‫س ِم َر ِبِّ َك الَّ ِذي َخل‬
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan
kamu yang telah menciptakan. Dia telah
menciptakan manusia dari segumpal
darah (Al-‘Alaq : 1 -2 )
Dr. Keith Moore telah berhasil menjawab
kira-kira 80 soalan berkaitan data
embriologi yang diterangkan dalam Al-
Qur’an dan Hadis. Setelah mendapati
maklumat-maklumat dalam Al-Qur’an dan
Hadis ini menyamai sepenuhnya dengan
penemuan-penemuan terkini dalam bidang
embriologi, Prof. Moore menyatakan,

“ Jika saya ditanya soalan-soalan ini 30


tahun yang lalu, saya tidak akan berupaya
menjawabnya sebahagian daripadanya
kerana kekurangan maklumat saintifik”.
1. CAP JARI TANGAN

Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa


Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-
tulangnya (dan menghidupkannya semula)? (Al-
Qiaamah 75:3)

Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami


berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala
tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang
lain). (Al-Qiaamah 75:4)
Allah yang Maha
Berkuasa berfirman
bahawa Dia bukan
sahaja berkuasa
untuk memasang
tulang-tulang kita,
malah
Dia berkuasa
menyusun dengan
sempurna setiap jari-
jari tangan kita.

Allah menyatakan
‘menyusun jarinya’
menunjukkan satu
isyarat sains dan
teknologi yang perlu
dikaji oleh manusia.
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada
ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar
mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka
masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang
lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu.
Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa' 4:56)
Ayat Al-Qur’an di atas menunjukkan
bahawa wujudnya deria rasa sakit.

Prof. Tagatat Tejasen, Pengerusi Jabatan


Anatomi Universiti Chiang Mai di
Thailand telah mengambil masa yang
lama membuat kajian mengenai deria
rasa sakit ini.
Pada awalnya dia tidak dapat mempercayai
bahawa Al-Qur’an telah menjelaskan fakta
saintifik ini pada 1,400 tahun yang lalu.

Dia kemudian telah menyemak terjemahan ayat


Al-Qur’an ini.

Prof. Tejasen merasa sangat kagum terhadap


ketepatan saintifik ayat Al-Qur’an tersebut,
sehinggakan pada Persidangan Perubatan Saudi
Ke 8 yang diadakan di Riyadh mengenai Tanda-
tanda Saintifik Al-Qur’an dan Sunnah, beliau
telah mengisytiharkan di khalayak ramai:
“ Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad
SAW adalah Pesuruh Allah.”
1. CARA HIDUP DAN KOMUNIKASI SEMUT-SEMUT

Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin


dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur
keadaan dan perjalanan masing-masing. (An-Naml 27:17)

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke


"Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian
semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan
Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu,
sedang mereka tidak menyedari". (An-Naml 27:18)
Pada masa lalu, mungkin ada orang yang
akan mempersendakan Al-Qur’an,
mengganggapnya sebuah buku cerita
dongeng di mana semut-semut bercakap di
antara satu sama lain dan berkomunikasi
mesej-mesej yang canggih.
Pada masa kini, penyelidikan menunjukan
kepada kita beberapa fakta mengenai cara
hidup semut-semut, yang mana tidak
diketahui manusia di masa yang lalu.

Penyelidikan menunjukkan binatang atau


serangga yang paling hampir menyerupai
cara hidup manusia adalah semut-semut.
Ini boleh dilihat dari penemuan-penemuan
berikut mengenai semut-semut:
• Semut-semut mengebumikan semut yang mati
sepertimana manusia melakukannya.
• Mereka mempunyai sistem pembahagian tenaga kerja
yang canggih, di mana mereka mempunyai pengurus,
penyelia, formen, pekerja dan lain-lain.
• Sekali sekala mereka bertemu sesama mereka untuk
‘berbual’.
• Mereka mempunyai kaedah komunikasi antara mereka
yang agak maju.
• Mereka kerap mengadakan pasar-pasar di mana mereka
bertukar barangan.
Mereka menyimpan bijirin untuk tempoh yang panjang
di musim sejuk; dan jika bijirin mula bertunas, mereka
memotong akarnya seolah-olah mereka mengetahui
jika dibiarkan tumbuh ia akan rosak. Jika bijirin yang
disimpan ini basah akibat hujan, mereka akan
mengangkutnya keluar ke cahaya matahari untuk
dikeringkan.

Setelah kering mereka membawanya kembali ke


dalam seolah-olah mereka mengetahui bahawa
kelembapan akan mengakibatkan pertumbuhan sistem
akar dan seterusnya kerosakan bijirin.
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:
"Hendaklah engkau membuat sarangmu di
gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan
juga di bangunan-bangunan yang didirikan
oleh manusia. (An-Nahl : 68)
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-
bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai),
serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang
diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu".
(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya
minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang
mengandungi penawar bagi manusia (dari
berbagai-bagai penyakit).
Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda
(yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-
orang yang mahu berfikir. (An-Nahl : 69 )
Ayat-ayat Al-Qur’an di atas telah
menjelaskan bagaimana lebah dengan
kemahiran yang ada padanya menemui
jalan luas terbentang dari Tuhannya.
Dalam ayat di atas, perkataan yang
digunakan bagi lebah adalah bagi jantina
lebah betina ( fa’asluki dan kuli),

dan ia menunjukkan bahawa lebah yang


keluar dari sarangnya untuk
mencari/mengumpulkan makanan adalah
lebah betina. Oleh itu lebah pekerja atau
lebah askar sebenarnya adalah lebah
betina.
Von-Frisch telah menerima Hadiah Nobel pada
tahun 1973 bagi penyelidikannya mengenai
gelagat dan komunikasi lebah.

Seekor lebah setelah menemui mana-mana


taman atau bunga yang baru akan pulang dan
memberitahu lebah-lebah yang lain mengenai
arah dan peta tempat yang baru ditemui itu.,
yang mana dikenali sebagai ‘tarian lebah’ (bee
dance).

Makna-makna pergerakan-pergerakan serangga


ini yang bertujuan menyampaikan maklumat di
antara lebah-lebah pekerja (worker bees) telah
ditemui secara saintifik dengan menggunakan
fotografi dan lain-lain cara.
Ayat di atas menjelaskan kebaikan madu lebah
dalam menyembuhkan penyakit. Madu
mengandungi gula asli glucose dan fructose
yang mudah dihadam.

Di dalamnya juga
terdapat sejumlah
mineral yang mana
kandungannya
berubah mengikut
kualiti madu, bunga
serta serbuk sari
yang diambil oleh
lebah.
Kajian membuktikan madu mengandungi
bahan yang mampu mengawal pembiakan
bakteria di dalam makanan.Madu adalah
sumber tenaga asli amat baik terutama
kepada ahli-ahli sukan.

Kini kelebihan madu diakui khasiatnya


kebolehannya merawat pelbagai penyakit.

1999, Australian Therapeutic Goods


Administration mengiktiraf madu lebah
sebagai ubat yang setara dengan ubat-ubat
moden yang lain.
Al-Quran adalah wahyu Allah SWT
yang menjadi panduan seluruh
alam.
Setelah meneliti fakta-fakta sains
dalam Al-Quran, kita mampu
menegaskan bahawa firman Allah
SWT adalah satu hakikat yang
terbukti kebenarannya.
Walaupun penemuan-penemuan
sains tidak muktamad, namun ia
selari dengan ayat-ayat Al-Quran
menandakan kekuasaan dan
keagungan Allah SWT.
Science
without
religion is
lame and
religion
without
science is
blind.

Albert Einstein
Al-Quran is not a book of science,
it’s a book of sign
-kallamullah-
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai