Anda di halaman 1dari 2

bicara agama

ARKIB : 05/12/2013

Dosa al-Arqam
Oleh DR. JAHID SIDEK
KEYAKINAN pemimpin dan pengikut kumpulan al-Arqam bahawa Imam Mahdi akan muncul pada 2009
tidak menjadi kenyataan. Tahun tersebut adalah tarikh genapnya usia al-Arqam ke-40 tahun semenjak
penubuhannya pada 1969.
Tahun yang dianggap sebagai tahun sangat keramat, sebaliknya menjadi tahun yang sangat mengecewakan.
Kini usia al-Arqam sudah 43 tahun.
Empat dekad sudah berlalu dan masuk dekad kelima, al-Arqam terus diselubungi oleh pelbagai ramalan, di
samping berbagai-bagai masalah kepercayaan yang bercanggah dengan akidah Islam.
Masyarakat mungkin beranggapan faktor utama kesesatan dan penyelewengan jemaah al-Arqam ialah
amalan tarekat yang dikenali sebagai â Awrad Muhammadiyyahâ .
Secara zahirnya, pandangan ini mungkin benar. Tetapi pada hakikatnya, ada faktor lain yang lebih tepat iaitu
peranan syaitan yang sentiasa membayangi dan menguasai gerakan itu.
Khadam jin
Bekas Timbalan Syeikh Al-Arqam, almarhum ustaz Mokhtar Yaacob adalah kawan penulis semasa belajar di
Sekolah Arab, Batu Satu, Jalan Mersing, Kluang, Johor sekitar tahun 50an.
Begitu juga ketika sama-sama belajar di Kolej Islam Malaya, Jalan Kampung Jawa, Klang awal tahun 60an.
Hubungan tersebut semakin erat apabila kami bersama belajar tasawuf dengan guru yang sama. Walaupun
beliau adalah timbalan syeikh al-Arqam, beliau tidak terlibat sama sekali dengan amalan Awrad
Muhammadiyyah dan silat sunda.
Almarhum pernah menceritakan kepada penulis bahawa Ashaari Muhammad sendiri secara terus-terang
mengaku bahawa dia mempunyai khadam jin. Pengakuan tersebut dibuat dua kali di lokasi yang berasingan.
Kali pertama ialah di hadapan sebuah masjid di Bidor, Perak. Almarhum bertanya kepada Ashaari
Muhammad, siapakah orang yang berbual-bual bersamanya di tepi masjid itu. Ashaari menjawab, itulah
khadam jinnya.
Kali kedua, ketika berada di sebuah hotel ketika mengadakan lawatan ke sebuah negara Arab. Almarhum
bertanya, berapa ramai khadam jin yang membantunya? Ashaari Muhammad menjawab, khadam jinnya
berjumlah berbelas-belas ekor.
Jelmaan syaitan
Ketika sesi soal jawab dalam satu majlis dakwah al-Arqam yang diadakan di Kampung Baru, Kuala Lumpur,
pertengahan tahun 90an, penulis sempat bertanya kepada ustaz yang memberikan kuliah, bagaimana jemaah
al-Arqam yakin syeikh Suhaimi adalah imam Mahdi?
Ustaz tersebut menegaskan, Syeikh Suhaimi selalu datang menemui mereka dan berbual-bual bersama
mereka.
Bila penulis bertanya kemungkinan yang datang menjelma dan terus berbual-bual itu syaitan, maka ustaz itu
menjawab: â Mungkin ia syaitan tetapi kami yakin itu bukan syaitan. Itulah Syeikh Suhaimi sebenar, sebab
ia selalu datang sehingga kami kenal sangat.â
Tidak syak sedikit pun, itulah syaitan yang telah berjaya memperdaya jemaah al-Arqam yang mengaku
sebagai syeikh Suhaimi yang telah pun meninggal dunia.
Almarhum Mokhtar Yaacob mengisytiharkan dirinya keluar daripada pertubuhan al-Arqam pada 1986 adalah
didasarkan keyakinannya bahawa syaitan telah menguasai semua asas pemikiran jemaah al-Arqam, sama ada
yang berkaitan dengan akidah mahupun syariah.
Beliau mengharapkan supaya jemaah al-Arqam kembali ke jalan yang benar tetapi berjaya mengajak keluar
sebahagian kecil sahaja pengikut al-Arqam.
Kira-kira setahun setengah kemudian, almarhum meninggal dunia. Jemaah al-Arqam berasa lega dan
meyakini kewafatan almarhum kerana dosanya melawan wali Allah iaitu Ashaari Muhammad yang dianggap
sebagai pemimpin yang paling ajaib di zamannya.
*PENULIS ialah Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah

Anda mungkin juga menyukai