Anda di halaman 1dari 13

KURSUS SK TING 4 2016

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU SK TING 4


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tajuk PENGATURCARAAN
Topik 1.2 Algoritma

A. Objektif
Pada akhir sesi guru dapat:
1. Menggunakan algoritma untuk menerangkan penyelesaian kepada suatu masalah.
2. Membina algoritma dengan menggunakan struktur kawalan dalam pengaturcaraan.
3. Menyurih output algoritma.
4. Menyenaraikan ralat yang terkandung dalam algoritma.
5. Menguji dan membaiki ralat dalam algoritma.

B. Kandungan Pengajaran
1. Definisi algoritma, kod pseudo dan carta alir.
2. Membina algoritma dengan menggunakan struktur kawalan urutan, pilihan dan
pengulangan.
3. Menguji dan membaiki ralat dalam algoritma.

1.2.1 Menggunakan algoritma untuk menyatakan penyelesaian kepada masalah


Masalah merupakan perkara yang belum diselesaikan yang memerlukan penyelesaian atau
keputusan dan selalunya memerlukan pertimbangan fikiran atau kemahiran untuk
mendapatkan penyelesaian (A.Z.Talib et al, 2015).

Algoritma adalah suatu prosedur langkah demi langkah untuk menyelesaikan masalah dalam
masa yang terhingga. Setiap langkah yang akan dilaksanakan seterusnya harus dapat
ditentukan oleh arahan dan data yang diperolehi pada waktu itu.
Algortitma perlu memenuhi ciri-ciri berikut:
a. Input : mesti mempunyai input
b. Output : menghasilkan output yang bermakna
c. Tidak ambiguous : setiap langkah dalam algoritma adalah jelas
d. Betul : mesti betul dan dapat menyelesaikan masalah
e. Terhingga : mempunyai had atau penamat
f. Berkesan
g. Bahasa yang difahami

Nota Guru
Prosedur adalah jujukan arahan atau tatacara terbatas yang jelas, setiap arahan boleh
dilaksanakan dalam jumlah masa terhad.
Algoritma tidak bergantung kepada bahasa pengaturcaraan. Ia boleh diwakili atau dibentuk
dengan pelbagai cara

MODUL SAINS KOMPUTER


1
KURSUS SK TING 4 2016

Perwakilan Algoritma :
Kod Pseudo adalah jujukan langkah yang ditulis menggunakan bahasa tabii yang
menerangkan pemprosesan yang terlibat dalam penyelesaian masalah. Ia
mempersembahkan penyelesaian masalah dalam bentuk semantik yang logik dan
sistematik.

Carta alir ialah satu set peraturan yang mentakrifkan gabungan simbol geometri yang
dianggap sebagai dokumen berstruktur atau fragmen dengan betul dalam bahasa itu.

Maksud Simbol
Simbol Carta Alir

Pilihan

Nota Guru
https://en.wikipedia.org/wiki/C_syntax
https://en.wikipedia.org/wiki/Semantics_(computer_science)

Nota Guru
Terdapat 3 garis panduan dalam pembinaan algoritma:
1. Kenal pasti input dan output masalah.
2. Kenal pasti dan senaraikan submasalah. Setiap satu mesti diselesaikan untuk
mendapatkan keputusan yang dikehendaki.
3. Untuk setiap submasalah, kenal pasti dan senaraikan langkah yang mesti
dilakukan untuk menyelesaikannya.

Nota Guru
Sebelum menghasilkan pseudokod dan carta alir, kita sepatutnya menyenaraikan
langkah-langkah penyelesaian secara sistematik supaya dapat membantu menyelesaikan
masalah.
Langkah-langkah penyelesaian tersebut adalah satu set arahan.

MODUL SAINS KOMPUTER


2
KURSUS SK TING 4 2016

1.2.2 Membina algoritma dengan menggunakan struktur kawalan urutan, pilihan dan
pengulangan

Struktur kawalan menentukan bagaimana komputer bertindak balas apabila diberi parameter
dan syarat-syarat tertentu.
Struktur kawalan terdiri daripada:
1. Struktur Urutan
2. Struktur Pilihan
3. Struktur Ulangan

Set arahan A
Panaskan ketuhar dalam 180C
Campurkan bahan-bahan dalam mangkuk
Gaulkan bahan-bahan campuran
Tuangkan campuran ke dalam tin
Bakar dalam ketuhar selama 25 minit
Keluarkan hasil dari ketuhar dan tuangkan ke dalam piring.

Set arahan di atas membantu menyelesaikan apa masalah?

Set arahan ini menggunakan jenis struktur kawalan apa?

Nota Guru
Input yang diberikan kepada atur cara atau subrutin disebut argumen.
Nilai yang dinyatakan dalam argumen dikenali sebagai parameter.

MODUL SAINS KOMPUTER


3
KURSUS SK TING 4 2016

Set arahan B
Panaskan ketuhar dalam 180C
Campurkan bahan-bahan dalam mangkuk
Gaulkan bahan-bahan campuran
Tuangkan campuran ke dalam tin
Bakar dalam ketuhar selama 20 minit
o Bakar lagi 5 minit
Sehingga masak
Keluarkan hasil dari ketuhar dan tuangkan ke dalam piring.

Apakah perbezaan antara set arahan A dengan set arahan B?

1. Struktur Urutan
Digunakan untuk atur cara yang pernyataannya secara urutan.
Pernyataan dilaksanakan satu baris demi satu baris dari atas ke bawah.

Contoh masalah: Cikgu Mariam ingin menaip dan mencetak namanya serta menambah
perkataan apa khabar dan tanda soal melalui satu program.

Langkah-langkah penyelesaian:
1. Input : Masukkan nama Mariam bt Muhammad
2. Proses : Menambah perkataan apa khabar dan tanda soal.
3. Output : Cetak Apa khabar Mariam bt Muhammad?

Kod Pseudo

Mula
Baca nama
Tambah Apa khabar dan tanda soal.
Cetak nama
Tamat

MODUL SAINS KOMPUTER


4
KURSUS SK TING 4 2016

Carta alir

Mula

Baca nama

Tambah Apa
Khabar dan ?

Cetak nama

Tamat

Aktiviti 1

Cikgu Farida seorang guru kesihatan. Beliau meminta bantuan anda untuk
menghasilkan satu atur cara yang membolehkan beliau memasukkan biodata
muridnya.

Anda dikehendaki mengkaji kehendak Cikgu Farida sebelum menghasilkan atur cara tersebut.
Cuba hasilkan :
1. langkah-langkah penyelesaian masalah
2. kod pseudo
3. carta alir

2. Struktur Kawalan Pilihan


Terdapat 3 struktur kawalan pilihan yang asas:
i. Struktur kawalan pilihan dua opsyen
ii. Struktur kawalan pilihan pelbagai opsyen

MODUL SAINS KOMPUTER


5
KURSUS SK TING 4 2016

i) Struktur kawalan pilihan dua opsyen


Struktur pemilihan dua opsyen menilai keadaan dan melaksanakan satu blok kod jika
keadaan tersebut adalah benar. Jika keadaan itu adalah palsu, maka blok seterusnya
dilakukan. Contoh struktur pilihan dua opsyen adalah kenyataan jika-maka (If-then-else).

Contoh masalah: Cikgu Mok ingin mencetak markah peperiksaan murid. Beliau
bercadang cetak Anda Lulus bagi markah murid yang lebih daripada 50 dan Anda
Gagal jika markah kurang daripada 50

Langkah-langkah penyelesaian masalah:


1. Input: Baca markah.
2. Proses : (Pilihan 1) Jika markah lebih besar daripada 50,
3. Output: Cetak Anda Lulus
4. Proses: (Pilihan 2) Jika markah lebih kecil daripada 50,
5. Output: Cetak Anda Gagal

Kod Pseudo
Mula
Baca markah
Jika markah > 50 maka
Cetak Anda Lulus
Jika markah < 50 maka
Cetak Anda Gagal
Tamat

MODUL SAINS KOMPUTER


6
KURSUS SK TING 4 2016

Carta alir

Mula

Baca Markah

Benar Cetak
Palsu
Markah > 50 Anda
lulus
Palsu

Cetak
Anda
Gagal

Tamat

MODUL SAINS KOMPUTER


7
KURSUS SK TING 4 2016

Aktiviti 2

Cikgu Ramlah ingin menentukan kelayakkan pelajar masuk ke aliran Sains. Syarat
layak masuk ke kelas Sains ialah Matematik dan Sains memperoleh gred A. Mencetak
Anda Layak ke kelas Sains jika memenuhi syarat dan mencetak Anda Tidak Layak
jika syarat tidak dipenuhi.

Anda dikehendaki mengkaji kehendak Cikgu Ramlah sebelum menghasilkan atur cara
tersebut. Cuba hasilkan :
1. langkah-langkah penyelesaian masalah
2. kod pseudo
3. carta alir

Jawapan cikgu???

Aktiviti 3

Mula
Taipkan nama anda : Lyn
Taipkan nama kawan anda : Eida
Taipkan berat badan anda dalam kg : 55
Taipkan berat badan kawan anda dalam kg : 55
Berat Lyn adalah sama dengan berat badan Eida
Tamat

Berdasarkan output di atas, cuba hasilkan algoritmanya:


1. langkah-langkah penyelesaian masalah
2. kod pseudo
3. carta alir

MODUL SAINS KOMPUTER


8
KURSUS SK TING 4 2016

ii) Struktur kawalan pilihan pelbagai opsyen


Struktur kawalan pilihan pelbagai opsyen menyediakan pelbagai opsyen. Ia memeriksa
nilai dan memilih jalan pelaksanaan yang ditetapkan kepada nilai itu. Sebagai contoh,
struktur kawalan pilihan pelbagai opsyen boleh digunakan untuk cawangan kod
berdasarkan bulan kalendar. Contoh struktur kawalan pilihan pelbagai opsyen adalah
kenyataan suis (switch-case).

Contoh masalah: Cikgu Subra ingin memberi status berdasarkan gred pelajar.
A : Cemerlang
B: Baik
C: Sederhana

Langkah-langkah penyelesaian masalah:


1. Input: _________________________________________
2. Proses:
Jika A status Cemerlang
Jika B status Baik
Jika C status Sederhana
3. Output: Cetak status

Kod Pseudo
Mula
Baca gred
Jika gred = A maka
Cetak Cemerlang
Lain Jika gred = B
Cetak Baik
Lain gred = C maka
Cetak Sederhana
Tamat

MODUL SAINS KOMPUTER


9
KURSUS SK TING 4 2016

Carta Alir

Mula

Baca Gred

Benar
Cetak
Markah = A Cemerlang

Palsu
Benar

Markah = B Cetak Baik

Palsu

Benar
Cetak
Markah = C
Sederhana

Palsu

Tamat

Aktiviti 4

Cikgu Mawardy seorang guru kesihatan. Beliau ingin :


1. mengira BMI murid beliau
2. memberi e-khidmat nasihat kepada mereka yang BMInya kurang memuaskan.

Anda dikehendaki mengkaji kehendak Cikgu Mawardy sebelum menghasilkan atur cara
tersebut. Cuba hasilkan :
1. langkah-langkah penyelesaian masalah
2. kod pseudo
3. carta alir

MODUL SAINS KOMPUTER


10
KURSUS SK TING 4 2016

3. Struktur Ulangan
Salah satu ciri yang paling penting dalam mana-mana bahasa pengaturcaraan adalah
keupayaan untuk mengulangi satu blok pernyataan. Ini dilaksanakan oleh gelung. Gelung juga
dikenali sebagai pengulangan pernyataan.

Pengulangan menggambarkan pelaksanaan blok pernyataan yang berulang-ulang. Ia


mengulangi satu blok kenyataan sekali, beberapa kali atau tidak sama sekali. Ini semua
bergantung kepada keadaan gelung dan apabila keadaan ini diuji.

Contoh masalah: Cikgu Zul ingin menyenaraikan nombor 1 hingga 10 mengikut urutan.

Langkah penyelesaian : Kod Pseudo


1. Cetak nombor 1 hingga 10. Mula
Contoh cetakan Ulang cetak nombor dari 1 hingga 10.
1,2,3,4,5,6,7,8,9,10
Tamat
Atau
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

MODUL SAINS KOMPUTER


11
KURSUS SK TING 4 2016

Carta Alir

Mula

Nombor = 1

Nombor = Nombor+1

Benar
Cetak
Nombor < 11
Nombor

Palsu

Tamat

Aktiviti 5

Mencetak nombor urutan menurun dari 10 ke 1.

MODUL SAINS KOMPUTER


12
KURSUS SK TING 4 2016

1.2.3 Menguji dan membaiki ralat dalam algoritma


Jenis-jenis ralat :

Terdapat 3 jenis ralat yang mungkin terjadi dalam sesebuah aturcara :

Ralat sintaks: Ralat ini terjadi jika juruaturcara tidak mematuhi sintaks bahasa
pengaturcaraan yang dipilih. Untuk membetulkan ralat ini, suntingan sintaks
diperlukan.
Ralat logik: Mesej ralat tidak diberikan, tetapi output yang diberikan adalah salah atau
tidak seperti yang dikehendaki. Ini berlaku terutamanya dalam pengiraan yang
melibatkan pengoperasian:- aritmetik, logik atau perbandingan. Ralat ini berlaku
apabila pengaturcara memasukkan formula yang salah. Juru atur cara perlu meneliti
dan mengkaji formula aturcara algoritma untuk membetulkan ralat ini.
Ralat masa perlaksanaan: Ralat ini terjadi jika input data tidak mematuhi jenis atau
struktur data yang dibenarkan. Aturcara akan mengeluarkan mesej tertentu semasa
perlaksanaanya.

Aktiviti 6

Mencari purata bagi tiga nombor.


Contoh Kod Pseudo
Mula
Baca nombor1, nombor2, nombor3
Kira Purata = nombor1+nombor2+nombor3
Cetak Purata
Tamat

a) Bincangkan ralat logik pada kod pseudo di atas.


b) Nyahpepijat hasil kerja anda :
1. Senaraikan ralat yang dikesan.
2. Cadangkan penambahbaikan terhadap masalah yang dikesan.
3. Hasilkan algoritma baru berdasarkan cadangan penambahbaikan anda.

Bibliografi
Abdullah Zawawi Talib, Piman, Sirot, and Mohd Azam Osman. "Virtual shadow puppet play with
intelligent instructional tool and interactive real-time animation." International Journal of Arts and
Technology 8.3 (2015): 231-248.

MODUL SAINS KOMPUTER


13

Anda mungkin juga menyukai