Anda di halaman 1dari 18

ASAS SAINS KOMPUTER

Asas Sains Komputer

PENGAJARAN 19

MASA CADANGAN: 120 MINIT

Pengajaran 19 mendedahkan murid kepada teknik mengesan dan


membaiki ralat. Murid dikehendaki untuk mengaplikasi teknik tersebut
untuk mengesan dan membaiki ralat dalam pseudokod, carta alir, atur
cara Scratch dan atur cara Python.

BIDANG PEMBELAJARAN
2.0 ALGORITMA
3.0 KOD ARAHAN

Standard Kandungan:
2.1 Pembangunan Algoritma
3.1 Persekitaraan Kod Arahan
3.2 Struktur Kod Arahan

Standard Pembelajaran:
Murid boleh
2.1.2 Mengesan dan membaiki ralat daripada pseudokod dan carta alir dalam
penyelesaian masalah.
3.1.4 Mengesan dan membaiki ralat pada segmen kod yang dihasilkan dalam
penyelesaian masalah.
3.2.2 Menguji atur cara dan membaiki ralat pada kod arahan yang dihasilkan.

Bahan:
1. Slaid PowerPoint Pengajaran 17
2. Lampiran 1 – 8

1
ASAS SAINS KOMPUTER

Guru menyediakan bahan untuk pengajaran 19.

Aktiviti 1: BBM
1. Guru memberi murid beberapa minit untuk mengimbas Lampiran 1 (m/s 6)
kembali soalan berikut:

Aini ingin menulis atur cara untuk memaparkan perkataan “Panas” apabila
suhu melebihi 60 darjah dan memaparkan pernyataan yang lain bagi setiap
suhu yang dimasukkan oleh pengguna. Kod di bawah ialah atur cara yang
dibangunkan oleh Aini. Atur cara di bawah tidak dapat menghasilkan
paparan seperti yang dikehendaki.
i. Jangkakan hasil kod segmen di bawah.
ii. Kesan dan baiki ralat atur cara bagi memaparkan paparan yang
dikehendaki.

2. Murid menulis cara mereka mengesan dan Pemikiran Komputasional:


membaiki ralat.  Algoritma – Langkah-
3. Murid diminta untuk membentangkan caranya langkah murid
untuk mengesan dan membaiki ralat. mengambil untuk
4. Jika terdapat murid yang menggunakan cara mengesan dan membaiki
ralat merupakan sejenis
penyelesaian yang berbeza, murid tersebut
algoritma.
diminta untuk membentangkan dapatannya.
(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 2)

Aktiviti 2:
1. Guru meminta murid menjelaskan jawapan mereka untuk soalan berikut:
“Jelaskan satu teknik untuk mengesan dan membaiki ralat yang anda telah
pelajari.”
2. Ini adalah untuk mengenal pasti sama ada murid telah menguasai
kemahiran mengesan dan membaiki ralat semasa di Tingkatan 1.
3. Jika murid memerlukan pengukuhan ilmu, guru meluangkan masa untuk
menjelaskan cara mengesan dan membaiki ralat.
4. Dua cara yang telah dipelajari semasa Tingkatan 1:
o Teknik semakan meja (Desk check)
o Teknik langkah demi langkah (Step through)
(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 3)

2
ASAS SAINS KOMPUTER

Aktiviti 3:
1. Murid bekerja secara individu untuk mengesan dan BBM
membaiki ralat dalam Lampiran 2. Lampiran 2 (m/s 7)
2. Guru boleh mencetak Lampiran 2 atau memaparkan
soalannya dengan projektor dan membenarkan murid menulis jawapan di
atas kertas.
3. Jawapan untuk rujukan guru:
o Ralat larian masa: Tidak mengisytiharkan pemboleh ubah “rumah”.
Tambah baris ini: rumah = value
o Ralat sinteks: Tidak letak noktah bertindih, “:” selepas 9>6.
Penambahbaikan: if 9>6:
o Ralat logik: Patut letak kurungan untuk 2+6. Penambahbaikan:
print((2+6)*5)
(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 4)

Nota untuk guru:


 Murid menggunakan Lampiran 3 sebagai rujukan. BBM
(Guru juga boleh memaparkan slaid no. 5 – 6) Lampiran 3 (m/s 9)
 Guru menjelaskan langkah-langkah untuk mengesan
dan membaiki ralat dalam algoritma atau atur cara.
 Guru mengingatkan murid untuk menggunakan rujukan ini semasa
mengesan dan membaiki ralat.

Aktiviti 1:
1. Murid bekerja secara berpasangan. BBM
2. Murid mengesan dan membaiki ralat untuk pseudokod Lampiran 4 (m/s 10)
yang terdapat dalam Lampiran 4.
3. Jawapan untuk rujukan guru:
o Jenis ralat = Ralat logik
o Pembetulan: Baris k = k + 2 tukar kepada k = k – 2
(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 7)

Aktiviti 1: BBM
1. Murid bekerja secara individu. Lampiran 5 (m/s 11)
2. Murid mengesan dan membaiki ralat untuk pseudokod
yang terdapat dalam Lampiran 5.
3. Murid perlu melukis semula carta alir yang telah dibaiki tanpa mengandungi
ralat.
(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 8 – 9)

3
ASAS SAINS KOMPUTER

Aktiviti 2:
1. Murid bekerja secara individu. BBM
2. Murid dikehendaki untuk mengesan dan membaiki ralat Lampiran 6 (m/s 13)
dalam atur cara Scratch yang ditunjukkan di Lampiran
6 mengikut kehendak penyataan masalah dan kod arahan.
3. Murid menulis semula atur cara yang telah dibaiki tanpa mengandungi ralat.
(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 10 – 12)

Aktiviti 3:
1. Murid bekerja secara individu.
2. Murid dikehendaki untuk mengesan dan membaiki BBM
ralat dalam atur cara Python yang ditunjukkan di  Lampiran 7 (m/s 15)
Lampiran 7 mengikut kehendak pernyataan
masalah.
3. Murid menyatakan jenis ralat dan menulis semula atur cara yang telah
dibaiki tanpa mengandungi ralat.
(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 13 – 15)

Aktiviti 4:
1. Murid mengesan dan membaiki ralat dalam BBM
Lampiran 8 secara individu.  Lampiran 8 (m/s 17)
2. Beberapa murid diminta untuk membentangkan
ralat yang dikesan dan penambahbaikan yang telah dilakukan.
(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 16 – 19)

Aktiviti 1:
Murid merumuskan pengajaran dengan menjawab soalan berikut:
1. Pada pendapat anda, mengapakah perancangan menggunakan
pseudokod dan carta alir sebelum menghasilkan atur cara penting
semasa menyelesaikan sesuatu masalah?

2. Bagaimanakah cara anda boleh menilai sama ada algoritma yang


dihasilkan mempunyai ralat atau tidak?

3. Jelaskan langkah-langkah (Algoritma) yang anda telah bangunkan


untuk mengesan dan membaiki ralat.

(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 20)

4
ASAS SAINS KOMPUTER

 Guru merumuskan pengajaran hari ini dan menjelaskan bahawa murid akan
diberi projek akhir dalam pengajaran seterusnya.
 Murid mengulang kaji kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari selama ini
supaya boleh menyediakan diri untuk projek akhir.
(Kandungan yang sama terdapat dalam slaid no. 21)

5
ASAS SAINS KOMPUTER

Lampiran 1
Aini ingin menulis atur cara untuk memaparkan perkataan “Panas” apabila suhu
melebihi 60 darjah dan memaparkan pernyataan yang lain bagi setiap suhu yang
dimasukkan oleh pengguna. Kod di bawah ialah atur cara yang dibangunkan oleh
Aini. Atur cara di bawah tidak dapat menghasilkan paparan seperti yang
dikehendaki.
i. Jangkakan hasil kod segmen di bawah.
ii. Kesan dan baiki ralat atur cara bagi memaparkan paparan yang dikehendaki.

6
ASAS SAINS KOMPUTER

Lampiran 2
Mengesan dan membaiki ralat dalam jadual di bawah.

Nyatakan dan
Hasil Hasil yang tunjukkan cara
Kod segmen
dikehendaki didapati menambahbaik
kod segmen

Saya ingin
memaparkan
Error
nilai pemboleh
ubah “rumah”.

Komputer akan
semak jika 9>6
ialah benar, ia
akan
memaparkan Error
“Yes”. Jika
tidak, ia akan
memaparkan
“No”.

Saya ingin
mengira
pernyataan
Matematik ini 32
supaya
hasilnya adalah
40.

7
ASAS SAINS KOMPUTER

Lampiran 2 – JAWAPAN
Mengesan dan membaiki ralat dalam jadual di bawah.

Hasil
Hasil
Kod Segmen yang Ralat
dikehendaki
didapati

Ralat larian masa: Tidak


Saya ingin mengisytiharkan pemboleh
memaparkan ubah “rumah”.
nilai Error
pemboleh Penambahbaikan:
ubah “rumah”.

Komputer
akan semak
jika 9>6 ialah
benar, ia Ralat sintaks: Tidak letak
akan noktah bertindih, “:”
Error
memaparkan selepas 9>6. Penambah
“Yes”. Jika baikan: if 9>6:
tidak, ia akan
memaparkan
“No”.

Saya ingin
mengira
Ralat logik: Patut letak
pernyataan
kurungan untuk 2+6.
Matematik ini 32
Penambah baikkan:
supaya
print((2+6)*5)
hasilnya
adalah 40.

8
ASAS SAINS KOMPUTER

Lampiran 3
Petunjuk untuk mengesan dan membaiki ralat:

1. Mengenal pasti hasil yang dikehendaki  Apakah kehendak soalan?


 Kenal pasti masalah yang dihadapi dalam atur cara  bahagian
manakah yang tidak memberikan hasil yang dikehendaki?
 Leraikan: Membaiki atur cara mengikut bahagian dan
menyelesaikannya satu demi satu.
 JANGAN memadam kesemua atur cara dan menulis semula.

2. Salin atur cara anda.


 Ini adalah supaya apabila atur cara yang anda ubah dan baiki tidak
berjalan, kita boleh kembali kepada atur cara asal anda. Ahli komputer
sains sering berbuat demikian.

3. Kaedah cuba-cuba (“Trial and error”)


Algoritma:
 Cari kod arahan khusus yang menyebabkan ralat.
 Lakukan penambaikan yang mudah dahulu. Jangan rumitkan kod
arahan anda.
 Semak adakah masalah disebabkan oleh ralat berikut:
 Ralat larian masa
Adakah anda tertinggal satu baris kod arahan yang
menyebabkan atur cara anda tidak dapat dijalankan.
 Ralat sintaks
Adakah sintaks anda betul?
 Ralat logik
Adakah atur cara anda mengikut logik? Mungkin anda perlu
menyemak semula susunan algoritma anda.

4. Selesaikan masalah
 Penilaian: Baiki ralat atur cara dengan menulis atur cara yang lebih
baik
 Cuba satu cara satu demi satu masa.
 JANGAN mengubah banyak kod arahan pada satu masa sekali kerana
jika pembaikan tersebut tidak seperti yang dihasratkan, anda sukar
mengesan ralat yang berlaku.

9
lampiran 4
Mengesan dan membaiki ralat menggunakan teknik yang sesuai

Anda ingin menghasilkan satu atur cara untuk menyenaraikan nombor secara
menurun bermula daripada nombor yang dimasukkan oleh pengguna sehingga
nilainya berakhir dengan nombor 0. Urutan nombor menurun yang dihasilkan
melangkau sebanyak 2 langkah.

Contoh: Jika nilai yang dimasukkan, x, = 5, maka program ini akan memapar
5
2 langkah
3
2 langkah
1

Berikut merupakan pseudokod yang telah dihasilkan:

Pseudokod ini mengandungi ralat.


1. Apakah jenis ralat tersebut? Tuliskan ralat tersebut.

2. Bagaimana kita boleh membaiki ralat tersebut?


ASAS SAINS KOMPUTER

lampiran 5
Mengesan dan membaiki ralat menggunakan teknik yang sesuai.

Carta alir di bawah mewakili algoritma yang menambah semua nombor bermula
daripada nombor 1 sehingga nombor yang dimasukkan oleh pengguna dan
memaparkan jumlahnya. Sebagai contoh, sekiranya input pengguna ialah 10, output
yang terhasil adalah 55 (1+2+3+4+5+6+7+8+9+10).

Carta Alir 1

Terdapat ralat dalam carta alir 1. Bulatkan ralat tersebut dan baiki ralat tersebut
supaya atur cara yang dihasilkan menepati kehendak sebenar carta alir yang telah
dirancang.

11
ASAS SAINS KOMPUTER

lampiran 5 – Jawapan

Ralat:
1. Simbol yang digunakan untuk input pengguna salah. Sepatutnya parallelogram
dan bukan segiempat tepat.
2. Pilihan untuk “tidak” tersongsang dengan “ya”.
3. Sepatutnya ulang balik ke bentuk rombus (i<=n?) dan bukan meminta pengguna
memasukkan nombor sekali lagi.

12
ASAS SAINS KOMPUTER

lampiran 6
Mengesan dan membaiki ralat menggunakan teknik yang sesuai.

Penyataan Masalah:
Anda ingin membangunkan segmen kod yang membolehkan mesin layan diri
menerima wang kertas RM1 dan RM2 sahaja. Harga kesemua coklat yang dijual di
dalam mesin layan diri ialah RM 2. Jika wang kertas RM 1 diterima, paparkan mesej
‘Wang tidak mencukupi.”. Jika wang kertas RM 2 diterima, mesej “Terima kasih”
akan dipaparkan. Jika wang kertas selain RM1 atau RM2 diterima, mesej “Error”
akan dipaparkan.

Kod Arahan:

13
ASAS SAINS KOMPUTER

lampiran 6 – contoh jawapan

Baris ke-2:
Kita perlu menentukan nilai wang yang dimasukkan = 0 pada permulaan.

Baris ke-3:
Kita harus memberi arahan kepada pengguna supaya mereka hanya memasukkan
wang kertas RM1 dan RM2 sahaja.

Baris ke-6:
Kita guna Struktur Kawalan Pilihan Bersarang dan bukan “Pelbagai Pilihan”. Ini
adalah kerana kita hanya perlu melaksanakan salah satu arahan bergantung kepada
syarat, dan bukan pelbagai syarat.

14
ASAS SAINS KOMPUTER

lampiran 7
Penyataan Masalah:
Anda ditugaskan oleh guru anda untuk mengira jumlah kutipan derma Jogathon
setiap kelas dalam tingkatan 1 – 3. Anda diminta untuk menunjukkan jumlah kutipan
bagi setiap tingkatan dan juga jumlah kutipan keseluruhan.
• Kutipan kelas tingkatan 1: Kelas 1A = RM105.50, Kelas 1B = RM150.00 dan
Kelas 1C = RM 98.50
• Kutipan kelas tingkatan 2: Kelas 2A = RM200.00, Kelas 2B = RM180.00, dan
Kelas 2C = RM145.00
• Kutipan kelas tingkatan 3: Kelas 3A = RM225.00, Kelas 3B = RM174.50, dan
Kelas 3C = RM203.50

Atur cara anda:

Rajah 2

Bulatkan ralat yang terdapat di dalam atur cara pada Rajah 2. Tuliskan atur cara
yang betul bagi memaparkan hasil yang dikehendaki.

15
ASAS SAINS KOMPUTER

lampiran 7 – contoh jawapan

16
ASAS SAINS KOMPUTER

lampiran 8
Penyataan Masalah:
Anda diminta untuk mengira Body Mass Indek (BMI) pengguna. Hasilkan satu atur
cara yang boleh mengira BMI tersebut dengan meminta input tinggi (cm) dan berat
(kg) daripada pengguna. Pastikan paparan BMI anda adalah dalam bentuk nombor
bulat.

Atur cara:

Output yang dikehendaki:

Mengesan dan Membaiki ralat:


1. Lancarkan aplikasi Python dan taipkan kod segmen yang diberi.

2. Run Module untuk kod segmen tersebut. Mesej ralat sintaks dipaparkan dan
bahagian yang ditandakan merah menunjukkan baris di mana perlaksanaan kod
terhenti.

3. Lakukan semakan pada kod baris demi baris. Kesan ralat dan baiki ralat
tersebut. Ulang langkah 2. Jika ada paparan mesej ralat, lakukan semakan pada
kod segmen baris demi baris dan baiki ralat tersebut. Ulang sehingga tiada
mesej ralat dipaparkan.

4. Adakah kod segmen memberikan hasil yang dikehendaki? Lakukan teknik


semakan meja, gunakan satu set sampel data untuk menguji kod segmen di
atas. Kesan ralat dan baiki ralat tersebut.

5. Lakukan penambahbaikan dan tulis semula kod segmen yang bebas ralat.

17
ASAS SAINS KOMPUTER

lampiran 8 – jawapan
Atur cara tanpa ralat:

18

Anda mungkin juga menyukai