Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA CADANGAN

KEMPEN DERMA DARAH FKJ 2015

ANJURAN :

KELAB IEM UMS STUDENT CHAPTER

PADA :

28 MAC 2016 (ISNIN)

DI :

RUANG BELAJAR 24 JAM (PERPUSTAKAAN)


RINGKASAN PROGRAM

Nama Program Kempen Derma Darah FKJ 2016

Sinopsis Program Program ini dirangka untuk memberi kesedaran


tentang betapa pentingnya menderma darah
kepada hospital dan membantu orang yang
memerlukan. Melalui program ini, para
mahasiswa akan digalakkan supaya menderma
darah dan mengiatkan diri dalam kempen ini.
Objektif Untuk memaksimakan pendedahan
kepentingan menderma darah antara pelajar.
Penganjur Kelab IEM UMS Student Chapter

Tarikh / Masa / Tempat 28 Mac 2016/ 10 pagi hingga 5 petang/


Perpustakaan

Penyertaan / Sasaran 100 mahasiswa/i

Pengarah & No. pelajar : Amira binti Ameer BK14160298

Pegawai Bertanggungjawab Engr. Chua Bih Lii

Anggaran Bajet RM610.00

KERTAS KERJA CADANGAN

2
KEMPEN DERMA DARAH
KELAB IEM STUDENT CHAPTER
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
28 MAC 2016

1 Tujuan Kertas kerja

Tujuan kertas kerja ini ditulis adalah untuk memohon peruntukan bagi aktiviti Kempen Derma
Darah FKJ 2016.

2 Pengenalan

Program ini dirangka untuk memberi kesedaran tentang betapa pentingnya menderma darah
kepada hospital dan membantu orang yang memerlukan. Melalui program ini, para mahasiswa
akan digalakkan supaya menderma darah dan mengiatkan diri dalam kempen ini.

3 Objektif

3.1. Untuk memaksimakan pendedahan kepentingan menderma darah kepada pelajar.

3.2. Menjalinkan hubungan baik dan mengeratkan silaturrahim diantara IEM dan mahasiswa/i
UMS. Hubungan silaturrahim yang terjalin diharapkan dapat menjadi jambatan yang boleh
membina masyarakat yang cemerlang di masa depan.

4 Tarikh, Masa Dan tempat

Tarikh : 28 Mac 2016


Masa : 10 pagi hingga 5 petang
Tempat: Ruang Belajar 24 Jam (Perpustakaan)

5 Persatuan / Kelab Memohon

Kelab IEM UMS Student Chapter.

3
6 Tema / Konsep

Pendedahan kepentingan menderma darah kepada hospital berkaitan dan membantu orang yang
memerlukan.

7 Penyertaan / Penglibatan / sasaran

Pegawai-pegawai dari Hospital, pegawai-pegawai dari IEM (YES), pensyarah FKJ, 100
mahasiswa/I, 10 ahli jawatankuasa IEM

8 Organisasi Pentadbiran

Penaung :Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah


Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah

Penasihat :Prof. Madya Dr. Ismail Ali


Timbalan Naib Cancelor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Malaysia Sabah

Prof. Ir. Dr. Rosalam Hj Sarbatly


Dekan Fakulti Kejuruteraan
Universiti Malaysia Sabah

Penyelaras : Engr. Chua Bih Lii


Pengarah : Amira binti Ameer BK14160298
Tim. Pengarah : Delaney Deffanny Dasing BK14110006
Setiausaha : Farahayni Yahya BK13110111
Bendahari : Dk. Kursiah Rambang binti Abd Halim BK14110102

4
9 Tentatif program

28 Mac 2016

10.00 pagi - Permulaan Kempen


5.00 ptg - Program dijangka tamat

10 Anggaran Belanjawan

1. Pendapatan

Bil. Perkara Jumlah (RM)


1. Peruntukan daripada HEPA 610
Jumlah 610

2. Perbelanjaan

Bil. Perkara Jumlah


(RM)
1. Publisiti dan alat tulis
a) Printing ( 15 keping X A4 Poster dsb) 50.00
c) Pen dan kertas 20.00
2. Makanan tengah hari
a) Nasi bungkus (RM 5.00 sebungkus x 10) 50.00
b) Air mineral (RM 1.00 sebotol x 10) 10.00
3. Minum petang
a) Kuih-muih (RM 3.00 sepeket x 10) 30.00
b) Minuman kotak (RM 1.00 x 10) 10.00
4. Makanan (Penderma darah)
a) Kuih-muih (RM 3.00 sepeket x 100) 300.00
b) Minuman kotak (RM1.00 x 100) 100.00
5. a)Sijil Penghargaan (RM2.00 x 20) 40.00

Jumlah 610.00

a. Jumlah Dipohon =

RM 610.00

5
11 Jumlah Peruntukan Dipohon

Jumlah Peruntukan yang dipohon ialah RM 610.00 (Enam ratus sepuluh ringgit Malaysia
sahaja).

12 Penutup / Kesimpulan / Harapan

Pertimbangan daripada pihak tuan dalam meluluskan kertas kerja ini besar ertinya buat Kelab
IEM UMS Student Chapter kerana program khidmat masyarakat ini merupakan kempen
kesedaran diri yang penting bagi mahasiswa/i. Oleh yang demikian, program ini diharapkan
menjadi pemangkin kepada para mahasiswa/i yang menyertainya untuk menghasilkan impak
yang positif terhadap proses perkembangan jati diri dan nilai-nilai positif dalam diri.

13 Ulasan / Sokongan Penasihat / Pengiring / Pegawai / Pengetua

14 Ulasan Unit Pembangunan Pelajar

15 Ulasan Dekan Pembangunan Pelajar & Alumni

Anda mungkin juga menyukai