Anda di halaman 1dari 8

Pelepasan Cukai Pendapatan Individu LHDN Terkini.

Anda seorang pembayar cukai? Jika anda adalah seorang individu pemastautin di
Malaysia, anda layak untuk menuntut pelepasan, potongan dan rebat cukai untuk
beberapa perbelanjaan yang disenaraikan di bawah ini.

Umum sedia maklum dan kebiasaannya pada tarikh 30 April setiap tahun adalah
merupakan tarikh akhir untuk memfailkan cukai tahunan BE anda sama ada memfailkan
cukai secara manual di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau
menggunakan kemudahan e-filing.

Sebagai seorang pembayar cukai, berikut disenaraikan perbelanjaan individu yang


diberikan pelepasan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang seterusnya
mampu mengurangkan jumlah cukai pendapatan anda.
1. Zakat

Ya, dengan membuat potongan zakat anda akan dapat pelepasan cukai sama banyak potongan zakat
yang anda lakukan. Anda digalakkan untuk buat potongan zakat terus dalam payslip supaya lebih
mudah dilihat oleh lembaga hasil dalam negeri.

2. SSPN-I Plus

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan kini ditambah baik dengan SSPN-i Plus iaitu ada
Takaful, merupakan produk daripada PTPTN dimana ia sebagai simpanan dan juga Takaful. Dengan
membuka akaun SSPNI ini anda layak untuk mendapat pelepasan cukai sehingga RM12 Ribu. Duit
pun masuk ke akaun anak anda, anda pula dapat pelepasan cukai, ini memang terbaik kan. Anda
boleh membuka akaun SSPN-i Plus secara online di : https://sspniplusonline.ptptn.gov.my

3. Bantuan Kebajikan

Anda juga boleh claim dengan LHDN jika ada membuat sumbangan kebajikan kepada Badan
Kebajikan seperti MERCY, MAKNA, WWF dan sebagainya.

4. Membeli Buku

Ya, jika kita ada membeli buku kita simpan resit elok-elok, nanti boleh isi di e-filing untuk claim semula
potongan cukai yang dah dibuat. Kalau tidak sempat nak ke kedai buku, boleh beli secara online di
Kedai Buku Online.

5. Melanjutkan Pelajaran

Kepada yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Master dan Phd anda juga layak untuk
mendapat pelepasan cukai sehingga RM5000.

6. Pembelian Barangan Sukan

Pembelian barangan sukan juga melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai.

7. Insurans atau Takaful

Pelepasan cukai sehingga RM6000, yang belum ada elok juga ambil pelan takaful dari syarikat
penyedia pelan perlindungan.

8. Bayaran Perubatan Ibu-bapa

Jasa ibu bapa tidak terkira, bayaran perubatan ibu bapa juga layak pelepasan cukai sehingga RM6000.
Resit hendaklah disimpan dengan baik.

9, Pembelian Laptop/Komputer

Kalau ada beli laptop atau komputer simpan resit, pelepasan cukai sehingga RM3000, sekali sahaja
setiap 3 tahun.
10. Full Medical Check Up

Maksimum RM500 seorang dan RM5000 bagi penyakit kritikal serta peralatan asas.

Anda juga hendaklah membuat e-filing setiap tahun, untuk dapatkan kembali tuntutan yang dibuat.

Pelepasan Cukai Individu Pemastautin

Tahun 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 & 2015

Bil. Jenis Potongan Individu Amaun (RM)


1 Individu dan saudara tanggungan 9,000
Pelepasan Khas RM2,000 diberi kepada pembayar cukai yang
berpendapatan sehingga RM8,000 sebulan (Pendapatan Aggregat
sehingga RM96,000 setahun.) Pelepasan ini hanya diberi untuk
Tahun Taksiran 2015 sahaja.
2 Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa 5,000 (Terhad)
3 Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya atau i) 5,000 (Terhad) - tahun
untuk isteri, anak atau ibubapa kurang upaya) taksiran 2014 dan
sebelum
ii) 6,000 (Terhad) - mulai
tahun taksiran 2015
4 Individu Kurang Upaya 6,000
5 Yuran Pendidikan (Sendiri) 5,000 (Terhad)
6 Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau i) 5,000 (Terhad) - tahun
suami/isteri atau anak-anak) taksiran 2014 dan
sebelum
ii) 6,000 (Terhad) - mulai
tahun taksiran 2015
7 Pemeriksaan perubatan penuh 500 (Terhad)
8 Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan 1,000 (Terhad)
9 Pembelian komputer peribadi untuk individu (sekali setiap 3 tahun) 3,000 (Terhad)
10 Tabungan bersih dalam skim SSPN 3,000 (Terhad)
Tabungan bersih dalam skim SSPN (berkuatkuasa Tahun 6,000 (Terhad)
11 Taksiran 2012 - 2017)
12 Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan 300 (Terhad)
13 Yuran langganan Jalur Lebar (Berkuatkuasa Tahun Taksiran 2010 500 (Terhad)
- 2012)

14 Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada 10,000


RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut (Terhad)
bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009
sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah
rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu
berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu.
Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun
mengikut formula berikut:
AxB
C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam
tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu

15 Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri 3,000 (Terhad)

16 Suami/Isteri kurang upaya 3,500


17 Anak di bawah umur 18 tahun 1,000
18 Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas 1,000
dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil,
matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
19 Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas
tertakluk kepada syarat-syarat berikut: i. 4,000 (tahun taksiran
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi 2012 dan sebelum)
pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus
matrikulasi/pra-ijazah). ii. 6,000 (berkuatkuasa
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi mulai tahun taksiran
pengajian tinggi luar Malaysia. 2013 dan seterusnya)
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak
berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
20 Anak Kurang upaya i) 5,000 - tahun taksiran
2014 dan sebelum
Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya ii) 6,000 - mulai tahun
berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti taksiran 2015
diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di
luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak
berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
(Berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2013 Pelepasan tambahan
adalah sebanyak RM6,000)

21 Insuran nyawa dan KWSP 6,000 (Terhad)

22 Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan 1,000 (Terhad)
bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada
premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh
dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans
nyawa) - tidak terpakai mulai Tahun Taksiran 2012 2021

Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - 3,000 (Terhad)
23 berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran
2021.

24 Insurans pendidikan dan perubatan 3,000 (Terhad)

Anda mungkin juga menyukai