Anda di halaman 1dari 11

LITERASI BAHASA MALAYSIA

MODUL LITERASI BAHASA MALAYSIA

Nama Aktiviti

1. Papan Pengetahuan

2. Siapa Pintar

3. Boneka Interaktif

Konstruk 10 :Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan

awalan dan akhiran.

Konstruk 11 :Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.

Konstruk 12 :Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan

bahan rangsangan.

Pengenalan

Modul Literasi Bahasa Malaysia Linus ini mengandungi penjelasan berkaitan kemahiran

literasi melibatkan konstruk 10,11, dan 12. Terdapat 3 aktiviti utama iaitu papan

pengetahuan, siapa pintar dan puppet interaktif yang menumpukan pendekatan kepada

belajar sambil bermain yang mengintegrasikan scaffolding untuk kanak-kanak Linus. Modul

ini turut menjelaskan teori pembelajaran yang menyokong aktiviti bagi menangani masalah-

masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam konstruk ini.

Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan

dan akhiran.

Objektif

1) Memberi pendedahan kepada kanak-kanak linus berkaitan dengan teknik membaca

perkataan dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.


LITERASI BAHASA MALAYSIA

2) Memberi pemahaman berkaitan dengan perkataan yang di baca oleh kanak-kanak

linus.

Masalah: kanak-kanak sering kali mengalami kekeliruan dalam membaca dan menulis. Hal

ini menyebabkan kanak-kanak mempunyai masalah untuk memahami apa yang tertera

dalam petikan walaupun mahir membaca.

Andaian : Kanak-kanak juga sukar untuk membaca perkataan yang mempunyai imbuhan

awalan dan akhiran kerana mereka melihat kepada perkataan yang terlalu panjang.

Aktiviti Papan Pengetahuan

Nama permainan bagi konstruk sepuluh ialah Papan Pengetahuan. Papan pengetahuan ini

diwujudkan bagi mengenal pasti tahap kebolehan bacaan kanak-kanak linus pada peringkat

ini sebelum mereka mula menjalankan aktiviti yang lebih mencabar pada peringkat yang

seterusnya. Justifikasi permainan ini meliputi kemahiran membaca dan menulis perkataan

berimbuhan awalan dan imbuhan akhiran. Kanak-kanak linus seharusnya perlu dapat

menguasai konstruk sepuluh dengan baik terlebih dahulu sebelum mereka meneruskan ke

konstruk yang seterusnya.

Pada papan aktiviti tersebut terdapat 5 gambar dan perkataan yang tidak lengkap. Kanak-

kanak linus perlu melengkapkan ruangan yang kosong dengan perkataan yang disediakan

untuk menjadikan perkataan tersebut lengkap dan memberi makna yang boleh dibaca dan

difahami.

Rasionalisasi/ Teori

Menurut Vygotsky , isi pelajaran mudah dikuasai murid jika berasaskan skema ataupun

pengetahuan sedia ada. Zon perkembangan terdekat (ZPD) merujuk kepada tugasan

pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh murid, tetapi dapat menguasainya dengan

bimbingan orang lain yang lebih mahir. Sekiranya murid tersebut berjaya menyelesaikan

masalahnya sendiri, isi pelajaran tersebut dikatakan pada zon bawah. Tetapi jika murid

dapat menguasai tugasan dengan bimbingan orang lain, tugasan tersebut berada dalam
LITERASI BAHASA MALAYSIA

ZPD. Manakala isi pelajaran yang berada di luar zon aras bawah bermakna tidak berlaku

pembelajaran kerana murid sudah menguasai isi pelajaran. Isi pelajaran yang berada di luar

zon aras atas, tidak akan dapat dikuasai murid walaupun dengan bimbingan orang lain.

Contohnya, jika murid belum menguasai teknik membaca perkataan dan menulis perkataan

yang berimbuhan awalan dan akhiran, murid tidak akan dapat belajar membaca ayat kerana

skema teknik membaca perkataan dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan

akhiran perlu ada dalam struktur kognitif murid untuk mempelajari membaca ayat.

Bagi membantu murid menguasai isi pelajaran yang berada dalam ZPD, teknik

Scaffolding, iaitu peringkat bimbingan dan sokongan yang dilakukan emgikut keperluan

murid. Bimbingan akan dikurangkan apabila murid telah menguasai peringkat demi peringkat

sehingga akhirnya bimbingan dilepaskan apabila murid telah dapat melakukannya sendiri.

Antara teknik yang boleh digunakan untuk scaffolding ialah penjelasan verbal dan soal

jawab.

Cara Perlaksanaan

1. Kanak-kanak linus akan di pecahkan kepada dua kumpulan kecil

2. Setiap kumpulan akan di bekalkan dengan 1 Papan pengetahuan bersama dengan

seorang fasilitator linus.

3. Terdapat lima gambar dan lima perkataan yang tidak lengkap pada setiap papan

pengetahuan tersebut.

4. Setiap kanak-kanak linus perlu melibatkan diri dalam proses menyelesaikan

perkataan tersebut.

5. Kanak-kanak linus diminta untuk melengkapkan perkataan pada papan pengetahuan

dengan bantuan fasilitator linus.

6. Fasilitator linus akan menerangkan perkataan tersebut untuk pengetahuan kanak-

kanak linus.
LITERASI BAHASA MALAYSIA
LITERASI BAHASA MALAYSIA

Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.

Objektif

1. Memberi pendedahan berkaitan dengan kaedah membaca dan menulis ayat mudah

dengan betul.

2. Melatih murid untuk membaca dan menulis dengan betul.

Masalah : Kanak-kanak mempunyai masalah dalam membaca dan menulis ayat mudah.

Andaian : Kanak-kanak masih keliru dengan imbuhan perkataan.

Aktiviti Siapa Pintar (sederhana)

Merupakan aktiviti yang sangat seronok dijalankan bersama dengan kanak-kanak linus.

Aktiviti ini merupakan rentetan daripada aktiviti papan pengetahuan yang telah di jalankan

sebelum ini. Kanak-kanak linus perlu menyelesaikan tugasan yang pertama dahulu sebelum

mereka mara ke peringkat ini. Dalam aktiviti ini, kanak-kanak linus perlu bekerjasama

menyelesaikan teka-teki yang terdapat dalam petikan yang diberi.

Rasionalisasi/ Teori

David Ausubel (1918-2008) merupakan seorang ahli psikologi amerika yang terkenal dengan

sumbangannya terhadap pembelajaran bermakna melalui penggunaan bahasa. Hasil

kajiannya menghasilkan konsep penting dalam pengajaran pembelajaran, iaitu Advance

Organizer (AO) ataupun pendedahan/pengurusan awal. Menurut beliau pembelajaran

bermakna boleh berlaku melalui penggunaan bahan yang bermakna. Bahan yang

dimaksudkan, boleh dalam bentuk teks atau penyampaian guru. Dalam aktiviti "Siapa Pintar"

satu bentuk teks atau petikan ringkas disediakan bagi kanak-kanak Linus. Mereka perlu

menyelesaikan teka-teki dalam petikan tersebut. Dengan yang demikian, banyak maklumat

dapat dikuasai secara serentak. Menurut Ausubel juga, pembelajaran bergantung pada

pengetahuan asas sama ada dalam bentuk pengetahuan sedia ada ataupun persembahan
LITERASI BAHASA MALAYSIA

maklumat umum ataupun gabungan kedua-duanya. Hal ini berlaku pada masa maklumat

baru sedang dalam proses perolehan. Pembelajaran akan berlaku apabila maklumat baru

mempunyai kaitan dengan maklumat atau pengalaman sedia ada dalam struktur kognitif.

Cara Perlaksanaan

1. Kanak-kanak linus masih dikekalkan dalam kumpulan yang sama seperti aktiviti yang

pertama.

2. Setiap kumpulan akan di bekalkan dengan sebuah petikan.

3. Kanak-kanak linus perlu membaca dan melengkapkan perkataan imbuhan awalan

dan imbuhan akhiran yang terdapat pada petikan tersebut.

4. Murid perlu menjawab teka-teki yang disediakan.

5. Setelas selesai menjawab, kanak-kanak linus di benarkan untuk mara ke permainan

seterusnya.
LITERASI BAHASA MALAYSIA

Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan


rangsangan.

Objektif :

1. Memberi pendedahan kepada kanak-kanak untuk mempertingkatkan keupayaan

membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.

2. Meningkatkan keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.

3. Meningkatkan keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan

bahan rangsangan.

Masalah : Kanak-kanak mengalami masalah dalam keupayaan membaca, memahami dan

menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

Andaian : Mereka masih keliru dan tidak dapat membezakan penggunaan imbuhan dalam

ayat.

Aktiviti Boneka Interaktif

Boneka atau puppet adalah objek-objek yang diukir untuk mewakili watak-watak cerita. Apa

yang perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh digerak-gerakkan seolah-

olahhidup. Boneka juga mempunyai sifat-sifat yang tersendiri, yang menampilkan watak-

watak riang, sedih, marah dan lain-lain. Boneka ialah objek atau bahan yang digerakkan

serentak dengan skrip yang dibaca ataupun cerita yang disesuaikan. Nillie Mc Caslin (1984),

menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat

menarik perhatian murid serta menghidupkan suasanan yang lebih menyeronokkan dan

seterusnya memotivasikan murid. Biasanya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada

bentuk orang, tetapi boleh juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak,

situasi dan cerita yang tertentu. Ketika boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara
LITERASI BAHASA MALAYSIA

ataupun bunyi-bunyian dimainkan bagi mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh

dimainkan oleh guru sendiri ataupun sekumpulan kanak-kanak.

Rasional/Teori

Menurut Gagne (1916-2002), teori pengajaran hendaklah mengambil kira faktor-faktor

khusus yang mempengaruhi pembelajaran kemahiran yang kompleks. Gagne menganjurkan

tugas pembelajaran bagi kemahiran intelektual disusun dalam bentuk hierarki. Hierarki

pembelajaranyang dimaksudkan ialah pembelajaran isyarat, pembelajaran gerak balas,

pembelajaran rangkaian motor, pembelajaran bahasa, pembelajaran diskriminasi,

pembelajaran konsep, pembelajaran prinsip dan penyelesaian masalah. Menurut Gagne,

pemeringkatan pembelajaran penting bagi membantu pembelajaran pada setiap peringkat

serta penyusunan penyampaian pengajaran dan pembelajaran daripada peringkat asas

kepada yang lebih kompleks.

Aktiviti "Jom Main Boneka" merupakan peringkat pembelajaran yang terakhir dimana

kanak-kanak perlu menyelesaikan masalah. Pembelajaran menyelesaikan masalah

melibatkan proses mental aras tinggi yang memerlukan keupayaan mengaplikasikan

pembelajaran terdahulu seperti aplikasi rumus, konsep dan sebagainya untuk

menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pembelajaran penyelesaian masalah

mengandungi lima langkah asas, iaitu mengenal pasti masalah, mencari maklumat untuk

mengesahkan masalah, membina hipotesis untuk menyelesaikan masalah, menguji

hipotesis, membuat pilihan dan rumusan.

Cara Perlaksanaan

1. Kanak-kanak di minta untuk berkumpul bersama-sama dengan fasilitator.

2. Kanak-kanak diberi penerangan berkaitan dengan cara permainan ini dilaksanakan

dan fasilitator menunjukkan demosntrasi bagaimana permainan ini dijalankan.

3. Kanak-kanak tersebut diberi pilihan untuk memilih boneka kesukaan mereka.

*1 boneka untuk seorang kanak-kanak.


LITERASI BAHASA MALAYSIA

4. Kanak-kanak akan membuat undian siapakah yang akan memulakan dahulu

penceritaan boneka tersebut.

5. Kanak-kanak yang pertama, akan membaca perenggan pertama dan akan

melakukan apa yang ada pada perenggan dan menyelesaikan perkataan yang telah

dihilangkan pada perenggan tersebut.

6. Proses nombor lima akan diulang kepada kanak-kanak seterusnya sehingga

kesemua perenggan selesai di baca.

7. Akhir sekali, kanak-kanak diminta untuk berkumpul dan fasilitator akan memilih

seorang secara rawak untuk memberikan sedikit ulasan berkaitan dengan aktiviti

yang telah dijalankan.

Contoh Boneka
LITERASI BAHASA MALAYSIA
LITERASI BAHASA MALAYSIA

Pentaksiran

Pentaksiran bagi semua konstruk yang dijalankan ke atas kanak-kanak adalah melalui dua

kaedah iaitu :

1. Soal jawab (sepanjang aktiviti berlangsung)

2. Ujian Pra dan Post (sebelum dan selepas aktiviti)

Rujukan

Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad. (2011). Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak

Berkeperluan Khas. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Ramlah Jantan, Mahani Razali. (2002). Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari,

Kuala Lumpur: McGraw-Hill Malaysia.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam

Belajar. Selangor: Penerbit Oxford fajar Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai