Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

“KURSUS CENDAWAN”

SEKRETARIAT MyAGROSIS USM

SIDANG AKADEMIK 2013/2014

______________________________________________________________________________

TEMPAT

DEWAN KULIAH SAINS KEMANUSIAAN (SK4),

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.

TARIKH

29 MAC 2014
1.0 PENDAHULUAN

MYAGROSIS sebagai program menyokong dasar negara untuk melahirkan usahawan


siswazah moden yang terbilang berasaskan bidang pertanian selaras dengan hasrat kerajaan
untuk mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Susulan daripada
saranan kerajaan, sekreteriat MyAgrosis USM merancang untuk melaksanakan Kursus cendawan
dalam kalangan pelajar USM memandangkan projek utama MyAgrosis di bawah unit
Agroladang merupakan penanaman cendawan. Permintaan yang tinggi terhadap pengeluaran
cendawan di dalam USM sendiri membuat kami mahu menjadikan MyAgrosis sebagai perintis
dalam usaha menjadikan bidang pertanian sebagai sumber utama pendapatan di samping
melestarikan amalan kehidupan. Projek ini dirangka agar para pelajar dapat melibatkan diri
secara aktif dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut. Selain itu juga, projek ini bertujuan
untuk membuka dimensi baru dalam kerangka pemikiran mahasiswi tentang konsep lestari.
Program ini diharapkan membawa impak positif kepada mahasiswi dalam usaha menyahut
seruan kerajaan untuk memajukan bidang pertanian, menjadikan bidang pertanian sebagai
sumber pendapatan dan mendapatkan cendawan yang segar hasil usaha sendiri

2.0 OBJEKTIF

2.1 Melahirkan generasi usahawan siswazah tani moden kreatif yang mengamalkan pelbagai
kaedah teknologi moden untuk mencapai berpendapatan dalam bidang perniagaan tani.
2.2 Memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk mempelajari sendiri teknik
dan juga perkara asas dalam perusahaan cendawan secara teori dan amali. Pendedahan
yang akan diberikan nanti diharapkan dapat digunakan oleh mereka yang berminat untuk
menceburi bidang ini.
2.3 Memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk mempelajari sendiri teknik
dan juga perkara asas dalam perusahaan cendawan secara teori dan amali. Pendedahan
yang akan diberikan nanti diharapkan dapat digunakan oleh mereka yang berminat untuk
menceburi bidang ini
2.4 Membuka sisi baru kepada pelajar tentang konsep kelestarian.
2.5 Memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam program
kelestarian gaya hidup.

3.0 PROSEDUR PELAKSANAAN

Sekreteriat MyAgrosis USM akan mempromosikan iklan dan poster mengenai kursus di
laman sesawang menerusi Pages rasmi kelab, Facebook dan Handout. Selain itu, kursus ini
melibatkan dua fasa iaitu peringkat teori dan peringkat amali. Pada peringkat teori, peserta
diberi penerangan tentang penanaman cendawan tiram kelabu, cara penyediaan bongkah,
penerangan mengenai kawalan penyakit, pemasaran dan jenis-jenis cendawan yang berpotensi
serta cara-cara menjaga cendawan tersebut. Peserta bertambah jelas lagi apabila kursus ini
disusuli dengan peringkat amali. Peringkat amali melibatkan aktiviti seperti 'hand-on' iaitu proses
pembancuhan/pergaulan media iaitu habuk kayu, dedak, kapur dan sedikit air. Seterusnya, proses
diteruskan dengan memasukkan benih ke dalam beg media. Kemudian, proses penuaian hasil
ditunjukkan kepada peserta. Sesi soal-jawab dibuka untuk kedua-dua peringkat teori dan amali
untuk menjelaskan keraguan yang timbul. Kursus ini dikhususkan kepada 50
mahasiswa/mahasiswi Universiti Sains Malaysia (USM) yang terpilih berserta 30 orang
sekreteriat MyAgrosis USM

4.0 SASARAN

Semua pelajar USM terutamanya ahli kelab MyAgrosis USM


5.0 OUTPUT PERTANDINGAN
i. Peserta tahu mengaplikasikan teknik dan juga perkara asas dalam perusahaan cendawan
secara teori dan amali. Pendedahan yang akan diberikan dapat diguna pakai oleh
mereka yang berminat untuk menceburi bidang ini.
ii. Peserta akan lebih jelas mengenai dasar kelab MyAgrosis yang merupakan platform
dalam melahirkan generasi usahawan siswazah tani moden kreatif yang mengamalkan
pelbagai kaedah teknologi moden terutamanya dalam bidang pertanian
iii. Pelajar yang berminat dengan penanaman cendawan tahu rujukan dan sumber untuk
bertanyakan soalan dan pendapat
iv. Menjadikan kelab MyAgrosis sebagai satu platform untuk mengasah kemahiran dalam
bidang pertanian

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Rujuk Lampiran A

7.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran C
9.0 PENUTUP

Adalah diharapkan projek Kursus Cendawan ini dapat menepati objektif serta dapat memberi
manfaat kepada para peserta yang terlibat di samping dapat menghayati konsep sebenar
kelestarian. Semua Sekreteriat MyAgrosis USM berharap agar aktiviti ini dapat dijalankan
dengan lancar hasil kerjasama semua pihak.

Disediakan oleh,

________________________,
(NUR AKTIKA JAMIL)
Yang di Pertua MyAgrosis USM,
Sidang Akademik 2013/2014,
Universiti Sains Malaysia.

Disemak oleh,

______________________,
(PUAN NURUL IZZATI ROZALI)
Penolong Pendaftar,
Pusat Pembangunan Keusahawanan dan
Sahsiah Pelajar,
Universiti Sains Malaysia.
LAMPIRAN A
JAWATANKUASA PELAKSANAAN

Penasihat : Nur Aktika binti Jamil

Pengarah Program : Muhammad Rusydan Hamzah

Timbalan Pengarah : Muhammad Syakirin Md Salleh

Setiausaha : Nur Atifah Zakaria

Bendahari : Norsa’adah Anuar

Exco Protokol:

Munawwir syazilli Ahamd Zaki

Muhammad Arif Yahya

Exco Teknikal:

Tan Koh Lin

Muhammad NurFitri Halimi

Exco Penajaan dan Publisiti:

Nur Afiqah Asri

Nurul Balqis Izhar


LAMPIRAN B

TENTATIF PROJEK ECO-ROOM

TARIKH MASA AKTIVITI

29 Mac 2014 8.30 pagi-9.00 pagi Pendaftaran peserta yang terlibat dikawal selia oleh
Sekreteriat MyAgrosis USM
Sarapan pagi

9.00 pagi-10 pagi Bacaan Doa


Ucapan Kata alu-aluan oleh Pengarah Projek
Ucapan Kata alu-aluan oleh Yang di Pertua Kelab
Ucapan Kata alu-aluan oleh wakil LPP
Ucapan Kata alu-aluan oleh wakil PPKSP
Persembahan multimedia

10.00 pagi-11.30 Ceramah pada peringkat teori, tentang penanaman


pagi cendawan tiram kelabu, cara penyediaan bongkah,
penerangan mengenai kawalan penyakit, pemasaran
dan jenis-jenis cendawan yang berpotensi serta cara-
cara menjaga cendawan tersebut oleh Pegawai LPP
11.30 pagi-12.30 Peringkat amali kursus oleh Sekreteriat MyAgrosis
tengah hari USM

12.30 tengah hari- Sesi soal jawab


1.30 petang Cenderamata untuk jemputan khas
Cenderamata untuk peserta
Makan tengahari
Majlis bersurai
LAMPIRAN C

ANGGARAN PERBELANJAAN PROJEK ECO-ROOM

BIL PERKARA KUANTITI KOS


1. Bongkah cendawan+Benih 80 bongkah X RM1.50 RM120
2. Serbuk Kayu+Kapur+Dedak Padi 3 portion RM150
3. Sarapan dan Makan Tengahari 80 peserta X RM7.00 RM560
4. Penceramah RM 150
5. Paper bag 80X RM100
6. Alat tulis (Fail,Buku catatan) 80 X RM100

JUMLAH RM 1180

Anda mungkin juga menyukai