Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Individu Mengenai Video

Oleh: Syamsul Asyraf Ahmad Sukri 126572


Berdasarkan video pengajaran yang telah ditonton oleh saya dan juga
rakan saya ini, dapat saya katakana bahawa sesi pengajaran yang telah
dilakukan oleh koresponden didalam video ini boleh dikatakan baik namun
ianya

perlukan

beberapa

penambahbaikan

untuk

memastikan

sesi

pengajaran yang dilaksanakan dapat menarik minat dan juga perhatian


murid.
Setelah meneliti video ini, saya merasakan saya perlu menjadikan apa
yang ditunjukkan oleh koresponden di dalam video ini sebagai satu contoh
dan juga pengajaran buat saya bagi melatih diri saya menjadi seorang guru
yang berwibawa dan juga dapat mengajar dalam suasana yang efektif dan
berkesan. Seorang guru yang berwibawa perlu menerapkan aspek-aspek
kemahiran mengajar yang tepat dan sesuai untuk memastikan setiap sesi
pembelajaran itu berjalan dengan baik dan lancar.
Sebelum memulakan pengajaran, seorang guru itu perlu untuk
menyediakan satu set induksi yang baik bagi menarik perhatian murid dan
juga memastikan murid menumpukan perhatian kepada apa yang akan
dipelajari mereka.
Selain itu, ketika

membuat sesi perbincangan, guru perlulah

melibatkan semua murid bagi mengelakkan terdapat murid yang pasif


kerana ia mungkin akan menyebabkan mereka tidak memahami butir-butir
perbincangan disamping guru juga perlu turut sama terlibat dalam
perbincangan tersebut supaya perbincangan tidak tersasar daripada topik
yang dibincangkan.
Akhir sekali, saya merasakan bahawa untuk menjadi seorang guru
yang terbaik dan efektif saya perlu memastikan sesuatu sesi perbincangan

tidak seharusnya dibiarkan berlarutan sehingga jangka masa yang lama


kerana ia akan menyebabkan murid berasa bosan dan mengganggu sesi
pembelajaran. Banyak yang saya belajar daripada video ini dan dapat
jadikan ia sebagai pengajaran dan panduan buat saya.

Anda mungkin juga menyukai