Anda di halaman 1dari 34

PROGRAM LITERASI KEMERDEKAAN

Posted by PSS SMK CONVENT ALOR SETAR on September 2, 2013


Posted in: AKTIVITI, literasi maklumat, MEMBACA. Tagged: AKTIVITI, budaya ilmu, budaya membaca, GURU
CEMERLANG, LITERASI MAKLUMAT, pengurusan PSS, pusat sumber sekolah. Leave a comment
Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan PSS telah berkolaborasi dengan Unit HEM dan Jabatan
Kemanusiaan dalam melaksanakan aktiviti bertemakan Negara. Pelaksanaan aktiviti berteraskan
elemen literasi maklumat khasnya dalam program keceriaan sekolah. Terima kasih atas
kerjasama yang diberikan oleh seluruh warga sekolah.

BI AKTIVITI TARIKH TEMPAT TINDAKA


L N

1 Kuiz Mingguan Sejarah Setiap selasa Dataran Panitia


mulai23 Julai Karisma Sejarah
10 Sept

2 Smart Reader Kemerdekaan Malaysia Waktu PPWaktu PSS Pengawas


Relief PSS dan
guru
bertugas

3 Agen 1 Bulan 1 Buku 22/8/201329/8/20 Perkaranga Pengawas


13 n sekolah( PSS
waktu
5/9/2013 rehat)

12/9/2013

4 Menulis Slogan Saya berbangga P&P Pendidikan Kelas Panitia


menjadi anak Malaysia kerana( tingkatan Sivik masing- Sivik-
1 & 2) masing Puan Nor
Shapiza

5 Pertandingan Zon Info Kemerdekaan 12/8/30/8- Kelas PSS- Pn.


30/8/2007 masing- Zuridah
masing
Pn.
Norzawati

Pn.
Norazlina

6 Pertandingan Warna-warna Merdeka- Waktu P&P Kelas Panitia


tingkatan 1 dan 2 Seni visual
En.
Mohd
Solleh
7 Pertandingan Menulis Jawi 29/8/2013 Waktu Panitia
Rehat Pendidikan
Islam- Pn.
Khoirinaja
h Bakar

8 PSS

9 Reading Olimpus Online 1 Malaysia 25/8- 5/9/2013 Waktu Ko- PSS


K

10 Pengawas
PSS

11 Sudut Harapan dan aspirasi anak 20-22/8/2013 Rehat Pengawas


Malaysia..(cetusan pendapat) PSS

12 Pameran buku-buku Kemerdekaan 20/8 Rehat Pengawas


12/9/2013 PSS

13 Bacaan Yasin Perdana/ 29/8/2013 Waktu Panitia P.


TahlilPendidikan kewarganegaraan NILAM Islam

Panitia P.
Moral

MEMBACA@RAMADHAN 2013
Posted by PSS SMK CONVENT ALOR SETAR on August 28, 2013
Posted in: AKTIVITI, literasi maklumat, MEMBACA. Tagged: AKTIVITI, budaya membaca, GURU
CEMERLANG,LITERASI MAKLUMAT, pendidikan sepanjang hayat, pengurusan PSS, PSS Cemerlang, tabiat membaca.
Leave a comment
AKTIVITI PSS SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Tarikh Tingkatan Tempat Aktiviti

11/7/2013 Pelajar Surau/Dewan Tazkirah/Sembahyang Dhuha


Muslim

Pelajar Bukan Kelas I-Think Sejarah


Muslim
18/7/2013 Pelajar Surau/Dewan Tazkirah/Sembahyang Dhuha
Muslim

Pelajar Bukan Kelas penanda buku bertema bunga


Muslim
Pelajar Bukan Kantin Kerja Khusus- Rekacipta NILAI
Muslim 4
25/7/2013 Pelajar Surau/Dewan Majlis sah khatam Al-quran
Muslim

Pelajar Bukan Kelas Kempen Info Kemerdekaan


Muslim

Pelajar Bukan Bilik Guru/Bilik Kerja Khusus khidmat Sosial


Muslim 4 Khas
14- 1-5 Kantin/Terowong Membaca @ Ramadhan
25/7/2013 Masa/ Galeri
Sejarah/PSS
14- 1-5 PSS Pameran dan pinjaman buku agama
25/7/2013

BULAN MEMBACA 2013


Posted by PSS SMK CONVENT ALOR SETAR on July 21, 2013
Posted in: AKTIVITI, literasi maklumat, MEMBACA. Tagged: AKTIVITI, budaya ilmu, budaya membaca, GURU
CEMERLANG, kualiti pendidikan, LITERASI MAKLUMAT, pendidikan berkualiti. Leave a comment
1.0 Rasional

Pembudayaan amalan membaca perlu dilaksanakan secara berterusan menerusi aktiviti galakan
membaca. Hal ini kerana tahap pembacaan warga sekolah khasnya murid-murid perlu
ditingkatkan demi mencapai status Negara maju menjelang 2020. Tambahan pula, perubahan
kepada sistem pendidikan Negara memerlukan generasi yang mampu berfikir di luar kotak dan
membuat penyelesaian secara pemikiran aras tinggi. Oleh itu, adalah wajar pihak sekolah
khasnya Pusat Sumber Sekolah memberi pendidikan literasi supaya dapat membantu pembinaan
tahap intektual rakyat yang tinggi menerusi JOM BACA.

2.0 Matlamat

Menggalakkan pembacaan, meluaskan pengetahuan berbahasa pelajar dan seterusnya


menjadikan budaya membaca sebagai salah satu gaya hidup baru dalam kalangan guru, murid-
murid dan staf sokongan.

3.0 Strategi dan pelan pelaksanaan


Aktiviti
Bil Tarikh
Pelaksanaan/Tempat

1 23/6/2013 Pelancaran

Dataran Karisma

2 23 Jun- 4 Julai 2013 Agen 1 Bulan 1 Buku

3 19 Jun 4 Jun 2013 Ops NILAM


4 23-27 Jun /1-4 Julai Klinik Untuk Jaya (Literasi Maklumat Waktu
Relief)

5 23 27 Jun 2013 Pengumpulan majalah terpakai


6 23 26 Jun 2013 Operasi Opps Lewat

7 1 Julai 2013 Hari Pengampunan Buku


8 23 Jun- Kuiz Rangkaian Sumber- Opps Daulat

4 Julai 2013

Galeri Sejarah

Terowong Masa PSS


R&R

9 27 Jun 2013 Pertandingan Peta Minda/ i Think


10 26 27 Jun 2013 Pameran Buku

11 25 Jun 2013 Penulis Muda

12 24 25 Jun Program Bacaria/ aktiviti bahasa

1 2 Julai
13 2 Julai 2013 Pertandingan melukis Komik KOMSAS

14 2 Julai 2013 Info Seekers

15 24-27 Jun/ 1-4 Julai Pengunjung Bertuah


16 3-4 Julai 2013 Penebusan Kupon

17 2 Julai 2013 Kelab Generasi Y : Membina Majalah Kelab


(NIE)

18 23-27 Jun 2013 Operasi Data I NILAM


19 4 Julai 2013 Tazkirah Ramadhan/Moral

(waktu NILAM)

20 30 Jun-4 Julai Cafe NILAM

21 25-26 Jun 2013 OPPS reading room


CONTOH READING ROOM BAGI
PEMANTAUAN PERTAMA
Posted by PSS SMK CONVENT ALOR SETAR on July 7, 2013
Posted in: literasi maklumat, MEMBACA. Tagged: AKTIVITI, budaya membaca, galakan membaca, GURU
CEMERLANG, LITERASI MAKLUMAT, PSS Cemerlang, pusat sumber sekolah. Leave a comment
Tahniah! kelas-kelas berikut telah mempamerkan kerjasama yang mantap dalam mewujudkan
sudut reading room masing-masingtingkatkan penggunaannya. anda boleh mengunjungi sudut
reading room anda semasa:-

waktu senggang
waktu relief
apabila tamat persekolahan
semasa tugasan yang diberikan oleh guru selesai
BAHAN LITERASI MAKLUMAT UNTUK GPM
Posted by PSS SMK CONVENT ALOR SETAR on June 4, 2013
Posted in: AKTIVITI, BICARA GURU, literasi maklumat. Tagged: AKTIVITI, GURU CEMERLANG, LITERASI
MAKLUMAT, pendidikan sepanjang hayat, PSS Cemerlang, pusat sumber sekolah, teknologi pendidikan. 1 Comment
PARA GPM BOLEH MUAT TURUN BAHAN BERKAITAN LITERASI MAKLUMAT DAN
OLAH MAKLUMAT MENJADI AKTIVITI LITERASI YANG BERSESUAIAN DENGAN
SEKOLAH ANDA .

1. Apa-Itu-Literasi-Maklumat
2. KEMAHIRAN MAKLUMAT (2)
3. Kemahiran Membaca
4. KEMAHIRAN MENDENGAR
5. KEMAHIRAN_MAKLUMAT
6. KOLABORASI
7. Peta Minda
8. sukatan_kemahiran maklumat
9. contoh p&p kemahiran maklumat

KERTAS KERJA AKTIVITI YANG BERSESUAIAN BOLEH DIOLAH MENERUSI


PAPARAN INIhttps://pssmkcas.wordpress.com/2012/09/29/koleksi-kertas-kerja-sekolah/

LIGA REMAJA KREATIF


Posted by PSS SMK CONVENT ALOR SETAR on May 27, 2013
Posted in: literasi maklumat, MEMBACA. Tagged: AKTIVITI, bahan bacaan, buku buku, galakan membaca, GURU
CEMERLANG, LITERASI MAKLUMAT, PELAJAR CEMERLAN. Leave a comment
Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013

Pengenalan

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 merupakan satu pertandingan kandungan terbitan
tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk
dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.
Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 2 5 minit dan pada umumnya
bertemakan jalur lebar dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.

Tema

Tema bagi pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 adalah KLIK DENGAN BIJAK.

Objektif Pertandingan

Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:

1. Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan;


2. Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan; dan
3. Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri
kandungan.

Durasi Penyertaan
: 2 5 minit

Tarikh Mula Penyertaan


: 29 April 2013

Tarikh Tutup Penyertaan


: 21 Jun 2013

Syarat Penyertaan

A. Maklumat Pengenalan
1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan (KPKK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Penyiaran Malaysia
(RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
2. Pertandingan ini dibuka dari 29 April 2013 hingga 21 Jun 2013.
3. Tema bagi produksi adalah KLIK DENGAN BIJAK dan mestilah berbahasa Malaysia.

B. Kelayakan Pertandingan

1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif ini terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh
Malaysia.
2. Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia.

C. Terma dan syarat pertandingan

1. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripadaempat (4)
orang pelajar dari sekolah yang sama.
2. Setiap kumpulan hendaklah mendapat kebenaran daripada ibubapa/penjaga dan pihak sekolah
untuk menyertai pertandingan ini.
3. Ketua kumpulan dikehendaki mengisi borang penyertaan dalam talian yang telah disediakan
dihttp://lrk.skmm.gov.my
4. Penyertaan hendaklah di antara 2-5 minit.
5. Video penyertaan hendaklan dimuat naik melalui pautan yang disediakan di borang penyertaan.
6. Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat
awam.
7. Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak
menyinggung mana-mana pihak.
8. Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana festival
filem/video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
9. Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
10. Penyertaan adalah percuma.
11. Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi penerimaan akan
dikeluarkan oleh Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif kepada pihak sekolah.
12. Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
13. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak
asli/diciplak.
14. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik
sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
15. Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
16. Hakcipta produksi adalah hakmilik peserta. Peserta mestilah membenarkan Sekretariat
Pertandingan Liga Remaja Kreatif menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan
siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
17. Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap video penyertaan bagi tujuan
penyiaran.
18. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan
produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
19. Peserta dikehendaki menyimpan video penyertaan asli sekiranya diperlukan.
20. Pihak sekretariat berhak mendapatkan salinan asal video penyertaan untuk tujuan penyiaran.
21. Setiap video penyertaan hendaklah disertakan maklumat seperti Tajuk Produksi, Nama Pelajar
dan Nama Sekolah di awal video. (Sila lihat contoh di bawah)

Contoh:

Liga Remaja Kreatif 2013

Liga Remaja Kreatif 2013Pengguna Internet Berhemah


Tajuk Produksi

Ahmad, Fathin, Muthu, Fiona


Nama Pelajar

SMK Cyberjaya, Selangor


Nama Sekolah

Hadiah

Peringkat Negeri

Hadiah tempat pertama


: RM5,000 beserta kamera digital, trofi dan sijil penyertaan

Hadiah tempat kedua


: RM3,000 beserta kamera digital, trofi dan sijil penyertaan
Hadiah tempat ketiga
: RM2,000 beserta kamera digital, trofi dan sijil penyertaan

Hadiah saguhati
: RM500 x 7 dan sijil penyertaan

Peringkat Kebangsaan

Hadiah tempat pertama


: RM10,000 berserta iPad dan trofi

Hadiah tempat kedua


: RM7,500 berserta iPhone dan trofi

Hadiah tempat ketiga


: RM5,000 berserta iPhone dan trofi

Pertanyaan

Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi

SEKRETARIAT PERTANDINGAN LIGA REMAJA KREATIF 2013 SURUHANJAYA


KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA PRIMA AVENUE 1 BLOK 3507, JALAN
TEKNOKRAT 5 63000 CYBERJAYA

No Telefon
: 03 8688 8328 / 03 8688 8475

No Faks
: 03 8688 8469

Emel
: ligaremajakreatif@cmc.gov.my

Web
: http://lrk.skmm.gov.my
ETIKA ALAM SIBER
Posted by PSS SMK CONVENT ALOR SETAR on May 2, 2013
Posted in: artikel, KLINIK MEMBACA, literasi maklumat. Tagged: AKTIVITI, bahan bacaan, budaya ilmu, budaya
membaca, GURU CEMERLANG, LITERASI MAKLUMAT, PSS Cemerlang, pusat sumber sekolah, tabiat membaca.Leave a
comment
ETIKA DI ALAM SIBER

Oleh

Zuridah Hanim bt Md. Akhir

(SEPERTI YANG DISIARKAN DALAM DEWAN SISWA FEBRUARI 2013)

Kes 1:

Avatar : Aaron Aziz

Nama pena : Pemuda kacak

Kerjaya : Pramugara

Identiti sebenar : pelajar lelaki tingkatan dua

Kes 2 :

Avatar : Song Hye Kyo (Artis Korea) Song Hye Kyo

Nama pena : Annyeong Hasayo

Kerjaya : Model Sambilan

Identiti sebenar : pelajar perempuan darjah enam.


Fenomena ini bukanlah suatu yang luar biasa. Ramai yang bersembunyi di sebalik wajah orang
lain apabila berinteraksi di alam siber. Berdasarkan perangkaan pada tahun 2008, remaja antara
umur 15 hingga 19 tahun merupakan peratusan pengguna terbesar di alam siber. Anak-anak
yang dilahirkan antara tahun 1980an hinggalah penghujung 2001 atau lebih sinonim dengan
nama Generasi Y telah menjadikan internet terutamanya laman jaringan sosial seperti
Facebook, You Tube, Twitter dan Myspace sebagai sebahagian daripada keperluan
hidup mereka. Malah adalah menghairankan dan dianggap tidak mengikut tren seandainya
mereka tidak mempunyai akaun e-mel sendiri. Dunia siber umpama ruang pasar yang amat
luas, misteri, bersifat global dan segalanya yang berlaku tidak mewajibkan kita bertemu secara
nyata di alam sebenar.

Apakah yang dimaksudkan dengan alam siber ? Menurut kamus Dewan, siber bermaksud
sesuatu yang dikaitkan dengan komputer dan internet. Istilah dunia siber mula diperkenalkan
oleh seorang penulis sains fiksyen, William Gibson pada tahun 1984. Menerusi buku fiksyennya
yang bertajuk Neuromancer, beliau menggambarkan alam siber sebagai satu istilah tekno
yang berfungsi sebagai kata laluan untuk semua idea sibernatik. Kini istilah ini digunakan secara
meluas untuk menggambarkan sesuatu yang berkaitan dengan komputer, teknologi maklumat,
internet dan pelbagai budaya internet yang merujuk kepada dunia atas talian sebagai media

komunikasi.

Selaras dengan perkembangan internet Web 2.0, berlaku gelombang besar dalam peranan
pengguna siber. Mereka tidak lagi sekadar menjadi pemerhati tetapi turut menjadi penyumbang
kepada kandungan laman web. Menerusi aplikasi jaringan sosial seperti Twitter dan Facebook,
ruangan forum dan blog, pengguna disediakan platform untuk menyumbangkan bahan seperti
gambar (flickr), video (You Tube), lagu (Project Playlist) mahupun urusniaga jual beli produk
menerusi mudah.com, eBay atau lelong. Peranan yang dimainkan oleh setiap individu di alam
siber membolehkan setiap insan mempunyai kuasa tersendiri walaupun bersembunyai di sebalik
avatar dan nama samaran. Risiko kecurian maklumat peribadi, gambar dan video yang dimuat
naik amat tinggi apatah lagi ramai pengguna khasnya golongan remaja dengan mudah
mendedahkan maklumat diri masing-masing. Keadaan ini mendedahkan pengguna khasnya
golongan remaja kepada jenayah di alam siber !

Jenayah Alam Siber

Menurut CyberSecurity Malaysia, sebanyak 4000 kes jenayah siber telah dilaporkan sejak tahun
2008. ZDNet Asia pula melaporkan 75 peratus responden di rantau ini mengatakan sistem
mereka dicerobohi penjenayah siber pada tahun 2009. Kes-kes ini biasanya melibatkan
penggodam professional yang mempunyai tahap kemahiran komputer yang tinggi sehingga
berjaya menceroboh laman-laman web persendirian, kerajaan dan bank-bank bertaraf
antarabangsa. Kesannya, berlaku proses pindahan wang bernilai jutaan ringgit. Kes-kes sebegini
tidak harus dipandang ringan kerana jenayah siber yang dilakukan oleh penggodam profesonal
ini hanya perlu mendapatkan maklumat menerusi akaun e-mel peribadi mangsa. Kecurian
maklumat peribadi bermakna penggodam bebas melakukan apa sahaja dengan menggunakan
identiti mangsa ! Terdapat beberapa kes jenayah siber berlaku yang hanya bermula dari
pencerobohan akaun e-mel peribadi

1. Akaun e-mel digunakan untuk menghantar mesej berbentuk lucah kepada teman-teman, rakan
sekerja, klien-klien dan majikan. Kesannya, mangsa dibuang kerja atas alasan beliau merupakan
individu yang tidak beretika dan memalukan organisasi.
2. Transaksi pengeluaran wang menerusi perbankan internet oleh pihak ketiga. Terdapat
penggodam licik yang membuat tranksaksi secara berkala tetapi berterusan melibatkan
ratusan akaun peribadi sehingga tidak disedari oleh pemilik sebenar akaun.
3. Mangsa ditipu menerusi laman web bank palsu. Apabila mangsa melayari laman web tersebut
untuk membuat perbankan internet dengan memasukkan nombor akaun dan nombor pin,
penggodam dapat menjejaki identiti dan membuat transaksi di laman web bank sebenar.
4. Mangsa dirogol dan kemudian dilacurkan setelah keluar dengan kekasih yang dikenali secara
maya. Mangsa berkenalan secara maya menerusi ruangan sembang. Kebanyakan ibu bapa
mangsa terkejut dengan kejadian ini kerana beranggapan anak-anak mereka seorang yang
anti-sosial dan lebih gemar menghabiskan masa berada di rumah terutama di depan skrin
komputer.
5. Seorang remaja wanita terkejut dan menyesal apabila rakaman aksi ghairahnya yang
dihadiahkan kepada teman lelakinya telah dimuat naik menerusi You Tube setelah mereka
bergaduh sehingga menyebabkan perpisahan.
6. Mangsa menerima e-mel dan mesej pesanan ringkas (SMS) palsu kononnya dari Bank Negara
Malaysia, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, atau pengawai bank. Mangsa diminta
membuat pindahan wang atau memberikan nombor akaun beserta nombor pin untuk
memudahkan urusan. Maklumat mangsa diperoleh dari internet.
7. Seorang remaja lelaki berusia sebelas tahun sering diganggu fidofilia yang menghantar
gambar porno kepadanya sehingga menyebabkan gangguan emosi.
8. Mangsa kehilangan kontrak jutaan ringgit apabila e-mel yang ditunggu tidak kunjung tiba
walaupun pengirim telah menghantarnya beberapa kali. Kejadian ini berlaku apabila akaun e-
mel mangsa tiba-tiba penuh dengan spam yang dihantar menyebabkan sebarang mesej terbaru
tidak dapat diterima.

Dalam dunia internet hari ini, penggodam tidak semestinya mereka yang benar-benar pakar
dalam bidang komputer. Terdapat beberapa kes yang berlaku, penggodam hanyalah kanak-kanak
atau remaja belasan tahun. Tiada keperluan khusus untuk menjadi penggodam kecuali berniat
jahat, mempunyai kemahiran komputer dan tidak mudah putus asa berusaha. Tambahan pula
teknik menggodam boleh didapati dengan mudah menerusi internet. Di samping itu, teknik
penipuan juga membabitkan kes mencuri identiti, spam, phishing, pencurian data, malware
dan sebagainya.

Etika di alam Siber.

Para remaja boleh mengelakkan diri dari menjadi mangsa siber sekiranya berada di alam maya
secara beretika. Pendedahan berkaitan jenayah siber perlu didedahkan supaya para remaja
mengetahui risiko yag bakal diterima dan sentiasa berusaha untuk mengelak dari menjadi
mangsa. Berfikirlah dahulu sebelum mendedahkan maklumat peribadi di ruang maya dan
belajarlah kaedah melindungi diri dan pengguna lain daripada terjebak. Kepercayaan tidak boleh
diberi kepada individu yang dikenali menerusi internet.

Terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi pengguna komputer. Yang pertama,
melaburlah untuk membeli program antivirus yang baik dan menyediakan pertahanan yang
secukupnya pada komputer peribadi anda. Sebaik-baiknya komputer peribadi anda mempunyai
firewall untuk mengelakkan daripada mudah dicerobohi. Kata laluan perlu sentiasa
dikemaskini dengan penggunaan aksara yang lebih selamat dan sukar diakses oleh orang lain.
Jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi kepada orang lain.

Kedua, jangan sesekali membuka e-mel daripada orang yang tidak anda kenali, yang tiada tajuk
atau meragukan. Terus buang e-mel berkenaan. Jika anda membuka juga e-mel berkenaan,
pastikan anda tidak terus menekan pada pautan yang disediakan. Biasanya transaksi rasmi dalam
talian tidak akan menghantar emel yang mempunyai pautan di dalamnya.

Seterusnya, berhati-hatilah apabila bersembang menggunakan ruangan chatting atau messenger


dengan orang yang tidak dikenali. Sebaiknya, abaikan sahaja mesej yang diterima. Penipu
biasanya mempunyai kemahiran hebat mempengaruhi mangsa dengan kata-kata. Elakkan
menjadi terlalu peramah atau memasang angan-angan mencari kenalan di ruangan maya.
Banyak kes rogol, penculikan dan pembunuhan bermula daripada ruangan sembang di internet.
Jangan mudah membuat temu janji. Sekiranya anda bersetuju untuk bertemu, anda sebenarnya
telah meletakkan sebelah kaki anda dalam perangkap mereka.

Keempat, jangan buka sebarang lampiran (attachment) yang dihantar tanpa dimbas terlebih
dahulu. Terdapat juga lampiran yang dihantar menggunakan identiti mereka yang dikenali.
Identiti ini boleh diperoleh dengan mencuri masuk ke dalam Microsoft Outlook pada
komputer. Di samping itu, jangan mudah terpedaya dengan godaan untuk menjadi kaya dengan
cepat menerusi pelaburan yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda. Sebaik-baiknya
hadirilah kursus pemasaran di internet yang dianjurkan secara berdaftar sekiranya akan berminat
mencari wang sampingan di internet.

Selain itu, jangan mudah mengeluarkan wang sebagai deposit untuk mendapatkan sesuatu yang
dijanjikan. Antara yang kerap menarik perhatian remaja kini ialah menjadi responden soal selidik
yang kononnya diuruskan oleh agen yang bekerja untuk syarikat korporat atau bekerja
sampingan di rumah untuk menjana pendapatan. Iklan sebegini memerlukan anda mengeluarkan
sedikit wang sebagai modal. Sebenarnya kebanyakan syarikat yang terlibat tidak membuat
sebarang perniagaan yang dijanjikan sebaliknya memperoleh pendapatan menerusi kutipan
deposit secara berantai daripada mangsa.

Gunakanlah fikiran yang rasional dan waras semasa membuat penilaian untuk mendapatkan
sebarang sumber maklumat di internet. Tidak semua yang dipaparkan dalam internet adalah
benar. Malah terdapat penulis blog yang menggunakan internet sebagai media untuk
mempengaruhi orang lain. Bagi remaja Islam, penilaian yang teliti perlu dibuat kepada sebarang
fakta terutama yang melibatkan hukum hakam Islam. Pastikannya anda mendapat fakta yang
betul daripada laman web yang berdaftar.

Sebagai remaja yang kebanyakkannya masih menuntut ilmu, internet merupakan sumber
terpantas bagi mendapatkan maklumat. Setiap ilmu yang diperoleh perlu dimanfaatkan untuk
tujuan kebaikan. Jangan sesekali mempunyai niat mencari ilmu yang boleh memudaratkan diri
dan orang lain. Kebebasan memperoleh maklumat di hujung jari ini memerlukan kekuatan
dalaman diri agar wujud satu dinding yang memisahkan kita dengan maklumat-maklumat yang
tidak perlu.

Akhir sekali, letakkan tujuan sebenar kita melayari internet. Jangan sesekali tersilap dan tergoda
dengan paparan untuk melayari laman web yag boleh menggoda diri atau menaikkan nafsu anda.
Elakkan sama sekali melayari laman web porno. Bukan sahaja berdosa di sisi agama, malah
laman web porno akan melahirkan generasi muda yang rosak pemikirannya, mempunyai minda
yang kotor serta boleh menyebabkan ketagihan yang teruk. Mencegah lebih baik daripada
mengubati. Ketagihan melayari laman web porno sama seperti mengalami masalah ketagihan
dadah, arak atau seks yang sukar diatasi. Gejala ini turut memberi kesan kepada kesihatan diri
dalam jangka panjang.
Sebagai langkah perlindungan, para remaja boleh mengambil langkah-langkah berikut semasa
menggunakan internet:-

1. Melindungi maklumat peribadi dengan tidak memberi nombor akaun anda kepada orang yang
tidak dikenali.
2. Melindungi kata laluan dan tidak mendedahkan kepada orang lain. Hal ini termasuklah tidak
melekatkan kata laluan di tempat umum atau menyimpannya di dalam dompet. Dikuatiri
apabila anda kehilangan dompet, anda juga turut kehilangan pelbagai benda lain termasuk
maruah diri.
3. Mengenali dan tahu dengan siapa anda berurusan menerusi ruang internet.
4. Sentiasa mengemaskini perisian anti-virus, anti-spyware dan mempunyai firewall` yang aktif
untuk melindungi komputer anda.
5. Senantiasa membuat salinan pada fail-fail yang penting dan disimpan di tempat yang selamat.

Tindakan yang Melanggar Etika

Selaku pengguna internet yang beretika, para remaja perlulah menyedari bahawa adalah menjadi
satu kesalahan sekiranya melakukan perkara-perkara berikut di ruang maya samada secara
langsung mahupun tidak langsung dengan bersubahat dengan orang lain dalam aktiviti :-

1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina,


memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar Negara.
2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan serta
perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.
3. Menganjurkan aktiviti yang membahayakan individu, organisasi atau masyarakat.
4. Menggalakkan, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, surat
berantai dan skim piramid serta lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan
Malaysia.
5. Menghantar iklan yang tidak dikehendaki menerusi emel, sengaja membanjiri akaun e-mel
orang lain dengan menghantar emel yang sama atau bersaiz besar atau menghantar mesej
yang sama kepada banyak kumpulan berita (newsgroup).
6. Memalsukan e-mel untuk mengelirukan penerima.
7. Menceroboh (hacking) sistem kepunyaan orang lain secara haram sehingga terdapat
gangguan sistem.
8. Memberi maklumat yang salah kepada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian
termasuk memalsukan kad kredit.
9. Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian bagi mencuri atau memintas data
pihak lain.

Semuanya di hujung jari anda ! Perubahan gaya hidup dan ledakan kemajuan maklumat
memerlukan etika yang tinggi agar kita dapat sama-sama melahirkan generasi celik komputer
yang beretika. Sememangnya remaja hari ini mempunyai cabaran besar dalam menentukan
kesahihan maklumat, mengelakkan diri dari menjadi pelayar web negatif dan tidak mengunakan
ruang maya untuk mengfitnah. Elakkan daripada melakukan pencemaran bahasa . Pepatah
Melayu ada menyebut

Yang kurik itu Kendi , yang merah itu saga

Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa

Remaja yang menyentuh papan kekunci komputer perlulah mengamalkan etika yang telah
digariskan dan melayari internet dengan penuh tanggungjawab supaya perubahan corak hidup
moden yang kita alami hari ini tidak akan merubah paradigma sosiobudaya dan bahasa
komunikasi kita seharian. Jangan biarkan fikiran dan tindak tanduk kita dijajah oleh alam siber
dan jaringan maya ciptaan kita sendiri. Jadikanlah pegangan agama sebagai rujukan. Segalanya
ditangan kita !

Anda mungkin juga menyukai