Zainal Ajmain
Wilayah Scotland di UK pada tahun lepas telah melahirkan kekecewaan mereka berada
dalam UK dan menuntut untuk keluar dari negara tersebut. Pelbagai bentuk media
sosial dieksploitasi untuk mendapatkan sokongan serta memberi tekanan kepada
pemerintah. Kerajaan UK akhirnya bersetuju untuk mengadakan referendum namun
keputusannya amat mengejutkan apabila majoriti penduduk Scotland rupa-rupanya
lebih berminat untuk kekal berada dalam UK. Kini keadaan yang hampir sama sedang
berlaku di Sabah dan Sarawak apabila muncul gerakan yang menuntut kedudukan dua
negeri ini disemak semula, malah mahukan autonomi yang lebih tinggi diberi kepada
mereka. Medial sosial dieksploitasi untuk menjadi wadah bagi menggembar-gemborkan
isu ini. Sama ada di dalam laman web atau facebook dan lain-lain telah muncul laman
seperti SSKM atau Sabah Sarawak Keluar Malaysia, The Future of Sabah and Sarawak
and the Federation of Malaysia, Gerakan Sabah Merdeka dan Sabah Merdeka
Channel. Media sosial ini mendapat hit atau kunjungan yang tinggi dan ia seharusnya
diberi perhatian yang wajar oleh pihak berkuasa demi kepentingan integrasi nasional.
Kumpulan penyelidikan ini cuba melihat sejauh mana kekuatan peranan media sosial
dalam usaha kempen meyakinkan pelbagai pihak akan tuntutan mereka. Sdra Zainal
Ajamain merupakan aktivis yang mahir dalam perkara ini dan telah mendapat banyak
jemputan sama ada dari pemerintah atau badan lain untuk memberi penjelasan akan
duduk perkara yang sebenar perkembangan gerakan ini.
Kata kunci:
Persekutuan Malaysia
Integrasi Nasional
Media Sosial
Etnisiti
SSKM
Siri Wacana KITA
Aturcara.