Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN SEKOLAH

1. Pakaian
1.1 Sewaktu sesi persekolahan atau menyertai sebarang aktiviti kokurikulum, murid
diwajibkan memakai uniform sekolah atau pakaian seragam unit beruniform yang
ditetapkan.
1.2 Pakaian seragam sekolah merupakan baju kemeja putih berlengan pendek, seluar
pendek berwarna biru tua (lelaki), baju pinafore (perempuan), kasut kanvas dan stoking
berwarna putih.
1.3 Lencana sekolah mesti dijahit di bahagian kiri atas poket pada uniform sekolah.
Jahitan nama murid dalam Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris mesti dijahit di bawah
lencana sekolah.
1.4 Pakaian seragam sekolah mesti sentiasa bersih dan kemas.
1.5 Sewaktu kelas Pendidikan Jasmani, murid mesti memakai baju T sekolah dan seluar
panjang/ pendek berwarna biru tua.

2. Rambut, Barang Kemas


2.1 Rambut murid perlu sentiasa pendek mengikut peraturan sekolah dan dilarang
mewarnakan rambut.
2.2 Rambut di bahagian hadapan yang sudah menyentuh kening perlu digunting atau
dipin dengan pin berwarna hitam. Rambut yang panjang perlu diikat. Hanya pin berwarna
hitam sahaja dibenarkan.
2.3 Murid dilarang memakai barang kemas, hanya subang berbentuk bulat dibenarkan.

3. Kebersihan Kesihatan Diri


3.1 Kuku murid hendaklah sentiasa pendek.
3.2 Murid yang sakit terutamanya menghidap penyakit berjangkit dilarang hadir ke
sekolah.
3.3 Dilarang membuang sampah merata-rata.
3.4 Dilarang meludah di merata-rata tempat.
3.5 Gunakan tandas dengan sebaiknya dan jagalah kebersihan tandas.
3.6 Tarik pam tandas dan cuci tangan selepas menggunakan tandas.
3.7 Menjaga kebersihan diri dan kawasan persekitaran sekolah.
4. Waktu Persekolahan
4.1 Murid-murid harus tiba di sekolah pada waktu yang ditetapkan. Dilarang datang lewat
atau keluar awal agar tidak menggangu sesi pembelajaran.
4.2 Dilarang keluar dari sekolah secara bersendirian atau bersama ibu bapa tanpa
kebenaran guru. Pendaftaran harus dibuat di pejabat sekiranya hendak membawa anak
meninggalkan sekolah.
4.3 Beratur semasa masuk atau keluar dari kelas. Sentiasa senyap dan mematuhi
peraturan semasa beratur.
4.4 Serahkan surat cuti sakit atau surat daripada ibu bapa sekiranya murid tidak hadir ke
sekolah.

5. Peraturan Bilik Darjah Dan Kawasan Sekolah


5.1 Murid perlu menghormati guru dan menyayangi rakan-rakan serta memupuk nilai-
nilai murni seperti mencintai sekolah, tekun, jujur bersopan santun dan sebagainya.
5.2 Memberi perhatian kepada guru dan tidak menggangu murid lain semasa guru
mengajar.
5.3 Angkat tangan apabila hendak bertanya dan menjawab soalan guru.
5.4 Dilarang berjalan-jalan, bermain dan begurau di dalam kelas.
5.5 Belajar dengan bersungguh-sungguh dan menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh
guru mengikut masa yang ditetapkan.
5.6 Menjaga kebersihan kelas. Semua murid mesti melaksanakan tugas seperti yang
ditetapkan dalam jadual tugas harian.
5.7 Menjaga harta benda di dalam kelas dan sekolah.
5.8 Dilarang merosakkan dan menconteng harta benda sekolah.
5.9 Mesti mendapatkan kebenaran guru dan memakai pas keluar apabila meninggalkan
bilik darjah pada waktu pengajaran dan pembelajaran.
5.10 Menutup semua suis alat elektrik apabila tidak digunakan.
5.11 Dilarang membawa bahan-bahan yang tidak berkaitan dengan pembelajaran ke
sekolah seperti alat mainan, komik dan sebagainya.
5.12 Dilarang membeli makanan daripada penjaja di luar pagar sekolah atau menjalankan
urusan jual beli di dalam kawasan sekolah.
5.13 Dilarang membawa alat-alat yang tajam atau merbahaya ke sekolah.
5.14 Dilarang membawa telefon bimbit , bahan bacaan yang tidak senonoh, alat mainan
elektronik, rokok, CD, VCD dan kad mainan ke sekolah.
5.15 Dilarang mengugut, membuli dan bergaduh dengan rakan.
5.16 Dilarang merokok, menyalahgunakan dadah dan minum minuman beralkohol di
kawasan sekolah.
5.17 Tindakan disiplin yang keras akan diambil ke atas murid yang terlibat dalam aktiviti
seperti peras ugut, mencuri dan bergaduh.
5.18 Dilarang meniru kerja sekolah kepunyaan rakan.

6. Bahasa Dan Kelakuan


6.1 Murid hanya dibenarkan bekomunikasi dengan menggunakan bahasa Mandarin,
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa dialek adalah dilarang.
6.2 Sentiasa bersopan santun dan tidak boleh menggunakan bahasa kasar.
6.3 Pastikan sikap jujur diamalkan sama ada semasa pembelajaran atau menjalankan
aktiviti. Misalnya tidak mengambil harta benda orang lain, tidak meniru semasa
peperiksaan, tidak berbohong dan sebagainya.
6.4 Aplikasikan moto sekolah iaitu jujur, sederhana, rajin dan berani.
6.5 Murid-murid harus hormat-menghormati, kasih-mengasihi tanpa mengira bangsa,
agama dan status.

7. Keselamatan Jalan Raya


7.1 Mematuhi peraturan jalan raya.
7.2 Dilarang berlari di tempat letak kereta.
7.3 Berhati-hati semasa melintas jalan.
7.4 Dilarang bermain di tepi jalan semasa menunggu bas.
7.5 Pastikan kenderaan yang akan dinaiki telah berhenti sebelum dibenarkan naik atau
turun.
7.6 Beratur semasa menaiki bas.

8. Taat Kepada Negara, Cinta Kepada Sekolah


8.1 Murid perlu taat kepada negara dan pemimpin.
8.2 Hormat kepada bendera negara, bendera negeri, lagu kebangsaan, lagu negeri,
lambang negara dan negeri.
8.3 Murid perlu mentaati sekolah dan menghormati guru.
8.4 Menghormti bendera sekolah, lagu sekolah dan lambang sekolah.
9. Ketua Darjah Dan Pengawas Sekolah
9.1 Ketua darjah dan pengawas sekolah merupakan pemimpin murid yang dilantik oleh
pihak sekolah untuk menjaga disiplin sekolah, semua murid mesti menghormati mereka.
9.2 Mematuhi ketua darjah dalam kelas, mematuhi arahan pengawas di luar kelas.
9.3 Sekiranya ada sebarang masalah atau kemusykilan hubungi ketua kelas, pengawas
atau guru.

10. Barang Peribadi Murid


10.1 Barang peribadi murid seperti bekas air, dompet dan alat tulis mesti dicatat nama
dan kelas murid.
10.2 Murid-muird tidak dibenarkan membawa duit melebihi RM10.00 ke sekolah sebagai
langkah berjimat-cermat.

Anda mungkin juga menyukai