Anda di halaman 1dari 3

Tiong Lung Ee, Vivian Lee, Soon Mui Peng, Khor Ming Chyi (J12) ISL M4 (a) Apakah

tujuan ujian sebagai alat pentaksiran. PENGUJIAN Guru boleh mendapat tahu tahap kebolehan murid dengan mentadbir ujian-ujian kepada murid.Pengujian boleh ditadbirkan dengan pelbagai cara mengikut apakah tujuan sebenarnya guru : a.Ujian Rujukan Kriteria Tujuan ujian ini adalah untuk mengumpul sama ada kemahiran yang telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid. b.Ujian rujukan norma Ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu ujian dengan pencapaian murid-murid lain yang telah mengambil ujian yang sama. c.Kuiz Ujian yang dijalankan sebaik sahaja untuk mengetahui sama ada murid tersebut memahami apa yang diajar. d.Probe Kalau seorang guru ingin tahu sama ada seseorang murid boleh menjalankan sesuatu tugasan dalam keadaan yang lain, dia boleh memberi tugasan atau ujian yang sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti memberi penyampaian yang berlainan, guru sebenarnya telah menjalankan probe. Objektif Ujian - Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa. - Mengetahui keberkesanan pengajaran. - Merancang dan mengubah suai pengajaran. - Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta. Tempoh Masa Dan Jenis Ujian Ujian pencapaian - ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari Ujian kecerdasan - disebut juga ujian mental - mengukur perbezaan di antara individu. Ujian prestasi - memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan. Penekanan yang diberikan kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan. Ujian diagnostik - mengenal pasti masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah. Ujian kecekapan - digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti. Ujian bakat - Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki. Ujian personaliti - untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang murid. Ujian rujukan Norma keputusan ujian seseorang calon dibandingkan dengan dengan keputusan pelajar yang lain yang mengambil ujian yang sama sama ada dalam kelas yang sama atau berlainan.

Ujian rujukan kriteria maklumat atau prestasi pelajar dibandingkan dengan kriteria yang telah ditetapkan tanpa melibatkan perbandingan antara pelajar.

Anda mungkin juga menyukai