Anda di halaman 1dari 14

TERAPI BERCERITA

(MICHEAL WHITE & DAVID EPSTON)

Manusia mengatur kehidupan mereka membentuk dan menjadi sebuah cerita.

Masalah yang berkaitan dengan konklusi-identiti (kendiri) atau persembahan (tindakan) adalah berhubung kait dengan kehidupan yang didominasi oleh problem saturated

BERCERITA UNTUK TERAPI

Aktiviti yang digunakan dalam menerangkan atau menyampaikan sesebuah peristiwa yang menggunakan perkataan , imej, suara serta bahasa tubuh.

Berbentuk naratif.

Sumber hiburan, pendidikan, pengekalan budaya, dan pemupukan nilai-nilai murni.

Elemen penting nilai moral dalam isi kandungan cerita.

Motivasi intrinsik- gemar mendengar cerita, suka bertanya dan bersikap ingin tahu.

Paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku

TEKNIK DALAM TERAPI BERCERITA

Jika

guru

tidakdapatmenguasaiteknik

yang

adapadasesuatukaedah

matlamatkaedahtidakakanberhasil. Contoh : Seorang inginmenggunakankaedahberceritauntukmengajarsesuatutajukpelajaran.Teknikteknikbercerita yang dimaksudkanialahkawalan nada suara, penggunaanalatan yang berkenaan, kemahiranmengekalkanminatmurid, gerrakantangan "facial expression", sertakedudukanmurid-muridsemasaaktivitiberceritaituberlangsung. RENTETAN TERAPI BERCERITA guru

nilai-nilai moral

memahami isi kandungan, cerita dan watak

ketahui punca serta penyebab masalah

ketahui akibat tindakan dari cerita tersebut

refleksi

BERCERITA UNTUK TERAPI

Oleh kerana nilai-nilai moral yang terkandung dalam cerita, dan kanak-kanak pula mempunyai motivasi instrinsik yang suka mendengar cerita, terapi bercerita pula merupakan suatu pendekatan yang paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku bermasalah. Melalui bercerita yang terkandung-nilainilai moral yang berkaitan, kanak-kanak dapat mempelajari cara menyebabkan masalah, sebagaimana yang digunakan oleh watak cerita.

BERCERITA UNTUK TERAPI 1. Cerita mengambarkan hidup emosi dalaman Cerita merangkumi pengalaman emosi. Mereka memberi kanak-kanak perkataan yang diperlukan untuk menyatakan perasaan dan suatu konteks untuk menolong mereka memahami perasaan tersebut. oleh itu, dengan mendengar cerita, kanakkanak menjadi lebih yakin, kreatif dan cergas sewaktu menghadapi masalah harian. 2. Mendengar cerita menyediakan pengalaman hadapan Bercerita dengan teknik yang berkesan atau melibatkan secara

keseluruhanminda, deria dan emosi pendengar, seakan-akan hidup sering dengan dunia cerita itu. Kesannya, pendengar lebih bersedia untuk menghadapi situasi yang serupa dalam kehidupannya. 3. Cerita mengajar penyelesaian masalah secara kreatif Lazimnya,cerita diselesaikan.Cerita mengandungi membawa masalah atau konflik setiap yang langkah harus untuk

pendengar

menghayati

menyelesaikan masalah atau konflik tersebut. Dengan carayang demikian, cerita mengajar kreatif, pintar akal dan ketabahan.

4. Cerita menunjukkan tindakan dan akibat

Cerita memberi contoh kegagalan dan kejayaan, kesedihan dan kegembiraan. Mereka mencerminkan akibat setiap keputusan watak, sama ada positif atau negatif. Ini memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak untuk membuat keputusan positif pada masa kelak.

5. Cerita mencermin keadaan munasia secara universaliti Melalui peristiwa yang distruktur secara emosi, cerita memberi persepsi dalam emosi pendengar dan pengalamannya, dan mengingatkan pendengar walaupun wujud perbezaan antara satu sama lain, semua manusia menghadapi rintangan hidup yang sama.

6. Helen Keller, dalam The Story of My Life menullis: mendengar ceritamerupakan cara yang paling mudah dan secara semula jadi untuk kanak-kanak menguasai bahasa yang membolehkan mereka menyusun, menstruktur, memanipulasi, memikir dan mempersepsi dunia secara rasional.

TEKNIK TERAPI BERCERITA Matlamat terapi bercerita membolehkan kanak-kanak yang mengalami pengalaman traumatik memproses pengalaman yang diceritakan. Ini bertujuan supaya dapat belajar sifat kepercayaan dan perasaan keselamatan dengan menggunakan proses modeling atau peniruan. Bagaimanapun, matlamat terapi bercerita ini hanya dapat dicapai di bawah keadaan tanpa defensif atau kesedaran kanak-kanak bahawa cerita yang disampaikan adalah berkaitan dengan watak kanak-kanak sendiri. Kanak-kanak yang mempersepsi watak cerita yang berjaya menangani halangan yang serupa akan mendorong keyakinan bahawa kejayaan

boleh dicapai dan perubahan positif adalah realistik. Maka, teknik terapi bercerita yang berkesan ialah: a) Harus sensitif : Terapis yang berpengalaman akan menggunakan teknik supaya cerita itu tidak seakan-akan menyamai situasi yang dialami oleh kliennya. Sehubungan ini, adalah elok menggunakan haiwan sebagai watak cerita atau menukar watak jantina, misalnya diri perempuan kepada lelaki. a) Harus kreatif : Cerita harus disampaikan secara kreatif dan dengan penuh semangat dan perasaan supaya menarik perhatian kanak-kanak untuk mendengar. Sehubungan ini, gunakan nada dengan penuh perasaan semasa menyampaikan cerita untuk menimbulkan perasaan penghayatan kanak-kanak: seelok-eloknya gunakan patung-patung dan gambar-gambar sebagai sokongan bercerita. b) Harus positif : Sentiasa mengakhiri cerita dengan peristiwa positif dan kejayaan watak menangani masalah serupa dihadapi oleh kanakkanak. c) Menggalakkan kanak-kanak mereka cerita : Selepas mendengar cerita, kanak-kanak digalakkan untuk mereka cerita serupa tema yang diceritakan oleh terapis. Tujuan mereka cerita ini adalah untuk menambah keyakinan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah sendiri.

PRINSIP-PRINSIP PANDUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN BERCERITA Untuk menguasai kemahiran bercerita, guru harus memahami dan mematuhi prinsip-prinsip panduan berikut : a) Guru harus memilih cerita yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya.

b) Sebelum sesi bercerita bermula, guru harus menghafal isi-isi penting yang terkandung dalam cerita itu. c) Alat bantu mengajar seperti kad-kad perkataan,kad-kad gambar, patung atau topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid harus disediakan sebelum sesi bercerita dimulakan. Soalan-soalan untuk aktiviti susulan juga harus disediakan. d) Sebelum memulakan sesi bercerita, pastikan semua murid telah bersedia untuk mendengar cerita. e) Guru boleh duduk atau berdiri semasa bercerita, selagi semua murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru. f) Mulakan cerita dengan suara yang menarik dan dengan penuh emosi. g) Pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir. Cara ini sangat berkesan untuk melibatkan murid dalam tumpuan kepada cerita yang disampaikan. h) Pastikan suara guru jelas dan lantang. Kemahiran variasi rangsangan harus digunakan untuk mengubah-ubah nada suara dan intonasi guru mengikut watak-watak dan kandungan cerita itu. i) Kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas. j) Semasa sesi bercerita, guru boleh mengemukakan soalan untuk

menggalakkan murid meramal perkembangan cerita selanjutnya. Cara ini bukan sahaja dapat menarik perhatian murid tetapi juga dapat

mengembangkan daya imaginasi mereka. k) Pastikan perkataan dan ayat yang digunakan untuk bercerita boleh difahami oleh murid. Tujuan bercerita adalah untuk menyampaikan isinya dan bukan mengajar murid perkataan-perkataan yang sukar.

l) Isi cerita harus disampaikan kepada murid dengan gerak-geri secara semula jadi. Aktiviti lakonan guru haruslah dielakkan. m) Selepas bercerita, aktiviti susulan harus diadakan, misalnya aktiviti soal jawab tentang tema dan nilai moral yang terkandung dalam cerita itu. Guru juga boleh memberikan topeng-topeng yang disediakan kepada murid-murid untuk menjalankan aktiviti lakonan.

TERAPI BERMAIN
PENGENALAN JENIS DAN CIRI-CIRI MAIN

Kanak-kanak belajar melalui proses main. Hal ini mengundang ramai pendidik awal kanak-kanak mengkaji dengan lebih mendalam tentang sesuatu permainan dan hasil kajian mereka kita dapati bahawa permainan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori seperti, main sosial, main dengan objek atau disebut main kognitif, main sosiodramatik, main bebas dan main diluar bilik darjah.

1. Kategori Main Sosial mengikut Mildred Parten (1932) Mildred Parten (1932) telah mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak melalui main. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut : Unoccupied Play Kanak-kanak bergerak di kelas dari satu tempat ke tempat yang lain sambil memerhati tetapi tidak bermain. Kanak-kanak tidak bermain dengan sesuatu atau sesiapapun dan hanya duduk atau berdiri tanpa melakukan sesuatu yang dapat diperhatikan. Solitary Play (main diri-sendiri) Kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya. Mereka bermain tanpa menghiraukan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang ada di sekitar mereka. Seorang kanak-kanak mungkin membina menara menggunakan blok-blok dan secara keseluruhannya mengabaikan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lain yang ada dalam bilik yang sama. Onlooker Play Kanak-kanak memerhatikan kanak-kanak yang lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan.

Parallel Play (main selari) Kanak-kanak bermain benda yang sama tetapi setiap orang bermain secara sendirian. Apa yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak tidak bergantung kepada apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang lain. Contoh yang dapat dilihat ialah permainan puzzle, apabila seorang kanak-kanak meniggalkan meja permainan, kanak-kanak yang laian akan terus menyambung permainan. Assosiative Play (main asosiatif) Kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan. Contohnya ialah main kejar-kejar. Cooperative Play (main koperatif) Kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti. Contohnya kanak-kanak bekerjasama membuat binaan dari bongkah.

2. Main Kognitif (Piaget, 1962) Practice Play/ Functional Play Kanak-kanak bermain menggunakan motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan. Contohnya bermain lego dimana kanak-kanak dapat membuat bermacam-macam binaan dengan menggunakannya. Symbolic Play (main simbolik) Permainan yang melibatkan kanak-kanak menukar sesuatu objek kepada sesuatu yang lain. Permainan ini berlaku apabila kanak-kanak cuba berlagak menjadi sesuatu yang lain dari dirinya seperti berlagak menjadi seekor binatang

ataupun kanak-kanak menganggap sesuatu objek sebagai objek yang lain seperti bermainan menggunakan blok sebagai kereta. Play With Rules (main dengan peraturan) Dalam permainan ini kanak-kanak bermain berdasarkan peraturan yang telah mereka gariskan ataupun berdasarkan peraturan yang diterima umum untuk bermain permainan tersebut. Dalam permainan ini kanak-kanak bermain melibatkan penerimaan pandangan, mengubahsuai peraturan dalam permainan. Constructive Play Permainan ini merupakan perkembangan daripada permainan simbolik. Dalam permainan ini kanak-kanak bermain dengan memanipulasikan bahan permainan kemudian menggunakan bahan tersebut untuk mencipta dan membina sesuatu objek. Permainan ini merupakan permainan yang melibatkan mencipta sesuatu objek.

3. Sociodramatic Play Main sosiodramatik ini menjadi lebih jelas kelihatan semasa peringkat perkembangan pra-operasi di mana kanak-kanak pada peringkat ini mula mengganti sesuatu objek dengan seuatu yang lain. Permainan ini biasanya melibatkan aktiviti harian atau peristiwa yang sebenar dalam kehidupan seharian di mana dalam permainan ini kanak-kanak memegang sesuatu peranan kemudiannya melakonkannya. Contohnya seperti kanak-kanak mengisytiharkan dirinya sebagai bomba, pegawai polis, superhero dan sebagainnya.

4. Free Play

Dalam permainan ini kanak-kanak diberi kebebasan untuk bermain beberapa jenis permainan yang disediakan oleh guru. Permainan ini diadakan dalam kelas atau di luar kelas. Ketika permainan ini dijalankan ada kanak-kanak yang melibatkan diri secara langsung dan ada juga yang hanya memerhati. Permainan ini boleh menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan aktiviti yang menarik, alat-alat permainan dan orang-orang di sekelilingnya.

5. Outdoor Play Merupakan permainan yang dilakukan diluar bilik darjah samada dipadang ataupun di taman permaianan. Permainan ini meningkatkan perkembangan otot, koordinasi badan, perkembanagan penguasaan bahasa, interaksi sosial dan kreativiti. Guru hendaklah merancang supaya aktiviti yang dilakukan dapat meningkatkan kemahiran kanak-kanak

TERAPI BERMAIN DEFINISI TERAPI BERMAIN a) Persatuan Terapi Bermain mentakrifkan terapi bermain sebagai

penggunaansecara sistematik model tereotikal untuk membentuk proses interpersonal.Ini dilakukan apabila terapis bermain terlatih menggunakan kuasa terapeutikbermain, untuk menolong dan klien mencegah pertumbuhan atau serta

menyelesaikan

masalahpsikososial

mencapai

perkembangan optimum.

b) Menurut carmichael (2006), terapi bermain merupakan suatu pendekatanyang berstruktur dan teoritikal kepada terapi berasaskan komunikasi normaldan proses pembelajaran kanak-kanak. RASIONAL TERAPI BERMAIN Terapis menggunakan terapi bermain untuk menolong kanak-kanak

menggambarkanapa masalah yang dihadapi oleh mereka dan bukan melalui bahasa verbal untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka. Dalam terapi bermain,objek mainan (toys) dan main merupakan perkataan kanak-kanak dan bahasa mereka. Melalui aktiviti bermain, terapis dapat membantu kanak-kanak belajartingkah laku positif apabila mereka mengalami defisit kemahiran emosi-sosial.Yang pentingnya ialah hubungan positif dijalinkan antara terapis dengan kanak-kanaksemasa sesi terapi bermain membawa pengalaman emosi positif yangperlu untuk pemulihan. Di samping itu, terapi bermain pula boleh digunakanuntuk memperkembang kognitif dan memberikan persepsi untuk menyelesaikan konflik dalaman pemikiran negatif kanakkanak.

KEGUNAAN TERAPI BERMAIN Menurut Carmichael (2006),terapi bermain terutamanya sesuai digunakan untukkanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun.Pelan rawatan melalui terapi bermain digunakan sebagai intervensi asas untukpelbagai keadaan kesihatan mental seperti pengurusan marah, kesedihan, trauma,modifikasi gangguan tingkah laku, misalnya kebimbangan, depresi, attentiondeficit hyperactivity (ADHD), autism, perkembangan kognitif, sosial dan fizikalyang kurang kondusif, pembelajaran lewat, dan tingkah laku bermasalah.Terapi bermain sering digunakan sebagai alat untuk diagnosis. Misalnya,terapis bermain memerhati klien bermain dengan objek mainan untuk

menentukanpunca gangguan tingkah lakunya.Menurut pandangan psikodinamik, kanak-kanak yang melibatkan diri dalammain untuk menangani kebimbangan dan halangan dalaman. Dengan cara demikian,terapi bermain boleh digunakan sebagai mekanisme pertolongan diri, selamanyakanak-kanak diberi masa bermctin bebas atat bermain bukan berstruktur.

PERNDEKATAN TERAPI BERMAIN Suatu pendekatan rawatan melalui terapi bermain ialah penggunaan proses desensitizasi secara sistematik atau pembelajaran semula untuk mengubah gangguan tingkah laku kanak-kanak. Sering kali, selepas kanak-kanak habis menggunakan alat

penyelesaianmasalah sendiri, mereka menimbulkan tingkah laku bermasalah baik di dalamrumah mahupun di sekolah. Maka terapis menggunakan bermain untuk menilaiatau memahami aktiviti bermain kanak-kanak di mana mengaplikasikan pendekatanterapi bermain untuk menolong mereka mengadaptasikan gangguan mental danmengenal pasti penyelesaian masalah mereka. Melalui kawalan masalah dalamklinik terapi bermain, kanak-kanak mendapat penyelesaian yang berkesan danseterusnya mengubah dengan cara mereka berfikir sesuai.

MANFAAT TERAPI BERMAIN Terapi bermain membawa banyak manfaat kepada kanak-kanak yang menghadapi gangguan mental. Ia menolong kanak-kanak: i. ii. iii. Menjadi lebih bertanggungjawab dan membentuk lebih strategi berkesan. Membangun penyelesaian baru dan kreatif untuk masalah. Memupuk hormat dan penerimaan kendiri dan orang lain.

iv. v. vi. vii.

Belajar mengalami dan emosi yang dinyatakan. Memupuk empati dan menghormati fikiran dan perasaan orang lain. Belajar kemahiran sosial baru dan kemahiran relasional dengankeluarganya. Membentuk keberkesanan (efficacy) kendiri dan meningkatkan keyakinan terhadap kebolehannya.

Anda mungkin juga menyukai