Anda di halaman 1dari 6

TAJUK-TAJUK TINGKATAN 5 :

Bab 1 – Wang dan Institusi Kewangan


1.1 Wang
1.2 Bank
1.3 Institusi Kewangan bukan Bank

Bab 2 – Ekonomi Malaysia


2.1 Struktur Ekonomi Negara
2.2 Belanjawan Negara
2.3 Hutang Negara

Bab 3 – Hubungan Ekonomi Antarabangsa


3.1 Perdagangan Antarabangsa
3.2 Imbangan Dagangan
A) FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN SPM EKONOMI ASAS (3757)
KERTAS 1 – 40 SOALAN (MASA: 1 JAM 15 MINIT)
KERTAS 2 – BAHAGIAN A : ESEI (5 SOALAN PILIH 3)
BAHAGIAN B : KAJIAN KES (1 SOALAN – WAJIB JAWAB)
MASA – 2 JAM

B) KERTAS 1 – Setiap soalan diberikan 4 pilihan; jawapan hampir sama dan mengelirukan.
– Jawab soalan yang anda tahu dahulu
– Baca keempat-empat pilihan jawapan dengan teliti kemudian pilih yang paling tepat.
– Tinggalkan mana-mana soalan yang tidak dapat dijawab, kemudian baru kembali semula.
– Jangan terlalu tertumpu banyak masa kepada satu-satu soalan.
– Satu soalan hanya perlu 53 saat sahaja.
– Tumpukan perhatian atau gariskan perkataan seperti tidak benar, kecuali dan bukan.
– Habiskan 40 soalan dalam masa 1 jam 15 minit…!
– Untuk soalan yang susah, gunakan teknik meneka dan pastikan tekaan BIJAK…!

C) PANDUAN UNTUK MENDAPATKAN MARKAH YANG TINGGI UNTUK KERTAS 2 (BAHAGIAN


A)
– Penyampaian isi/fakta hendaklah teratur
– Jelas serta memahami konsep soalan yang ditulis
– Huraian fakta mesti sesuai dengan peruntukan markah
– Jangan mengulang isi/fakta yang telah ditulis
– Jawapan hendaklah tepat mengiku kehendak soalan
– Graf/keluk dilukis dengan menggunakan pensel 2B
– Jangan menggunakan tulisan yang ringkas
– Tulisan hendaklah kemas dan mudah dibaca.

D) CADANGAN LANGKAH MENJAWAB


– Pemilihan soalan 2 minit
– Rangka jawapan 5 minit
– Menjawab 1 soalan 20 minit
– Membuat semakan 3 minit

* Setiap soalan hendaklah dijawab dalam masa 30 minit sahaja


* Sekiranya masa 30 minit berlalu maka BERHENTI menulis dan jawab soalan yang berikutnya.

E) JENIS-JENIS KATA TUGAS


1- TERANGKAN
2- KENALPASTI
3- JELASKAN/TAKSIRKAN/BAGAIMAN/BINCANGKAN
4- HURAIKAN
5- BERAPAKAH/HITUNGKAN/TUNJUKKAN/KIRAKAN
6- PERBEZAAN
7- LUKISKAN

1- KATA TUGAS TERANGKAN


– Setiap fakta hendaklah diikuti dengan huraian bagi setiap satunya. Tanpa pendahuluan dan
penutup
– Seboleh-bolehnya cuba adakan contoh untuk menguatkan huraian kepada setiap fakta.
– Jawapan terus, ringkas dan padat.
– Banyaknya fakta bergantung kepad markah yang diperuntukan. BIASANYA MARKAH GENAP.

2- KATA TUGAS KENALPASTI


– Pelajar hanya mengenalpasti
– Tidak perlu menghuraikan
– Berpasangan

3- KATA TUGAS JELASKAN/TAKSIRKAN/NYATAKAN/BAGAIMANA/MENGAPAKAH


– Tidak perlu fakta
– Hanya perlu huraian sahaja
– Penandaan lebih kepada FREE MARKING

4- KATA TUGAS HURAIKAN


– Perlu ada fakta
– Huraian lebih daripada 2
– Markah huraian akan diambil jumlah maksimum

5- KATA TUGAS PENGIRAAN/TUNJUKKAN/HITUNGKAN/KIRAKAN


– Tulis formula samada dalam bentuk ayat atau rumus jika tidak diberi
– Boleh dibuat secara jadual menegak atau mendatar.
– Langkah demi langkah perlu dilakukan supaya pembahagian boleh dilakukan oleh
pemeriksa dengan sistematik.
– Tulis unit atau nilai pengiraan RM/juta/bilion

6- KATA TUGAS PERBEZAAN


– Perlu menunjukkan perbezaan/perbandingan yang sejajar.
– Ayat tidak boleh tergantung
– Jangan tidak menulis ya/tidak atau ada/tidak ada berulang-ulang
– Setiap ciri-ciri perbezaan perlu berpasangan

7- KATA TUGAS LUKISKAN KELUK/GRAF


– Perlu ada origin, label dan skala tepat
– Skala ikut arahan soalan/bersesuain dengan saiz kertas graf
– Huraian mestilah menerangkan keluk/jadual yang dilukis.

F) BAHAGIAN B – KAJIAN KES


– Berbentuk kes
– Bilangan patah perkataan 100 – 150
– Konstruk ( Aplikasi/analisis perkaitan/membuat keputusan dan membanding beza)
– Konteks merentasi sukatan pelajaran tingkatan 4 dan 5
– Setiap perenggan terbina satu item.

3.3 Urusniaga Eksport dan Import


3.4 Imbangan Pembayaran
3.5 Pertukaran Asing
Latihan Pengukuhan

Bab 2 – Pendapatan Individu dan Penggunaan Pendapatan Individu

ARAHAN : JAWAB SEMUA SOALAN

Sub Topik : Pendapatan Individu

1. Pada tahun 1998, upah wang Cik Rokiah ialah RM1 500 dan harga purata barang ialah RM5.
Pada tahun 1999, upah wang Cik Rokiah meningkat kepada RM1 650 dan harga purata
barang bertambah kepada RM6.

a) Hitung upah benar Cik Rokiah pada tahun 1998 dan 1999.
b) Hitung peratus perubahan upah benar Cik Rokiah pada tahun 1999.

2. Encik John mempunyai wang sebanyak RM5 000. En John mula menyimpan wangnya dalam
akaun simpanan tetap Oriental bank Berhad pada 1 Mei 1998 dan berakhir pada 30 Jun 1999.
Jika jumlah faedah yang diterima oleh Encik John 6% setahun. Hitung jumlah faedah yang
diterima oleh En John pada 30 Jun 1999.

3. Jumlah hasil Syarikat Cemerlang Berhad pada tahun 1999 ialah RM60 000 dan kos firma ini
pada tahun tersebut terdiri daripada kos bahan mentah RM15 000, kos buruh RM12 000, kos
bahan api RM10 000 dan bayaran sewa RM5 000. Hitung keuntungan firma ini.

4. Puan Aminah ialah seorang pegawai kerajaan. Gaji bulanan beliau ialah RM2 500. Puan
Aminah juga menerima elaun khidmat awam sebanyak RM300 dan elaun perumahan
sebanyak RM100 sebulan. Pada tahun 1999, puan Aminah dibayar bonus sebulan daripada
gajinya dan juga menerima sewa sebanyak RM500 serta faedah sebanyak RM700.
Berapakah jumlah upah yang diterima oleh puan Aminah pada tahun 1999?

5. En Jaya mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan empat orang anak. Anak sulungnya
yang berumur 25 tahun dan bekerja di sebuah kilang. Tiga orang anaknya yang lain masih
bersekolah. Pendapatan tahunan En Jaya ialah RM35 000. Daripada jumlah pendapatan itu,
11% dicarumkan kepada KWSP dan RM2 900 untuk bayaran premium insurans nyawa. En
Jaya juga membayar kos perubatan ibubapa sebanyak RM1 800 dan kos perubatan anak
sebanyak RM1 300. Hitung
a) Caruman En Jaya kepada KWSP untuk setahun.
b) Jumlah pelepasan cukai En Jaya.
6. En Salmi mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan empat orang anak yang masih
bersekolah. Pendapatan tahunan En Salmi ialah RM32 000. Daripada jumlah pendapatan itu,
11% dicarumkan kepada KWSP , RM1 200 untuk bayaran premium insurans nyawa,
PERKESO sebanyak RM80 dan bayaran zakat RM100. En Salmi juga membayar kos rawatan
ibunya sebanyak RM2 400. Hitung
a) Jumlah caruman kepada KWSP untuk setahun
b) Jumlah pelepasan cukai

Sub Topik : Pendapatan Boleh Guna

1. Dalam masa setahun, jumlah pendapatan yang diterima oleh individu ialah RM20 000.
Daripada jumlah pendapatan ini, beliau membayar RM300 untuk cukai pendapatan,
mencarum RM2 200 untuk zakat dan RM800 untuk PERKESO. Hitung pendapatan boleh
guna.

2. Dalam masa setahun, pendapatan seorang individu terdiri daripada gaji RM15 000, faedah
RM2 000, sewa RM1 000, untung RM1 500 dan bayaran pindahan RM2 500. Daripada jumlah
pendapatan ini, beliau mencarum RM1 720 kepada KWSP, RM400 untuk cukai pendapatan,
RM200 untuk zakat dan RM600 untuk PERKESO. Hitung pendapatan boleh guna individu
tersebut.

Sub Topik : Tabungan

1. Pendapatan boleh guna dan perbelanjaan penggunaan setahun En. Muthu ialah RM15 000
dan RM12 000 masing-masing. Berapakah tabungan En. Muthu?

2. Gaji bulanan En. Zamri ialah RM2 000. Setiap bulan beliau juga mencarum KWSP sebanyak
RM220, cukai pendapatan RM150 serta perbelanjaan penggunaan RM1 500. Hitung tabungan
En. Zamri.

Anda mungkin juga menyukai