Anda di halaman 1dari 5

1.

0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan dan peruntukan bagi
membina tapak konkrit melontar peluru, tapak melempar cakera dan kawasan mendarat
lompat jauh serta lompat kijang di padang Sekolah Menengah Kebangsaan
Shahbandaraya.

2.0 PENGENALAN
Kejohanan Balapan dan Padang peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Klang
dijalankan setiap tahun. Kejohanan ini wajib disertai oleh setiap sekolah. Setiap tahun
atlet-atlet sekolah ini turut menyertai kejohanan tersebut namun dengan persediaan
yang agak terbatas kerana kemudahan yang terhad. Berikut pencapaian atlet-atlet
sekolah dalam Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-47 2010:
Emas : Lompat kijang L14 (rekod baru kejohanan)
Emas : Lompat jauh P14 (terpilih mewakili daerah Klang bg kategori P15)
Perak : Lompat jauh L14
Gangsa : Merejam lembing P18
Gangsa : 5km Jalan kaki
Berdasarkan pencapaian lalu, atlet-atlet sekolah ini lebih menyerlah dalam acara
padang. Ketika ini, semua latihan untuk acara padang terutama lompat kijang dan
lompat jauh yang sering menyumbang pingat dijalankan dengan menumpang di
Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Jawa 2. Ketika jadual latihan bertindih antara
dua sekolah, para guru juga terpaksa membawa pelajar ke stadium atas tanggungan
guru dari segi keselamatan dan kewangan. Apabila latihan dijalankan di luar sekolah,
latihan untuk acara-acara lain pula terpaksa ditangguhkan.
Pembinaan kemudahan ini amat perlu bukan sahaja untuk menyediakan para atlet
sekolah yang mampu bersaing di peringkat daerah malahan ia juga dapat membantu
kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
kerana semua acara ini juga merupakan kemahiran yang perlu diajar oleh para guru
Pendidikan Jasmani.

1
3. OBJEKTIF
3.1 Membina gelanggang lompat jauh, lompat kijang, lontar peluru dan lempar cakera.
3.2 Menyediakan atlet dengan latihan yang terbaik sebelum menyertai kejohanan.

4. JUSTIFIKASI
4.1 Acara padang merupkan penyumbang terbesar pingat dalam kejohanan MSSD.
4.2 Latihan lompat jauh dan lompat kijang dijalankan dengan menumpang di Sekolah
Kampung Jawa 2.
4.3 Guru menanggung risiko dengan membawa atlet menjalani latihan di stadium.
4.4 Kemudahan juga perlu untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
4.5 Sekolah mempunyai tenaga mahir untuk acara padang.
.
5. CADANGAN
5.1 Membina gelanggang konkrit lompat jauh, lompat kijang, lontar peluru dan lempar
cakera.
5.1.1 Cadangan tapak pembinaan

Pelan Padang SMK Shahbandaraya

cadangan kawasan pembinaan gelanggang serbaguna lompat jauh & lompat kijang
longkang

29.4m 60m
142.4m

o o 23m

31.7m o 90m o

71.5m
32.3m
Rumah
Gelanggang sepak takraw pam
Surau
Pitch kriket

2
Keluasan padang : 8793.16m2
lempar cakera lontar peluru
5.1.2 Ukuran gelanggang
Bulatan lempar cakera

75cm
5cm

2.50m 34.92°

..................................................................................................................................................
Bulatan lontar peluru

75cm
5cm

2.135m 34.92°

penahan

15cm 10cm

..................................................................................................................................................
Lompat jauh dan lompat kijang
40m
9m
7m 9m

1m 3m

papan lonjak : lebar 20cm Landas lari : lebar 1.22m Kawasan mendarat : lebar 3m
: panjang 1.22m :panjang 40m :panjang 9m
: tinggi 10cm :dalam 0.5m
3
: jarak; lompat jauh 1m
lompat kijang 7m & 9m

6.ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Pembinaan/Alatan Kuantiti Harga per/unit Jumlah(RM)


1 Tapak konkrit 1. lompat jauh & RM3000.00 3000.00
lompat kijang
2. lempar cakera
3. lontar peluru
2 Pasir halus 3 lori RM250.00 per/lori 750.00
Jumlah 3750.00

7. PENUTUP
Jutaan terima kasih kepada semua pihak sama ada secara langsung atau sebaliknya
dalam membantu menjayakan cadangan membina kemdahan bagi acara padang di
padang Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya untuk dijadikan sebagai
pemangkin kepada kecemerlangan sukan sekolah.

4
Disediakan oleh : ………………………………………..
Nizam b. Jamil,
Setiausaha Sukan,
SMK Shahbandaraya.

Disemak oleh : ……………………………………….


Hajah Samsiah bt. Awang,
PK Kokurikulum,
SMK Shahbandaraya.

Permohonan Disokong ………………………………………....


oleh : Hajah Siti Maisarah bt. Sulaiman,
Pengetua,
SMK Shahbandaraya.

Anda mungkin juga menyukai