Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN

Mata adalah sebahagian daripada organ manusia. Ia merupakan bahagian dalam

anggota badan manusia yang paling cepat berkembang jika dibandingkan dengan

bahagian lain. Saiz bola mata manusia akan berkembang antara lima hingga tujuh

milimeter (mm) sahaja sepanjang hayat. Diameter bola mata bayi yang baru dilahirkan

adalah 17.5mm, manakala pada orang dewasa adalah 23mm. Isipadu bola mata juga

hanya akan bertambah sebanyak 3.5 sentimeter padu dari manusia dilahirkan sehingga

ia dewasa.

Ketika bayi baru dilahirkan, ketajaman penglihatannya adalah 6/60, perkembangan

ketajaman penglihatan mencapai ke tahap 6/6 ketika kanak-kanak berusia 4 tahun.

Sekiranya berlaku masalah atau gangguan dalam proses tumbesaran manusia, seperti

penyakit kronik atau kekurangan makanan maka ia akan mengganggu perkembangan

mata dan sistem penglihatan. Oleh itu, keseimbangan dalam pemakanan adalah amat

penting untuk menjaga kesihatan mata dan sistem penglihatan.

PERBINCANGAN

Pakar Runding Ophtalmologi dan Bedah Mata, Pusat Pakar Mata Antarabangsa (ISEC),

Dr Choong Yee Fong, berkata dalam keadaan cuaca panas seperti Malaysia, risiko

pendedahan keterlaluan pada cahaya matahari memang tinggi di kalangan setiap

wargannya.
Pendedahan yang keterlaluan akan menjejaskan kesihatan mata. Justeru, tidak hairan

generasi hari ini lebih cepat berhadapan dengan katarak. Apatah lagi jika dihitung jumlah

masa yang banyak diperuntukkan menghadap komputer dan televisyen.

Jelas Dr Choong,

Ada yang berhadapan dengan katarak pada usia muda, ada yang mengalami masalah

pterygium (gangguan pada mata yang menyebabkan kemerahan, gatal dan berair) dan

walaupun ada tetapi agak jarang didengar ada juga yang mengalami masalah barah

kulit.

JADUAL PEMERIKSAAN MATA

UMUR / PERALATAN UJIAN

KEKERAPAN

BARU LAHIRULAN  Lampu suluh  Pastikan ada bola mata.

 Pastikan kornea jernih.

1 BULAN  Lampu suluh  Pastikan kornea jernih.

 Pastikan anak mata tidak putih.

3 BULAN  Lampu suluh  Pastikan kornea jernih.


 Bebola benang  Pastikan anak mata tidak putih.

merah
 Uji kebolehan menumpu dan ikut

objek.

5 BULAN  Lampu suluh  Pastikan kornea jernih.

 Bebola benang  Pastikan anak mata tidak putih.

merah
 Uji kebolehan menumpu dan ikut

objek.

1 – 2 TAHUN  Lampu suluh  Pastikan kornea jernih.

 Kiub bewarna  Pastikan anak mata tidak putih.

 Uji kebolehan menumpu dan ikut

objek.

 Pastikan kedudukan cornea reflex

kedua – dua mata di tengah anak

mata dan selari.

4  Lampu suluh  Pastikan kornea jernih.

 Carta penglihatan  Pastikan anak mata tidak putih.

 Uji kebolehan menumpu dan ikut

objek.

 Uji tahap penglihatan dengan carta

penglihatan

7 – 18 Ujian tahap penglihatan diperlukan setahun sekali mengikut

pogram kesihatan sekolah


Siapa memerlukan pemeriksaan mata? Sebenarnya semua orang perlu menjalani

pemeriksaan ini. Kekerapan pemeriksaan bergantung kepada beberapa faktor,

antaranya umur, taraf kesihatan dan risiko mendapat penyakit mata.

Pastikan mata anak anda diperiksa sebelum dia mula bersekolah. Jika anak anda tidak

menunjukkan sebarang simptom dan keluarga anda tiada sejarah masalah mata, bawa

anak menjalani pemeriksaan setiap dua tahun. Pemeriksaan setiap tahun diperlukan jika

dia ada masalah penglihatan

Kaedah terbaik melindung mata kanak-kanak adalah dengan penggunaan kaca mata

yang bertindak antara 99 ke 100 peratus daripada sinaran UV. Kaca mata tanpa

perlindungan daripada sinaran UV boleh menyebabkan mata lebih terdedah pada risiko

sinaran UV. Tidak dinafikan, sejumlah kecil radiasi UV memberi kebaikan kepada

kesihatan dan berperanan dalam penghasilan vitamin D. Namun pendedahan yang

berlebihan dikaitkan dengan masalah lain seperti katarak atau barah kulit

Faktor-faktor yang mempengaruhi ketajaman penglihatan adalah:

* Faktor optikal

* Penyakit mata

* Masa pendedahan imej (iluminasi, ke cerahan stimulus, masa dedahan)


* Faktor fizikal seperti saiz objek dan jarak

* Kerabunan

Tanda-tanda dan simptom kerabunan

1) Kabur penglihatan sama ada jauh atau dekat

2) Suka mengecilkan mata waktu melihat objek jauh

3) Silau pada tahap cahaya yang biasa

4) Kesukaran penglihatan ketika memandu

5) Cepat mengantuk

6) Mata berair
7) Mata merah dan perit

8) Pening

Tanda-tanda dan simptom di atas kadangkala boleh berlaku serentak dan akan

menurunkan produktiviti dan prestasi kerja.

KESIMPULAN

Umumnya adalah diketahui masalah penglihatan yang gagal dikesan di kalangan kanak-
kanak boleh membawa impak yang serius terhadap perkembangan mental dan sosial
mereka. Masalah penglihatan yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak adalah ralat
refraksi, ambliopia, strabismus dan pelbagai jenis penyakit okular.

Setiap kali anda membuat pemeriksaan mata, pastikan ia dilakukan oleh pakar mata
yang bertauliah. Pastikan juga bahawa mata anda diperiksa dengan menyeluruh agar
punca sebenar masalah dapat dikenal pasti dengan segera dan menerima rawatan
sewajarnya.

Pemeriksaan mata bukan setakat menilai tahap kerabunan dan ketajaman penglihatan

sahaja. Ia perlu dibuat secara menyeluruh agar sebarang kelainan fungsi penglihatan,

penyakit dan perubahan anatomi dan fisiologi mata dikenal pasti dan dirawat.

Pemeriksaan mata adalah cara terbaik mengenalpasti masalah mata pada peringkat

awal, ketika ia masih boleh dirawat. Pemeriksaan mata secara berjadual membolehkan

pakar membetulkan masalah pandangan anda.

Anda mungkin juga menyukai