Anda di halaman 1dari 13

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

KESIHATAN KOMUNITI
(MACH 2212)

PENGKAJIAN KES I:
ANEMIA SEMASA MENGANDUNG

NAMA PELATIH : NORSHALIEZA AZREEN BT ALEX


NO MATRIK : BPP2012-1555
NO KAD PENGENALAN : 921101-12-6742
AMBILAN : JANUARI 2013
KANDUNGAN

PENGHARGAAN …………………………………………………………………… 3

PERNYATAAN MASALAH …..….…………………………………………………... 4

 Biodata pesakit

PENGENALAN …………………………………………………………………... 5

PENCARIAN LITERATUR …….…………………………………………………… 6

 Definisi

 Klasifikasi

PENEMUAN …….……………………………………………………………………. 7 - 8

 Manifestasi klinikal

PERBINCANGAN & PENYELESAIAN ……………………………………………. 9 - 10

RUMUSAN …………………………………………………………………………….. 11

RUJUKAN ……………………………………………………………………………. 12

2
PENGHARGAAN

Saya, Norshalieza Azreen Binti Alex, mengucapkan jutaan terima kasih kep

3
PERNYATAAN MASALAH

Biodata Pesakit :

No. Pendaftaran : 191/2013

No. Kad Pengenalan : 760104-12-5628

Tarikh Lahir/Umur : 04 Januari 1976 / 37 Tahun

Kumpulan Etnik : Bajau

Agama : Islam

Warganegara : Malaysia

Tahap Pendidikan : Darjah 1

Pekerjaan : Pembantu Kantin

Alamat rumah : Rumah Pangsa, Kinarut, Papar.

Masalah:

Puan N berumur 37 tahun dengan nombor pendaftaran 191/2013 merupakan seorang pembantu
kantin di sebuah sekolah daerah Papar. Puan N telah datang ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak
Kinarut untuk membuat pendaftaran antenatal pada 08.07.2013. Selepas sahaja beliau melakukan
pemeriksaan darah, didapati paras hemoglobin dalam badannya adalah di bawah paras normal
11gm% iaitu 8.8 gm%. Keadaan ini berterusan sehinggalah kandungan beliau mencecah minggu
ke 26 minggu. Hal ini agak merisaukan kerana beliau mempunyai sejarah pembedahan semsa
bersalin pada tahun 2011 (LSCS) dan 2012 (Vacuum). Selepas diberikan rawatan dan nasihat,
akhirnya paras hemoglobin Puan N menjadi normal sehinggalah beliau selamat bersalin.

4
PENGENALAN

Sebelum mendalami anemia semasa hamil, adalah lebih baik untuk kita mengenali apa itu
sel darah merah bagi memudahkan pemahaman kita. Sel darah merah ialah kandungan dalam
plasma darah dan menjadikan darah berwarna merah. Semasa mengepam, jantung menghantar
darah ke seluruh badan manusia melalui arteri. Sel darah merah akan mengangkut oksigen dari
paru-paru hingga ke sel-sel badan yang lain. Sel-sel akan mengunakan oksigen tersebut untuk
membantu dalam proses pembakaran lemak, yang akan menghasilkan tenaga kepada manusia.
Semasa proses yang dipanggil oksidasi ini berjalan, karbon dioksida akan menjadi produk yang
tidak diguna, dimana ia dibawa melalui darah di dalam salur darah vena kembali ke paru-paru
dan ditukarkan dengan oksigen segar semasa bernafas.

Wanita kebiasaannya akan mengalami anemia semasa hamil kerana keperluan zat besi,
vitamin dan nutrient meningkat. Si ibu perlulah meningkatkan penghasilan sel darah merah.
Tambahan pula, bayi dalam kandungan dan juga plasentanya memerlukan bekalan zat besi
mereka sendiri, yang hanya boleh didapatkan melalui si ibu. Dalam usaha untuk memberikan
janin sel darah merah yang mencukupi, badan ibu perlulah menghasilkan sel-sel darah merah dan
plasma yang lebih. Disebabkan pencairan darah berlaku maka kepekatan heamoglobin jatuh
semasa hamil minggu 25 hingga ke 30. Semasa mengandung, jumlah sel darah dalam badan ibu
meningkat sehingga 50% dari biasanya. Ini menyebabkan si ibu memerlukan zat besi tambahan.
Ibu mengandung perlulah membuat ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa
lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun tidak mengalami
masalah anemia pada lawatan pertama, mereka masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini
kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.

Masalah anemia semasa hamil merupakan masalah kesihatan yang utama tidak kira
dalam atau luar negara. WHO (2001) melaporkan hampir 40% penduduk dunia mengalami
masalah ini. Anemia di kalangan ibu hamil di negara yang membangun adalah di antara 35% -
75% manakala di negara maju pula 18%. Benua Asia merupakan kawasan yang paling tinggi
mengalami masalah ini iaitu sebanyak 88%. Kajian Tee et al (1984) mendapati hemoglobin
<11g% di kalangan ibu mengandung yang menetap di bandar adalah 30% – 60%.

5
PENCARIAN LETERATUR

Definisi anemia semasa hamil mengikut takrifan World Health Organization (WHO)
adalah bacaan paras heamoglobin (Hb) kurang daripada 11g%. Hampir 50% daripada wanita
yang mengandung akan mengalami masalah anemia sekiranya mereka tidak mengambil ubat
hematinik. Anemia adalah satu keadaan dimana berlakunya penurunan kadar hemoglobin
hemotrokit dan jumlah eritrosit dibawah paras normal (Depkes, 2007).

Anemia dalam kehamilan adalah suatu keadaan dimana si ibu yang sedang hamil
mempunyai kadar Hemoglobin di bawah 11 g% pada trimester I dan III atau di bawah 10.5 g%
pada trimester II. Kebanyakan anemia dalam kehamilan disebabkan oleh defisiensi zat besi dan
perdarahan akut. Terdapat beberapa klasifikasi anemia terkini yang digunakan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut criteria WHO :

 Anemia ringan : Hb = 10 g% - 10.9 g%


 Anemia sederhana : Hb = 7 g% - 9.9 g%
 Anemia teruk : Hb = < 7 g%

6
PENEMUAN

Apabila anemia berlaku pada ibu yang hamil, ibu akan mula mengalami masalah
kesukaran untuk bernafas. Pernafasan terganggu dan jantung akan berdebar-debar dan angina
boleh berlaku. Hal ini akan mengancam nyawa bayi dalam kandungan dan juga nyawa si ibu.

Tanda-tanda yang paling biasa berlaku adalah :

 Merasa letih, lemah anggota atau sering pengsan.


 Kelihatan pucat
 Kesukaran bernafas/sesak nafas.
 Loya
 Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
 Sakit kepala dan pening
 Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
 Mudah lupa

Tanda tanda yang jarang berlaku ialah :

 Jaundis yang berlaku pada kulit dan juga mata.


 Sakit pada bahagian abdomen

Berikut adalah beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat Anemia :

 Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau
muntah.
 Wanita yang mengandung kembar.
 Kehamilan yang terlalu rapat.
 Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak
mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat Anemia.
 Merokok dan meminum alkohol berlebihan.
 Sebarang masalah yang boleh mengurangkan penyerapan zat makanan.
 Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.

Antara komplikasi yang akan berlaku kepada ibu:

 Anemia jenis kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah terutamanya
kepada bayi.
 Kajian menunjukkan bahawa anemia yang teruk boleh menyebabkan kelahiran
pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan
tumbesaran bayi dalam kandungan terbantut.

7
 Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Pra-eklampsia di kalangan ibu. Pra-
eklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa
mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin
sekiranya tidak dirawat.
 Si ibu akan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan semasa mengandung
dan selepas bersalin.

8
PERBINCANGAN & PENYELESAIAN

Apakah kepentingan hemoglobin semasa hamil??

1. Kandungan kurang dari 5 bulan (< 20 minggu)


Dalam tempoh ini janin sedang melalui proses organogenesis seperti pembentukan organ-
organ penting seperti kepala, kaki, tangan, kaki, jantung, otak dan angota badan yang
lain. Jika darah kurang pekat ( <11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna
akan menyebabkan janin akan mengalami keguguran. Jika jantung dapat dibentuk tetapi
darah terlalu cair janin mungkin hidup tetapi akan mengalami kecatatan. Jika bayi
sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, menyebabkan
anak menjadi kurang pandai.

2. Kandungan 5 hingga 7 bulan (20-28 minggu)


Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika
heamoglobin terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan boleh
menyebabkan mati dalam kandungan akibat tidak mendapat oksigen yang cukup.

3. Kandungan 7 bulan dan ke atas (28-40 minggu)


Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada
kepekatan darah. Jika hemoglobin terlalu cair atau rendah ( < 9g/dl), jantung tidak kuat
dan berisiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi bayi
berkemungkinan mempunyai saiz badan yang kecil.

Terdapat beberapa jenis anemia boleh berlaku semasa kehamilan.

1. Anemia defisiensi zat besi.


Anemia jenis ini terjadi disebabkan oleh tubuh si ibu yang tidak memiliki zat besi yang
cukup untuk menghasilkan hemoglobin dalam jumlah yang cukup. Hemoglobin
merupakan salah satu kandungan sel darah merah dan ia membawa oksigen dari paru-
paru ke seluruh tubuh badan manusia. Kekurangan zat besi adalah penyebab paling utama
berlakunya anemia semasa hamil.

2. Anemia defisiensi asid folik.


Asid folik adalah sejenis vitamin B. Tubuh si ibu yang sedang hamil memerlukan asid
folik yang lebih untuk menghasilkan sel-sel baru termasuklah sel darah merah yang sihat.
Semasa hamil, ibu memerlukan asid folik yang lebih dari kebiasaannya. Bagi ibu yang
kurang berkemampuan, mereka akan kurang mendapatkan asid folik dalam diet harian,
yang menyebakan tubuh mereka tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang normal
dan cukup untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu badan.

9
3. Anemia defisiensi vitamin B12.
Badan manusia memerlukan vitamin B12 untuk membentuk sel darah merah yang
sempurna. Apabila ibu yang hamil tidak mendapatkan vitamin B12 yang mencukupi,
maka tubuhnya tidak mampu menghasilkan sel darah merah yang bagus.

Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan berikut perlu dijalankan :

 Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor.


 Ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras
asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid
folik.

Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doktor adalah tambahan asid folik dan
ferum. Walau bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi,
untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan meminum cecair.

Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid folik dan juga
vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh didapati
di dalam banyak jenis makanan dan multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk
mengelak kejadian Anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik
termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan juga kekacang. Pengambilan
multivitamin tambahan juga adalah perlu.

Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah anemia seperti:

 Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ubat hematinik bagi mengelak dari
berlakunya masalah kurang darah.
 Ferrous Fumarate : Membantu dalam pembentukan sel darah merah
 Asid Folik : Mengelakkan spinal bifida pada fetus
 Vitamin B Complex : Memberikan tenaga kepada ibu.
 Ascorbic Acid : Membantu dalam penyerapan ubat dan nutrient.

 Dapatkan rawatan awal sekiranya mendapat simpto-simptom awal anemia.


 Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega
kacang, cendawan dan juga hati.
 Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam,
sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan zat besi.
 Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin
tambahan kerana ia akan menggangu penyerapan vitamin tersebut.
 Menjaga kesihatan dan kebersihan diri serta rehat yang cukup dan berkualiti.

10
Peranan Penolong Pegawai Prerubatan (PPP) dalam pengendalian anemia semasa hamil.

 Sebagai seorang PPP, adalah tanggungjawab kita dalam melakukan pengesanan awal dan
saringan kesihatan untuk mengenal pasti ibu-ibu hamil yang berisiko mengalami anemia
semasa mengandung terutama sekali ibu yang tercicir dalam mendapatkan rawatan. Kita
perlulah membuat permeriksaan awal terhadap ibu hamil yang dating ke klinik seperti
pengambilan sejarah perubatan semasa, sejarah kehamilan yang lalu dan latar belakang
ahli keluarganya. Di samping itu, kita perlulah menjejaki ibu yang tercicir dalam
mendapatkan rawatan antenatal bagi mengelakkan komplikasi semasa mengandung.
 Sekiranya ibu hamil tersebut didapati mempunyai faktor risiko yang membolehkan ibu
mendapat anemia semasa hamil maka, sebagai seorang PPP bertanggungjawab dalam
memberikan pendidikan kesihatan kepada ibu. Pendidikan kesihatan tersebut mestilah
bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh ibu. Pendidikan kesihatan ini juga diberi
bertujuan untuk memberi kesedaran kepada si ibu untuk mengambil langkah berjaga-jaga
untuk mengelakkan masalah ini berlaku kepadanya dan menerangkan bahaya anemia
semasa mengandung.
 PPP bertanggungjawab dalam memaklumkan dan merujuk masalah ini dengan Pegawai
Perubatan bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian mengikut jenis anemia yang di
alami oleh ibu tersebut. Disamping itu juga, PPP bertanggungjawab dalam pemberian
hematimik mengikut preskripsi ubat yang disyorkan oleh Pegawai Perubatan.

Pendidikan Kesihatan yang boleh diberikan kepada ibu hamil yang mengalami anemia.

 Dalam mencegah dan mengawal kejadian anemia semasa hamil, pemeriksaan pada
peringkat awal adalah penting bagi ibu hamil. Nasihatkan ibu untuk dating menjalani
pemeriksaan berkala pada setiap bulan kerana hal ini dapat membantu dalam melakukan
pemantauan terhadap tahap kesihatan ibu hamil. Disamping itu juga, pengesanan awal
terhadap berlakunya keabnormalan dapat dilakukan.
 Ibu perlulah didedahkan tentang komplikasi anemia semasa hamil seperti kelahiran
pramatang, bayi lemas dalam kandungan, tidak mempunyai tenaga semasa bersalin dan
lain-lain lagi. Hal ini dapat menyedarkan ibu betapa pentingnya mendapatkan rawatan.
 Sebagai PPP juga, kita bertanggungjawab dalam memberikan penerangan mengenai ubat
hematinik yang diberikan bagi menggalakkan ibu hamil mengambil ubat-ubat tersebut
tanpa cicir.
 PPP juga bertanggungjawab dalam menerangkan cara pengambilan makanan seimbang
kepada ibu hamil. Kita perlu menjelaskan kepentingnya dalam membekalkan khasiat
untuk keperluan tubuh ibu hamil sendiri, malah ibu perlu mengambil berat terhadap
keperluan perkembangan dan pertumbuhan janin. Bayi dan ibu memerlukan nutrient yang
banyak untuk memastikan perkembangan serta fungsi tubuh sihat.

11
RUMUSAN

Pemeriksaan kandungan yang berkala juga dapat memantau paras hemoglobin ibu yang
hamil untuk sepanjang tempoh kehamilan. Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat
dengan sempurna, prognosis untuk ibu yang hamil dan bayi dalam kandungan adalah baik.
Dengan kata lain keselamatan mereka adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa
memastikan yang bayi di dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup
berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi mestilah berterusan. Anemia
biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan yang cukup.
Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu
dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang mendatang. Ibu yang
hamil perlulah mendaftarkan diri di mana-mana klinik kesihatan ibu dan anak bagi mendapatkan
bantuan mengenai penjagaan yang harus dibuat semasa mengandung bagi mengelakkan risiko
anemia.

12
RUJUKAN

1. Anemia. (2013). Retrieved October 29, 2013, from World Health Organization:
http://www.who.int/topics/anaemia/en/
2. Anemia. (n.d.). Retrieved October 17, 2013, from Wikipedia:
http://en.wikipedia.org/wiki/Anemia

3. Anemia in pregnancy. (2005-2013). Retrieved October 10, 2013, from WebMD:


http://www.webmd.com/baby/guide/anemia-in-pregnancy

4. Iron-deficiency Anemia in Pregnancy. (1997-2013). Retrieved October 17, 2013, from


BabyCenter: http://www.babycenter.com/0_iron-deficiency-anemia-in-pregnancy_3073.bc

5. Anemia & Pregnancy. (2013). Retrieved October 18, 2013, from American Society of
Hematology: http://www.hematology.org/patients/blood-disorders/anemia/5227.aspx

6. Anemia during Pregnancy. (2013, February 13). Retrieved October 16, 2013, from netdoctor:
http://www.netdoctor.co.uk/diseases/facts/anaemiapregnancy.htm

7. South Australian Perinatal Practice Guidelines Chapter 60 Anaemia in pregnancy. South


Australia [Updated 2012 May 22; cited 2013 December 17]. Available from:
http://www.health.sa.gov.au/ppg/Default.aspx?tabid=95

8. Anemia in Pregnancy. (1997-2013). Retrieved October 15, 2013, from MedIndia:


http://www.medindia.net/patients/patientinfo/anemia-in-pregnancy.htm

9. Anemia in Pregnancy. (2002-2013). Retrieved October 18, 2013, from UCSF Meical Center:
http://www.ucsfhealth.org/education/anemia_and_pregnancy/

13

Anda mungkin juga menyukai