Anda di halaman 1dari 21

http://marhaenkacak.blogspot.com/2010/09/matamu-mataku-jua-10-tips-memilih-kaca.

html

24/2/2011

10 tips memlilih kaca mata untuk anak

Assalamualaikum... Matamu mataku jua kembali......muehehe...... Zaman2 skang ni mmg ramai daripada
kanak2 perlu memakai cermin mata...Ibu bapa kebanyakannya begitu fobia bile dpt tau anaknye perlu
memakai spects.. Ye la..kecik2 dah kene usung spects ke hulu ke hilir... Kalau x pakai spects boleh
mempengaruhi perkembangan pembelajaran budak2 ni lak... Kebanyakan ibu bapa juga paling pening
bile anak2 nye x pandai jaga barang dan spects asyik rosak, patah dan sebagainya. Ade juga yg smpai
kehabisan idea nak suruh anaknya pakai cermin mata pasal ade budak2 yg malu nak pakai spects.. Kat
sini aku nak perturunkan 10 tips yg akan membantu ibu bapa memilih sepasang cermin mata yg sesuai
dan terbaik untuk anak kesayangan...

1. Pilih Frame Yang Kecil

Pilihlah saiz bingkai sekecil yg boleh yg fit dgn muka anak anda..Ini akan mengurangkan ketebalan kanta
setelah cermin mata siap. bagi kanak2 yg perlu preskripsi (degree) yg tinggi, masalah yg timbul adalah
kanta yang tebal. Jika frame yg dikenakan besar maka ketebalan kanta akan bertambah.. Ini
menyebabkan gangguan penglihatan pada bahagian tepi medan penglihatan (distortion) serta
menambahkan ketidakselesaan akibat kanta yg berat....

2. Biar Anak Sendiri Yang Pilih

Biarlah anak kita sendiri yang pilih bingkai yang diorg berkenan...Ini akan meningkatkan kemungkinan
diorg akan pakai spects tu selalu dan takkan rase malu dgn orang bile pakai spects..Tp kalau nmpak x
semenggah pastu mahal giler..Korang rejek je la pilihan diorg tuh..haha..

3. Plastic vs Metal

Plastik lebih ringan, sukar dilentur dan tahan lasak membuatkan frame plastik menjadi pilihan untuk
kanak. Walaupun mcm tu.. trend terbaru frame metal mempunyai ciri2 sperti plastik dgn
mencampurkan pelbagai alloy.. frame metal juga mempunyi kelebihan itu diadjust apabila bengkok
(tidak seperti frame plastic yg akan terus patah kerana tidak mudah lentur). Jika ibu bapa bercadang
untuk mengambil frame metal, pastikan anak2 tidak alergic pada metal2 tertentu.

4. Pilih Frame Yang Terletak Betul Pada Hidung

Menjadi masalah untuk pilih frame plastic kerana tiada 'nosepad' untuk menyokong bingkai kepada
hidung kanak2 yg belum developed lagi tulang hidung mcm org dewasa.. Biasenye spects akan
tergelongsor bila anak2 kite memakainye, Tmbah2 lagi dgn lens yg tebal dan berat.. Dalam kes ini, frame
metal menjadi penyelesaian kerana terdapat 'nosepad' yang boleh diubahsuai mengikut ketinggian
hidung anak2 kita..Walaupun begitu..jika ketahan ingin diambil kira, pilih frame plastic yg mempunyai
gap yang paling minimum dgn batang hidung anak kite

5. Pilih Bingkai Yang Betul2 Mencangkuk Telinga..

Untuk kanak2 yg lasak, adalah perlu spects terletak kukuh di mata diorg... Bingkai yg mengcangkuk
terus dibelakang telinga memberikan keselasaan pada anak2 untuk melakukan aktiviti yg sedikit lasak..
Walaupun begitu, bagi kanak2 yg hanya perlu memakai cermin mata kadang2, bingkai cermin mata yang
lurus di hujung telinga sudah memadai..

6. Memilih Bingkai Yg Ada Spring

Spring penting untuk jadikan frame yg dipakai lebih lasak...Pasal bdk2 ni lasak... Bukak pakai spects mmg
x proper... Klu ade spring mmg dpt la jimat kos mak2 ayah2 dlm mengganti spects anak2....:)

7. Jgn Pilih Lens Yang Rapuh

Bile korang dan anak2 dah masing2 berstuju dgn pilihan frame, Kanta pulak perlu diberi pertimbangan..
Kanta perlula yg punyai daya tahan impak yang tinggi... Lens terbaik yang aku rekemen adalah lens
'polycarbonate'. Lens ini ringan, x pecah, ade uv protection.. Kalau terduduk ke ape ke x lah pecah... Tp
harus di ingat...bercalar tetap bercalar..:)

8. Kenalpasti Jenis Warranty


Dapatkan Frame dan kanta yg ade warranty...Almaklumla..kanak2 ni biasenye bukan dpt tahan lama
spects nyer..Kadang 3 bulan dah bengkok, patah dan sebagainya... Ibu bapa juga perlu mendapatkan
perakuan warranty lens dari kedai jika lens yg ditempah adalah diclaim sebagaiscratch-proof atau anti
pecah.. Ini penting untuk mengelakkan korang ditipu.. Kadang2 kedai2 ni claim yg lens yg diorg bagi ade
mcm2, tahan tu la, tahan ni la, tp bile korang mntk claim bile jadi ape2, diorg x bagi ape2 replacement
pon...

9. Pertimbangkan Tentang 'Spare'

Kanak2 dgn prescription yang tinggi perlu lah disediakan spects 'spare'. Kanak2 dgn degree yg tinggi
pasti akan terganggu aktiviti seharian jika tanpa spects.. Adalah perlu juga di buat 'spare' untuk
mewujudkan pasangan yang berlainan untuk aktiviti yang berlainan.. Contohnya spects yg lebih lasak
untuk bermain dan satu lagi pasang yg agak 'cool' dan 'skema' untuk dibawak ke skolah...

10. Dapatkan Satu Salinan Preskripsi Anak Anda

Minta doktor salinan preskripsi degree untuk anak korang, Ini adalah penting juga untuk korang monitor
tahap kerabunan anak korang... Dpt kan maklumat lanjut tentang jenis rabun yang anak korang alami...
Serta kemungkinan2 yg akan berlaku ke atas mata anak anda jika tidak memakai spects.... Korang dptla
gunakan modal ni untuk educate anak untuk pakai spects yang dipilih itu..

Huhuhu...Igt 10 tips ni...... Yg penting rabun pada kanak2 tiada kompromi...Mmg kene pakai spects
untuk stimulate perkembangan mata... Kalau dah besar2, dah jadi makcik orang baru nak pakai spects, x
dapek nak menolongnyer...hahahaha..:)

Assalamualaikum... Komplen tentang masalah mata disebabkan penggunaan komputer mmg bnyk la aku
dengar... Kebanyakan orang kat ofis, student yang banyak workload computer mengadu pelbagai
simptom seperti kabur penglihatan, silau, pening dan sakit di sekeliling bebola mata...
Simptom2 ini boleh mengakibatkan produktiviti terjejas, keletihan pada tubuh badan serta seseorang itu
akan melakukan kesilapan dalam melakukan kerja2 komputer...Untuk post kali ini aku nak bagi tips2
yang mungkin berguna untuk pengguna komputer bagi mengelakkan keletihan pada mata akibat
penggunaan komputer berlebihan...

Para majikan juga boleh mengambil perhatian di sini untuk memantau keadaan persekitaran tempat
bekerja untuk menentukan suasana ruang pejabat adalah dalam keadaan optimum untuk penggunaan
komputer..Ini untuk meminimumkan berlaku nye Sindrom Penglihatan Komputer (SPK) kepada
pekerja2....

1. Lakukan Pemeriksaan Mata

Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata at least setahun
sekali... Bagi yang baru hendak memulakan atau mendapat pekerjaan yang bersangkut paut dengan
penggunaan komputer, perlulah korang buat check-up mata korang untuk tentukan tahap penglihatan
dan kesihatan mata...

Pemeriksaan ini adalah penting untuk mencegah sindrom yang mungkin berlaku dan dapat mengesan
masalah rabun atau 'dry eye'.... Menurut Institut Keselematan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan
(NIOSH), Pemeriksaan mata bagi pekerja industri yg menggunakan komputer adalah sangat perlu.
Individu perlulah melaporkan pada pakar mata atau Optometris berapa kerap penggunaan komputer
dalam satu2 masa...

2. Gunakan Pencahayaan Yang Bersesuaian


Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer bertambah apabila terdapat cahaya yang berlebihan
dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Sepatutnya, pencahayaan
sekeliling bagi penggunaan komputer perlu lah separuh lebih malap dari, cahaya lampu yang digunakan
di rumah dan pejabat kebiasaanya..

Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang rendah atau menggunakan bilangan
lampu/bulb yg sedikit sahaja... Kalau boleh jangan menggunakan komputer di tepi tingkap yang
menghadirkan cahaya matahari...tutup tingkap dan sumber cahaya berlebihan untuk keselesaan....

3. Kurangkan Silau

Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan
dinding, skrin computer dan sebagainya.. Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang
seperti putih dan gunakan skrin komputer yang ada filter cahaya..

Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai Anti-Reflection Coating (Multicoat) untuk
meminimumkan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stress pada mata kita...

4. 'Upgrade' Monitor

Monitor jenis lama (CRT) akan menghasilkan 'flicker' yang menjadi sumber dan faktor utama
SPK...'Flicker' akan menjadi lebih kelihatan jika monitor hanya mempunyai refresh rate kurang dari 75
Hz... Tetapkan refresh rate monitor lebih dari 75 Hz untuk keselesaan semasa penggunaan komputer..

Seeloknya tukarlah kepada monitor LCD seperti yg terdapat pada skrin laptop... Skrin jenis flatini perlu
lah mempunyai 'dot-pitch' yang rendah (kurang dari 0.28mm) untuk penggunaan yang memberikan
kurang beban pada mata...Dan pilihlah skrin LCD yang bersaiz besar untuk lebih keselesaan..

5. Ubahsuai Keterangan dan Kontras Tulisan dan Latar Belakang Komputer


Saiz font perlulah bersesuaian dengan tahap penglihatan selesa kita dan jgn terlalu kecil.. Objek atau
tulisan perlu berlainan kontras untuk mengelakkan ketidakselesaan pada mata.. sebagai contoh tulisan
hitam perlulah dipadankan dengan latar belakang berwarna terang dan jangan sesuaikan dgn latar
belakang gelap ataupun berserabut dengan pelbagai warna..

6. Kelipkan Mata Dengan Kerap

Cuba senaman ni : Setiap 20 minit penggunaan komputer, berhenti seketika dan kelipkan mata secara
perlahan2 (seperti mata orang nak tertidur...hehe..) sehingga menutup mata seluruhnya.. Ulang
sebanyak 10 kali dan kemudian teruskan kerja kembali..

Mengikut kajian, individu yang menggunakan komputer, akan kurang berkelip. Kekurangan kelipan mata
akan menyebabkan air mata akan menyejat dam meninggalkan lapisan mata tidak mempunyai
perlindungan. Fenomena ini disebut 'Dry Eye'.

Pengguna komputer perlulah menyediakan sebotol 'artificial tears' untuk membasahkan mata apabila
terasa kering dan berpasir...Keadaan mata kering ini semakin teruk apabila berada dalam bilik atau
pejabat yang berhawa dingin...

7. Relakskan Pandangan

Setelah otot2 penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkanlah otot2 terbabit dengan
cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit... Ini dapat mengurangkan kesan stress pada
bebola mata korang...
Satu lagi latihan yang dapat dilakukan adalah dengan melihat objek jauh selama 10-15 saat dan
kemudian kembali melihat objek dekat selama 10-15 saat juga. ulangi selama 4-5 kali.. Latihan ini
penting supaya otot2 fokus tidak kejang akibat penggunaan komputer yang berlebihan..Jika otot2 fokus
kejang, pengguna2 komputer akan kabur melihat objek2 jauh selepas penggunaan komputer...

8. Luangkan Masa Untuk Berehat

Menurut kajian NIOSH, pengguna komputer yg berehat hanya 5 minit tetapi sebanyak 4 kali sepanjang
hari lebih baik dan melegakan berbanding dari pengguna komputer yang berehat 15 minit sebanyak 2
kali sepanjang hari... Dalam kes ini, kuantiti rehat adalah lebih penting dari masa rehat yg lama..

Apabila rehat, lakukanlah 'stretching' bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot2 yang
terlibat..

9. Ubahsuai Susunan Meja Kerja Anda

Jika korang perlu melihat bersilih ganti antara 'print copy' dan skrin komputer, letakkan 'printcopy'
bersebelahan dengan monitor dengan menggunakan 'stand' untuk mengelakkan keletihan pada otot2
mata. Boleh gunakan lampu meja tetapi jangan suluh pada skrin komputer atau mata korang

Ubah suai kerusi korang sama level dengan skrin komputer supaya skrin komputer terletak 10-15 darjah
bawah dari satah penglihatan korang..ubahsuai juga jarak antara mata dan skrin komputer seeloknya
sejauh 50 cm...
10. Memakai Cermin Mata Khas Untuk Penggunaan Komputer

Pengguna komputer yang berpanjangan (walaupun yang tidak rabun) boleh menimbangkan untuk
memakai cermin mata khas untuk memberikan keselesaan dalam melakukan pelbagai kerja dekat...

Dapatkan info dari Optometrist yang berhampiran tentang kanta khas ini... rujuklah jenama-jenama
terkenal di pasaran seperti Hoya Remark dan Essilor Anti-Fatigue. Jangan terkeliru dengan kanta yang
kononnya sebagai kanta untuk komputer tetapi berharga murah. Kanta ini hanya memberi perlindungan
terhadap cahaya berlebihan yang dihasilkan oleh komputer tetapi tidak memberi apa2 fungsi dalam
mengelakkan stress pada mata dan SPK keseluruhannya...

http://eyecareclinic.blogspot.com/

24/2/2011

Mata dan fungsinya

Mata adalah organ deria yang amat penting kepada manusia. Ia membolehkan kita menerima persepsi
terhadap bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan dan jarak antara sesuatu objek dengan kita. Ia
membolehkan kita mengenal alam dan diri kita sendiri.

Antara fungsi fungsi terpenting mata adalah:

Ketajaman penglihatan (Visual acuity)

Penglihatan binokular & stereoskopik

Persepsi warna

Keseimbangan badan dalam mobiliti


Ketajaman penglihatan membolehkan kita melihat secara menyeluruh (fine and detail) sesuatu objek
yang kita lihat. Penglihatan binokular membolehkan kita melihat sesuatu objek dalam tiga dimensi yang
membolehkan kita mengetahui jarak dan kedalaman objek. Persepsi bidang penglihatan menyebabkan
kita mengetahui dan sedar (aware) kedudukan kita dengan objek di persekitaran. Ini memberikan kita
keseimbangan badan yang memudahkan kita bergerak.

Menjaga kesihatan mata bererti kita perlu menjaga keseluruhan fungsi penglihatan tersebut. Maka
setiap kali kita membuat pemeriksaan mata, kita perlu mengetahui apakah kesemua fungsi penglihatan
kita dalam keadaan yang sempurna.

Jadi pada setiap kali kita membuat pemeriksaan mata, kita perlu memastikan fungsi tersebut telah
diperiksa dengan teliti dan dapatkan maklumat tersebut dari pakar yang membuat pemeriksaan
(Optometris).

Gangguan terhadap salah satu fungsi pebglihatan menyebabkan ketidakselesaan. Antara simtom
gangguan fungsi penglihatan adalah:

Pening kepala

Pedih mata

Cepat mengantuk

Hilang kosentrasi

Kabur penglihatan

Mata berair

Kebanyakan kita yang membuat pemeriksaan mata terutamanya dikedai kedai optikal hanya memeriksa
satu sahaja dari fungsi penglihatan tersebut iaitu ketajaman penglihatan. Jadi, maklumat kesihatan mata
secara menyeluruh tidak didapati.
Terdapat banyak kes yang keadaan ketajaman penglihatan normal tetapi masih mengalami masalah
dengan fungsi penglihatan seperti mata berair dan silau.

Amblyopia dan kejulingan

Amblyopia boleh terjadi sekiranya seseorang kanak kanak lewat mendapatkan rawatan terhadap
masalah kerabunan. Ini terjadi kerana berlaku halangan terhadap perkembangan fungsi penglihatan
apabila seseorang kanak kanak rabun. Amblyopia juga disebut sebagai 'mata malas'. Ini kerana mata
yang rabun, terutama dalam kes kuasa mata yang tidak sama antara mata kiri dan mata kanan, hanya
satu mata yang digunakan untuk melihat sesuatu objek.

Akibatnya, tiada rangsangan cahaya pada mata yang tinggi kuasa rabunnya. Ini menyebabkan mata
tersebut tidak memfokus pada objek yang hendak dilihat. Jadi, sistem fungsi penglihatannya tidak
berkembang.

Apabila ini terjadi, keadaan binokular pesakit tidak berkembang dan mata akan menjadi juling.
Kebanyakan kes juling yang terjadi secara begini boleh dibetulkan sekiranya pesakit tersebut mendapat
pemeriksaan mata awal dan mendapat preskripsi cermin mata yang sempurna dengan kaedah kaedah
rawatan Ortoptik yang sesuai, kes kes kejulingan yang secara begini boleh di atasi.

Perkhidmatan Optometri yang profesional selalunya terdapat perkhidmatan rawatan Ortoptik terhadap
masalah amblyopia dan kejulingan mata.

Kerabunan dan kesanya

Antara simptom yang dihadapi oleh seseorang yang menghadapi masalah rabun ialah

Kabur penglihatan

Pening kepala terutama pada bahagian belakang kepala

Mata menjadi merah

Terasa berat pada kelopak mata

Mata berair

Cepat mengantuk

Masalah ini boleh diatasi apabila pesakit memakai cermin mata atau contact lense dengan preskripsi
yang sempurna.
Kerabunan pada kanak kanak boleh membawa masalah yang lebih serius sekiranya tidak mendapat
rawatan awal. Rawatan awal amat perlu pada kanak kanak yang rabun bagi mengelakan terjadinya kes
amblyopia dan juling. Ibubapa perlu membawa anak anak untuk pemeriksaan mata ketika anak anak
mula memasuki tadika. Selain itu terdapat hubungan rapat antara masalah rabun pada kanak kanak
dengan keputusan akademik di sekolah.

Beberapa kajian yang dilakukan di luar negara membuktikan tentang wujudnya hubungan tersebut.

Contact lense dan kesanya pada mata

Oleh kerana contact lense terletak di hadapan kornea mata, maka ia memberi kesan langsung terhadap
jumlah pertukaran oksigen pada mata, terutama pada bahagian kornea.

Kornea adalah satu satunya organ dalam tubuh manusia yang ada salur darah. Ini adalah untuk
mengekalkan kejernihan kornea sebagai agen pembiasan cahaya bagi pembentukan imej ke bahagian
retina. Pernafasan sel pada bahagian kornea adalah melalui adalah melalui proses pelarutan oksigen
dalam air mata dan dipindahkan pada bahagian kornea untuk pernafasan sel sel kornea.

Pemakaian contact lense akan menyebabkan jumlah pertukaran oksigen pada bahagian kornea
terhalang. Walaupun contact lense yang dipakai itu dari jenis yang telap udara tapi ia tetap
mengurangkan jumlah oksigen yang sepatutnya diterima oleh kornea.

Akibatnya sel sel kornea akan rosak dan pecah. Apabila terlalu banyak sel sel kornea pecah ia akan
membawa kepada terjadinya ulser pada bahagian kornea.

Lebih kurang 80% hingga 90% kes kes penyakit mata yang direkodkan di hospital kawasan bandar
bandar besar di Malaysia dilaporkan ada hubung kait dengan kesan pemakaian contact lense.

Mengikut kajian sekumpulan pelajar tahun akhir kursus Optometri di Universiti Kebangsaan (UKM), di
kawasan sekitar Kuala Lumpur mendapati bahawa 69.4% dari pengguna contact lense adalah dari
golongan wanita yang berumur 21 tahun ke atas. 35% dari mereka yang memakai contact lense untuk
tujuan kosmetik. 34.4% untuk tujuan koreksi (pembetulan) kerabunan dan 29.7% untuk tujuan
bersukan.
Masalah yang selalu dihadapi oleh pengguna contact lense adalah

Mata terasa kering 37%

Mata menjadi merah 23%

Tidak selesa 19%

Kebanyakan masalah dalam pemakaian contact lense timbul akibat dari

Tidak mendapat preskripsi dari pakar

Tidak membuat pemeriksaan mata dengan sempurna untuk memakai contact lense

Memahami contact lense terlalu lama

Tidak mendapat nasihat pakar tentang cara pemakaian dan penjagaan contact lense

Tidur tanpa mengeluarkan contact lense

Di negara negara maju seperti di Amerika Syarikat, untuk memahami contact lense perlu mendapat
preskripsi dari Optometris setelah dibuat pemeriksaan sempurna ke atas mata bakal pengguna contact
lense.

Di Malaysia pengguna dan bakal pengguna contact lense dengan mudah boleh membeli contact lense di
kedai kedai Optikal tanpa sebarang preskripsi dari pakar. Trend begini menyebabkan pengguna terdedah
kepada bahaya sehingga boleh menyebabkan kesan kekal kepada pengguna.

Antara kesan kesan sampingan akibat pemakaian contact lense yang tidak sempurna adalah

Ulser pada bahagian kornea

Allergi

Neovascularization (Pembentukan salur darah pada bahagian kornea)

Mengubah kelengkungan kornea


Buta

Oleh itu sekiranya anda adalah bakal pengguna contact lense, adalah penting untuk berndapatkan
nasihat dan pemeriksaan mata dari Optometris untuk mengetahui samada anda sesuai atau sebaliknya
untuk memakai contact lense.

Jangan anda menjadi pengguna yang mengambil mudah tentang perlunya pemeriksaan yang teliti
sebelum anda memakai contact lense.

Pusat Optik Clear Optical Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan kaunseling oleh pakar mata (Optometris).

Tips menggunakan contact lense (Bah 2)

Keluarkan contact lense sekiranya pandangan menjadi kabur berterusan dan kedapatan warna warni
pada sumber cahaya. Terus hubungi pakar.

Keluarkan contact lense dengan segera jika berlaku keadaan seperti mata merah, pedih dan berair
berlebihan. Terus hubungi pakar.

Jangan gunakan apa apa ubat pada 'larutan' selain dari yang diberi oleh pakar. Jangan pakai contact
lense semasa mendapat rawatan ubatan dari pengamal perubatan kecuali di atas nasihat pakar.

Jangan gunakan larutan untuk contact lense keras kepada contact lense jenis lembut.

Pastikan larutan (disinfecting solution) ditukar setiap hari walaupun contact lense tidak dipakai.
Sekiranya contact lemnse tersebut dipakai setiap hari, maka larutan tersebut hanyalah boleh digunakan
sekali sahaja. Untuk penyimpanan yang berikutnya, hendaklah diganti dengan larutan yang baru.

Tidak dibenarkan sama sekali memakai losyen tangan yang berminyak sebelum memakai contact lense.
Make-up hanya boleh dipakai setelah contact lense dimasukan ke atas mata.
http://drmuhayalasik.blogspot.com/2009/06/peliharalah-kesihatan-mata.html

24/2/2011

Peliharalah kesihatan mata

Peliharalah Kesihatan Mata

1. Apakah faktor yang mempengaruhi kesihatan mata seseorang?

Terdapat dua faktor utama iaitu faktor genetik dan faktor alam sekeliling dan tabiat pemakanan dan
merokok seseorang.

Faktor genetik menentukan samaada seseorang itu mengalami rabun, katarak pada umur awal,
degenerasi macula dan penyakit mata lain, manakala tabiat merokok banyak mempengaruhi kesihatan
mata

2. Bagaimana kah cara terbaik untuk menjaga kesihatan mata dan mencegah kebutaan ketika umur
meningkat?

Cara terbaik adalah dengan menjaga pemakanan dengan banyak memakan ikan dan sayuran serta
makanan kesihatan dan mengelakkan merokok sejak usia muda. Seperkara lagi bagi mereka yang
berumur 40 tahun keatas harus menjalani pemeriksaan mata secara berkala oleh pakar mata untuk
mengesan penyakit mata merbahaya yang mungkin tidak mempunyai gejala seperti kekaburan.
3. Apakah peringkat umur yang harus menjalani pemeriksaan secara berkala oleh pakar mata?

Mereka yang sihat tubuh badan dan berumur kurang dari 40 tahun harus menjalani pemeriksaan mata
setiap dua tahun dan setelah berumur 40 tahun harus menjalani pemeriksaan setiap tahun. Jika
seseorang mengidap kencing manis atau darah tinggi harus menjalani pemeriksaan setiap tahun walau
pun berumur kurang dari 40 tahun.

4. Kenapa mereka yang berumur 40 tahun keatas harus menjalani pemeriksaan mata setiap tahun?

Apabila anda berumur 40 tahun risiko untuk mendapat penyakit mata meningkat. Penyakit mata yang
merbahaya yang mungkin menyebabkan kebutaan ialah glaukoma, degenerasi macula, katarak dan
semua penyakit ini tidak mempunyai gejala pada peringkat awal dan hanya dapat dikesan oleh pakar
mata. Pemeriksaan mata juga mungkin mengesan penyakit kencing manis dan darah tinggi disebabkan
perubahan pada salur darah mata dalam keadaan ini.

5. Apakah risiko untuk seseorang berumur lebih 40 tahun mengalami masaalah gangguan penglihatan?

Statisitik menunjukkan sebanyak satu pertiga mereka yang berumur 40 tahun keatas mengalami
masaalah mata. Pakar mata harus mengesan penyakit mata sebelum berlaku kebutaan yang kekal.
Adalah tidak bijak untuk menunggu sehingga ada masaalah sebelum menjalani pemeriksaan mata.

6. Apakah yang dilakukan ketika pemeriksaan mata oleh pakar mata?


Pemeriksaan mata sepenuhnya mengambil masa 30 minit dimana sejarah kesihatan anda dan keluarga
anda di teliti. Pemeriksaan mata anda secara menyeluruh dilakukan menggunakan berbagai alat untuk
menentukan struktur mata anda sihat. Tekanan mata juga diperiksa untuk menetukan anda tidak
mengidap glaucoma. Gambar retina anda akan diambil untuk dokumentasi dan sebagai rekod status
saraf mata dan retina anda.

Otot mata anda juga diperiksa untuk menentukan mereka bergerak dengan sempurna. Refraksi
dilakukan untuk menentukan keperluan anda untuk memakai cermin mata dan adakah cermin mata
yang digunakan sesuai.

Setelah pemeriksan dilakukan pakar mata akan menerangkan kepada anda status mata anda dan
memberi nasihat yang perlu untuk menjaga kesihatan mata anda.

7. Apakah pengalaman doktor dengan mereka yang merokok dan kesihatan mata?

Saya sering berjumpa pesakit selalunya lelaki yang berumur kurang dari 40 tahun yang merupakan
perokok tegar yang mengidap katarak pada kedua belah mata. Juga terdapat kalangan perokok yang
mengalami degenerasi makula yang menyebabkan kebutaan kedua belah mata pada peringkat umur
melebihi 65 tahun. Mereka selalunya menyesal tetapi keadaan mata telah teruk dan mereka menjadi
buta untuk selamanya dan rawatan yang mahal hanya dapat memulihkan sedikit sahaja penglihatan
mereka.

7. Apakah pengalaman doktor dengan mereka yang lambat berjumpa pakar mata?

Terdapat pesakit yang datang lewat setelah mereka benar benar tidak dapat melihat lagi. Ini sering
berlaku kepada pesakit kencing manis dan mereka menjadi buta dengan cepat dan walau pun dirawat
penglihatan hanya dapat dipulihkan dengan sedikit sahaja.
Semua warga melebihi 40 tahun harus menjalani pemeriksaan mata secara berkala oleh pakar mata
untuk mengesan masaalah pada peringkat awal dan mencegah kebutaan.

Jika keluarga anda mengalami masaalah mata, kencing manis, penyakit serius atau pun memakan ubat
yang mungkin mempunayi kesan keatas mata and harus menjalani pemeriksaan mata yang sepenuhnya

http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/843/Peliharalah-mata-anda

24/2/2011

Peliharalah mata anda

MATA adalah salah satu organ manusia yang sangat berharga kurniaan Tuhan yang membolehkan kita
melihat. Sistem penglihatan yang sempurna ini akan berkurang sedikit demi sedikit apabila
meningkatnya usia.

Walaupun ini adalah perkara biasa dalam penuaan, masih terdapat antara kita yang kurang prihatin
dalam penjagaan mata, terutamanya mereka yang berumur 40 tahun ke atas.

Terdapat beberapa penyakit dan gangguan mata yang dikaitkan dengan proses penuaan. Dengan adanya
teknologi yang sering berkembang hari demi hari, penglihatan yang sempurna dan terang dapat
dinikmati oleh semua golongan di hari tua.

Sayangnya, banyak yang berpendapat bahawa tiada bantuan dapat diberikan kepada masalah mata
berkaitan dengan penuaan.
Salah satu gangguan mata yang sering berlaku ketika penuaan ialah presbiopia, yang bermula di
kalangan mereka dalam lingkungan 40 ke 50 tahun.

Hasil dari penuaan, kanta mula hilang keanjalannya, menyukarkan untuk memfokus jarak dekat seperti
aktiviti membaca.

Tetapi presbiopia boleh dibetulkan dengan penggunaan cermin mata untuk membaca atau cermin mata
dengan bifocal, trifocal atau kanta (tanpa garis) progresif.

Penuaan mata juga menyebabkan kanta mata menjadi lebih tebal dan kuning iaitu pembentukan
katarak awal.

Perubahan ini mungkin akan memberi kesan kepada persepsi warna dan ketajaman penglihatan.

Apabila mata melalui proses penuaan, anak mata menjadi semakin kecil, menyebabkan keperluan
kepada lebih cahaya untuk melihat dengan jelas.

Terdapat juga beberapa situasi lain yang membolehkan kehilangan penglihatan, antaranya degenerasi
makula, glaukoma, katarak dan retinopati diabetis.

Perkara yang paling penting di dalam penuaan mata adalah untuk menjalani pemeriksaan mata secara
berkala oleh pakar mata untuk memastikan kesihatan mata dan pengesanan awal sebarang penyakit
mata.

Berikut merupakan beberapa persoalan yang sering menjadi persoalan di kalangan pesakit:

1. Apakah faktor yang mempengaruhi kesihatan mata seseorang?


- Terdapat dua faktor utama iaitu faktor genetik dan faktor alam sekitar di samping tabiat pemakanan
dan tabiat merokok seseorang.

Faktor genetik menentukan sama ada seseorang itu mengalami rabun, katarak pada umur awal,
degenerasi makula dan penyakit mata lain manakala tabiat merokok pula amat mempengaruhi
kesihatan mata.

2. Bagaimanakah cara terbaik untuk menjaga kesihatan mata dan mencegah kebutaan ketika umur
meningkat?

- Cara terbaik adalah dengan menjaga pemakanan dengan banyak memakan ikan dan sayuran serta
makanan kesihatan dan mengelakkan merokok sejak usia muda.

Seperkara lagi bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas, harus menjalani pemeriksaan mata secara
berkala oleh pakar mata untuk mengesan penyakit mata berbahaya yang mungkin tidak mempunyai
gejala, seperti kekaburan.

3. Apakah peringkat umur yang harus menjalani pemeriksaan secara berkala oleh pakar mata?

- Mereka yang sihat tubuh badan dan berumur kurang daripada 40 tahun harus menjalani pemeriksaan
mata setiap dua tahun dan setelah berumur 40 tahun, harus menjalani pemeriksaan setiap tahun.

Jika seseorang mengidap kencing manis atau darah tinggi, harus menjalani pemeriksaan setiap tahun
walaupun berumur kurang daripada 40 tahun.

4. Kenapa mereka yang berumur 40 tahun ke atas harus menjalani pemeriksaan mata setiap tahun?

- Apabila anda berumur 40 tahun, risiko untuk mendapat penyakit mata meningkat. Penyakit mata yang
berbahaya mungkin menyebabkan kebutaan termasuklah glaukoma, degenerasi makula dan katarak.
Semua penyakit ini tidak mempunyai gejala pada peringkat awal dan hanya dapat dikesan oleh pakar
mata.

Pemeriksaan mata juga mungkin mengesan penyakit kencing manis dan darah tinggi melalui perubahan
pada salur darah mata dalam keadaan berkenaan.

5. Apakah risiko untuk seseorang berumur lebih 40 tahun mengalami masalah gangguan penglihatan?

- Statistik menunjukkan sebanyak satu pertiga daripada mereka yang berumur 40 tahun ke atas
mengalami masalah mata.

Pakar mata harus mengesan penyakit mata sebelum berlaku kebutaan yang kekal. Adalah tidak bijak
untuk menunggu sehingga ada masalah sebelum menjalani pemeriksaan mata.

6. Apakah yang dilakukan ketika pemeriksaan mata oleh pakar mata?

- Pemeriksaan mata sepenuhnya mengambil masa 30 minit di mana sejarah kesihatan anda dan keluarga
anda diteliti terlebih dahulu.

Pemeriksaan mata secara menyeluruh dilakukan menggunakan berbagai alat untuk menentukan
struktur mata anda sihat.

Tekanan mata juga diperiksa untuk menentukan anda tidak mengidap glaukoma. Gambar retina anda
akan diambil untuk dokumentasi dan sebagai rekod status saraf mata dan retina anda.

Otot mata anda juga diperiksa untuk menentukan otot bergerak dengan sempurna. Refraksi dilakukan
untuk menentukan keperluan anda untuk memakai cermin mata dan adakah cermin mata yang
digunakan sesuai.
Setelah pemeriksaan dilakukan, pakar mata akan menerangkan kepada anda status mata dan memberi
nasihat yang perlu untuk menjaga kesihatan mata anda.

7. Apakah pengalaman doktor dengan mereka yang merokok dan kesihatan mata?

- Saya sering berjumpa pesakit, selalunya lelaki, yang berumur kurang dari 40 tahun yang merupakan
perokok tegar dan mengidap katarak pada kedua belah mata.

Terdapat juga di kalangan perokok yang mengalami degenerasi makula yang menyebabkan kebutaan
kedua belah mata pada peringkat umur melebihi 65 tahun.

Mereka selalunya menyesal tetapi keadaan mata telah teruk dan mereka menjadi buta untuk selamanya
dan rawatan yang mahal hanya dapat memulihkan sedikit sahaja penglihatan mereka.

8. Apakah pengalaman doktor dengan mereka yang lambat berjumpa pakar mata?

- Terdapat pesakit yang datang lewat hanya setelah mereka benar-benar tidak dapat melihat lagi.

Ini sering berlaku kepada pesakit kencing manis. Mereka menjadi buta dengan cepat dan walaupun
dirawat, penglihatan hanya dapat dipulihkan dengan sedikit sahaja.

Semua warga Malaysia melebihi 40 tahun harus menjalani pemeriksaan mata secara berkala oleh pakar
mata untuk mengesan sebarang masalah yang wujud dari peringkat awal dan mencegah kebutaan.

Jika keluarga anda mengalami masalah mata, kencing manis, penyakit serius atau pun memakan ubat
yang mungkin mempunyai kesan ke atas mata, mereka seharusnya menjalani pemeriksaan mata yang
sepenuhnya.

Anda mungkin juga menyukai