Anda di halaman 1dari 2

Malaysia kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke arah mencapai

wawasan 2020 di mana negara kita akan menjadi negara yang maju secara holistik. Sebagai
panduan untuk mencapai wawasan ini, Misi Nasional–satu rangka kerja bagi agenda
pembangunan negara dengan menggariskan langkah-langkah utama yang harus diambil bagi
tempoh lima belas tahun yang akan datang, telah diwujudkan. Salah satu penekanan dalam
Misi Nasional ialah pembangunan modal insan. Hal ini kerana kejayaan masa depan negara
bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki sama ada dari segi intelek atau
keperibadian. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga matlamat
pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi inteklek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Terlebih dahulu, mengikut Kamus Dewan edisi keempat, modal


bermaksud……….Manakala insan bermaksud ………Jadi, secara umumnya modal insan
membawa maksud ………..Dengan kata yang lain, menurut RMK-11 yang dibentangkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada 21 Mei, pembangunan
modal insan adalah sumber penting dalam memacu dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi,
serta menyokong peralihan kesemua sektor ekonomi ke arah aktiviti intensif pengetahuan.
Sebagaimana memetik kenyataan Bekas Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri
Pendidikan Malaysia, Yab Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin ketika
mengucap dalam Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru 2015, menyatakan bahawa

“Modal insan yang ingin kita bangunkan tidak seharusnya dilengkapkan dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran semata-mata, tetapi juga mesti diperkukuhkan dengan
akhlak yang terpuji dan nilai-nilai yang murni. Bagi saya aspek akhlak, budi pekerti,
integrity, amanah dan nilai-nilai murni adalah komponen yang amat penting dalam
membina negara bangsa dan mencapai kemajuan ekonomi yang lestari.”

Saya bersetuju dengan sepenuhnya terhadap pernyataan tersebut. Hal ini kerana, jika
seseorang hanya memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran sahaja semata-matanya tidak
akan dapat menjadi tenaga manusia yang berkualiti dan seimbang dari segi aspek JERI. Jadi,
saya bersetuju bahawa pembangunan modal insan ini tidak akan tercapai jika kita tidak
mengambil kira aspek rohani.

Tanpa kita sedari, sifat jujur, amanah dan integriti sebenarnya merupakan nilai intrinsik
yang menjadi tunjang kepada kemajuan ekonomi. Contohnya, dalam perniagaan seseorang
peniaga yang jujur dan amanah akan mendapat kepercayaan dan keyakinan pelanggan untuk
terus membeli belah atau melanggan perkhidmatan yang ditawarkan. Jika peniaga itu tidak
amanah dengan melakukan penipuan atau manipulasi untuk mengaut keuntungan yang
lumayan, maka sudah pastinya pelanggan tidak lagi mempercayainya dan perniagaannya
juga akan mengalami kerugian. Begitu juga dengan industri, baik industri pembuatan,
makanan, pengangkutan, perbankan, kewangan dan lain-lain. Jika sesekali pihak pengusaha
industri melakukan pecah amanah atau penipuan sehingga menjejaskan kepentingan
pengguna, maka sudah tentulah pengguna akan hilang kepercayaan terhadap industri
tersebut. Hal ini akan menyebabkan pihak pengusaha industri mengalami kerugian dan hal ini
juga akan melumpuhkan ekonomi negara. Selain itu, pembentukan akhlak yang mulia dalam
sanubari seseorang insan adalah amat penting dalam usaha pembinaan negara bangsa.
Contohnya, jika seseorang murid cemerlang dalam pendidikan, berkemahiran tinggi tetapi
akhlaknya buruk adakah dia dapat menjadi seorang warganegara yang sempurna? Sudah
pastinya tidak. Hal ini demikian kerana akhlak yang menyempurnakan kehidupan seseorang
insan.

Walaupun perkara ini dikenali oleh semua orang tetapi masih terdapat sesetangah
masyarakat yang tidak sedar akan kepentingan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian
mereka. Mereka hanya mementingkan pendidikan semata-matanya. Jadi, di sini kita dapat
lihat bahawa walaupun kita berusaha untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi
semua aspek namun begitu ianya tertakluk kepada kerelaan individu sendiri untuk
mengamalkannya. Pendek kata, pembentukan modal insan tidak akan dicapai jika individu
tersebut tidak mengamalkan aspek-aspek modal insan iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran dan
akhlak yang mulia. Sudah terang lagi bersuluh, saya menyokong seratus peratus bahawa
aspek akhlak, budi pekerti, integriti, amanah dan nilai-nilai murni adalah komponen yang
utama dalam pembangunan modal insan selain ilmu pengetahuan dan kemahiran demi
pembinaan negara bangsa dan kemajuan ekonomi.

Anda mungkin juga menyukai