Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN (B) PROJEK PENYELESAIAN MASALAH MELALUI APLIKASI

DALAM PERMODELAN

1.0 PENGENALAN

Model eksponen sering digunakan untuk menentukan kadar dan bilangan


pertumbuhan populasi, pertumbuhan bakteria dan pengiraan faedah kompoun. Antara
kelebihan bagi model eksponen adalah mengkaji populasi sesebuah negara yang
mendatangkan kelebihan kepada ahli ekonomi dan sosial untuk membuat
perancangan masa depan negara bagi mewujudkan ekonomi yang mampan. Oleh itu,
pengkaji telah membina model eksponen pertumbuhan populasi bagi United State of
Amerika (USA).

2.0 POPULASI DI USA

Berikut merupakan populasi di USA dari tahun 1955 sampai tahun 1995.

Tahun Populasi

1995 266,275,528
1990 252,847,810
1985 240,691,557
1980 229,588,208
1975 218,963,561
1970 209,485,807
1965 199,403,532
1960 186,176,524
1955 170,796,378

Jadual 1: Populasi di USA

1
Populasi di USA
300,000,000

250,000,000
Bilangan populasi

200,000,000

150,000,000

100,000,000

50,000,000

0
1950 1955 1960 1965 1970 1975 1980 1985 1990 1995 2000
Tahun

Graf 1: Populasi di USA

Berdasarkan jadual dan graf populasi tersebut, pengkaji dapat mencari kadar
pertumbuhan untuk menganggar populasi untuk masa hadapan.

3.0 PERTUMBUHAN POPULASI

Dalam konteks pertumbuhan populasi, kita boleh menulis

𝑑𝑃 1 𝑑𝑃 1
= 𝑘𝑃 atau =𝑘
𝑑𝑡 𝑃 𝑑𝑡

p=saiz populasi k = kadar pertumbuhan

𝟏 𝒅𝑷
Maka kuantiti adalah kadar pertumbuhan dibahagi dengan saiz populasi yang
𝑷 𝒅𝒕
dikenali sebagai kadar pertumbuhan relatif. Merujuk kepada (1), selain daripada
mengatakan bahawa “kadar pertumbuhan adalah berkadaran dengan saiz populasi”,
kita juga boleh mengatakan bahawa “kadar pertumbuhan relatif adalah malar”.
Populasi dengan nilai kadar pertumbuhan relatif malar mesti tumbuh pesat.

𝑑𝑦
= 𝑘𝑦 𝑦(0) = 𝑦0
𝑑𝑡

𝑦(𝑡) = 𝑦0 𝑒 𝑘𝑡 2

2
Dilihat bahawa kadar pertumbuhan relatif k muncul sebagai pekali kepada t dalam
fungsi eksponen 𝑦0 𝑒 𝑘𝑡 . Sebagai contoh, jika

𝑑𝑃
= 0.02𝑃
𝑑𝑡

Maka t diukur dalam tahun, maka kadar pertumbuhan relatif k = 0.02 dan populasi
meningkat dengan kadar relatif sebanyak 2% setahun. Jika populasi pada 0 adalah
P0, maka sebutan populasi adalah

𝑃(𝑡) = 𝑃0 𝑒 0.02𝑡

Berbalik kepada populasi di USA, pengkaji harus mencari kadar pertumbuhan


relatif (k) terlebih dahulu. Pada keadaan awal ialah P(0) = 170,796,378. Kita
menganggar bahawa kadar pertumbuhan adalah berkadaran dengan saiz populasi,
maka malalah awal dapat dikesan ialah

𝑑𝑃
= 𝑘𝑃 𝑃(0) = 170796378
𝑑𝑡

Daripada (2), kita tahu

𝑃(𝑡) = 170796378𝑒𝑘𝑡

Salah satu cara untuk menganggar kadar pertumbuhan relatif k bagi USA adalah
menggunakan fakta bahawa populasi pada tahun 1975, iaitu tahun pertengahan dari
tahun 1955 hingga 1995 dengan populasi sebanyak 218,963,561. Oleh itu,

𝑃(20) = 170796378𝑒𝑘(20) = 218963561

218963561
𝑒 20𝑘 =
170796378

1 218963561
𝑘= 𝑙𝑛 ≈ 0.01242166
20 170796378

Maka, kadar pertumbuhan relatif bagi USA adalah 1.24% setahun dan model akan menjadi
𝑃(𝑡) = 170796378𝑒0.01242166𝑡

3
Maka kita akan dapat membuat perbandingan antara jangkaan populasi USA menggunakan
model eksponen dengan data sebenar.

Tahun Populasi Model Eksponen

1995 266,275,528 280,714,624


1990 252,847,810 263,810,296
1985 240,691,557 247,923,927
1980 229,588,208 232,994,219
1975 218,963,561 218,963,561
1970 209,485,807 205,777,814
1965 199,403,532 193,386,099
1960 186,176,524 181,740,599
1955 170,796,378 170,796,378
Jadual 2: Perbandingan Populasi sebenar dengan Model

Perbandingan model
300,000,000

250,000,000
bilangan Populasi

200,000,000

150,000,000

100,000,000

50,000,000

0
1950 1955 1960 1965 1970 1975 1980 1985 1990 1995 2000
Tahun

Populasi Model Eksponen

Graf 2: Perbandingan Populasi sebenar dengan Model

Melihat kepada Jadual 1 dan Graf 1, dapat dilihat bahawa kita dapat mencari model yang lebih
baik menggunakan populasi yang diberi pada tahun 1985, berbanding pada tahun 1975, untuk
mengganggar nilai k.

4
𝑃(30) = 170796378𝑒𝑘(30) = 240691557

240691557
𝑒 30𝑘 =
170796378

1 240691557
𝑘= 𝑙𝑛 ≈ 0.01143480641
30 170796378

Jangkaan bagi kadar pertumbuhan relatif sekarang ialah 1.11% setahun dan model ialah

𝑃(𝑡) = 170796378𝑒0.01143480641𝑡

Model
Tahun Populasi Eksponen

1995 266,275,528 269,849,483


1990 252,847,810 254,853,864
1985 240,691,557 240,691,557
1980 229,588,208 227,316,254
1975 218,963,561 214,684,220
1970 209,485,807 202,754,152
1965 199,403,532 191,487,042
1960 186,176,524 180,846,048
1955 170,796,378 170,796,378

Jadual 3: Perbandingan Populasi sebenar dengan Model

5
Perbandingan Model
300,000,000

250,000,000
Bilangan Populasi
200,000,000

150,000,000

100,000,000

50,000,000

0
1950 1955 1960 1965 1970 1975 1980 1985 1990 1995 2000
Tahun

Populasi sebenar Model Eksponen

Graf 3: Perbandingan Populasi sebenar dengan Model

Graf 3 menunjukkan ilutrasi kedua model. Model eksponen ini untuk populasi di USA lebih
tepat selepas tahun 1985, tetapi kurang tepat sebelum 1975.

4.0 PENGANGGARAN PERTUMBUHAN POPULASI UNTUK MASA HADAPAN

Daripada model eksponen yang telah dibuat, pengkaji dapat menganggar populasi di
USA untuk masa hadapan. Daripada populasi yang telah dikaji, pengkaji telah
mengkaji anggaran populasi di USA untuk tahun 2017.

𝑃(𝑡) = 170796378𝑒0.01143480641𝑡

𝑃(62) = 170796378𝑒0.01143480641(62)

= 347036539

Maka, anggaran populasi untuk tahun 2017 di USA ialah 347036539.

6
Model Eksponen Populasi USA
400,000,000
350,000,000

Bilangan Populasi 300,000,000


250,000,000
200,000,000
150,000,000
100,000,000
50,000,000
0
1950 1960 1970 1980 1990 2000 2010 2020 2030
Tahun

Graf 3: Model Eksponen untuk Populasi USA dari tahun 1950 hingga 2017

5.0 HASIL DAPATAN

Melihat kepada hasil populasi yang dikaji di USA, ahli ekonomi dapat menjangkakan
nilai populasi untuk masa hadapan bagi mewujudkan ekonomi yang mampan.
Pengganggaran nilai populasi memudahkan mereka untuk merancang strategi
pemasaran dalam perniagaan, dan penyimpanan kewangan. Perancangan demi
perancangan boleh dibuat seperti dari segi pembinaan bangunan-bangunan.
Bangunan boleh dipertambahkan lagi seperti pembinaan rumah atau kondominium
disebabkan populasi semakin bertambah. Bangunan-bangunan lain juga boleh
ditambah seperti sekolah, tempat membeli belah dan sebagainya.

Selain itu, dengan penganggaran populasi masa hadapan negara, ahli ekonomi
boleh membuat perancangan awal mengenai bajet negara. Dengan mengetahui
populasi sesebuah negara, mereka akan dapat menganggar kos sara hidup. Semakin
tinggi populasi di sesebuah tempat, kemungkinan semakin besar kos sara hidup. Oleh
itu, ahli ekonomi dapat mengehadkan perbelanjaan negara untuk masa hadapan.

Pengganggaran populasi sesebuah negara pada masa hadapan juga penting


kepada kitaran sosial di sesebuah negara. Semakin banyak populasi, semakin susah
untuk menjaga keamanan sesebuah negara. Oleh itu, pihak tertentu boleh mencari

7
alternatif awal supaya kes-kes jenayah tidak meningkat seperti memperbanyakkan
lagi kempen-kempen budaya, agama dan sebagainya.

Seterusnya, penganggaran populasi sesebuah negara pada masa akan datang


akan membolehkan pihak kerajaan memastikan bahawa pekerjaan-pekerjaan seperti
guru, doktor, polis dan askar haruslah dipertambahkan lagi supaya negara tidak kucar
kacir akibat kekurangan tenaga pekerja yang penting dalam sistem kemasyarakatan
dan sosial dalam kehidupan seharian.

6.0 PERTUMBUHAN EKSPONEN YANG BERTERUSAN

Persoalan penting adalah adakah pertumbuhan eksponen ini akan berterusan. Ia


bergantung dengan kadar pertumbuhan relatif populasi setiap tahun. Banyak faktor
yang mempengaruhi kadar pertumbuhan setiap tahun bukan sahaja kelahiran atau
kematian, tetapi perpindahan rakyat ke sesebuah negara lain juga akan akan
mempengaruhi kadar pertumbuhan setiap tahun. Sekiranya kadar pertumbuhan relatif
setiap tahun banyak perbezaan disebabkan dipengaruhi perkara lain seperti kematian
yang terlalu banyak akibat bencana alam atau perpindahan ke sesuatu dan tidak hidup
menetap akibat pekerjaan dan banyk lagi sebab lain yang menyebabkan kadar
pertumbuhan tidak sekata, maka pertumbuhan eksponen tidak dapat digunakan.

Jika dianalisis daripada model eksponen yang telah dibuat terhadap negara
USA, maka dapat dilihat bahawa model pertumbuhan Eksponen dapat diteruskan
untuk jangka yang lebih panjang lagi kerana populasi yang dianggarkan menggunkan
model eksponen hamper tepat. Anggaran untuk populasi bagi USA menggunakan
model pertumbuhan eksponen pada tahun 2017 yang dianggar dari tahun 1995
adalah 347036539 manakala jumlah sebenar pepulasi USA pada awal tahun 2017,
iaitu pada 28 Mac 2017 iaitu 325,868,093 (Wordometers,2017). Kemungkinan
bahawa populasi di USA pada akhir tahun 2017 hampir tepat dengan anggaran
populasi menggunakan model eksponen. Hal ini membuktikan bahawa dengan
menggunakan model pertumbuhan eksponen, kita boleh meneruskan untuk
menjangka populasi untuk masa hadapan.

8
7.0 REFLEKSI

Kami telah diberikan tugasan secara berpasangan iaitu tugasan projek penyelesaian
masalah melalui aplikasi pemodelan. Untuk tugasan projek ini kami menggunakan
model pertumbuhan eksponen untuk mengira populasi di United state of America
(USA). Ia merupakan negara ketiga yang mempunyai nilai populasi tertinggi di dunia.
Sehingga sekarang populasi itu meningkat dari semasa ke semasa. Difahamkan
bahawa, kadar purata pertumbuhan populasi di USA adalah seorang setiap 8 saat.

Kelebihan kami dalam melaksanakan tugasan ini adalah antaranya kami dapat
menghasilkan graf kami dengan menggunakan perisian excel. Kami juga ada
membuat justfikasi setiap graf yang kami buat untuk menejelaskan lagi penerangan
graf. Selain itu juga, kami dapat mencari kadar pertumbuhan populasi dengan
menggunakan rumus yang diberikan.

Selain itu, kami juga dapat memahami konsep pertumbuhan populasi di


sesebuah negara, dari situ kami akan dapat mengetahui populasi sesebuah negara
pada masa hadapan. Ia merupakan pengetahuan am kepada kami.

Di samping itu, kami juga dapat perancangan awal terhadap kemungkinan yang
berlaku terhadap ekonomi sesebuah negara pada masa hadapan. Ekonomi
memainkan peranan yang penting bagi sesebuah negara untuk mencapai kemajuan.
Ia juga salah satu tanggungjawab orang yang pakar dalam ekonomi dan populasi
untuk mengawal sebarang kemungkinan yang tidak baik

Seterusnya, melalui tugasan ini kami banyak bertukar pendapat antara rakan-
rakan terutamanya semasa mencari kadar pertumbuhan relatif sesebuah negara.
Melalui perbncangan tersebut kami dapat mencari jawapan yang tepat. Perkongsian
antara rakan banyak memberi kelebihan seperti menjana idea yang lebih kreatif.

9
Kekurangan yang ditampilkan oleh kami ada banyak antaranya kekangan
masa kerana kurang memahami kehendak soalan. Pada mulannya, kami
menganggap bahawa pencarian pertumbuhan populasi sesebuah negara
menggunakan model eksponen adalah sukar. Oleh itu, proses untuk penyiapan kerja
ini mengambil masa yang agak lama.

Cadangan untuk menambahbaikkan adalah kami harus mencari sumber yang


lebih banyak lagi seperti buku rujukan supaya dapat memahami sesuatu skop
tugasan. Selain itu, kami juga harus rajin bertanya kepada pensyarah pembimbing
untuk mendapatkan maklumat dan tunjuk ajar. Bagi tugasan ini, kami kurang bertanya
mengenai tajuk pertumbuhan eksponen. Oleh itu, pada masa yang akan datang masa
yang ada akan digunakan dengan sebaik mungkin seperti bertanyakan kepada
pensyarah dan mencari sumber rujukan yang lebih banyak.

Kesimpulannya, melalui tugasan ini pelbagai kemahiran baru yang kami dapat
pelajari terutamanya dalam membina model pertumbuhan eksponen sesebuah
negara. Ia merupakan ilmu dan kemahiran yang penting bagi seorang bakal guru
untuk melahirkan seorang guru yang serba boleh. Selain itu, melalui tugasan ini kami
dapat mengetahui banyak pengetahuan tentang dunia luar seperti kajian kami yang
mengkaji tentang populasi di United state of America (USA).

10

Anda mungkin juga menyukai