Anda di halaman 1dari 34

NOTA TRIP

KOREA MUSIM SEJUK


5 hari 4 malam

Untuk Tour Leader Andalusia Holiday


Disediakan oleh
Asyraff Hafdzan Abdullah
2
Prakata Ahad,18 Februari 2018
Syukur selalu buat Pencipta dan selawat serta salam buat
Junjungan Mulia.
Nota ini adalah nota trip rujukan yang dihasilkan bagi
kegunaan Tour Leader syarikat Andalusia Holiday.
Ia tertakluk kepada perubahan dan bergantung kepada
situasi yang dihadapi dalam setiap trip. Tour Leader wajib
merujuk itinerary setiap trip masing-masing untuk jadual
dan kemaskini maklumat.
Nota ini hanyalah sebagai panduan umum sahaja, bukanlah
sebagai rujukan utama.Sebarang maklumbalas dan
pembetulan, boleh dimaklumkan kepada saya untuk
kemaskini. Terima kasih.
Selamat Membaca.
Abu Ahnaf Asyraff Hafdzan
019 3939 094
asyraffdini@gmail.com

3
4
Nota ini mengandungi :

 Nota Untuk Panduan Jemaah


(Whatsapp)
 Panduan Umum Untuk Tour Leader
 Nota Khusus Trip Day Per Day.
 Senarai Barangan Keperluan Untuk
Trip Musim Sejuk
 Senarai Semak Tour Leader
 Untuk Ahli Grup
 Untuk Tour Leader

5
6
Nota Untuk Panduan Jemaah
(Whatsapp)
Nota ini boleh disalin dan ditampal dalam grup whatsapp trip
masing-masing.
Pada musim sejuk di Korea cuacanya boleh jatuh sehingga ke
paras -15°C. Hal ini bergantung kepada cuaca benua
setempat, sebab Korea turut dipengaruhi oleh monsun laut
dan angin dari daerah utara.

Ada beberapa peringatan dan panduan penting untuk


pelancong khasnya semasa musim sejuk sebagaimana
berikut:

1. Untuk mengelakkan kesejukan, pakai sekurang-


kurangnya 3 lapis pakaian atas dan bawah. Long john
sebagai pakaian dalam, pakaian biasa dan pakaian
luar. Bersedia untuk memakai pakaian lebih tebal
dan kalis air serta payung, sekiranya suhu lebih sejuk,
dan cuaca bersalji atau hujan.

2. ‎ akai sarung tangan, muffler dan stokin tebal bagi


P
mengelakkan tangan, kaki atau telinga beku. Tutup
telinga dengan penutup telinga atau snow cap atau
muffler bagi mengelakkan telinga sakit. Jika
menggunakan telefon bimbit, pakai sarung tangan
sesuai untuk membolehkan menaip di telefon.

7
3. Masa di Korea tidak lama, program pun padat.
Pelancong akan banyak berjalan kaki. Pastikan ada
kasut yang bersesuaian untuk selesa berjalan dan
tidak mudah dimasuki air. Boleh pakaikan sarung
plastik ke kaki sekiranya keadaan basah seperti hujan
atau bersalji. Tambahkan stamina dengan memakan
sedikit bekalan makanan seperti coklat, biskut dan
bekalan air minum.

4. ‎ ntuk solat, pastikan pakaian yang dipakai adalah


U
solat ready. Iaitu siap untuk dibawa bersolat. Boleh
bawa kompas kiblat, sejadah kecil dan botol air
kosong bagi mengambil wuduk dan membuang air.
Kerana di Korea, tidak banyak tandas yang
mempunyai bidet.

5. ‎ akanan yang ditempah sepanjang trip adalah


M
seperti berikut :

a. Makanan di hotel adalah international buffet atau


Korean buffet. Elakkan makanan berdaging sekiranya
ragu-ragu dengan status halalnya. Breakfast sahaja.
Biasanya hotel akan maklumkan jika tidak halal.

b. Di Restoran Korea pula, makanannya adalah


makanan laut atau makanan Korea. Lunch atau
Dinner. Biasanya masakan tidak berdaging.

c. Di Restoran Muslim makanannya adalah masakan


India atau masakan Thai. Lunch atau Dinner.
Biasanya masakan berasakan telur, ayam atau
makanan laut.

8
6. Untuk di resort ski, kita ada pilihan untuk sewaan
pakaian dan peralatan. Sewaan ini tidak termasuk
dalam pakej. Jika menyewa pakaian sahaja harganya
sekitar USD30 = 33000 won. Manakala keseluruhan
pakaian dan peralatan ski, harganya sekitar USD50 =
55000 won. Untuk masuk ke snow field, wajib
memakai pakaian ski kalis air. Jika sekadar mahu
ambil gambar di tepi atau di luar bangunan, tidak
perlu sewa pakaian. Jika mahu main ski, perlu
menyewa pakaian dan peralatan.

7. Pastikan kamera, kad memori, handphone, ada ruang


untuk diisi dengan gambar atau video. Kamera atau
fon tidak boleh dibiarkan terdedah kepada cuaca
sejuk kerana akan menyebabkannya tidak berfungsi.
Banyak tempat tidak membenarkan kita mengambil
gambar. Antaranya kawasan dalam muzium, kem
tentera, dan kawasan sensitif kerajaan.

8. Power bank, vape, laptop dan alat elektronik lain


perlu dibawa naik ke dalam kabin bagi
mengelakkannya meletup. Untuk vape, mohon cabut
bateri terlebih dahulu bagi mengelakkannya
overheat.

9. Mohon bawa ubat-ubatan yang perlu seperti


panadol, ubat batuk dan ubat demam. Kerana di
Korea, kebanyakannya tidak bercakap bahasa
Inggeris. Dibimbangi kita tersalah beli ubat.

10. Bawa juga losyen dan lip balm. Sebab musim sejuk
selalunya kulit mudah kering dan bibir pecah,
terutamanya jika kerap mandi air panas.

9
11. Mandi sehari sekali atau dua kali sahaja bagi
mengelakkan rheumatisme. Sebaik sahaja selepas
mandi ataupun berwuduk, cepat-cepat lap kawasan
terkena air supaya tidak terkena penyakit reput
tulang.

12. Salji berwarna putih. Pakai pakaian yang berwarna


terang atau berwarna warni bagi kontraskan gambar
supaya lebih menarik.

13. Hot pack ataupun warmer ada dijual di kedai-kedai


runcit. Cuma goncang atau picit pack itu, pack itu
akan jadi panas. Apa ada dalam baju? Sekeping hot
pack made in china...Haha

14. Pastikan kasut ada tapak mencengkam. Sekiranya


tidak, kita akan mudah terjatuh kerana semasa salji
mencair, salji akan bertukar menjadi ais yang licin.

15. Bateri akan cepat habis jika terdedah di tempat


sejuk. Simpan telefon dalam poket atau beg.

16. Jika masih belum beli baju winter dan kasut winter,
kita masih boleh membelinya di Korea. Bertabahlah
sebelum menemui kedai ataupun orang yang
menjualnya. Pada akhir musim sejuk, harganya lebih
murah.

17. J‎ urugambar syarikat travel Korea disediakan


sepanjang trip. Harga sekeping gambar adalah 5000
won. Jika mahu boleh beli, jika tidak mahu pun tidak
mengapa. Jika ada bajet, bekerjasamalah dengan

10
jurugambar untuk menghasilkan gambar yang cantik.
Hasil kerja jurugambar ini bagus dan boleh dipuji.
Kita boleh bantu menyokong mereka dengan
membeli hasil kerja mereka.

11
12
Panduan Umum
Untuk Tour Leader
Musim sejuk di Korea adalah dari bulan Disember hingga
awal Mac. Jika anda mendapat trip ke Korea pada bulan
tersebut, anda boleh merujuk panduan di bawah.

1. Peranan TL tidak seberat Mutawwif Umrah dan Haji.


Tugas TL lebih kepada membantu perjalanan dari
Malaysia ke Korea. Tugas bermula seawal menyemak
dokumen, menghubungi ahli grup dan memaklumkan
jadual penerbangan. Tugas lapangan TL bermula di
lapangan terbangan, seperti tugas mutawwif. Check
in, taklimat, doa dan siru ala barakatillah.

Perbezaannya, tour leader (TL) tidak perlu


mengambil buku kuning dan punch card. Tidak perlu
juga memberi laporan kepada petugas di sana juga.

2. TL perlu mengetahui latarbelakang tempat dan


perjalanan umum dari Malaysia-Korea-Malaysia.
Tahu serba sedikit sudah memadai. Tetapi jika kita
tahu lebih banyak, itu lebih baik.

3. S‎ ebaik sampai di Korea, Tourist Guide (TG) akan


tunggu di pintu keluar dengan memegang placard.
Temui TG dan perkenalkan diri sebagai TL.

‎ afal beberapa frasa mudah ekspresi perbualan


4. H
seperti annyonghaseyo, kamsamhamnida, chonun

13
daejang imnida (saya TL) dan lain-lain. Banyakkan
interaksi dengan TG bagi memudahkan perjalanan
grup.

5. J‎ adual perjalanan berubah berdasarkan situasi


semasa, seperti jalan sesak, tempat lawatan ditutup,
cuaca kurang sesuai dan banyak faktor lain.

‎ ntuk tempat lawatan dan bercakap dalam bas, TG


6. U
yang banyak memainkan peranan bercakap dalam
bahasa Inggeris. TL tidak perlu banyak bercakap.
Cuma kita boleh selitkan tazkirah atau maklumat
sejarah sekali-sekala. Untuk waktu pagi, biasanya TL
akan membacakan doa dan memulakan perjalanan
sebelum menyerahkan kepada TG.

7. T‎ L lebih berperanan memastikan ahli grup semuanya


cukup, masa ditepati, kebajikan dan kesihatan serta
keperluan ahli grup dijaga. Jika ada yang sakit atau
perlukan bantuan, TL akan dirujuk dahulu. Jika tidak
dapat diselesaikan, TL akan merujuk TG.

‎ eseluruhan tempat makan dan hotel yang


8. K
disediakan adalah mesra Muslim. Jika makanan yang
disediakan tidak halal, pihak restoran atau pihak
hotel akan menulis nota kecil pada makanan
tersebut.

‎ ntuk bersolat, sesetengah restoran dan tempat ada


9. U
menyediakan tempat solat. Kebanyakan masa, solat
subuh di hotel. Solat Zohor dan Asar pula, sama ada
jamak taakhir atau jamak taqdim di mana-mana

14
lokasi sesuai, dan solat maghrib serta isya di hotel.
Biasanya jamak taakhir.

10. T‎ L juga boleh membawa sedikit hadiah untuk


diberikan kepada drebar bas, jurugambar dan TG.
Mereka sangat menghargainya dan mereka akan
cuba membalas hadiah kita dengan yang lebih baik.
Tunjukkan akhlak Muslim kepada mereka, mudah-
mudahan mereka akan tertarik untuk masuk Islam.

‎ ina rapport yang baik dengan TG. Mereka akan


11. B
membantu TL untuk mendapatkan diskaun, atau
hadiah bagi TL di kedai-kedai. Orang Korea suka jika
kita dapat cakap bahasa mereka. Perkenalkan diri
kepada pekedai sebagai TL.

12. Di setiap tempat lawatan ada disediakan pamphlet


dan maklumat berkenaan tempat lawatan. Dapatkan
satu salinan supaya dapat menambah pengetahuan
kita sebagai TL. Di kawasan pasar seperti Myoung
Dong pula disediakan pegawai informasi yang
berpakaian warna merah. Temui mereka dan
dapatkan informasi serta peta.

15
16
Nota Khusus
Trip Day Per Day.
Jadual ini tertakluk kepada perubahan. Jadual asalnya disediakan
oleh syarikat travel Korea.
Day 1

Kimchi School

 Peserta akan diajar bagaimana membuat kimchi.


Peserta akan dibawa masuk ke bilik kecil. Di hadapan
ada pinggan berisi sayur kobis putih dan sos kimchi.
 Terdapat lebih 200 jenis kimchi. Bahan utama adalah
sayuran.
 Peserta diajar langkah demi langkah bagaimana
membuat kimchi. Kimchi yang dibuat akan
didermakan kepada gereja.
 ‎Sesi merasa kimchi dan makanan Korea lain seperti
kimbap, kimchi, seaweed pelbagai perisa.
 ‎Sesi jualan.

Mencuba Pakaian Hanbok

 Di Kimchi School juga, boleh mencuba pakaian


tradisional Korea iaitu Hanbok.
 ‎Petugas akan membantu peserta lawatan memakai
baju.
 ‎Sudut bergambar disediakan.

17
 J‎ urufoto syarikat travel Korea akan mengambilkan
gambar ahli kumpulan.

Makan Tengah Hari dan Solat

 Makan tengah hari di Asian Restaurant Hisbiscus


(Halal, Muslim Friendly)
 Makanan utama adalah sup ayam ginseng. Selain itu,
nasi putih, kimchi, seaweed, ikan bilis, telur.
 Solat Zohor dan Asar jamak taqdim di kawasan luar
restoran dan bilik sembahyang kecil.

Maklumat Umum Di dalam Bas

 Olympic Winter Games and Paralympic Winter


Games Pyongchang 2018. Pyongchang menampilkan
15 disiplin, 100 lebih acara medal, 95 buah Negara
dan lebih 2900 atlit.

 70 persen mukabumi Korea adalah bukit.

 5 pembuat kereta tempatan Korea yang paling


masyhur:
~Ssangyong
~Samsung
~Hyundai
~Kia
~Daewoo

 Orang Korea memakan nasi menggunakan beras


pulut atau glutinous sticky rice. Pada musim ini,
sawah padi kosong. Petani bercuti. Cuaca terlalu
sejuk. Tuaian satu kali sahaja setahun.

18
 Perbezaan copstik Japan, Korea dan China.
 Agama anutan di Korea.
34% Christian
25% budhist
1% muslim
40% Tiada agama

 Sejarah dan asal usul tulisan Hangul.


King Sejong, wajahnya ada pada duit 10000 won,
telah memerintahkan tulisan baru Korea dibentuk
menggantikan tulisan asal Korea yang menggunakan
karakter tulisan Cina. Sebabnya kerana karakter asal
tulisan Cina terlalu banyak untuk dihafal dan sukar,
menyebabkan rakyat Korea pada masa itu ramai yang
buta huruf.

 Antara makanan Korea


~Bibimbap nasi campur
~Sam gettang ginseng chicken soup

 Universiti yang paling terkenal di Seoul antaranya :


~Seoul University
~Korea University
~Yansong University di Chinchon.

Presidential Blue House

 Merupakan kompleks rumah dan pejabat Presiden


Korea Selatan. Mengandungi rumah tetamu, balai
tetamu, rumah presiden dan lain-lain.
 ‎Dilarang mengambil gambar.

19
Perkampungan Han-ok

 Kawasan perkampungan tradisional terakhir yang


masih wujud di Seoul dan diiktiraf sebagai kawasan
warisan dunia.
 ‎Rumah-rumah dibina menggunakan teknik tradisonal
menggunakan kayu dan seramik sebagai atap. Rumah
tahan lama beratus-ratus tahun.
 Rumah tradisional Korea dibina menggunakan
konsep yin dan yang, dan mempunyai bentuk
geometri tersendiri.

National Folk Museum

 Muzium Rakyat Korea ini khusus bagi memahami


kehidupan rakyat Korea yang melalui 4 musim.
 Mengandungi banyak bilik pameran dan pameran
luar bangunan.
 Sekali-sekala menyediakan persembahan kesenian
bergantung kepada musim perayaan dan peristiwa.
 Mempunyai beberapa cafe untuk rehat.

Gyongbokgung Palace

 Kompleks Istana Dinasti Joseon yang paling utama


dan paling besar di antara 5 istana, didirikan pada
1395M.
 ‎Mengandungi banyak balai antaranya balai tetamu,
balai penginapan putera, raja, maharani, gundik,
rumah dapur, rumah tetamu, rumah gundik, rumah
hiburan, dan lain-lain.
 Terakhir dihuni pada tahun 1910 sebelum dijajah
sekali lagi oleh Jepun.

20
 Boleh mengambil gambar. Grup foto di sini paling
cantik kerana ruangnya luas.
 Jika mempunyai Kad Mutawwif, boleh digunakan di
sini.
 Sejarah kemusnahan kompleks istana
Gyongbokgung.
~Japan menjajah Korea sebanyak 2 kali, iaitu pada
dan pada selama 35 tahun.
~ Kemusnahan istana. Istana dibangunkan semula.
~ Maharani dibunuh kejam.

Bibap Show

 Seni persembahan muzikal K-Pop yang


mengetengahkan 3 elemen utama, iaitu Beat Box, B-
Boying dan nyanyian Acapella. Jalan ceritanya
mengisahkan 2 orang chef yang berebut mahu
memasak makanan yang dipesan oleh pelanggan
mereka.
 ‎Tayangan pada musim panas sebanyak 2 kali sehari
iaitu 5pm dan 8pm, manakala pada musim sejuk jam
5pm sahaja.
 Harga tiket sudah termasuk dalam pakej.
 Seni tayangan seumpama ini antaranya ialah Nanta.

Makan di Tashi Delek

 Masakan India. Halal.

Hotel Mate, Seoul.

 40 min ke 1 jam dari kawasan Tashi Delek.

21
 S‎ arapan di Tingkat 2. Lobi hanya boleh diakses
melalui parking kereta.

Day 2
Breakfast di Mate Hotel

 International buffet
- Bubur nasi
-‎Nasi putih
-‎Sup sayur krim
-‎Jagung
-‎Tuna
-‎Roti
-‎Telur rebus
-‎Kimchi
-‎Sayur dan salad

 Makanan yang tidak halal akan ditulis non halal.


Elakkan makanan berdaging jika ragu atau jika tidak
ditulis. Kadangkala terlupa tulis.

 Check out. Beg besar ditinggalkan di hotel. Tidur di


Yongyin selama 1 malam.

National Ginseng Centre


• Penerangan berkenaan ginseng. Usia ginseng, kualiti
ginseng, penanaman, cara mengenalpasti kualiti, perbezaan
ginseng.
• ‎Sesi mencuba dan merasa produk.
• ‎Salah satu tempat diwajibkan singgah oleh kerajaan Korea.
• ‎Tidak wajib membeli.

22
Makan di Restoran Korea Hana

 Berhampiran jeti Naminara.


 Makanan halal.
 ‎Menu istimewa rice cakes soup, Korean curry, ikan
bakar.

Nami Island

 Naik feri ke pulau.


 ‎Solat Zohor dan Asar di Picture Books Library.
 ‎Lokasi penggambaran drama Winter Sonata.
 ‎Boleh mencuba menu ubi bakar, penkek, nasi
goncang di sekitar Sonata Cafe.

Tidur di Hanhwa Resort

 Hanhwa Resort, Yongyin. Apartment dengan harga


150,000 won semalaman jika dibayar sendiri.
 Dua bilik, 1 bilik air dan dapur memasak. Boleh
memasak.
 Makan di tingkat 1.
 Convenient store di tingkat 4.
 Lobby di tingkat 4.

Day 3
Sarapan di Hanhwa Resort

 Menu lebih banyak dan lebih banyak makanan Korea.


 Tingkat makan ialah di Tingkat 1.
 Menu tidak halal ditulis pada bekas makanan.

Kedai Sewaan Peralatan Ski

23
 Terdapat banyak kedai sewa peralatan dan baju ski
terletak berhampiran Jisan Forest Reserve.
 Sewa baju dan kasut di kedai sewa barangan ski.
33000 won untuk sewa pakaian dan kasut boot.
55000 won untuk sewa pakaian, kasut boot dan
peralatan ski.
 Untuk yang bermain ski, kasut ski dan peralatan ski
diperolehi di pusat ski. Tunjukkan resit yang dibayar
di kedai sewa baju apabila menuntut peralatan ski di
resort.
 Tour leader dapat diskaun 50%.

Jisan Forest Reserve Resort

 Lokasi cantik untuk bergambar


 Banyak restoran dan cafe. Pilih restoran halal atau
tidak bercampur penyediaan daging tidak halal.
 Jika belum mahir bermain ski, dinasihatkan belajar
terlebih dahulu di kawasan beginner.

Makan Tengah hari di Restoran Korea

 Menu istimewa : Ikan Panggang.

Everland Theme Park

 Solat di bangunan Mystery Mansion, dalam peta


Everland, no 154.
 Tiket sudah dibayar. Jangan hilangkan kad pass.
 Boleh memasuki semua tempat dalam peta kecuali
yang sedang ditutup dan sedang diselenggara.
 Antara yang menarik untuk dicuba :
Snowbuffet
Snowslider
24
Double Rock Spin
Safari Zoo

Makan Malam di Tashi Delek

Gwanghamun Shopping Complex

 Singgah membeli souvenir di shopping complex.


 Harga lebih murah daripada di Myoungdong atau
Namdaemun.

Day 4
National Amethyst Factory

• Penerangan berkenaan batuan amethyst.


• Boleh membeli belah.
• ‎TL boleh mendapat diskaun 50%.

Pine Centre

• Red pine tree tumbuh di kawasan pergunungan


tinggi.
• 1 kapsul diperbuat daripada 2.7kg extract red pine
• Boleh mencuci blood clot menggunakan minyak pine
• Pemeriksaan kesihatan menggunakan minyak. Mesti
cuba.

Cosmetic Beauty Shop

• Charm charm cosmetic shop


• ‎Penerangan
• ‎Sesi mencuba produk

25
Maklumat Umum Di Dalam Bas

• Plastic surgery
USD1500 untuk besarkan mata
USD2500 untuk tinggikan hidung
• Apgujang Street – Tempat banyak klinik pembedahan
plastik.
• Natural beauty and inner beauty.
• Bukan sekadar kosmetik, tetapi penjagaan kulit pun
penting.
• Korean adab and lifestyle
Not really greeting each other because shy. Didnt
make eye contact.
Bumped each other but didnt say sorry, just say
inside heart.
• Myoungdung 50-60 cafe
Young generation dying for coffee, old generation
dying for kimchi.
Changing lifestyle from asian to american.
• Malaysian masih ada trip bersama keluarga. Korean
dah jarang bersama keluarga.
• Yonoki ice rink skating.
• 70 persen mountain. Sebab itu rakyat Korea suka
hiking termasuk orang tua.
• Apartmen mahal jadi isu utama.
1. Jeju island
2. ‎Nami Island kangwan province
• Itaewon
Kawasan international
Tempat askar ramai sebab rakyat masuk askar wajib
selama 2 tahun.
10 buah masjid seluruh korea, hanya 1 yang paling
besar, iaitu Masjid Itaewon.
Banyak American Army Base Camp. Salah satu punca
26
kerana Amerika banyak menolong Korea Selatan dari
segi kewangan.
Sesuai untuk shopping baju saiz besar.
Halal food street
Islamic bookstore.
Islamic library.

Makan Tengah Hari di Bombay Grill, Itaewon

• Nasi briyani, ayam kurma, dll.

Solat di Masjid Itaewon

• Masjid Itaewon adalah salah satu daripada 10 masjid


di Korea. Merupakan yang paling besar.
• Terletak di atas bukit.
• Dikelilingi kawasan bar, pub dan kawasan maksiat
disebabkan oleh kawasan sekitar adalah kawasan
antarabangsa.

Namsan Tower

• Perlu berjalan mendaki sekitar 100 meter untuk ke


kaki menara.
• Kawasan menarik untuk bergambar.
• Padlock scenery

Myoung dong & Namdaemun

• Kawasan shopping seumpama Petaling Street.


• Fokus kepada pakaian musim sejuk, kosmetik, kasut,
branded clothes.

27
• Boleh mencuba kios makanan halal bermula jam 4
petang. Cari kios berlogo halal untuk mencuba.

Day 5
Check Out Hotel Mate

• Check out hotel 4.40am

Supermarket

• 5.30-6.15 supermarket Global Tax Free untuk


shopping dan solat subuh.

Lapangan Terbang Incheon Terminal 1

• 6.30 sampai di Lapangan Terbang Incheon.


• Check in.
• Urusan tax refund menggunakan mesin. Ada bahasa
melayu. Scan pasport dan ikut arahan mesin. Duit
boleh diambil di kaunter Tax Refund di belakang
kedai Prada, berhampiran pintu 27.
• Kadangkala tidak boleh scan passport kerana nama
terlalu panjang, maka gunakan passport TL. Pastikan
setiap orang ingat jumlah tax refund (jika gunakan 1
pasport untuk claim banyak resit) kerana resit akan
diambil semula oleh pegawai di kaunter Tax Refund.

Imigresen & Balai Berlepas

• Urusan imigresen seperti biasa.


• Jika kandungan liquid melebihi 100ml, dan
merupakan barang duty free, pegawai imigresen
akan bantu check in semula di kaunter check in.
Contohnya, sebotol extract ginseng. Pegawai akan
membungkus barangan berasingan.

28
• Untuk turun ke shuttle train, turun tangga di
hadapan kedai Gucci.

Tiba Di Malaysia!

29
30
Senarai Barangan Keperluan
Untuk Trip Musim Sejuk
Pakaian Harian untuk 5 hari
Pakaian Tidur untuk 4 hari
Long John
Muffler
Snow Cap
Sarung Tangan Kulit
Stokin Tebal 3 Pasang
Pakaian Dalam
Kamera
Handphone & Charger
Ubat-ubatan
Travellers Adaptor
Toiletries
Kasut But Musim Sejuk
Winter Bubble Jacket
Winter Jacket
Losyen
Lip Balm
Pakaian Dalam
Wang Tunai
Makanan Ringan
Botol Kosong atau Botol Spray
Sejadah Kecil
Kompas Kiblat
Paspot
Tiket
Kasut Getah Tapak Mencengkam
Kad ATM yang sudah diset pengeluaran luar negara (jika
perlu)
Ole-ole untuk orang Korea (jika perlu)

31
32
Senarai Semak Tour Leader
Item Checked!
Semakan senarai nama ahli grup
Semakan tiket ahli grup
Itinerari Trip
Semakan paspot
Semakan insurans
Menghubungi ahli grup
Semakan maklumat kesihatan ahli grup
Memasukkan semua ahli dalam grup Whatsapp
Briefing
Elaun

33
Anda suka dengan apa yang anda
baca?
Anda mahu lebih lagi?
Bantu memberikan sokongan kepada
penulis supaya beliau dapat
menghasilkan lebih banyak ebook
lagi.
Sumbangkan apa-apa jumlah ke
Maybank 1550 1505 9276

Sekian, terima kasih.

34

Anda mungkin juga menyukai