Anda di halaman 1dari 3

SEPAK BOLA BULU AYAM

Objektif
1. Menguji kecekapan pemain mengawal dan menimbang bola bulu ayam seberapa
lama yang mungkin.
2. Mencergaskan badan

Jumlah Pemain
30 orang, dibahagikan kepada 5 kumpulan.

Cara Bermain
1. Permainan tradisional ini dijalankan di kawasan yang lapang dan rata.
2. Permainan tersebut dijalankan secara perlawanan antara dua kumpulan.
3. Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk percubaan menimbang bola bulu
ayam sebelum pertandingan dimulakan.
4. Peserta menimbang bola bulu ayam dengan seberapa banyak dengan mengikut
kemampuan sendiri tanpa mengira masa.
5. Permainan dikira mati sekiranya bola bulu ayam jatuh ke atas tanah.
6. Jumlah timbangan setiap ahli kumpulan akan dicatat dan ditambah untuk
mendapat jumlah timbangan.
7. Kumpulan yang mendapat jumlah timbangan yang terbanyak menjadi pemenang
dan akan melawan dengan pemenang lain untuk mencapai juara.

Peraturan Permainan
1. Peserta hanya boleh menimbang bola bulu ayam dengan menggunakan tepi tumit
kaki iaitu tepi kaki sebelah dalam dan sebelah luar dan lutut sahaja dengan gaya
yang berbeza.
2. Peserta yang menimbang bola bulu ayam dengan menggunakan bahagian badan
lain dikira mati.

Alat dan Bahan


6 buah bola bulu ayam
Anggaran Pembelanjaan
6 buah bola bulu ayam yang berjumlah RM20 sebagai hadiah pemenang.

Borang Permarkahan
(Lampiran A)

Jadual Pertandingan
(Lampiran B)
LAMPIRAN A

BORANG SKOR PERTANDINGAN


Pasukan : Pasukan :
Nama Pemain Markah yang Nama Pemain Markah yang
dikutip dikutip

Jumlah: Jumlah:
Pasukan pemenang:

LAMPIRAN B
Jadual Pertandingan

Q.Final S.Final Final

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

Anda mungkin juga menyukai