Anda di halaman 1dari 9

TUGASAN PROJEK

Penghulu Kilat terjaga dari tidurnya ketika kokokan ayam bersahut-sahutan.


Ruang bilik samar-samar diresapi cahaya pagi. Dia berpaling ke arah tempat
tidur Kalom. Lengang. Pasti Kalom sudah ke sungai. Sica pula tentu sedang
sibuk menyiapkan sarapan di dapur..
Penghulu Kilat duduk melunjur sambil menggeliat. Kemudian, perlahan-lahan
dia bangun. Dicapainya kain basahan yang tersidai di kepala tempat tidur lalu
melangkah menuju muka pintu. Dia melangkah keluar melalui ruai dan pelantar
menuju ke anak tangga. Ketika menuruni bukit ke sungai, dia bertembung
dengan Kalom. Mereka tidak berbicara apa-apa.

Cerpen Pertentangan- Mohidin Malek


Pelagus, Dewan Bahasa dan Pustaka.

BAHAGIAN SATU: ANALISIS TEKS


 Pengenalan
Morfologi ialah salah satu cabang linguistik yang mengenalpasti unit-unit
asas bahasa sebagai satu gramatikal. Morfologi juga ialah bidang ilmu bahasa
yang mengkaji struktur,bentuk dan golongan kata. Morfologi mempelajari selok
belok kata atau makna yang diakibatkan oleh perubahan bentuk kata itu baik
fungsi gramatikal atau fungsi semantik. Perkataan "morfologi" berasal dari
bahasa Yunani, morphe yang bermaksud bentuk dan logos yang bermaksud
ilmu. Apabila dua perkataan ini digabungkan maka maksud nya menjadi ilmu
tentang bentuk.
Dari segi konteks bahasa, morfologi ialah bentuk kata. Selain itu, perubahan
yang diaplikasikan terhadap kata dasar atau kata akar akan menjadikan makna,
struktur dan golongan kata itu akan berubah. Unit terkecil dalam morfologi ialah
morfem. Morfem berperanan untuk membentuk perkataan. Suatu perkataan
mungkin mempunyai lebih dari satu morfem. Kesimpulan bagi takrifan morfologi
ialah ilmu mengenai pembelajaran struktur kata, pengaruh perubahan bentuk
kata terhadap maksudnya dan golongan kata.
 Proses Satu: Haraki Perkataan
1) Penghulu Kilat 44) Tersidai
2) Terjaga 23) Sudah 45) Kepala
3) Dari 24) Sungai 46) Tempat
4) Tidurnya 25) Sica 47) Tidur
5) Ketika 26) Pula 48) Lalu
6) Kokokan 27) Tentu 49) Melangkah
7) Ayam 28) Sedang 50) Menuju
8) Bersahut- 29) Sibuk 51) Muka
sahutan 30) Menyiapkan 52) Pintu
9) Ruang 31) Sarapan 53) Keluar
10) Bilik 32) Di 54) Melalui
11) Samar-samar 33) Dapur 55) Ruai
12) Diresapi 34) Duduk 56) Dan
13) Cahaya 35) Melunjur 57) Pelantar
14) Pagi 36) Sambil 58) Anak Tangga
15) Dia 37) Menggeliat 59) Menuruni
16) Berpaling 38) Kemudian 60) Bukit
17) Ke 39) Perlahan- 61) Bertembung
18) Arah lahan 62) Dengan
19) Tempat Tidur 40) Bangun 63) Mereka
20) Kalom 41) Dicapainya 64) Tidak
21) Lengang 42) Kain Basahan 65) Berbicara
22) Pasti 43) Yang 66) Apa-apa
 Proses Dua: Klasifikasi ( Proses Pembentukan Kata)
 Perkataan dari teks di atas diklasifikasikan kepada empat bentuk kata utama
dalam aspek morfologi iaitu bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk
kata majmuk dan bentuk kata ganda.
 Bentuk Kata Tunggal
 Merujuk kepada perkataan-perkataan yang tidak mengalami sebarang
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
 Merupakan bentuk kata dasar dan dapat mendirikan perkataan itu sendiri.
 Bentuk Kata Terbitan
 Hasil daripada penggabungan kata dasar dengan imbuhan-imbuhan awalan,
akhiran, apitan atau sisipan.
 Kata dasar bagi kata terbitan ini boleh terdiri daripada jenis-jenis yang
berikut:
 Kata Akar iaitu bentuk morfem terikat yang belum mencapai taraf kata dan
tidak berimbuhan.
 Kata Tunggal iaitu perkataan yang dibentuk oleh satu morfem bebas, tidak
berimbuhan dan bukan berbentuk jamak.
 Kata Terbitan iaitu perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan.
 Kata Majmuk atau rangkai kata, iaitu perkataan yang dibentuk oleh dua
morfem bebas atau lebih.
 Kata Ganda iaitu bentuk perkataan yang mengalami proses pengulangan
kata.
 Bentuk Kata Majmuk
 Merujuk kepada dua kata dasar atau lebih yang dirangkaikan menjadi satu
maksud.
 Proses yang merangkaikan dua atau lebih kata dasar dan bentuk yang
terhasil itu membawa makna yang tertentu.

 Bentuk Kata Ganda


 Kata dasar yang mengalami proses pengulangan yang berlaku dalam dua
cara iaitu yang melibatkan seluruh kata dasar atau yang menglibatkan
sebahagian kata dasar sahaja.
Bentuk Kata Bentuk Kata Bentuk Kata Bentuk Kata
Tunggal Terbitan Majmuk Ganda
dari terjaga tidurnya bersahut-sahutan
ketika kokokan kain basahan samar-samar
ruang Bersahut-sahutan tempat tidur perlahan-lahan
bilik diresapi muka pintu apa-apa
cahaya berpaling anak tangga
pagi menyiapkan
dia melunjur
ke menggeliat
arah dicapainya
tempat tersidai
tidur melangkah
lengang menuju
pasti melalui
sudah menuruni
sungai bertembung
pula berbicara
tentu
sedang
sibuk
sarapan
di
dapur
duduk
sambil
kemudian
bangun
yang
kepala
lalu
muka
pintu
keluar
dan
anak
tangga
bukit
dengan
mereka
tidak

 Proses Tiga: Penggolongan Kata


 Perkataan-perkataan dari teks di atas dipecahkan lagi kepada empat
golongan kata dalam aspek morfologi iaitu kata nama, kata kerja, kata
adjektif dan kata tugas.

 Kata Nama
 Perkataan yang dapat menerbitkan frasa nama dengan menjadi unsur inti
dalam frasa nama manakala perkataan lain yang hadir dalam frasa nama itu
hanya sebagai penentu atau penerang.
 Terbahagi kepada tiga golongan kata nama iaitu:
 Kata nama am ialah semua perkataan yang bersifat umumyang digunakan
bagi merujuk benda ,perkara, proses, kejadian, keadaan atau
seumpamanya.
 Kata nama khas digunakan khusus bagi merujuk manusia, benda, tempat,
negara, institusi dan seumpamanya. Kata nama khas dieja dengan huruf
besar di awal perkataan.
 Kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan bagi menggantikan nama
orang atau benda yang tidak dapat disebut secara khusus. Terbahagi kepada
3 jenis iaitu kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama tanya dan kata ganti
nama orang.

 Kata Kerja
 Perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja, manakala unsur
lain yang hadir dalam binaan frasa kerja boleh terdiri daripada objek,
pelengkap, kata bantu dan keterangan.
 Terdapat dua golongan kata kerja iaitu
 Kata kerja transitif ialah kata kerja yang berhubung langsung dengan unsur
objek atau penyambut dalam predikat kata kerja dan dinamakan kata kerja
transitif aktif. Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja hasil proses
perubahan ayat aktif kepada ayat pasif.
 Kata kerja tak transitif tidak menggunakan sebarang objek atau penyambut
selepas kata kerja tersebut. Kata kerja ini terbahagi kepada dua iaitu kata
kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif
berpelengkap.

 Kata Adjektif
 Perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif dan boleh
disertai oleh kata penguat sebagai unsur keterangan dalam binaan ayat
tersebut.
 Dapat dibahagikan kepada sembilan jenis iaitu:
 Kata adjektif sifat digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan.
 Kata adjektif perasaan digunakan bagi memberikan pengertian atau konsep
perasaan.
 Kata adjektif cara digunakan bagi memberikan pengertian keadaan
kelakuan atau ragam.
 Kata adjektif ukuran digunakan bagi memberikan pengertian ukuran.
 Kata adjektif bentuk digunakan bagi memberikan pengertian rupa bentuk.
 Kata adjektif waktu digunakan bagi memberikan pengertian konsep masa.
 Kata adjektif warna digunakan bagi memberikan pengertian warna.
 Kata adjektif jarak digunakan bagi memberikan pengertian konsep ruang
antara dua benda atau keadaan.
 Kata adjektif pancaindera digunakan bagi memberikan pengertian konsep
sentuh,dengar,pandang,bau dan rasa.

 Kata Tugas
 Golongan kata ini tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam binaan frasa dan
hanya hadir dalam binaan frasa atau klausa untuk mendukung sesuatu tugas
sintaksis.
 Semua perkataan yang bukan kata nama, kata kerja dan kata adjektif
digolongkan sebagai kata tugas.
 Golongan kata tugas dapat dibahagikan kepada:
 Kata penyambung ayat ialah perkataan yang bertugas untuk
menghubungkan dua atau lebih daripada dua binaan ayat. Terbahagi kepada
dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
 Kata praklausa ialah perkataan yang berada di bahagian hadapan klausa
dan bertugas untuk menimbulkan seruan,pertanyaan atau penerang pangkal
klausa.
 Kata seru- perkataan yang digunakan untuk melahirkan berbagai-bagai
perasaan dan diakhiri dengan tanda seru (!) pada akhir ayat.
 Kata tanya- perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara
atau seseorang dan jika diletakkan di pangkal ayat,kata ini hendaklah disertai
oleh partikel '-kah'.
 Kata pembenar- perkataan yang digunakan untuk membenarkan sesuatu
pertanyaan.
 Kata perintah- perkataan yang digunakan untuk menyampaikan arahan,
larangan, suruhan atau permintaan.
 Kata pangkal ayat- perkataan yang digunakan sebagai penanda
kesinambungan ayat dalam wacana dan kedudukannya adalah pada
bahagian hadapan ayat.
 Kata Prafrasa ialah perkataan yang terletak di bahagian hadapan frasa
seperti frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
 Kata bantu- perkataan yang digunakan bagi menimbulkan makna-makna
tambahan dalam frasa kerja. Terbahagi kepada kata bantu aspek dan kata
bantu ragam.
 Kata penguat- perkataan yang digunakan bagi menguatkan maksud yang
terkandung dalam kata adjektif. Terbahagi kepada tiga jenis iaitu kata
penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas.
 Kata penegas- perkataan yang digunakan bagi memberikan penekanan
pada bahagian tertentu dalam ayat.
 Kata nafi- Perkataan yang digunakan bagi menafikan atau menidakkan
seseorang atau sesuatu perkara.
 Kata pemeri- Perkataan yang digunakan untuk memerikan sesuatu hal atau
sebagai perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama dalam predikat
ayat.
 Kata arah- Perkataan yang digunakan bagi menunjukkan hala atau jurusan
sesuatu perkara dan digunakan sebelum frasa nama dan lazimnya disertai
kata sendi nama.
 Kata bilangan- perkataan yan digunakan bagi menunjukkan jumlah atau
bilangan sesuatu perkara, orang atau benda. Terbahagi kepad lima iaitu kata
bilangan tentu, kata bilangan tak tentu, kata bilangan himpunan, kata
bilangan pisahan dan kata bilangan pecahan.
 Kata sendi nama- Perkataan yang biasanya terdapat pada bahagian
hadapan frasa nama. Setiap kata sendi nama mempunyai tugas serta fungsi
tersendiridan haruslah diguna dengan betul.
Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas
Penghulu Kilat terjaga samar-samar dari
ayam kokokan lengang tidurnya
ruang bersahut-sahutan sibuk ketika
bilik diresapi perlahan-lahan ke
cahaya berpaling arah
pagi menyiapkan pasti
dia duduk sudah
Tempat tidur melunjur pula
Kalom menggeliat tentu
sungai bangun sedang
Sica dicapainya di
sarapan tersidai sambil
dapur melangkah kemudian
kain basahan menuju yang
kepala keluar lalu
muka pintu melalui dengan
anak tangga menuruni tidak
bukit bertembung apa-apa
mereka berbicara

Anda mungkin juga menyukai