Anda di halaman 1dari 3

Cerita 1 : Kisah Keluarga Jarjit Abdullah dalam mengenang jasa jirannya

yang telah membantu mereka.


Situasi 1 : Jarjit dan anak-anaknya iaitu Arman dan Ain pergi ke pasar
membeli barang.
Arman : Kakak beli apa tu?
Ain : Kakak hendak beli hadiah lah Arman.
Arman : Hadiah??? Kakak hendak bagi dengan siapa hadiah tersebut?
Ain : Kakak hendak bagi hadiah kepada Elicia, jiran kita.
Arman : Mengapakah kakak memberikan hadiah kepada Elicia?
Ain : Elicia selalu membantu kakak menyelesaikan masalah dalam
matematik semasa di sekolah mahupun di rumah. Kini kakak dapat
menguasai kemahiran matematik dengan baik. Oleh itu, kakak ingin
menghargai Elicia dengan memberikan hadiah kepadanya.
Arman : Oh,, begitu. Baiklah kakak. Arman tengok kakak Elicia ini baik
orangnya selalu bertanyakan khabar saya dan keluarga kita.
Jarjit Abdullah : Eloklah begitu anak-anakku, kita patut menghargai
sumbangan jiran kita dengan apa-apa cara sekalipun. Sekurang-kurangnya
kita mengucapkan terima kasih atas bantuan atau pertolongan yang
mereka berikan kepada kita.
Arman & Ain : Baiklah ayah.

Cerita 2 : Kisah 2 buah keluarga iaitu keluarga Salleh dan Kumar.


Kumar mempunyai penyakit yang perlu mendapat rawatan di hospital pada
setiap minggu. Kumar tinggal seorang di rumah kerana anak-anaknya
mempunyai urusan di bandar. Pada suatu hari Kumar terbaring ketika
hendak keluar ke pekan. Jirannya Salleh dan anaknya Saiful melihat
kejadian tersebut. Mereka dengan kadar segera menelefon pihak bantuan
kecemasan dan membawa Kumar ke hospital. 2 hari kemudiannya, Kumar
dibenarkan balik ke rumahnya. Salleh dan anak nya pergi ke rumah Kumar
untuk melawat.
Salleh : Kumar kamu apa khabar?
Kumar : Baik Salleh,, beransur pulih.
Salleh : Kalau begitu baguslah Kumar. Saya harap kamu cepat sembuh.
Saiful : Betul. tu pak cik Kumar. Saya risau kalau pak cik sakit, nanti
tiada orang yang buat roti canai untuk saya. (sambal ketawa kecil)
Salleh : ISSSH Saiful ni mengada-ngada, kan pak cik Kumar baru keluar
hospital tu.
Kumar : Tak apalah Salleh, budak-budak. Nanti pak cik buat roti canai
kamu itu, selepas pak cik sembuh seperti sedia kala.
Saiful : Yeayyyyy terima kasih pak cik. (sambal tersengeh-sengeh)
Salleh : Kumar, apa yang doktor cakap berkaitan penyakit kamu tu?
Kumar : Macam biasalah Salleh, kalua dalam minggu ini keadaan saya
bertambah teruk mungkin saya akan menjalani rawatan lanjut ataupun
pembedahan.
Saiful : Pak cik, sakit apa sebenarnya? Kenapa perlu buat pembedahan?
Kumar : Pak cik mengalami masalah usus Saiful.
Saiful : Ooooooo. Kesian pak cik. Saya doakan pak cik cepat sembuh
dan rawatan berjalan lancer.
Salleh : aminnn Kumar, lebih baik kamu tinggal bersama kami dahulu
untuk beberapa hari ini sebab tiada orang teman kamu di rumah ni, lagipun
kamu tengah sakit. Kalau anak kamu dah balik nanti barulah kamu balik ke
rumah kamu sendiri.
Saiful : Betul tu pak cik kumar, nanti bolehlah saya tolong teman dan
tengok-tengokkan pak cik di rumah.
Kumar : Terima kasih Salleh, Saiful. Kalau kamu tiada saya pun tidak tahu
siapa yang hendak membantu saya untuk mengurus kehidupan seharian
saya semasa masih sakit ni.
Salleh : Tak apalah Kumar, ini masa kamu susah saya bantu apa yang
saya boleh, nanti mana tahu saya pulak yang dalam keadaan kamu.
Kumar : Ya Salleh. Terima kasih sekali lagi Salleh saiful kerana sudi
melawat saya dan menghantar saya ke hospital. Tiada apa yang saya
dapat bagi ke atas jasa kamu berdua. Hanya Tuhan yang dapat
membalasnya.
Salleh & Saiful : Sama-sama. Mari kita pergi ke rumah kami Kumar.

Anda mungkin juga menyukai